Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ahimsa mewujudkan Keamanan dan Keselamatan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Host: Berbetulan dengan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun ini (COP26) di Glasgow, Scotland, Go Dharmic, sebuah pertubuhan bukan untung yang berpusat di Britain mengadakan persidangan dlm talian khas pada 31 Oktober 2021 yang bertajuk ‘Ahimsa dan Alam Sekitar’ untuk menonjolkan peranan tanpa keganasan dalam usaha menangani perubahan iklim. Antara pengucap yang terkemuka dari pelbagai bahagian masyarakat ialah Pengerusi COP26, Alok Sharma yang merupakan Ahli Parlimen Britain vegetarian; Ahli Parlimen Britain, Dean Russell; Ahli Majlis Wilayah Perbandaran Luton, Summara Khurshid; Ahli Parlimen India, Maneka Gandhi yang merupakan seorang vegan dan penerima Anugerah Belas Kasihan Dunia Terserlah; dan Dr. Sailesh Rao, Pengasas Climate Healers dan pemenang Anugerah Dunia Terserlah bagi Perlindungan Bumi vegan.

Pengerusi Go Dharmic En. Hanuman Dass turut menghulurkan undangan kepada Mahaguru Ching Hai Tersayang kita bagi berkongsi kebijaksanaannya untuk persidangan ini. Guru dengan mesra menerimanya dengan ucapan ikhlas yang berikut.

Memuji Tuhan Yang Maha Berkuasa! Salam sejahtera kpd anda yang berhemah tinggi dengan Kasih Sayang Tuhan! Terima kasih, Dr. Sailesh Rao, Pengerusi Hanuman Dass, serta semua penganjur dan sukarelawan yang dihormati atas undangan anda ke persidangan yang luar biasa ini untuk manfaat dunia, dan semoga anda selamat berjaya. Salam hormat saya juga kepada semua peserta yang baik hati, unggul. Semoga anda dilimpahi Rahmat Tuhan! Kita memang memerlukan lebih banyak jangkauan mulia ini untuk menyedarkan orang tentang malapetaka melampau yang menimpa dunia kita sekarang dan memberitahu semua orang cara melepaskan diri!

Ya, matlamat bersama kita adalah jelas. Kita ingin mengakhiri segala penderitaan dan keganasan yang tidak perlu di dunia ini dan membina semula Firdaus di Bumi. Terutamanya sekarang dengan segala bencana yang berlaku di merata tempat, kita mula menyedari kecemasan keadaan planet kita. Kerana kita telah menyaksikan sesuatu yang tak pernah berlaku dahulu disebabkan perbuatan buruk kita sendiri. Kejadian yang mengancam hidup kita sendiri.

Bencana yang tak pernah berlaku dahulu seperti banjir, kemarau, puting beliung, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, tasik yang mengering, sungai yang hilang, pulau yang hilang atau ditenggelami, kebuluran, suhu yg semakin cepat menaik, dan sudah tentu segala jenis penyakit, tenaga yang membawa maut bergejolak di seluruh planet kita. Tetapi kita tidak buat banyak, bukan? Langkah untuk meminimumkan dan menghentikan semua malapetaka ini begitu lambat, merangkak dengan begitu perlahan, membimbangkan semua warga yang prihatin.

Tetapi kita masih menunggu mana-mana kuasa, mempercayai pemimpin kerajaan membuat sesuatu yang sangat penting untuk menyelamatkan dunia kita. Tetapi malangnya, tidak banyak yang telah dilakukan, hanya bercakap saja, kata-kata yg murah, tindakan yg sedikit, atau hanya tindakan minimum yang terlalu sedikit untuk menghentikan semua bencana besar yang melanda seluruh dunia kita. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan keganasan alam kerana keganasan kita sendiri lagi besar, lebih daripada sebarang jangkaan, lebih daripada yang sifat perikemanusiaan dapat jelaskan atau fahami.

Kita ganas terhadap setiap hidupan di Bumi, segalanya yang bergerak atau tidak bergerak, malah terhadap diri sendiri dengan gaya hidup kita sendiri yang melulu, tidak pemurah. Kita ganas terhadap makhluk yg tak dapat pertahankan diri, tak berdosa, haiwan dan manusia, malah bayi belum lahir. Kita juga membunuh mereka sebelum mereka berpeluang untuk melihat dunia kita pun. Bayi yang tak berdaya, tak memudaratkan, tak dapat mempertahankan diri, begitu suci, begitu tak berdosa, begitu seperti malaikat.

