Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Syurga tentang Peristiwa Dunia pada Masa Depan, Bahagian 4/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda tak berduit untuk menyimpan banyak makanan dan benda mahal, anda hanya beli seperti beras perang dan bijan, sudah direndang atau mungkin mentah pun, kemudian anda sendiri merendang jika boleh. Jika tidak, hanya beli bijan rendang dan makannya bersama nasi perang dan garam. Jadi simpanlah ini. Ia akan tahan lama. (Ya, Guru.) Tetapi beras perang tak tahan selama beras putih, jadi anda beli kedua-duanya. Jadi anda makan beras perang dulu, kemudian beras putih, anda makan kemudiannya. (Faham. Okey, Guru.) Simpan bijan dan kacang tanah.

Makanan itu mengandungi banyak protein. Meskipun anda tak boleh masak apa-apa, anda boleh makannya bersama nasi. (Faham.) Kemudian anda akan ada khasiat yang cukup untuk terus hidup. (Ya, Guru.) Saya pernah buat begitu selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Sewaktu saya belum ada kononnya anak murid, saya pergi bersuluk seperti yang harus setiap biksu lakukan setiap tahun, selama tiga bulan atau musim hujan. Saya hanya makan nasi perang dan bijan dengan sedikit garam. Pada masa itu, saya mampu beli sebotol kicap dan tambahkan sedikit untuk rasa. Jika tidak, hanya nasi perang, bijan dan garam dah cukup bagus. (Faham, Guru.)

Dulu saya kenali seorang biksu di Taipei. Dulu saya tinggal di tokongnya. Dia hanya makan itu dan air, tiada apa-apa lagi. Tetapi dia sangat kuat kerana bersenam, berlatih qigong. (Ya.) Dia mengajar anak muridnya dan buktikan bahawa jika kita letak pisau pada tekaknya, ia takkan menembusinya. (Wau! Oh!) Jika kita juga tikam belakangnya dengan kaca pecah, pisau atau sesuatu, ia takkan menembusinya. (Wau!) Dia hanya makan bijan dan nasi perang sepanjang masa saya di sana. Dia makan itu selama banyak tahun sebelumnya, malah lepas saya tinggalkan sana, saya percaya. (Wau!) Jadi anda akan terus hidup. Dia sangat besar, kuat, tidak kurus seperti saya. Tidak, dia besar dan kuat. Dia nasihati saya supaya makan lebih banyak, buat sesuatu untuk membuat diri saya menjadi besar seperti dia. Dia beritahu saya, “Seperti gunung.” Saya kata, “Tetapi saya terlalu kecil, mana boleh saya menjadi gunung?” Dia kata, “Menjadi gunung kecil.” Agaknya saya juga sebuah gunung kecil sekarang, memikul banyak benda. (Ya, Guru. Memang.)

Lihatlah di internet untuk belajar daripada orang lain cara mereka menanam sayur di rumah, di dalam sebarang bilik, malah dengan baldi, beg plastik atau sebarang beg terbuang, apa saja yang mereka tanam di dalamnya, bagaimana mereka menanam, menuai dan menggunakannya. (Ya, Guru.) Atau menanamnya di balkoni, malah tanamnya di bilik mandi besar. Dulu saya memang tanam tauge di dalam tab mandi. (Wau!) Banyak dekad dahulu, kami tak berduit, kemudian menanam sayur di luar. Saya tanam tauge di dlm tab mandi dan ia bertumbuh subur. Kami boleh jualnya dan memperoleh sedikit wang untuk hidup pada masa itu. Kerana saya tak nak mengambil derma. Saya tidak, ketika saya tiada apa-apa untuk hidup pun. Kita sentiasa boleh memikirkan sesuatu tentang apa yang nak dibuat untuk hidup tanpa perlu mengambil derma. (Faham, Guru.)

