Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mahaguru Ching Hai (vegan) seorang guru spiritual, humanis dan artis yang terkenal di dunia. Beliau telah diundang untuk berkhutbah tentang Kaedah Meditasi Quan Yin di seluruh dunia. Sekarang kami jemput anda menyaksikan ‘Mengikut Jalan Kasih Sayang’, suatu pengenalan kepada Mahaguru Ching Hai.Kita akan cari di merata tempat Sedikit kasih sayang, Sedikit kasih sayang! Untuk diberikan kepada semua makhluk Di seluruh pelosok dunia! - Mahaguru Ching HaiMahaguru Ching Hai, seperti yang digelar dengan penuh kasih sayang, hidup mengikut jalan kasih sayang. Seorang humanis, artis dan pengamal spiritual bervisi yang terkenal, kasih sayang dan bantuan-Nya melangkaui semua sempadan budaya dan bangsa, menjangkau orang di seluruh dunia: orang dlm kesusahan, orang tak berumah, institusi penyelidikan perubatan, veteran perang, orang miskin, orang kurang upaya dari segi fizikal dan mental, pelarian, mangsa bencana alam dan sebagainya...Kita telah menyaksikan peringatan tentang belas kasihan yang tidak terkira – sifat menonjol wanita penyayang ini dan yayasan antarabangsa yang berkembang daripada contoh kasih sayang-Nya. “Apa-apa yang boleh kita kongsi, mulakan dengan berkongsi. Kemudian kita akan rasai perubahan tak ketara dalam diri kita: lebih banyak kasih sayang akan mencurah ke dalam kesedaran kita dan kita akan menyedari sesuatu. Itu suatu permulaan. Kita di sini untuk belajar berkembang dan belajar menggunakan kuasa kita, kuasa kasih sayang dan kreativiti kita yang tidak terhad untuk mewujudkan dunia yang lebih baik di mana-mana saja kita dilahirkan semula.”Bukan sahaja manusia menjadi penerima manfaat kebaikan hati-Nya, orang-haiwan daripada spesies-spesies yang berlainan juga menjadi penerima kemurahan hati-Nya yang tidak terbatas. “Ini salah satu sebab kita harus menjadi vegan. Kasih sayang terhadap semua makhluk. Memperluas kasih sayang.”Mahaguru Ching Hai (vegan) dilahirkan di tengah Âu Lạc (Vietnam). Ketika masih remaja, Beliau sering dijumpai membantu pesakit hospital, orang susah dan orang-haiwan yang tercedera dengan apa-apa saja cara yang boleh. Apabila telah meningkat dewasa, Beliau berpindah ke Eropah untuk belajar dan terus berada di sana sebagai penterjemah untuk Palang Merah. Tidak lama kemudian, Beliau mendapati bahawa kesakitan dan penderitaan wujud di seluruh pelosok dunia. Mencari remedi kepada ini telah menjadi matlamat utama dalam hidup-Nya. Beliau berkahwin dengan bahagia pada masa itu dgn seorang doktor Jerman. Walaupun ini keputusan yang sangat sukar bagi mereka berdua, suami-Nya bersetuju untuk berpisah. Kemudian Beliau memulakan apa yang menjadi perjalanan selama lebih dua tahun untuk mencari pemahaman spiritual. Akhirnya, di kawasan Pergunungan Himalaya yg paling dalam di India, Beliau menemui seorang Guru bermakrifat yang mengajar Beliau Kaedah Quan Yin, suatu kaedah meditasi pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman. Selepas beramal utk suatu tempoh masa, Beliau menjadi bermakrifat sepenuhnya.Tidak lama selepas Beliau balik dari Pergunungan Himalaya, atas permintaan bersungguh-sungguh orang di sekeliling-Nya, Mahaguru Ching Hai berkongsi Kaedah Quan Yin dengan orang lain, menggalakkan mereka melihat ke dalam untuk mencari keagungan diri sendiri. Melalui Kaedah Meditasi Quan Yin, mrk juga peroleh kepuasan, kegembiraan dan ketenangan yang lebih besar. Tidak lama kemudian, undangan datang dari Amerika Syarikat dan sebagainya… “Saya lihat saya ada di mana-mana saja dan