Cari
Bahasa Melayu
 

Kesan Sebenar Daging

2024-05-27
Butiran
Baca Lebih Lanjut
Pada 2024, majalah perniagaan mampan Kanada, Corporate Knights telah menerbitkan rencana yang bertajuk ‘Kos Sebenar Daging’. Memetik statistik daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dunia Kita dalam Data, dan organisasi-organisasi lain, ia menyenaraikan bagaimana pengeluaran daging orang-haiwan berikan kesan negatif yang jauh melangkaui tanda harganya:

HUTAN

Penternakan orang-haiwan menyebabkan hampir 40% daripada penyahhutanan global, kebanyakannya di hutan hujan yang penting seperti Amazon.

SUBSIDI

Kerajaan habiskan berbilion-bilion dolar setiap tahun untuk menyokong operasi penternakan orang-haiwan dan buat harga daging orang-haiwan kekal rendah secara buatan. Di Amerika, subsidi daging orang-haiwan berjumlah AS$38 bilion; di Kanada, lebih AS$1.7 bilion.

PERUBAHAN IKLIM DAN PENCEMARAN

Operasi penternakan orang-haiwan ialah punca utama pemanasan global. Kilang dan lot makan orang-haiwan menjana lebih 150 jenis gas beracun yang mencemari atmosfera. Di Amerika, kilang orang-haiwan mewujudkan sebanyak 1.37 bilion tan tahi setiap tahun, kebanyakan daripadanya disalurkan ke dalam laluan air.

NYAWA ORANG-HAIWAN

Setiap hari, industri daging orang-haiwan global membunuh 202 juta orang-ayam, 3.8 juta -khinzir dan 900,000 -lembu untuk memenuhi permintaan pelanggan terhadap daging mereka.

KETAHANAN ANTIBIOTIK

Kira-kira dua pertiga daripada antibiotik yg digunakan di seluruh dunia diberikan kepada orang-haiwan yang diternak di kilang. Ini telah menyebabkan bakteria yang semakin berbahaya menjadi tahan antibiotik, suatu proses yang dijangka menyebabkan 10 juta kematian setahun menjelang 2050.

PENYAKIT

Makan daging orang-haiwan dikaitkan dengan risiko kanser dan penyakit jantung yang lebih tinggi. Jika negara yang lebih kaya kurangkan pemakanan daging orang-haiwan merah dan terproses sebanyak 14% saja, itu dapat menyelamatkan 65,000 nyawa setiap tahun.

Kesan sebenar daging jauh melangkaui tanda harganya. Sama ada itu manusia, penduduk-haiwan atau alam sekitar, seseorang menanggung kesannya.

Vegan: kerana kita tak boleh hidup dgn kesakitan dan penderitaan makhluk lain.

Untuk maklumat lanjut tentang hidup sihat, berbelas kasihan, sila kunjungi: SupremeMasterTV.com/Be-Veg