Jadi segalanya yg saya beritahu anda ini adalah drpd pengalaman saya sendiri juga. Anda boleh tanam apa-apa saja di dalam rumah dan letaknya di tepi bendul tingkap, di atas bendul tingkap, di tepi tingkap, mengekhaskan satu bilik atau letaknya di ruang tamu juga, hanya sebagai pokok hiasan juga. (Ya, Guru.) Tanamnya seperti mana-mana pokok lain. Anda boleh menanam sayur sebagai pokok hiasan supaya anda sedia jika berlaku kecemasan. (Faham, Guru.) Jika tiada apa-apa lagi yang boleh anda beli, tak mungkin ada wang atau tiada sesiapa pun yang akan menerima wang, terus menanamnya saja. Meskipun tiada kecemasan, anda tetap boleh makannya. (Ya, Guru.) Setiap hari anda perlukannya. Anda perlu pergi ke pasar raya untuk membelinya. Hari ini, makanan menjadi semakin kurang boleh didapati dan semakin mahal. Jadi anda boleh tanamnya dengan senang, dengan senang sekali. Apa yg tumbuhan perlukan hanyalah tanih sebarang tanih dari taman atau anda beli dari kedai dan campurkannya dengan tanih di taman atau pasir. Jika anda ada taman dan pokok, maka anda boleh gunakan daun untuk membuat kompos. (Ya, Guru.) Dan apa-apa saja, seperti semasa memotong rumput, anda masukkannya ke dalam kompos bersama dengan daun, bubuh tanih dan benda-benda lain. Itu dah sangat bagus. (Ya). Saya tiada segala kenikmatan itu. Saya tiada, jadi pada masa itu ketika menanam, saya hanya bubuh daun teh. Uncang teh yang kita masukkan ke dalam cawan untuk buat teh dan begnya masih di sana. (Ya. Ya, Guru.) Kita keluarkan lalu taburkannya di sekeliling pokok. (Ya. Oh! Faham.) Ia bertumbuh dengan cepat sekali. Apa-apa pun yang saya tanam, bertumbuh

Suatu kali, saya tinggal di New York di sebuah tokong dan pokok itu… Rasanya saya dah beritahu anda itu tetapi tak pasti. Pokok itu begitu kecil, mungkin 10 inci (25 sentimeter) tingginya, kuning dan sangat teruk. Mereka letaknya di tingkap. Saya rasa tiada orang berikan air atau apa-apa kepadanya. Orang di tokong membuat teh dan sisa dari uncang, saya berikan kepadanya dan berikan air. Oh, ia bertumbuh menjadi begitu besar sehingga saya perlu keluar dari bilik saya untuk biar pokok itu bertumbuh! Ia bertumbuh di seluruh bilik. (Wau!) Kemudian lepas itu saya tak tahu apa yang nak dibuat, jadi perlu potongnya menjadi pokok kecil, kemudian biarnya bertunas, maksud saya bertumbuh kemudian saya letaknya di luar di dalam beg plastik atau bekas plastik, apa-apa saja yang boleh saya gunakan, jadi saya letaknya di luar di jalanan dan orang yang berlalu mengambilnya. (Wau!) Jika tidak, mustahil. Ia terus bertumbuh di seluruh tokong. Apa yang saya ada hanyalah tanih taman biasa dan teh, sisa uncang teh, itu saja. Dah tentu, jika kita tak minum semuanya, kita masih ada teh yang tertinggal. Seperti di tokong itu, kadangkala mereka tidak habiskan semua teh, jadi saya cairkannya dgn lebih banyak air kemudian menyiram pokok dengannya. Oh, ia bertumbuh dengan cepat sekali! Semua orang terkejut. (Wau!)

Saya ada saksi, bukanlah saya mengisahkan cerita kepada kamu. Dulu saya tinggal di tokong daripada Guru Sheng Yen itu. (Ya.) Beliau beritahu anak muridnya di Taiwan (Formosa) bahawa itu bagaimana pokok bertumbuh di seluruh tempat macam itu. Beliau tahu akannya, malah beritahu anak murid, pengikutnya di Taiwan (Formosa) apabila beliau balik ke tokongnya dari Amerika. Kemudian seorang saudaramu, saya dah lupa namanya, beritahu saya bahawa dia berketurunan Konfusius. (Oh! Ya.) Saya masih ingat itu. Dia juga pergi ke sana untuk dengar kata-kata Guru Sheng Yen. Dia beritahu saya kisah itu kerana saya tiada di sana untuk dengar kata-katanya. Tetapi dia beritahu saya apabila berjumpa dengan saya lagi di Taiwan (Formosa). Dia beritahu saya, “Oh! Itu apa yang dikatakan oleh Guru Sheng Yen bahawa kamu ada kuasa ajaib atau sesuatu untuk menanam pokok daripada yang kecil menjadi bertumbuh di seluruh bilik, di dua, tiga buah bilik di tokong itu.” Jika saya tidak terus mencantasnya, ia akan melitupi seluruh tokong itu. (Ya. Wau!)

