Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 5 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada zaman Buddha, suasana lebih damai. Tetapi pada waktu-waktu yg berlainan, tempoh-tempoh kelahiran semula yang berlainan, karma mengatur kejadian-kejadian yang berlainan. Buddha pun, suku-Nya dimusnahkan disebabkan oleh karma dari masa yang lebih lama, hayat lain, kemudian ia terjelma dalam hayat-Nya, jadi keluarga-Nya, suku-Nya dimusnahkan. […] Pada masa itu, seorang pembesar jahat pihak musuh mengingatkan Raja tentang sebabnya dia harus pergi membunuh suku Shakya, kemudian dia buat begitu. Tetapi selepas itu, Raja yang pergi membunuh dan menyeksa begitu banyak orang ini – wanita dan kanak-kanak juga – pergi ke neraka tak henti-henti dan tidak kembali lagi. Biar saya lihat sama ada dia masih di sana. Di manakah dia sekarang? Dia tiada di sana lagi. Maka dia di mana sekarang? Oh! Dia telah dilahirkan dengan status seperti manusia tetapi berada di jenis negara yang dihancurkan oleh peperangan yang berterusan. Bukan di dunia ini, dunia lain. Kita ada planet-planet lain juga dan sesiapa yg lancarkan banyak perang akan pergi ke neraka dulu. Jika mereka bunuh banyak orang, maka mereka akan pergi ke neraka, neraka tak henti-henti. Kadangkala boleh selama-lamanya. Tetapi dalam situasi sebegini, satu saat dalam hidup mereka kelihatan macam selama-lamanya juga.

Jenis neraka itu, mengapa mrk panggilnya tak henti-henti? Kerana ia tak pernah berhenti menghukum anda, menyeksa anda, satu demi satu. Anda akan sentiasa rasa sakit selama-lamanya. Anda tak dapat berhenti berasa sakit atau berehat. Di neraka lain, mereka ada rehat. Seperti jika orang makan daging orang-haiwan – bergantung kepada berapa banyak dan apa jenis – apabila mereka tiada pahala dari hayat lampau atau tiada Guru untuk selamatkan atau bantu mereka, maka mereka akan pergi ke neraka. Mereka akan dikisar menjadi daging kisar, sebagaimana mereka membunuh dan mengisar daging orang-haiwan untuk membuat daging kisar di dunia ini, mungkin dua, tiga kali, mungkin enam, sepuluh ribu kali sehari. Tetapi mereka tetap boleh berehat di antaranya. Tetapi di neraka tak henti-henti, langsung tiada sesiapa yang dibenarkan untuk berehat. Ia berterusan selama-lamanya, seperti mesin automatik menyedut mrk ke dalam, menyeksa mrk dengan syaitan berada di sekeliling hanya untuk melihat atau mengawasi. Ia tak pernah berhenti. Itu neraka paling teruk yang boleh anda jatuh ke dalam.

Neraka itu dikhaskan untuk orang yang suka berperang, orang yang benar-benar nak bunuh, bunuh orang lain secara beramai-ramai tanpa berlembut, tanpa belas kasihan. Orang ini akan jatuh ke dalam jenis neraka tak henti-henti itu. Macam mana mereka perlakukan makhluk lain, mereka akan diperlakukan macam itu, secara berulangan tanpa berlembut, dan anda tak dapat ingat akan Tuhan, Buddha, apa-apa pun. Anda tak dapat berdoa, tak dapat buat apa-apa pun untuk diri sendiri. Tenaga tindas di sana takkan biarkan anda berfikir untuk satu nanosaat pun. Anda tak dapat ingat akan apa-apa pun. Anda hanya jerit sepanjang masa, 24 jam setiap hari, secara berulangan. Dahsyatnya ini. Sebab itulah banyak Guru turun ke Bumi sini, kerana tak tahan melihat makhluk di planet ini menderita macam itu. Begitu juga dengan saya. Setiap hari saya menangis tanpa anda

nampak. Semasa saya menyunting rancangan yang anda berikan kpd saya, apabila orang-haiwan atau manusia menderita dalam rancangan itu, oh, saya begitu banyak menangis sepanjang masa. Saya perlu benar-benar cuba mengawal diri. Jika tidak, saya tak dapat bekerja macam itu. Saya berterima kasih kepada anda semua juga, pasukan Supreme Master TV yang mengerjakan rancangan penuh penderitaan ini apabila kita perlu tunjukkan kebenaran kepada dunia – bagaimana orang-haiwan menderita, bagaimana mangsa perang menderita. Anda semua perlu mengerjakan itu. Begitu juga dengan saya – saya bekerja bahu-membahu bersama anda setiap hari. Walaupun kita berjauhan, namun kita bekerja bersama.

