Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 1 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, orang yang paling dikasihi, paling dihargai, paling disayangi. Salam sejahtera kepada anda dgn nama Tuhan Yang Maha Tinggi. Baru-baru ini, kita bercakap tentang kesusahan yang boleh berlaku pada bulan Julai dan Ogos. Kita baru masuki bulan Ogos sekarang. Kita tak pasti pun sama ada sepanjang bulan ini akan selamat atau tidak walaupun saya ada perasaan selamat. Saya ada perasaan tenang bahawa akan bertuah.

Ogos sepatutnya ‘august’ (mulia), bertuah. Tetapi kita takkan tahu. Mungkin saya rasa lebih selesa, lebih positif buat masa ini kerana manusia telah diberi amaran supaya berkelakuan lebih baik, lebih banyak berdoa dan ingati Tuhan dan semua Guru di Alam Semesta. Biar kita berharap begitu, biar kita harap semangat ini akan berterusan hingga beberapa tahun akan datang kerana kita bukan sahaja ada Ogos, kita akan ada lebih banyak bahaya sepanjang masa hingga akhir tahun ini, berterusan hingga mungkin separuh pertama tahun depan, dan sepatutnya hingga 2026 tetapi mungkin akan menjadi lebih baik.

Hari ini, begitu sukar untuk kata dengan tepat bila bencana akan melanda, bila kita akan perlu benar-benar hadapi kejadian yang bawa maut. Kita lihat berita, di merata tempat, bencana tak henti-henti. Saya tak berani lihat dgn terlalu dalam kadangkala, apalagi mahu anda risau kerana anda masih ada saudara-mara, ahli keluarga dan kawan yang berada di luar perlindungan! Tetapi sesetengah orang perlu cari berita untuk Supreme Master Television kita, jadi kadangkala saya juga perlu berkongsi jenis kejadian, pemandangan yang menakutkan, menyayat hati ini. Saya tak dapat cukup menangis. Seperti beberapa hari yang lalu, jika anda lihat berita, anda akan nampak dengan serta-merta, di Korea kesemua 4,000 rumah tiba-tiba hilang dlm sekelip mata dgn begitu saja. Empat ribu buah rumah! Ini bermakna banyak ribu orang termasuk kanak-kanak dan orang tua ditelan dan hilang! Kita tak dapat cukup menangisi semua ini.

Ya Tuhan, berbelas kasihanlah. Tolong buat sesuatu. Sedarkan manusia. Saya tak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana pun untuk bercakap lagi. Meskipun saya pergi, siapa akan dengar kata-kata saya? Sangat sedikit. Saya masih cuba sedaya upaya utk kekalkan harapan dan impian saya, sama seperti sesetengah daripada anda, orang penyayang. Kekalkanlah harapan. Semoga Syurga berlembut! Puji Tuhan, syukur kpd Tuhan setiap hari setiap kali anda ada beberapa saat.

Dan begitu pun, begitu banyak penyakit yang kita tak tahu pun sebelumnya, tak pernah dengar sebelumnya juga datang membuat kita susah, bimbang, takut dan dukacita kerana perlu ucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang dan orang tak berdosa di mana-mana saja apabila penyakit ini menyerang. Hari ini, kita tidak kira lagi berapa banyak orang mati akibat apa tetapi saya pasti ada banyak kesakitan hati di seluruh dunia. Begitu pun, mereka masih saling bertempur! Seolah-olah jumlah kematian belum cukup lagi, seolah-olah kedukaan belum cukup lagi, seolah-olah kesakitan belum cukup lagi, seolah-olah kemusnahan belum cukup lagi. Ya Tuhan! Jika anda tak percaya bahawa sesetengah manusia adalah jahil, anda boleh nampaknya sekarang, dan jika anda tak percaya bahawa syaitan wujud hanya untuk memikat orang, menggoda orang membuat perkara yang begitu membinasakan dan jahat, malah saling membunuh, dan bunuh orang-haiwan setiap hari – berbilion-bilion setiap hari. Ya Tuhan, kita ada lebih banyak orang-haiwan di ladang kilang daripada populasi manusia. Mereka terus bunuh mereka dan membiakkan lebih banyak, bukan hanya bilangan tetap, kemudian selesai. Saya tak tahu bagaimana manusia boleh hidup macam ini. Mana mungkin jika itu bukan syaitan menggunakan bentuk manusia atau manusia dipergunakan dan dirasuk syaitan? Tiada penjelasan lain yang dapat kita cari. Tapi tetap ada peperangan yang berlaku di merata tempat, lagi banyak sekarang ini daripada dahulu. Macam itulah. Kelihatan macam di penghujungnya, nyala api lilin menjadi lebih besar, lebih menyilaukan, kemudian ia akan berakhir.