di dalam setiap makhluk.” Eropah, “Nampak Tuhan adalah sangat mudah…” Asia, “Semua agama memberitahu kalian, “Jadilah insan yang baik di sini dan cari Syurga sementara boleh.” Australia, “Kita ialah anak lelaki dan anak perempuan Tuhan. Kita sendiri ialah Mahaguru.” Afrika, “Saya akan tunjukkan kepada kalian cara mendapat ajaran langsung…” dan Amerika Selatan, “Serta patuhi rukun dan cuba jalani kehidupan yang lebih vegan.” serta pertubuhan-pertubuhan penting untuk Mahaguru Ching Hai memberikan khutbah. “Kedamaian dan kasih sayang yang sering kita katakan dan cari, kita ada dalam diri kita.” “Kalian mesti melihat ke dalam, cari khazanah sendiri dan kegembiraan sebenar yg berkekalan.” “Masa depan adalah dalam tangan kita, jadi kalian buatnya cerah atau buatnya menjadi lebih suram, terpulang kepada kalian.”Mahaguru Ching Hai telah membangkitkan banyak bakat spontan yang diekspresikan-Nya melalui lukisan dan karya seni, muzik dan sajak serta reka bentuk barangan kemas dan pakaian estetik yang mengekspresikan kecantikan dalaman dan luaran. Pendapatan yang dijana daripada ciptaan seni-Nya telah membolehkan Mahaguru Ching Hai mewujudkan sumber dana sendiri untuk aktiviti kemanusiaan, menyokong misi mulia-Nya untuk membantu anak Tuhan pada waktu susah.Walaupun Beliau tidak cuba mendapatkan sebarang jenis pengakuan, Mahaguru Ching Hai telah diberi anugerah di seluruh dunia oleh pegawai kerajaan dan pertubuhan swasta banyak kali. Ini termasuk Anugerah Keamanan Dunia, Anugerah Kepimpinan Spiritual Dunia, Anugerah untuk Promosi Hak Asasi Manusia, Anugerah Kemanusiaan Warga Dunia, Anugerah untuk Khidmat Awam Cemerlang kepada Umat Manusia, Hadiah Keamanan Gusi 2006, Sijil Pujian Minggu Muzik Los Angeles dan Perak Tempat Pertama untuk Anugerah Telly Tahunan ke-27, 2006. Selain itu, 25 Oktober dan 22 Februari telah diisytiharkan sebagai Hari Mahaguru Ching Hai di Amerika Syarikat.“Beliau juga membawa kasih sayang ke seluruh dunia di mana ada kebencian. Beliau membawa harapan di mana ada putus harapan. Dan Beliau membawa persefahaman di mana ada salah faham. Beliau ialah cahaya orang agung, malaikat belas kasihan bagi kita semua.” “Saya berterima kasih kepada Mahaguru (Ching Hai) atas kepimpinan-Nya, berterima kasih atas sikap optimistik-Nya, berterima kasih atas kemahiran berinteraksi yang Beliau ada, membuat Beliau begitu unik dan istimewa.” “Suatu tanggapan yang sangat baik melihat hati yang begitu mulia, begitu sanggup berbakti. Beliau berbakti kepada seluruh umat manusia. Beliau berbakti kepada planet ini untuk menyelamatkannya. Beliau berhati mulia tetapi juga kepimpinan yang baik sekali. Saya tahu bahawa apa yang ditakdirkan berlaku akan berlaku.”Mahaguru Ching Hai merupakan salah satu orang yang benar-benar berdedikasi pada zaman ini, bantu orang lain mencari dan wujudkan visi masa depan yang cerah. Banyak orang agung dalam sejarah mempunyai impian, dan dalam kata-kata-Nya sendiri, begitu juga dengan Mahaguru Ching Hai: “Saya impikan seluruh dunia akan menjadi aman damai. Saya impikan semua orang menjadi Buddha. Saya impikan pembunuhan akan berhenti. Saya impikan semua kanak-kanak akan berjalan dlm keamanan dan keharmonian. Saya impikan semua negara saling berjabat tangan, saling melindungi dan saling membantu. Saya impikan planet indah kita tidak akan musnah. Masa berbilion-bilion, bertrilion-trilion tahun diambil untuk mewujudkan planet ini dan ia begitu indah, begitu menakjubkan. Saya impikan ia akan berterusan tapi dlm keamanan, keindahan dan kasih sayang.”