Hari ini, saya tak rasa terasing dari segalanya kerana kita ada internet. Kita dapat saling menghubungi. Kita dapat bercakap. Kita dapat bekerja bersama seolah-olah berada di dalam bilik, pejabat yang sama. Jadi saya sentiasa rasa dekat dgn anda, anda semua. Cuma kadangkala, sekali-sekala apabila saya lihat perhimpunan lama bersama ketika kita ada waktu yang menyeronokkan, apabila orang rasa gembira berjumpa dengan saya, maka saya rindui itu, tetapi saya tidak rindui waktu di khalayak ramai. Saya suka berada di ruang peribadi, kecuali apabila saya lihat kasih sayang mencurah keluar daripada anak murid atau pemuja dari luar – itu waktu hati saya tersentuh dan ingin berikan jenis kegembiraan, keseronokan yang serupa kepada mereka sekali lagi – apabila semua orang pergi ke sana dan rasa diberkati, gembira, ceria, macam semua orang menjadi satu entiti saja dalam kasih sayang dan kegembiraan saja.

Itu apa yang menyentuh saya. Itu apa yang mungkin menarik saya kembali ke khalayak ramai semula.

Tetapi empat tahun ini – lebih daripada empat tahun, dah hampir lima tahun sekarang – saya berseorangan. Saya tidak rindui apa-apa pun. Saya tidak menggesa diri atau tidak benar-benar rasa saya mesti keluar, bercakap dengan orang ramai dan sebagainya. Tidak, saya tiada keinginan sebegini. Saya buat apa-apa saja yang baik untuk dunia, itu saja, walaupun apa-apa yang kita buat, sentiasa ada pilihan untuk berkorban atau tidak.

Saya memang rindui orang-anjing, orang-burung saya. Itu saja, memang. Anda semua, saya kasihi tetapi saya tiada rasa rindu ini terhadap sesiapa pun. Tuhan buat saya macam itu, agaknya. Jika tidak, saya tak tahan, akan terlalu sunyi berseorangan macam itu. Di gunung Himalaya, saya berseorangan. Saya tak kisah juga. Berjalan dalam kegelapan atau hujan. Saya ada barang yang sangat sedikit. Saya tak kisah itu. Saya rasa sangat gembira pada masa itu. Sekarang saya tak rasa gembira kerana setiap hari saya perlu menyemak rancangan yang anda buat dan kadangkala tiba-tiba penderitaan datang. Itu memang banyak menyakiti saya.

Sebab itulah saya minta anda supaya masukkan lebih banyak klip orang-haiwan gembira drpd sesawang ke dalam rancangan kita, juga untuk berkongsi kegembiraan dengan orang di luar. Apabila saya lihat klip itu – orang-haiwan yang gembira, lucu bersama manusia atau sesama mereka – saya rasa gembira. Kadangkala saya ketawa dengan itu. Sebab itulah saya berfikir kita perlu berikan lebih banyak itu kepada dunia, dan jenaka, supaya orang boleh rasa gembira buat beberapa ketika sekurang-kurangnya dan boleh relaks, kerana kehidupan mrk dah penuh dengan kesusahan, terutama hari ini. Berjuta-juta orang kelaparan setiap hari dan hati saya tak dapat rasa pulih atau benar-benar gembira sepanjang hari. Tidak, tidak, hanya beberapa ketika apabila saya nampak sesuatu yang baik dalam rancangan. Tetapi terima kasih kepada anda kerana menahan semua itu bersama saya demi orang lain.

Saya tahu pengorbanan anda amat besar. Anda tiada keluarga bersama anda. Anda tiada hubungan peribadi, tiada apa-apa pun. Saya tahu semua itu. Anda hanya bekerja dan makan, kadangkala saya menyusahkan anda juga. Saya minta maaf kerana kerja tak boleh tunggu hingga esok. Kerja tidaklah hitam putih, atau seperti garis lurus di mana anda berjalan, atau seperti laluan penunggang basikal, anda boleh bergerak di sepanjangnya dan berhenti apabila mahu. Bukan macam itu kerana kerja tidaklah senang. Jika kita nak cari maklumat, mengkaji dan sebagainya, itu mengambil masa yang panjang, dan apabila saya perlu membetulkan sesuatu, kadangkala komputer tak dengar arahan saya. Ia melompat ke tempat yang berlainan dan saya perlu menulis semula, atau saya tak tahu bagaimana kawalnya, betulkannya apabila segalanya yang saya edit turun ke bawah dan bercampur dengan bahagian tercetak, kemudian tiada sesiapa yg dapat bacanya. Saya cuba bersungguh-sungguh untuk selamatkannya tapi kadangkala tak dapat. Maka saya perlu tulis semula sekali lagi. Tetapi macam itulah kita perlu bekerja. Kita tak dapat elakkan segalanya.

