Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 4 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi mana-mana orang yg lebih terkenal akan sentiasa berada dalam bahaya. Mereka akan sentiasa berada dalam situasi mudah diserang dan berbahaya. Tidak diragui. Anda tinjaulah kedua-dua Guru Huỳnh Phú Sổ dan Guru Minh Đăng Quang. Minh Đăng Quang seorang biksu. Beliau hanya hidup dgn sederhana sekali. Apa yang dibuat-Nya hanyalah orang jemput Beliau ke sesuatu tempat, kemudian Beliau pergi ke sana untuk bercakap dengan mereka, atau Beliau keluar untuk minta sedekah supaya berpeluang untuk temu dgn orang dan nasihati mereka supaya menjadi insan baik, mengikut ajaran Buddha agar mereka tak perlu pergi ke neraka.

Media Report from Đất Việt News – June 6, 2024: Guru Huỳnh Phú Sổ telah diubah status di perpustakaan Perancis yang rekodkan notis bertarikh 20 Mei 1947 oleh Jawatankuasa Pentadbiran Selatan yang menyatakan bahawa perbicaraan khas telah dijalankan lebih awal pada 25 April 1947, menjatuhi Patriark ini hukuman mati dan hukuman ini dijalankan selepas tiga minggu. Bagi Biksu Minh Đăng Quang, kes-Nya lebih penuh misteri. Kematian-Nya kekal suatu misteri hingga hari ini kerana Beliau diculik dan hilang.

Petikan daripada ‘Lembaga Eksekutif Sangha Buddha Vietnam Wilayah Bà Rịa Vũng Tàu’ Pada pagi Jumaat, hari pertama bulan kedua tahun Kuda (1954), Patriark Minh Đăng Quang pergi ke Vĩnh Long dan Cần Thơ dgn kereta Renault empat tempat duduk, dipandu oleh pengikut (kemudiannya dikenali sebagai Biksu Giác Nghĩa). Apabila tiba di terminal feri Cái Vồn untuk pergi ke Cần Thơ, kedua-dua buah kenderaan ini dijemput ke pangkalan Cái Vồn untuk bertemu dengan Panglima Agung Trần Văn Soái atas urusan kerja. Pada masa itu, orang sering memanggil Panglima Agung ini En. Năm Lửa. Apabila tiba, Patriarch ini dipenjarakan selama lebih dua bulan dan sejak itu anak murid dan pengikut-Nya tidak dapat berjumpa dgn Beliau lagi.

Tetapi tetap ada orang yang cemburui Mereka dan bunuh Mereka. Mereka bukan mati secara normal. Tidak. Mrk bukan mati dgn begitu saja. Mereka dibunuh. Jadi jika anda rasa saya selamat… Tolonglah, memuji Tuhan.

Hingga kini, saya memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan setiap hari. Bukanlah saya kisah, cuma anda mesti bersedia. Kita semua terpaksa pergi dari sini jika dunia ini rosak, musnah atau binasa dengan sesuatu cara. Jadi bersedialah. Kalau-kalau anda mati, jangan buat diri anda mati secara mengejut. Maka roh anda akan tersesat, merayau-rayau, resah, tak dapat berasa tenang dan tak dapat pulang ke Rumah. Jadi bersedialah. Berdoa setiap hari. Berdoa.

Anda berdoa agar anda ingat akan Tuhan. Anda ingat akan Guru agama, Pengasas dan membuat jiwa anda, sel anda, minda anda menjadi lebih suci, lebih mulia. Berdoa tak bermakna anda akan mendapat apa yang anda doakan kerana mungkin anda tidak ikhlas, tidak layak untuk didengari tapi sekurang-kurangnya ingatkan diri mengapa anda berdoa, kepada siapa anda berdoa. Itu lebih baik daripada tidak sama sekali, lebih baik daripada tidak berdoa.

