Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Syurga tentang Peristiwa Dunia pada Masa Depan, Bahagian 3/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya nak beritahu anak murid, sekurangnya yang dengar, bahawa anda perlu jimatkan apa-apa saja yang boleh. Itu bukan hanya disebabkan wang, itu karma. Itu juga untuk orang lain yang perlukannya. Jika kita gunakan terlalu banyak, orang lain mungkin tak mampu bayar untuknya kerana harga akan menaik jika benda tak cukup. (Ya, faham, Guru.) Jadi saya jimatkan tenaga elektrik. Saya tak buka semua lampu di mana-mana saya tak perlukannya, bukan kerana saya jimatkan wang tetapi untuk orang lain gunakan, untuk berkongsi (Ya, Guru.) supaya harga tidak menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan orang lain alami penderitaan dan kekecewaan.

Tetapi saya nak beritahu anda semua, kononnya anak murid, jika anda masih mempercayai saya dan masih mahu hidup, kalau-kalau anda nak memilih untuk hidup atau terus hidup, apa-apa saja yang boleh. Mungkin anda takkan mati, mungkin kita akan menang. Kerana Syurga juga beritahu saya dalam salah satu meditasi saya, dalam kegelapan malam hari, “Jangan putus harapan untuk menyelamatkan dunia-Mu.”

Saya akan berikan gambar, maka kamu dapat lihat tulisan cakar ayam saya dlm kegelapan. Saya perlu gunakan pen dan jari tangan lain untuk menyusur tulisan saya. (Wau!) Jadi ia bukan baris lurus kerana jika saya tak gunakan jari tangan lain untuk menyusurnya, maka barangkali saya akan menulis satu perkataan di atas perkataan lain. (Ya, Guru.) Jadi ia nyatakan, “Jangan putus harapan utk selamatkan dunia-Mu.” Oh! Itu buat saya berasa sangat… jauh lebih senang lepas itu. (Ya, Guru.) Saya lekatkannya pada dinding di tempat saya bekerja. Saya akan berikan gambar itu kepada kamu. (Terima kasih, Guru.) Jangan mengetawai tulisan saya (Tidak, Guru.) kerana ia ditulis dalam kegelapan sepenuh. Saya tak dapat cari lampu pada masa itu dan saya tak mahu cahaya ganggu visi saya yang berterusan untuk banyak perkara lain. (Faham, Guru. Ya, Guru.) Jadi saya hanya gunakan dua tangan – sebelah tangan dengan pen dan sebelah lagi dengan jari untuk menyusurnya, letak jari tangan lain pada halaman supaya saya tahu saya dah tulis sampai mana agar saya tak menulis pada ruang yang ditekan oleh jari itu. (Ya, Guru. Faham, Guru.) Itu bagaimana saya terus menekankan jari – baris demi baris, tetapi tetap tak kelihatan begitu baik. Tetapi kamu masih dapat bacanya. Saya ingat ia tak dapat dibaca tetapi saya dapat bacanya.

Saya nak beritahu kononnya anak murid, jika anda masih panggil saya sbg Guru, tolong dengar baik-baik. Jika anda nak terus hidup, sediakanlah banyak benda seperti lampu suluh suria, apa-apa saja suria yang boleh. Kemudian sediakan makanan. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya tahan dua minggu, berbulan-bulan atau lebih jika boleh. Makanan yang tidak cepat reput. (Ya.) Jika anda gunakan sebahagiannya kerana tarikh luput dah hampir tiba, maka anda beli yang baharu untuk gantikannya di dalam pantri atau bilik bawah tanah, mana-mana saja anda letak makanan. Makanan yang tak perlukan peti sejuk, seperti beras, mi kering dan jenis-jenis kacang yang berlainan, kacang kering atau kacang dalam tin, makanan dalam tin dan makanan kering. Anda simpannya untuk diri sendiri kalau benar-benar berlaku kecemasan. Saya memang harap tidak. Berdoalah agar apa-apa yang saya katakan kpd anda tidak betul. Tapi bersedia kalau-kalau berlaku. Mana tahu? (Ya, Guru.) Sediakan makanan dan sesuatu untuk kecemasan bagi memanaskan rumah. Lihat di internet untuk belajar banyak cara anda dapat terus hidup semasa berlaku kecemasan. (Ya, Guru.) Dan sebagainya…