Kita bunuh mereka tanpa rasa sesal. Kita bunuh mereka malah secara sah. Undang-undang melindungi perbuatan membunuh sebegini. Bayi belum lahir, malaikat belum lahir, warga dunia akan datang ini memang tidak berkaitan dengan pergolakan berbahaya di sekeliling kita. Pergolakan ini, tak pernah berlaku dahulu, kuat dan membinasakan ialah akibat gaya hidup ganas kita sendiri, daripada kegilaan pilihan tidak bijak/tidak mampan yang kita buat.

Setiap hari, setiap minit, setiap saat hidup kita, kita memusnahkan planet kita dengannya. Kita membunuh diri sendiri dan semua makhluk yg boleh di sekeliling kita termasuk alam sekitar yang melindungi kita seperti tanih, hutan, laut, sungai, tasik, anak sungai dan sebagainya yang kita pasti, memang tidak dapat hidup tanpanya!!!

Kita tidak mematuhi peraturan yang kita sendiri tetapkan pun. Lihatlah, kita menandatangani undang-undang perlindungan haiwan, sesiapa yg memudaratkan, mencederakan, menganiayai haiwan dgn sebarang cara akan didenda, dihukum atau/dan dipenjarakan, tetapi sebaliknya, kita membiarkan pencacatan, penyeksaan, penganiayaan, penggangguan, pembunuhan beramai-ramai haiwan yg tak dapat pertahankan diri ini berlaku di semua rumah sembelih di seluruh dunia supaya kita boleh menyumbatkan bangkai ke dalam mulut kita dgn tangan sendiri.

Mulut yang mengisytiharkan undang-undang pengutukan yang wajar dan tangan yang menandatangani undang-undang perlindungan haiwan. Seolah-olah kita tidak tahu kegerunan apa yang haiwan yg kasihan, tak berdosa perlu alami sepanjang hidup mereka. Pergilah lihat saja di kilang haiwan, anda semua, pembuat undang-undang, jika berani, maka anda akan tahu macam mana rupanya. Ia memang bertentangan dengan undang-undang yang anda berpura-pura gubal. Ini ialah sindiran melampau terhadap kecerdasan dan pemahaman manusia. Ini bermakna anda telah melanggar undang-undang, sedang melanggar undang-undang dan akan melanggar undang-undang jika anda tidak berhenti menyokong pembunuhan haiwan secara beramai-ramai. Tiada orang yang dapat menjelaskan atau tertawa pun terhadap segala kebodohan, kepura-puraan dan perbuatan jenayah ini! Mungkin suatu hari nanti, anda akan mengheret diri ke mahkamah dan menjalani hukuman penjara kerana membunuh dan melanggar undang-undang seperti semua penjenayah di dunia ini.

Sekarang, jelasnya, semua pergolakan dalam masyarakat kita diwujudkan oleh cara ganas dan bersifat menindas kita memperlakukan makhluk yang tak berdosa dan lemah. Kita memusnahkan alam tumbuhan, meracuni makanan dan air kita, bunuh serangga, haiwan yang membantu dan membunuh manusia juga, termasuk anak dan bayi kita sendiri. Ini menyebabkan kita alami kitaran perang yang tak berkesudahan. Kita berperang dengan alam semula jadi, dengan haiwan, malah dengan manusia lain.

Semua orang tahu bahawa peperangan tidak dapat membawa kemakmuran dan keselamatan kepada kita. Sebarang kononnya kemenangan diperoleh dengan mengorbankan banyak nyawa orang tak berdosa dan menyebabkan begitu banyak kejatuhan kewangan.

Jadi mana boleh kita memanggilnya kemenangan?! Peperangan bertentangan dengan keamanan sepenuhnya. Sekarang hanya terpulang kepada kita untuk akhirnya sedar, memilih arah yang bertentangan bagi menyelamatkan dunia dan diri sendiri. Kita perlu hentikan segala perbuatan buruk dan menambahkan perbuatan baik untuk bantu makhluk lain, diri sendiri dan planet kita. Macam itu baru boleh kita mengecap keamanan sebenar yang berpanjangan. Ia akan menjadi permulaan era baharu yang segar! Yang kita semua sangat perlukan.

