Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pengalaman Spiritual Memperkukuh Kepercayaan Kita, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Segalanya ialah masa, masa untuk bekerja, masa untuk bangun, masa untuk pergi ke sekolah, utk makan, masa untuk makan ubat, masa untuk melayani ibu bapa atau keluarga, masa untuk... sepanjang masa, masa, masa, masa. Ini ialah penipuan dunia ilusi ini untuk buat kita sentiasa rasa resah.

Halo, semua. Hari yang begitu baik! Cantiknya. Halo. Hari yang baik, kan? (Ya.) ( Guru begitu cantik! ) Tak sejuk? (Tak sejuk.) Cantik? ( Ya, begitu cantik. ) Cantiknya gaun Âu Lạc (Vietnam). Halo. ( Cantiknya Guru. ) Terima kasih. Cantik? (Ya, cantik.) Nenek Âu Lạc (Vietnam) adalah cantik, kan? Pada masa dahulu, mereka kata Ibu Âu Lạc (Vietnam). Sekarang sudah menjadi nenek.

Saya tak sekuat yang saya rasa. Badan saya terlalu lemah kadangkala untuk dunia ini, untuk segala tenaga menguja dan getaran menyambar ini. Saya tak apa-apa. Saya cuba menjaga kesihatan saya. Kamu semua, bukan orang Asia, okey? (Ya.) Tiada orang rasa ada masalah? (Tidak.) Bagus. Hari ini, saya memang letih. Badan saya lebih lemah daripada yang saya rasa. Dah tentu, saya tak boleh keluar ke sini, jumpa dengan kamu dan kata, “Di manakah tongkat saya?” Tapi saya memang letih kerana perlu menyiapkan banyak kerja dan saya tak dapat buatnya hari ini pun. Saya buat yang paling cemas dan yang selebihnya masih di sini. Mungkin lebih banyak akan datang, bergantung kepada hari itu. Setiap hari adalah macam ini. Tiada hari cuti, tiada cuti, tiada alasan. Sewaktu saya bersuluk pun, saya masih perlu menguruskan dokumen penting, cemas dan meminimumkannya saja. Jika benar-benar tak begitu penting, mungkin saya boleh merisikokannya dan biar mereka buat. Tapi yang penting, saya masih perlu uruskan. Saya tak rasa kamu faham apa yang saya katakan. Kerana semasa saya keluar jumpa dengan kamu, saya kelihatan sihat, cantik dan berpakaian elok tetapi kamu tak tahu semasa saya berseorangan, bergegas di dalam rumah saya sendiri, gua saya sendiri atau bilik saya sendiri untuk menyiapkan kerja. Kerana masa ialah masalah di planet kita. Di dunia kita, kita perlu berlumba dengan masa. Segalanya ialah masa, masa untuk bekerja, masa untuk bangun, masa untuk pergi ke sekolah, utk makan, masa untuk makan ubat, masa untuk melayani ibu bapa atau keluarga, masa untuk... sepanjang masa, masa, masa, masa. Ini ialah penipuan dunia ilusi ini untuk buat kita sentiasa rasa resah. Apa yang nak dibuat? Jika kita ada badan ini, kita perlu hidup dengan ini.

Saya ingat saya menjadi biksu dan saya hanya bertenang, berbakti kepada dunia. Ideal. Hanya duduk saja. Duduk di sesuatu tempat dan cari Buddha seperti Buddha Shakyamuni dan pergi bersama-Nya. Meminta sedekah, balik, cuci mangkuk lalu bermeditasi, tidur. Sama seperti apa yang kamu buat sekarang. Ini jenis hidup yang Buddha Shakyamuni dan anak murid-Nya jalani. Tapi kamu lebih baik. Kamu makan dua hidangan. Mereka makan satu hidangan saja. Dan kamu pergi meminta sejauh beberapa meter saja. Makanan sentiasa sedia dan bersih. Ketika Buddha masih hidup, Dia pergi minta sedekah. Makanan tak sentiasa bersih. Jadi ada biksu yang tanya Dia, “Apa yang nak dibuat jika daging...” Sesetengah orang tak tahu. Mereka juga menawarkan daging. Dia kata, “Keluarkan daging dan makan yang selebihnya. Saya tak pasti sama ada saya dapat buat begitu. Hari ini, saya seorang biksu moden. Biksu moden lebih senang adanya. Jika daging sudah ada di sana, saya tak pasti sama ada saya boleh keluarkan dan makannya. Saya tak pasti sama ada saya boleh makan itu. Mungkin jika kita lapar, dah tentu kita tak kisah lagi. Tetapi kadangkala mereka memasak sup dan ada seekor serangga kecil pun yang terbang ke dalam sup dan mati, saya perlu membuat upacara untuk serangga itu, menanamnya dalam tanah, tapi saya tak dapat makan itu. Atau di dalam epal pun, jika sebahagian kecil daripadanya ada ulat atau dah reput, saya tak dapat makan yang selebihnya. Saya terlalu sensitif. Bukan sekarang saja, sejak kecil lagi. Jika ada ulat di dalam sup atau salad, saya tak dapat makan yang selebihnya. Jadi ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, Dia tak benar-benar adanya dengan begitu baik. Lepas itu, mungkin Dia menjadi lebih terkenal dan orang... Seperti pada musim hujan, mereka tak pergi minta sedekah, jadi anak murid datang ke ashram dan memasak untuk mereka. Maka itu jauh lebih baik. Setiap musim monsun, Buddha dan biksu di sisi-Nya tinggal di dalam sana dan bersuluk selama tiga bulan dan orang datang menawarkan makanan. Maka itu lebih baik. Jauh lebih baik daripada semasa mereka perlu pergi minta sedekah. Tetapi hanya pada musim hujan. Pada waktu lain, mereka pergi minta makanan supaya boleh berpeluang untuk memberikan pahala atau bercakap dengan orang berumah tangga untuk mengajar mereka sesuatu, ingatkan mereka supaya jadi orang baik dan berbuat baik.