Kalau-kalau bom atom atau bom nuklear meletup di sesuatu tempat, meskipun tak terlalu dekat dengan anda, dan, dah tentu, terutamanya jika dekat dengan anda, jangan keluar. Jangan keluar selama yang boleh. Bergantung kpd di mana anda berada, dah tentu. Duduk saja di rumah. Makan apa-apa saja yang anda ada di dalam pantri, lebih selamat. Jangan cuba keluar, cari makanan atau ambil apa-apa dari ladang pertanian. Ia telah tercemar dan anda akan tersedut udara tercemar. Duduk saja di rumah jika boleh atau mana-mana saja di dalam. (Faham, Guru. Ya, Guru.) Ada juga sesuatu yang dipanggil ubat antisinaran. Saya tak tahu berapa mujarab itu tetapi anda boleh cuba untuk lihat sama ada ia baik. Kemudian anda juga boleh sediakannya di rumah, kalau-kalau diperlukan. (Ya, Guru.) Tetapi jika senjata nuklear gugur

dalam lingkungan 50 kilometer, dekat tempat tinggal anda, maka anda jangan makan apa-apa dari ladang selama sekurang-kurangnya banyak minggu atau berbulan-bulan kerana ia akan dicemari oleh sinaran bom atom atau bom nuklear. (Okey, Guru. Faham, Guru.)

“Mengetahui apa yang nak dibuat dalam masa jam pertama serangan nuklear mungkin membawa perbezaan antara hidup dan mati. Bom atom memusnahkan atau mencederakan dengan tiga cara: letupan, haba dan keradioaktifan. Maka ini ialah senjata bom atom yang mesti kita lindungi daripadanya.

Menurut Jeff Schlegelmilch, timbalan pengarah Pusat untuk Persediaan Bencana Negara: “Jika anda nampak pancaran nuklear, perkara pertama yang perlu dibuat adalah pergi ke sebalik dinding kalau-kalau gelombang kejut datang.” Ingatlah bahawa gelombang kejut bergerak pada kelajuan beratus-ratus kilometer sejam, jadi anda takkan ada masa yang panjang untuk mencari perlindungan. Pakar keselamatan sinaran Brooke Buddemeier mengesyorkan berlindung di sebalik sesuatu yang kukuh strukturnya: “Apabila saya memikirkan tempat yang akan saya pergi untuk perlindungan daripada kesan segera dan gelombang ledakan khususnya, saya memikirkan jenis cara yang sama yang kita lakukan untuk puting beliung. Berada di kawasan di mana jika ada goncangan dramatik, benda takkan jatuh menimpa anda.” Jika anda boleh terselamat daripada gelombang kejut, malangnya keadaan tak menjadi jauh lebih senang. Sekarang perlumbaan sebenar dgn masa. “Anda akan ada sedikit masa untuk ambil tindakan bagi memastikan anda dan keluarga selamat. Perkara paling penting: masuk ke dalam, kekal berada di dalam.” Berkemungkinan anda akan ada masa antara 10-20 minit untuk cari tempat berlindung.

Pertama sekali, jangan berada di dalam kereta. Pintu logam dan tingkap kaca terlalu nipis, tak dapat melindungi anda daripada sinaran gama. Rumah bergerak tak dapat berikan perlindungan yang mencukupi juga. Sebaliknya, cuba cari tingkat bawah tanah atau bangunan bertingkat yg lebih besar. Ingatlah, faktor utama adalah terdapat sebanyak lapisan tebal antara anda dan guguran radioaktif. Kita maksudkan konkrit atau bata di sini, jadi pencakar langit kaca yang kelihatan elok atau rumah yg dibina daripada kayu dan plaster bukanlah pertaruhan yang terbaik. Jika anda berada di bandar yang ada sistem kereta api bawah tanah, masuk ke dalamnya juga akan berikan tahap perlindungan yang tinggi. Katakan anda telah berjaya masuk ke dalam sesuatu tempat di atas tanah, elakkan tingkat atas. Semua guguran radioaktif akan termendap di atas bumbung. Tujuan masuk ke dalam adalah untuk berada sejauh yang boleh dari zarah-zarah habuk buruk yang mengeluarkan paras sinaran gama berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan sinaran. Sebaliknya, pergi ke tengah-tengah bangunan. Jika ada masa untuk tutup kawasan di mana guguran radioaktif mungkin masuk – pintu, perapian, penyaman udara, tingkap, maka lakukannya.

Okey, mari kita lihat senario yang berbeza sikit di mana segalanya tidak berjalan dengan begitu lancar. Kali ini kita telah meninggalkan kereta kita dan memecut ke bangunan terdekat yang kelihatan kukuh tetapi guguran radioaktif mungkin mula mendarat di sekeliling anda. Jika anda rasa begitu, perkara terbaik untuk dibuat adalah tutup hidung dan mulut dengan kain buruk dan tutup mata. Berjalan terhuyung-hayang macam ini takkan senang. Jadi dalam contoh ini, mengambil masa 15 minit untuk masuk ke dalam. Adakah guguran radioaktif itu mendarat pada anda? Adakah ia di dalam rambut atau pada pakaian anda? Mungkin, ini bermakna anda berisiko mendapat keracunan sinaran akut. Dengan berhati-hati tanggalkan lapisan luar pakaian anda. Ini dapat singkirkan 90% daripada bahan radioaktif. Masukkannya ke dalam beg plastik dan tinggalkannya di sesuatu tempat jauh dari anda. Perlahan-lahan. Mengelap benda anda dgn terlalu cepat mungkin menerbangkan sebarang habuk radioaktif. Itu takkan membantu sesiapa pun. Mandi akan agak berguna juga. Mesti gunakan sabun dan syampu untuk bantu membersihkan diri tetapi mengelak daripada gunakan perapi. Ia akan melekatkan zarah radioaktif pada rambut anda. Meskipun tiada pancuran, cuci muka, tangan dan sebarang bahagian badan yang terdedah dengan gunakan singki, kain lembap atau lap basah. Sekali lagi, kuncinya adalah gunakan banyak air dan dengan perlahan-lahan. Apa yang paling tak harus anda lakukan adalah menggaru dan membiarkan bahan radioaktif masuk ke dalam kulit anda.