Bayangkan, kita dah begitu banyak menderita apabila hanya lihat klip kejadian orang-haiwan menderita atau manusia menderita akibat penyakit atau peperangan dan sebagainya, bayangkan jika anda berada dalam situasi itu – jika anda ialah orang-haiwan itu, atau jika anda ialah mangsa perang terutama jika anda ialah anak kecil atau kanak-kanak saja, berseorangan dengan semua ibu bapa anda telah mati akibat bom, dan berjalan sendirian di jalanan bersama orang lain, cuba mencari negara lain tetapi anda tiada apa-apa pun untuk dimakan, tiada sesiapa pun di sana dan anda letih lesu. Anda rebah di jalanan, sama ada mati atau cedera teruk sehingga seseorang berpeluang nampak anda dan bawa anda ke hospital yang jauh. Bayangkan itu anda.

Ketika saya masih kecil – atau tak begitu kecil, tapi agaknya… Biar saya ingat… berusia tujuh atau lapan tahun, kami pergi sejauh dari pusat wilayah balik ke daerah saya yang lebih kecil. Pusat wilayah dan rumah saya adalah berjauhan. Kami perlu pergi dengan kereta, bas atau tuk-tuk kecil – kenderaan kecil beroda tiga. Kita masih dapat lihatnya hari ini, seperti di Bangkok. Pemandu memandu di depan dengan satu tempat duduk (penumpang), dan bahagian belakang mungkin dapat menempatkan lapan orang tetapi kadangkala mereka himpitkan sepuluh orang dan banyak benda yg lain seperti orang-ayam dan -khinzir, makanan, sayuran dan beras. Jadi kadangkala saya tertanya bagaimana kereta yang kesian itu dapat bergerak. Tetapi ia memang bergerak! Mereka adalah genius dalam membuat benda seperti itu, tetapi jika kita duduk di belakang, wasap ekzos datang ke muka dan hidung kita, dan kadangkala berbau busuk. Saya muntah kadangkala. Tetapi kita dah pun bertuah jika semasa peperangan, kereta atau bas kita terus bergerak hingga ke rumah.

Suatu kali ia tidak terus bergerak – bom di tengah-tengah jalan meletup dan banyak orang mati. Nasib baik, saya dan bapa saya tidak mati tetapi kami terpaksa bawa beg pakaian besar dan mengheretnya di lebuh raya. Jalan raya kebangsaan ini bukanlah lebuh raya cantik seperti yang kita lihat hari ini, seperti di Amerika, England, Perancis atau negara-negara itu. Pada masa itu, ketika saya masih kecil, hanya ada satu jalan raya kebangsaan dari Selatan ke Utara, dan ia berakhir di Sungai Bến Hải. Itu tempat negara kami terbahagi. Satu belah ialah Utara, satu belah lagi ialah Selatan. Itu saja. Kita boleh pergi ke sana. Kita tak boleh pergi ke Utara. Saya tak ingat bagaimana kami boleh. Mungkin kita boleh, mungkin kita tak boleh. Saya tak tahu akannya. Saya rasa kita dilarang pergi ke sana. Saya tidak tanya dengan lebih lanjut. Saya tak rasa kita boleh pergi dengan begitu senang kerana bapa saudara saya berada di Utara, atau mungkin dia suka pergi ke Utara.

Selepas perjanjian damai Geneva, banyak orang dari Selatan pergi ke Utara untuk tinggal sementara dan tetap di sana, dan sesetengah orang dari Utara pergi sejauh ke Selatan untuk bersama kerajaan Selatan. Ada dua sistem yang berbeza pada masa itu. Utara ialah sistem komunis, dan Selatan, mereka panggil sistem demokrasi. Orang-orang yang berlainan suka akan sistem-sistem yang berlainan, jadi mereka berpisah dan pergi ke sebelah yang berlainan. Jadi bapa saudara saya tak pernah pulang sepanjang masa itu sehingga selepas peperangan dah tamat di Âu Lạc (Vietnam). Saya rasa itu tahun 1974. Kemudian bapa saudara saya pulang. Saya tak pernah lihat dia sehingga ibu saya beritahu saya apabila kami berjumpa di Hong Kong dan sekali lagi di Bangkok. Mereka dibenarkan keluar dua kali untuk berjumpa dengan saya. Selepas itu, mereka tak dibenarkan lagi. Pasport mereka dirampas. Mereka beritahu saya bahawa mereka tak boleh datang berjumpa dgn saya lagi. Saya begitu hancur hati tetapi segalanya begitu pantas, saya tak dapat buat banyak. Tak apa. Lupakan saja itu. Itu hanya hal peribadi saya. Saya tak tahu mengapa saya beritahu anda tentang ini.

Photo Caption: Cantik dari Dalam ke Luar, Itu Roh Suci

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android