Jadi memang, kita tak perlukan banyak benda dlm hidup Jika anda tiada apa-apa untuk dimakan, pastikan anda ada beras perang, bijan dan garam. Anda akan terus hidup. (Ya, Guru.) Dan air. (Terima kasih, Guru.) Pastikan anda ada penapis air, jadi kalau air menjadi tercemar atau kotor, anda boleh menapis air dan menjerangnya, atau terus minumnya tanpa menjerang, bergantunglah. (Ya, Guru. Faham, Guru.) Tetapi saya sentiasa menjerang air meskipun ia telah ditapis. Saya rasa lebih selamat macam itu. Saya rasa lebih baik.

Anda harus beli makanan dalam tin, jadi tak perlu memasak semasa kita tiada tenaga elektrik, gas atau sebarang cara memasak pun – perlu bersedia untuk semua senario. Anda malah perlu melatih orang-haiwan kesayangan supaya membuang air di dalam – sesuatu tempat di dalam bilik mandi, mungkin di atas rumput tiruan atau apa-apa saja. Mereka akan buang air besar, air kecil di dalam. Kerana jika berlaku letupan nuklear atau atom, orang-haiwan kesayangan tak boleh keluar kerana mereka akan membawa sinaran toksik ke dalam rumah apabila mereka masuk semula. Itu akan buruk kepada anda semua termasuk orang-haiwan kesayangan.

Ada begitu banyak perkara yang perlu kita buat jika nak terus hidup dalam sebarang keadaan, dalam peperangan jahat antara manusia. Kita bukan sahaja perlu menghadapi penghasut perang manusia, sekarang malah perlu menghadapi kuasa syaitan yang perlu datang membunuh, memusnahkan dan memunahkan umat manusia. Beberapa syaitan tertinggi yang telah saya kurung di neraka dibenarkan untuk kembali sekarang. (Wau!) Saya tak tahu bagaimana menangi situasi ini kerana kita mesti ada kerjasama manusia dan menjadi lebih kuat untuk mengalahkan semua kuasa negatif ini. Mereka ada di mana-mana saja sekarang. Mereka menggoda manusia, mencemari manusia serta meracuni otak, minda dan badan manusia. Sebab itu anda dapat lihat segala jenis bencana melanda hampir bersama tetapi ia akan menjadi lagi teruk. Ia akan melanda dengan lebih banyak bersama pada masa yang sama… segala jenis bencana, penyakit dan sebagainya. Ini permulaannya saja. (Wau!)

Untuk memenangi perang karma ini, kita juga perlukan kerjasama manusia supaya Syurga dan Bumi bersatu. (Faham. Ya, Guru.) Maka kita akan menjadi lebih kuat, dapat berdamai, mewujudkan keharmonian dan keselamatan untuk semua manusia dan orang bukan manusia yang lain di planet ini. Saya rasa sangat… kecewa dan sangat sunyi walaupun dengan bantuan Syurga. Sesiapa pun akan berasa sunyi tanpa kerjasama daripada penghuni Bumi. Saya harap semua orang faham apa yang saya katakan. (Ya, kami harap begitu.) Kita bersatu padu kerana ini soal dunia, penghuni Bumi dan orang-haiwan yang tinggal di sini.

Orang haiwan bekerjasama dengan kita, tetapi manusia – tidak sepenuhnya, tak banyak buat masa ini. Jadi walaupun Syurga telah menenangkan saya dan beritahu saya, “Jangan putus harapan untuk menyelamatkan planet-Mu,” secara terus terang, buat masa ini, saya tak tahu bagaimana kita dapat menang. Tolong berdoa, sesiapa saja yang boleh. Kita perlukan semua manusia bangkit utk menyokong kita pada masa susah ini. Saya tak tahu... Saya tak dapat menangis lagi. Maka saya kata, apa-apa pun berlaku, berlaku.

Roh takkan mati. Cuma roh manusia atau orang-haiwan masih terperangkap di dlm banyak lapisan kononnya badan. Jadi meskipun badan fizikal dah tiada, badan astral masih wujud dan tetap akan dihukum di neraka secara mengerikan. Anda tak dapat bayangkan hukuman di sana, sesiapa yang terpaksa pergi ke neraka. Tetapi… ya Tuhan. Tetapi mereka tak tahu akannya. Itu masalahnya. Mereka begitu buta… mata tertutup sehingga tak tahu Syurga, tak tahu neraka. Mereka buat apa-apa saja, ingat tiada akibatnya. Hati saya tak dapat terus menahan semua ini.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1376 Tontonan
2024-12-18
848 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android