Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 6 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tadi kita bercakap tentang jubah pengganti atau gelaran-gelaran Buddha yang berlainan. Bukanlah gelaran yang membuat kita menjadi Buddha itu dan Buddha ini. Setiap Buddha ada jenis misi yang berlainan untuk dijalankan di planet ini jika Mereka datang ke planet ini – jika itu Kehendak Tuhan bagi Mereka datang. Kerana Mereka juga perlu dibenarkan untuk datang dan berada di planet ini untuk berapa lama – bergantung kepada Projek besar Alam Semesta. Pada masa ini, ini waktu Buddha Maitreya. Saya sangat keberatan untuk mendedahkan itu kerana ini kedudukan yang sangat istimewa, situasi yang sangat istimewa. Saya juga takut sikit untuk bercakap benar kepada anda kerana anda tahu macam mana rupanya di planet ini. Meskipun kita hanyalah biksu biasa, mereka sudah cuba ‘bunuh’ kita melalui internet, dengan segala jenis lembing, pisau, tombak lisan dan sebagainya. Sudah sukar untuk hidup, apalagi bercakap tentang menjadi Buddha dan biarkannya diketahui oleh orang ramai kerana orang mungkin terlalu takut juga mendengar itu, atau mungkin harapkan terlalu banyak juga. Tanpa pertimbangkan karma mereka, mereka berfikir Buddha dapat buat segalanya untuk mereka, apa-apa saja yang mereka mahukan.

Tetapi mereka sendiri tak nak buat apa-apa pun yang Buddha mahu mereka buat. Bukanlah Buddha mahukan apa-apa daripada mereka. Dia hanya mahu mereka jadi sejahtera, ceria, lebih selamat dalam hidup, lebih gembira dan bermakrifat. Tetapi itu sangat sukar. Lihatlah, Buddha telah menjadi Buddha – walaupun Baginda sudah menjadi Buddha selama-lamanya – dan dalam hayat itu, Baginda menjadi Buddha, tetapi seluruh suku-Nya tetap dimusnahkan, dibunuh dengan cara yang kejam. Ya Tuhan, raja yang begitu kejam dia itu! Itu kisah yang panjang. Saya tak nak masukkannya di sini. Anda tahu lebih atau kurang. Itu kisah yang panjang. Mungkin pada kali yang lain, saya akan bacanya kepada anda, atau anda sendiri carinya dalam buku di sesuatu tempat, atau beli buku kisah Buddha yang termasuk itu. Hari ini, sangat senang untuk baca cerita dan buku, jadi saya tidak kerap bacanya kepada anda lagi. Saya hanya beritahu anda pengalaman sebenar dan idea yang lebih praktikal untuk anda terus hidup dengan lebih baik di dunia ini, atau bersedia kalau-kalau anda perlu meninggal.

Tahun ini, tahun depan dan 2026 ialah tahun yang sangat genting, jadi anda semua perlu bersedia. Planet ini mungkin masih wujud di sini, sesetengah manusia dan orang-haiwan mungkin masih wujud di sini tetapi mungkin anda orang di dunia yang tidak terkira takkan wujud di sini. Saya tak dapat beritahu anda semua yang mana secara individu, suatu senarai, “Okey, kamu akan meninggal apabila planet ini binasa atau musnah, atau bencana berlaku pada skala yang begitu besar, tidak banyak orang kekal hidup.” Saya tak dapat membuat senarai untuk anda dan berkata, “Okey, kamu akan hidup, kemudian, kamu takkan hidup.”

Jadi tolonglah bersedia. Lupakan saja perkara remeh yang sangat kecil. Sesiapa pun anda, bersedialah kalau-kalau planet ini malah hilang seluruhnya atau tak boleh didiami. Nampaknya sangat, sangat malap, memang sangat kurang berharapan bagi saya pun. Tetapi biar kita masih berharap! Anda mesti berdoa kepada Tuhan. Anda mesti berdoa kepada semua Guru agar membantu anda, melindungi anda. Lebih-lebih lagi, mesti berusaha untuk mengubah hidup anda kepada standard moral yang sewajarnya. BERTAUBAT, MENJADI VEGAN, PUJI DAN BERSYUKUR KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA!

Anak murid saya pula, tinggalkan segalanya. Buat apa-apa yang perlu saja, dan masa yang selebihnya, bermeditasi. Bertaubat, memuji Tuhan, memohon ampun atas apa-apa saja yang mungkin anda tak ingat pun bahawa anda telah lakukan dalam hayat ini atau hayat sebelumnya yang masih berhubungan dengan hayat ini dan banyak hayat yang lain juga.

Saya telah beritahu anda semasa inisiasi bahawa inisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin di bawah pengawasan saya, dgn RAHMAT TUHAN, akan hapuskan sangat banyak karma lampau dan sebahagian drpd karma sekarang juga. Tetapi jika semuanya dihapuskan, maka anda tak dapat hidup lagi.

Setiap orang perlu ada karma untuk hidup di dunia ini kecuali Guru – Guru sebenar tiada sebarang karma kerana Dia sudah ambil karma orang di dunia ini dengan serta-merta pada waktu Dia dilahirkan atau sebelum itu.