Ahimsa, atau tanpa keganasan, mendefinisikan suatu prinsip hidup, suatu cara hidup wajar yang wujudkan keamanan, keselamatan dan hidup berperikemanusiaan untuk semua makhluk. Planet kita juga suatu makhluk yang agung, berbelas kasihan, pemurah, baik hati, bersifat melindungi. Namun, sekarang ini, seluruh alam di Bumi bereaksi dengan tidak baik terhadap tindakan kita yg memudaratkan, sampai tahap membuat Bumi membalas balik.

Berbilion-bilion haiwan disembelih untuk pemakanan daging setiap minggu! Mereka juga ditindas dengan dahsyat untuk mengeluarkan susu dan telur... Kita buat apa yang tak dapat difikirkan tentang apa yang dijangkakan daripada manusia sejati yang sepatutnya bersifat penyayang, pemurah dan melindungi. Atas pilihan hidup yang ganas itu, kita mengorbankan segalanya yg penting kepada kita seperti hutan, lautan, tanih, makanan kita untuk berjuta-juta manusia yang kebuluran, haiwan tak berdosa yang kasihan, kestabilan iklim dan akhirnya sifat mulia, sifat Tuhan kita!

Semua penternakan haiwan penuh dengan tenaga tindas, seksa, bunuh dan derita besar itu, segala tenaga seksa itu, dan kita hidup di dalamnya. Maka sudah tentu, dengan memakan produk haiwan mati ini, roh kita bukan sahaja akan mengenalnya sebagai tidak sesuai, kejam, jahat dan buruk tetapi badan fizikal kita juga akan memberontak. Kemudian penyakit melanda... Sekarang, bayangkan jenis tenaga itu dimakan oleh orang ramai di seluruh dunia setiap hari. Adakah kita masih tertanya-tanya mengapa dunia kita merosot ke tahap ini dan menderita macam ini??

Mari kita mendoakan penyelamatan planet kita yang pantas serta agar pemimpin dan rakyat akan mengendahkan amaran daripada alam semula jadi kerana alam ialah cerminan kita sendiri. Semoga Tuhan membantu mesej kedamaian, belas kasihan dan kemurahan sampai ke hati semua orang dan membuka fikiran kita untuk membuat pilihan yang betul, dengan itu membaiki dan memelihara satu-satunya kediaman Bumi kita.

Semoga Tuhan masih berbelas kasihan dan memberkati kita semua sementara kita mula hidup sebagai pengawas yang baik bagi hidupan di Bumi. Semoga semua makhluk saling berdamai dan berharmoni di dunia seperti Firdaus. Mari kita merangkul kegemilangan hidup bersama yang penyayang dan harmoni.

Terima kasih, anda semua, warga dunia yang penyayang, atas perhatian anda. Mari kita berdoa agar Tuhan masih berikan peluang kepada kita dan umat manusia akan alih ke Ahimsa, dengan itu bina semula dunia yg pemurah. Semoga begitu. Amin!

Guru juga menghantar komen ini kepada kami: “*** Berdoa agar Tuhan bantu manusia berhenti membuat diri menjadi syaitan dan berpatah balik ke kemurahan. Tuhan rahmati kita semua, pendosa!! Hati saya tak tahan, lebih teruk daripada hancur! Terima kasih, anda semua, atas kesakitan yg ditanggung ketika buat rancangan ini!! Dunia kita begitu menggerunkan, tertanya-tanya macam mana sesiapa dapat hidup di sini!! **”

Host: Kami berterima kasih, Guru yang amat prihatin, atas seruan ikhlas Guru untuk menyelamatkan planet ini dan dengan itu selamatkan diri sendiri, orang yang kita sayangi dan penghuni lain. Kita berterima kasih kepada Go Dharmic dan semua peserta yang dihormati kerana menjayakan dialog yang tepat pada masanya dan penting ini. Semoga semua pemimpin, kerajaan dan individu sedar dan segera mengamalkan gaya hidup vegan yang membawa keamanan sebelum terlambat!

Untuk butiran lanjut dan saksikan persidangan penuh yang diadakan ini, sila kunjungi Facebook.com/GoDharmic.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
39:28

Berita Wajar Diberi Perhatian

2024-11-23   173 Tontonan
2024-11-23
173 Tontonan
2024-11-23
144 Tontonan
2024-11-23
115 Tontonan
2024-11-23
600 Tontonan
1:24

Jambatan ke Syurga

2024-11-22   1616 Tontonan
2024-11-22
1616 Tontonan
27:23

Berita Wajar Diberi Perhatian

2024-11-22   163 Tontonan
2024-11-22
163 Tontonan
2024-11-22
205 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android