Sekarang, berkemungkinan satu jam telah berlalu. Ini bermakna guguran radioaktif di luar sudah berkurangan sebanyak 50%. Dalam masa 24 jam pertama, ia akan hilang 80% daripada tenaganya, mencecah 99% selepas dua minggu. Tetapi ingat, jika sinaran cukup tinggi sejak permulaan lagi, 1% itu tetap boleh berbahaya. Jadi berada di dalam bangunan selama yang boleh dapat mengurangkan kemungkinan tercemar.”

Jika anda ada sebarang ladang atau tanah di sekeliling, atau kebun, gunakannya secara maksimum untuk menanam sayur, setiap kali.

Jika anda tiada, maka mungkin anda berhimpit-himpit dan mengosongkan sebuah bilik. Di dalam bilik itu, anda menanam sayur. Itu tak perlulah sayur ‘hebat’. Sebarang sayur yang anda makan, kebanyakannya, contohnya, kubis pun, jika anda keluarkan semua daunnya, di tengah-tengahnya ada teras. Jika anda tak potong dgn terlalu dalam ke dalam terasnya untuk rosakkannya, maka anda tanamnya saja di dalam tanih dan menyiramnya. Ia akan bertumbuh. (Ya, Guru.) Saya janji, memang begitu. (Ya.) Dulu saya buat begitu. Ia membantu. Ia benar-benar bertumbuh. Pudina pun, anda sudah cabut daunnya dan hanya batang yang tertinggal, anda tanamnya, dahan kecil itu, anda tanamnya di dalam tanih. Ia akan bertumbuh semula.

Sayur seperti bok choy dan sebagainya, anda hanya potong daunnya dan tinggalkan pangkal bok choy atau sayur, lebih kurang dua, tiga inci (lima hingga tujuh sentimeter), kemudian tanam semula. (Ya, Guru.) Ia akan bertumbuh seperti yang baharu, dan teras brokoli, segalanya. Dulu saya buat begitu. (Ya, Guru.) Rasanya mungkin saya ada beberapa keping gambar di sesuatu tempat. Ia bertumbuh daripadanya. Ia bertumbuh semula seperti yang baharu dlm masa yg singkat. (Wau! Faham, Guru. Ya, Guru.) Ia benar-benar bertumbuh. Anda boleh beli banyak benih, banyak kacang dan sudah mula menanam sayur. Maksud saya, kacang boleh mengeluarkan tunas. Dalam keadaan kekurangan pun, tunas kacang dan kacang kering dah cukup untuk anda makan dan terus hidup. (Ya, Guru. Faham, Guru.)

Kacang dan biji tak menjadi busuk dengan begitu cepat. Anda sentiasa boleh terus menanam dan makannya dan bukan keluar untuk beli sayuran kerana semasa kecemasan, mungkin tiada kedai, tiada sayuran untuk anda beli. (Faham.)

Dan simpan air di dalam bekas gelen (~empat liter) atau sesuatu, semuanya sedia. (Ya, Guru. Okey, Guru.) Semasa kecemasan, simpannya hanya untuk minum, bukan untuk mandi atau apa-apa. Mungkin hanya gosok gigi tetapi bukan mandi. Mungkin hanya gunakan tuala basah untuk mengelap badan pada bila-bila perlu, tak perlu setiap hari. (Ya, Guru. Faham, Guru.) Dalam agama Buddha, biksu mandi setiap dua minggu. Saya buat begitu juga dan tak mengapa, tak apa sekarang ini. Dah tentu, jika saya perlu keluar dan berkhutbah, maka saya perlu membuat diri menjadi lebih bersih. Tetapi saya rasa bersih dengan cara saya lakukan. Dan anda tak perlu makan tiga hidangan sehari. Jika anda tak bekerja dgn begitu keras, tidak keluar atau apa-apa, biasanya satu hidangan dah cukup. Anda hanya makan sehingga anda puas dan itu saja yang anda perlukan. (Okey, Guru. Faham, Guru.)

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/5)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
847 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android