Oh! Tolonglah. Saya berdoa setiap hari. Saya banyak bermeditasi setiap hari. Saya tak dapat nikmati makanan pun. Saya tak dapat tidur lena. Saya tak tahu bagaimana perasaan manusia lain, manusia baik, sekarang, tapi agaknya mereka rasa begitu juga, lebih kurang seperti saya. Bukan sahaja peperangan antara manusia dengan manusia, ada peperangan antara manusia dengan orang-haiwan, dan juga peperangan antara sistem agama dan peperangan antara orang dalam satu sistem agama. Itu memang… Kelihatan macam kita tiada sebarang penyelesaian. Tetapi sebenarnya peperangan antara sistem agama bukanlah hal baharu. Kerana kuasa negatif akan sentiasa melompat masuk untuk mendakwa bahawa mereka ialah Buddha, Messiah, membuat bunyi bising yang kuat untuk ganggu ketenteraman, kelirukan orang yg mudah terpengaruh, mencengkam mereka dalam kawalan kejam yang seperti neraka, menghambakan mereka dgn kejam sekali untuk tujuan jahat mereka! Belakangan ini, nampaknya mereka lebih banyak mendedahkan diri secara terang-terangan dengan taktik bodoh atau bersifat menganiaya, jadi lebih banyak orang akan dapat mengenal pasti asal syaitan mereka! Dengan sedikit IQ saja pun, seseorang dapat lihat mereka.

Petikan daripada ‘Berita Gempar’ Tokong-tokong ini hanya bertumpu pada menerima tawaran dan memaksakan propaganda karut untuk menarik lebih banyak derma. Orang Vietnam faham bahawa membuat tawaran tidaklah salah tetapi sesetengah biksu mengeksploitasi ini untuk menyebarkan kepercayaan karut, memanggil makhluk halus dan mengamalkan aktiviti yang dicurigai di bawah samaran ‘penyembuhan’.

Petikan daripada ‘Trúc Thái Minh berkata bahawa makhluk halus menyerukan tawaran seperti biksu’ Bersumpahlah untuk buat tawaran! Berapa banyak pun (yang hantu) minta, kita mesti tawarkan wang, bayar semua hutang kepadanya. Maka hantu akan memaafkan kita dan tidak mengambil nyawa kita, tetapi ia minta harta benda dan wang kita, kita mesti tawarkan itu kepadanya. Faham? Sama ada kehilangan nyawamu atau terus hidup tetapi kehilangan wang. Apa lagi yang boleh kamu buat? Hantu menuntut agar kamu menawarkan wang kepadanya, maka ia akan diberkati dan pergi dari situ. Tidak kira ubat apa yang kamu makan, meskipun itu ubat Amerika atau berkualiti tertinggi, jika hantu ini tak boleh berasa puas, maka kamu takkan diselamatkan dan pasti mati.

Hanya mereka yang sendiri ialah syaitan atau ada IQ yg terlalu rendah tak dapat lihat! Syaitan ini akan disapu oleh Pengawal Syurga ke neraka abadi untuk melindungi orang yang tak berdosa dan buat dunia ini menjadi bersih sepenuhnya hanya untuk orang yg layak. Pasti begitu!