Bertaubat, berdoa, memuji. Menjadi vegan, tolonglah. Itu saja. Tolonglah. Itu tidak susah. Banyak orang kebulur dan tiada sedikit pun untuk dimakan. Jadi sekurangnya anda dapat hidup. Anda ada makanan vegan, enak. Anda ada makanan yang mencukupi untuk dimakan. Berjuta-juta orang hari ini tiada makanan. Tolonglah, menjadi vegan, berdamai. Bertaubat, menjadi vegan. Bertaubat. Menjadi vegan, menjadi insan baik dan memuji Tuhan, memuji Guru. Terima kasih. Saya tak dapat cukup menekankan itu. Saya minta maaf jika anda perlu asyik dengar saya mengulang tetapi tolong lakukannya. Itu tidak merugikan anda. Anda hanya akan mendapat banyak dengan banyak cara yang baik. Tolonglah, menjadi vegan, bertaubat, berbuat baik, memuji Tuhan dan semua Guru. Terima kasih. Kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda.

Oh! Seperkara lagi, saya nak beritahu anda sesuatu sebelum terlupa. Jika kita cakap tentang agama Buddha dan agama Kristian – saya tak dapat sentiasa bandingkan semua agama. Semuanya memerlukan kajian dan mengambil banyak masa untuk berikan khutbah gabungan, tetapi tidak perlu. Semua Guru agama, saya sendiri hormati, puja, puji dan berterima kasih – setiap hari, bukan sekarang bercakap saja. Jadi ada persamaan antara Guru dan Guru. Kadangkala Buddha yang sama kembali secara berulangan, hanya dengan perkataan yang berbeza. Contohnya, jika Nabi Isa ialah jelmaan semula Buddha, mereka takkan memanggil Baginda sebagai ‘Buddha Nombor 2’, ‘jelmaan semula Buddha’, ‘pengembalian kedua Buddha’ atau ‘pengembalian ketiga’, apa-apa saja kerana mereka takkan tahu tentang itu. Mungkin sesetengah anak murid-Nya tahu tetapi bukan semua orang tahu, jadi mereka takkan memanggil Baginda sebagai Buddha. Dan Nabi Isa takkan bersusah-susah untuk buat mereka memanggil Baginda sebagai Buddha kerana jika orang tak memahaminya, berasa asing dengannya, maka itu menyebabkan lebih banyak kerumitan. Apa-apa pada masa sekarang, kita kekalkan saja pada masa sekarang.

Baginda (Nabi Isa) juga tidak mahu menimbulkan lebih banyak pertikaian, buktikannya, ada kebaikan dan keburukan, ya dan tidak dan… membuang masa. Jika orang tak faham, mereka tak faham. Lepas seketika, kita biarkan mereka saja. Kita tak nak menjelaskan apa-apa lagi kerana di tempat ini, orang katakan itu; di tempat lain, mereka tanya satu lagi soalan – tiada penghujungnya. Jadi Buddha atau Nabi Isa tahu nak jawab siapa dan siapa tidak. Buddha tak suka begitu banyak bertikai. Begitu juga dengan Nabi Isa.

Seperkara lagi, ada Santo dan Orang Suci atau Bodhisattva serupa yang kembali ke sini. Tak sentiasa semuanya Orang yg sama tetapi selalunya Bodhisattva pulang ke Kediaman Syurga atau Alam Buddha untuk berehat lalu kembali dan bantu lagi, sama seperti Guru sering kembali dan pulang kadangkala. Jadi Nabi Isa, anda boleh kata bahawa Baginda ialah Buddha.

Perkara yang sama ialah… Contohnya Santo yang datang sebelum saya untuk melaraskan badan ini, menerapkan kebijaksanaan ke dalam sel-sel badan ini supaya apabila saya turun ke sini, saya mewarisi sifat tambahan juga kerana kita sentiasa boleh gunakan lebih banyak kebijaksanaan atau kuasa. Lagi banyak lagi baik di dunia ini supaya kita boleh miliki keupayaan, berkat yang mencukupi untuk menyelamatkan roh dari dunia ini kerana ini kerja yang sangat, sangat susah dan berbahaya. Anda lihatlah berapa banyak Guru kehilangan nyawa Mereka.