Tadi kita bercakap tentang Mañjuśrī yang mengambil badan saya ini ketika bayi ini baru dilahirkan tetapi Dia tidak berada di dalam rahim. Tidak, tidak. Apabila bayi ini keluar, kemudian Mañjuśrī berada di sana, badan Cahaya saya beada di sana juga tetapi hanya untuk mengawasi, belum masuk ke dalam badan ini. Ini bagaimana ia diatur. Lepas dua hari, badan ini masih berfungsi dengan minda, organ dan segalanya, jadi baik-baik saja. Buddha Mañjuśrī, saya sendiri dan banyak Buddha yang lain juga berkati badan ini, memastikan badan ini ada lebih banyak daripada apa yang badan lain perlukan supaya selepas itu apabila badan ini dah besar, ia masih ada banyak sifat tambahan yang lain daripada Buddha-buddha lain, seperti Mañjuśrī, contohnya, berikan kebijaksanaan tambahan kepada badan, minda dan jiwa ini, kerana setiap Buddha ada sesuatu yang istimewa. Bukanlah semuanya adalah sama. Sesetengah Buddha ada lebih banyak Kuasa daripada Buddha lain.

Saya melihat kembali dan sekarang dapat lihat visi itu, visi cantik, menakjubkan… Terdapat 64,862 Buddha dan 19,722 Bodhisattva serta Makhluk Syurga, dewa-dewi, Syaitan baik yang tidak terkira dan sebagainya untuk berikan Berkat dan/atau Sokongan. Penunjukan Kasih Sayang yang begitu jarang. Anak murid Quan Yin masih dapat lihat Mereka datang hari ini sama ada semasa bersuluk bersama saya atau apabila mereka perlukan sokongan yang lebih besar atas sesuatu sebab khusus.

Excerpt from a message from Supreme Master Ching Hai (vegan) “The Life of Lord Mahavira: The Embodiment of Love” July 20, 2019: Pada hari kedua, itu Hari Bapa. Guru memainkan mandala. (Mandolin.) Ya. Sewaktu Guru memainkan mandolin, getarannya berbeza dengan nyanyian. Ia serupa dengan riak bulat di permukaan tasik, muncul dalam 7 warna, kemudian 9 warna. Sekali lagi alam semesta bergegar. Seluruh angkasa penuh dengan Buddha, Bodhisattva, dewa-dewi dan kanak-kanak Syurga. Mereka menyusun sepuluh jari dan bernyanyi bersama. Di kedua-dua belah turun gerimis Cahaya (Syurga dalaman) yang merupakan bunga yang dibuat daripada Cahaya. Seluruh ashram kita penuh dengan 7 jenis kewangian. Saya tak dapat gambarkan itu dengan kata-kata. (Saya faham.) Pada hari itu, saya rasa macam berada dalam keadaan bersawai. Saya tak dapat kawal kaki saya. Apabila telah bersurai, beberapa orang saudara seguru yang datang bersama saya nampak Buddha dan Bodhisattva tidak mahu meninggalkan sini dan terus memberkati kita.

Mereka masih kembali kadangkala, dah tentu, untuk melawat saya. Ada lebih banyak lagi yang datang dalam bahagian yang berlainan, kumpulan yang berlainan, semuanya dalam dua hari yg pertama itu. Bapa saya berkata bahawa… Beliau tidak nampak semua Buddha itu, dah tentu. Beliau tidak. Beliau hanya nampak Cahaya selama dua hari. Pada penghujung hari kedua bersama ibu saya, mereka berdua nampak Cahaya (Syurga dalaman) di dalam rumah. Mereka ingat rumah diterangi lampu tetapi tiada lampu pada masa itu kerana hari masih tak begitu gelap. Mereka dapat lihat Cahaya (Syurga dalaman). Bapa saya berkata bahawa mereka tertanya-tanya. Mereka saling berkata, “Mengapa bayi ini begitu ganjil. Dah dilahirkan dua hari yang lalu tetapi dalam dua hari ini, hari pertama hingga kedua, mata bayi ini terbuka luas-luas?” Tidak menangis, tidak keluarkan sebarang bunyi atau alami ketakselesaan, masalah atau apa-apa pun. Mereka hanya kata, “Matanya sentiasa terbuka dan gembira.”

Buddha Amitābha paling dihormati dan dipercayai dalam agama Buddha kerana Cahaya Buddha itu memancari seluruh Alam Semesta. Ia memancar ke dunia kita juga, cuma tak banyak orang dapat lihatnya. Macam itulah, kerana kita semua telah dibuat pekak, bisu dan buta sebagai manusia. Itu bagaimana maya mengawal roh hayat demi hayat. Lagi banyak anda hidup di dunia fizikal lagi banyak anda menjadi buta, pekak dan bisu jika anda tidak jalankan amalan spiritual sama sekali selain menjadi manusia. Jadi apabila anda dilahirkan semula, maya akan menipu dan menggoda anda sekali lagi ke dalam perangkap yang berlainan dan situasi yang berlainan, kemudian anda tak kelihatan menjadi lebih baik. Jika anda tiada sebarang kepercayaan, pahala, sifat baik atau berkat daripada mana-mana Guru, maka sukar bagi anda menjadi lebih baik. Macam itulah. Sebab itulah manusia sentiasa dilahirkan semula secara berulangan, dan kadangkala malah merosot kepada status haiwan, tetapi biasanya seharusnya meningkat maju ke atas, tetapi tidak jika anda, dalam hidup ini, tidak dengar sebarang ajaran Guru silam pun untuk mengawal diri, membuat diri sentiasa berjaga-jaga dalam minda dan hati, dan berbuat baik sekurang-kurangnya, mengekalkan standard moral.

Photo Caption: Menjadi Matang Tidak Lama Lagi dengan Segala Kemegahan Sendiri!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android