Ketika Nabi Isa masih hidup pun, itu sistem rasmi lain, kononnya sistem ‘agama’ yang menyalib Baginda dan semua Hawari rapat-Nya serta banyak pengikut lain yang percayai dan mengikut ajaran Nabi Isa. Ya Tuhan! Dan pada zaman Buddha, Devadatta merupakan anak murid, saudara ipar dan sepupu-Nya tetapi disebabkan oleh rasa cemburu, dia nak bunuh Buddha banyak kali. Satu kali saja dia berjaya memotong jari kaki-Nya tetapi banyak kali yang lain dia berusaha dan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk membunuh Buddha disebabkan oleh rasa cemburu, kerana dia tak tahu bahawa Buddha miliki Kuasa suci yang amat besar, sukar dipercayai.

Dia begitu membuta, Devadatta. Dia ingat Buddha macam itu saja, duduk di sana, memakai jubah yang sama dengan dia, itu saja. Jadi dia boleh buat begitu juga atau lagi baik. Dia rasa dia lagi pandai daripada Buddha. Dia cuba bersungguh-sungguh untuk buat Buddha kelihatan jahat atau buat segala jenis perkara. Dia malah cuba membuat dirinya kelihatan lebih baik daripada Buddha dengan membuat peraturan biksu yang lebih ketat tetapi ia langsung tak diperlukan. Ia terlalu fanatik! Hanya untuk menunjuk-nunjuk, hanya untuk menarik perhatian.

Buddha amalkan jenis jalan tengah sistem mulia. Baginda adalah bijak, bercakap tentang standard manusia pun. Tidak seperti Devadatta – jika seseorang begitu ingin membunuh seperti dia, maka kita tahu dia tiada apa-apa yang hebat. Itu hanya rasa cemburu, suka bertengkar, cuba cari gaduh dengan Buddha, orang suci, kerana mereka rasa begitu kecil secara perbandingan, dan dia tak dapat menang. Jadi dia menjadi semakin cemburu apabila melihat Buddha sentiasa ada semakin banyak orang yang mengikut Baginda. Sementara Devadatta cuba bersungguh-sungguh, dia hanya ada beberapa ratus, maksimum. Jadi dia sentiasa cuba membunuh Buddha.

Begitu pun, Buddha berbelas kasihan terhadap dia. Apabila dia (Devadatta) sakit, Buddha menghulurkan tangan untuk jarak yang jauh bagi memberkati kepala dan badan Devadatta supaya dia sembuh dengan lebih baik. Tetapi begitu pun, Devadatta tidak berterima kasih. Dia malah berkata bahawa Buddha cuba bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih terkenal kerana menjadi Buddha tidak cukup baik bagi Baginda, jadi sekarang Baginda malah perlu cuba menjadi tabib. Ya Tuhan! Buddha tak pernah pedulikan perkara sebegini. Segala-galanya di dunia ini ialah ilusi bagi Baginda kerana Baginda tahu akan dunia sebenar. Buddha tahu akan dunia sebenar di dalam, sama seperti banyak Buddha yang lain, Guru semua zaman di semua alam. Mereka semua tahu. Hanya mereka yang jahil, berperingkat rendah dan orang rendah seperti Devadatta memikirkan perkara sebegini tentang Buddha. Hari ini, kita boleh lihat sama saja. Kita ada juga. Saya tak nak sebutnya.

Buddha bukanlah suatu gelaran saja. Itu perkataan bagi gabungan pahala, pengorbanan, kasih sayang, belas kasihan yang amat besar, dan banyak lagi – kebijaksanaan juga. Itu bukan gelaran saja.

Photo Caption: Kami Ada Kecantikan, Kami Ada Keharuman, Semua Orang akan Tahu! Sementara Kami Bersandar pada Dinding Besar, Kami Bersyukur dan Merendah Diri!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android