Semalam ada orang Âu Lạc (Vietnam), telah menulis. Saya belum ada masa untuk bacanya pun. Memang macam itu. Banyak negara atau orang ingin jemput saya ke merata tempat untuk buat ini, buat itu tapi saya memang tiada masa lagi. Saya tak berjumpa dengan anjing saya sehingga semalam, satu kali saja. Yang selebihnya masih perlu tunggu. Salah seekor anjing saya kurang selesa. Ia dah lebih tua dan ada alergi. Saya belum berpeluang untuk lihat, satu kali saja. Nasib baik, saya ada orang yang bantu saya tapi mereka perlu mengorbankan masa kerana ini ialah... Hanya seorang biksuni. Dia tiada kerja lain untuk dibuat tetapi dua orang lelaki lain yang menjaga ialah anggota pasukan Supreme Master TV. Mereka sudah ada kerja sendiri untuk dibuat. Mereka juga perlu bantu menjaga anjing kerana terlalu banyak anjing bagi seorang biksuni. Seekor sakit dan kami perlu berikan rawatan cahaya istimewa kepadanya dan bukan ubat saja. Rawatan cahaya nampaknya berkesan. Bagi orang juga, ia berkesan. Apa yang nak dibuat? Saya memang sangat sayangi kamu. Saya memang nak menghabiskan banyak masa bersama kamu. Cuma badan saya tak sebaik yang saya rasa. Saya pinjam badan ini, pertama. Kedua, ia semakin haus, seperti kereta yang kecil membawa begitu banyak penumpang, banyak pengembara tumpang, jadi kadangkala mendapat susah. Karma juga. Tapi saya tak apa-apa sekarang. Semasa berjumpa dengan kamu, saya tak apa-apa. Hari ini saja saya rasa murung dan sakit perut. Saya tanya Syurga, “Adakah aku sakit? Mengapa aku sakit perut?” Mereka beritahu saya, “Kerana engkau risau.” Jadi bukan penyakit, hanya kerisauan. Resah dan risau. Terlalu banyak kerja dan tak dapat habiskan semuanya, dan begitu banyak kerja untuk dibuat. Satu orang, bukan satu orang saja, orang tua. Kita, ya? Kita, dua, tiga orang di sini. Patricia, kamu tak kelihatan tua, bukan kamu, dua orang ini, beruban. Berapa usia kamu sekarang? ( Saya berusia 55 tahun. ) Lima puluh lima. (Lima puluh lima. Dia enam puluh.) Enam puluh. Kamu jauh lebih muda daripada saya tapi jangan beritahu sesiapa pun.

Pada asalnya doktor berikan banyak ubat kepada saya tapi sekarang saya kurangkannya kpd tiga jenis saja. Ia bukan ubat sebenarnya. Ia sejenis suplemen. Tapi saya terlupa makannya kadangkala. Pertama sekali, saya letak di atas kaunter, seterusnya di tempat saya keluar masuk, tapi saya makan di luar. Ini kita perlu makan bersama hidangan, kemudian sebiji selepas hidangan. Tapi saya sentiasa terlupa. Saya ingat jika saya letaknya di sana, saya sentiasa berlalu, sentiasa ingat. Tidak! Saya kata, “Tidak, ini tak baik.” Saya pindahkannya ke sudut lain. Saya kata, “Ini kau takkan tak nampak. Kau akan ingat.” Saya masih tak nampaknya! Kemudian saya pindahkannya ke luar di tempat saya makan. Saya makan, kemudian tinggalkan sana. Saya tak nampak ubat di depan saya pun. Minda saya memikirkan hal lain.