Dalam hayat ini, saya kehilangan nyawa juga, sekali. Banyak kali, bukan sekali saja – tetapi kadangkala disebabkan oleh karma dunia, dan hari ini kita boleh hidup semula. Suatu kali saya perlu mengebumikan diri hidup-hidup dan hidup semula. Jika saya berada lebih lama di dalam kubur itu, saya akan mati, jadi perlu cepat. Itu tetap seperti kehilangan nyawa dan bangkit semula. Itu perlu dilakukan macam itu. Suatu kali saya beritahu anda bahawa ia perlu dilangsaikan dgn nyawa Guru. Masa itulah. Dan beberapa kali yang lain dalam situasi-situasi yang berlainan…

A Mini Bang to Renew the World – Excerpt from a message from Supreme Master Ching Hai (vegan), Nov. 18, 2023: Syukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana saya dibuat untuk teringat akan kaedah menyelamatkan dunia kita ini. Kaedah ini melibatkan kematian Guru – sama ada sepenuhnya jika gagal atau sementara saja, untuk seketika dan Guru hidup semula. Selepas Guru hidup semula, maka Guru lebih berkuasa. Kemudian oleh sebab kematian Guru akan menghapuskan sebahagian daripada karma, jadi Dia dapat hidup semula dan menjadi lebih berkuasa untuk meneruskan cara ini, kaedah ini bagi menyelamatkan manusia dan Bumi. Senang untuk kata – bukan senang untuk dibuat, disempurnakan.

Tetapi hari ini, mereka tidak bunuh kita. Mereka tak boleh. Cuma akan ada sesuatu jenis penyakit, kemalangan atau sesuatu supaya kita perlu hampir seperti mati, kemudian hidup kembali – orang yang sama. Tapi tak apa-apa. Saya masih di sini. Saya hanya nak beritahu anda situasinya.

Tahukah anda Siapa Orang yang masuki badan ini ketika badan ini masih bayi selama dua tahun lebih sebelum saya datang? Anda tak dapat teka, kan? Baiklah, saya akan beritahu anda. Santo yang datang sebelum saya ke dalam badan bayi ini ialah Santo Paul dalam agama Kristian – Santo Paul pada zaman Nabi Isa. Tetapi dalam agama Buddha, Beliau dipanggil sebagai Mañjuśrī, Mañjuśrī Kebijaksanaan – kebijaksanaan nombor satu, satu seorang anak murid Boddhisattva terbesar Buddha. Ketika bersama Nabi Isa, Beliau ialah Santo Paul. Bersama dengan Nabi Isa, Beliau alami kematian yang dahsyat – menyakitkan, dahsyat.

Pada zaman Buddha, suasana lebih damai. Tetapi pada waktu-waktu yg berlainan, tempoh-tempoh kelahiran semula yang berlainan, karma mengatur kejadian-kejadian yang berlainan. Buddha pun, suku-Nya dimusnahkan disebabkan oleh karma dari masa yang lebih lama, hayat lain, kemudian ia terjelma dalam hayat-Nya, jadi keluarga-Nya, suku-Nya dimusnahkan tetapi Buddha tak dapat buat banyak walaupun Baginda datang duduk di tengah-tengah jalan medan perang untuk hentikan tentera negara musuh yang lain daripada datang. Tiga kali Baginda berjaya tetapi selepas itu tidak, agaknya tiga kali atau kali keempat.

Pada masa itu, seorang pembesar jahat pihak musuh mengingatkan Raja tentang sebabnya dia harus pergi membunuh suku Shakya, kemudian dia buat begitu. Tetapi selepas itu, Raja yang pergi membunuh dan menyeksa begitu banyak orang ini – wanita dan kanak-kanak juga – pergi ke neraka tak henti-henti dan tidak kembali lagi. Biar

saya lihat sama ada dia masih di sana. Di manakah dia sekarang? Dia tiada di sana lagi. Maka dia di mana sekarang? Oh! Dia telah dilahirkan dengan status seperti manusia tetapi berada di jenis negara yang dihancurkan oleh peperangan yang berterusan. Bukan di dunia ini, dunia lain. Kita ada planet-planet lain juga dan sesiapa yg lancarkan banyak perang akan pergi ke neraka dulu. Jika mereka bunuh banyak orang, maka mereka akan pergi ke neraka, neraka tak henti-henti. Kadangkala boleh selama-lamanya. Tetapi dalam situasi sebegini, satu saat dalam hidup mereka kelihatan macam selama-lamanya juga.

Photo Caption: Bagus Melihat Bayangnya, tetapi yang Sebenar Sangat Hebat!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1379 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android