Semalam saya keluar dan mengambil gambar lampu Krismas yang cantik. Kemudian saya nampak lampu yang cantik di dalam salah satu pintu pagar. Saya berfikir, kita masuk ke dalam untuk mengambil lebih banyak gambar, tapi pintu-pintu pagar ini saya dah pernah masuk sebelumnya. Itu pintu pagar untuk saya keluar. Saya ingat saya pergi ke pintu pagar lain tetapi tidak. Jadi saya malah beritahu pemandu, “Jika kamu pergi ke pintu pagar ini, kamu perlu mengelilinginya, kemudian kembali ke sini dan menaik ke arah lain, sambungan lain.” Dia kata, “Tidak, Guru. Kita sudah pun di sini. Kita hanya belok ke kanan.” Saya kata, “Huh? O ya! Kelihatan sama saja. Oh, ya? Jadi saya pergi ke pintu pagar pertama, bukan pintu pagar kedua?” Mereka beritahu saya, “Tidak, Guru, pintu pagar pertama.” Saya kata, “Mengapa? Saya ingat saya pergi ke pintu pagar kedua.” Memang macam itu. Saya tanya, “Mengapa saya begitu keliru macam ini?” Mereka beritahu saya, “Tak menjadi hal, Guru, tiada apa-apa yang berlaku.” Pemandu yg sangat baik. Ya, memang. Saya ingat saya pergi ke pintu pagar kedua. Saya ingat akan ada lebih banyak lampu di dalam, lampu Krismas. Saya nak simpan kenang-kenangan itu. Tapi saya berada di jalan keluar. Pintu pagar yang saya keluar masuk setiap hari. Sekurang-kurangnya minggu ini setiap hari, dan sebelum itu, tapi saya lupa. Pintu pagar kelihatan hampir sama tapi tak begitu sama. Satu pintu pagar sangat besar dan ada banyak perhiasan. Pintu pagar lain hanya satu bahagian, tiada apa-apa pun. Mana boleh saya keliru dengannya? Saya lihat pintu pagar kedua tetapi masuk ke dalam melalui pintu pagar pertama. Kemudian saya masih ingat itu pintu pagar kedua. Saya kata, “Mengapa lampu di sini, kita tiada lagi? Saya macam ada nampak sebelumnya.” Mereka kata, “Ini saja yang kita ada, sebelumnya dan sekarang.” Saya kata, “Bagaimana dgn satu lagi pintu pagar? Jika kita tersilap, masuk melalui pintu pagar yang salah, kita kembali ke satu lagi pintu pagar.” Dia kata, “Sama saja, Guru, tak banyak di dalam.” Kerana sebelumnya ketika saya tinggal di sana di atas bumbung rumah VIP, mereka lebih banyak menghias, agaknya. Sekarang saya tak tinggal di sana lagi, mereka tak banyak menghiasinya. Jadi macam itulah. Kita boleh benar-benar begitu sibuk dan keliru. Tapi tak apa. Saya belum begitu gila. Saya masih berfungsi dengan baik dan bekerja setiap hari. Jika kamu lihat segalanya baik di TV, ini bermakna Gurumu masih baik. Maksud saya, bukan sahaja khutbah saya. Maksud saya, semua rancangan. Jika semuanya baik dari segi tatabahasa, logik, maka itu Gurumu di sebaliknya dan ini bermakna dia masih baik-baik saja di sini. Jadi dia dapat bantu memeriksa dan membuat pembetulan. Jika kamu tiada program atau soalan lagi, maka apa yang kita nak buat?

( Boleh saya berkongsi visi dalaman saya dengan Guru? ) Cakaplah. ( Tentang 10 tahun yang lalu ketika saya di Abu Dhabi dan bermeditasi. ) Abu Dhabi! Kamu dari Abu Dhabi? ( Ya, saya di sana. ) Kamu tiada di sana lagi? ( Tidak, saya di India dlm empat tahun ini. ) Di manakah kamu sekarang? India. ( India. ) Kamu pulang. (Ya.) Baiklah. ( Ketika bermeditasi, saya rasa badan saya hilang kawalan. Jadi dari tempat duduk meditasi, saya pergi ke katil. Pada saat saya pergi ke atas katil, suatu kuasa pusar yang terang masuk ke dalam bilik saya dgn pantas. ) Suatu kuasa. (Kuasa, ya.) Kuasa. (Kuasa, ya.) Sesuatu jenis kuasa. Kuasa pusar masuk ke dalam bilikmu dengan pantas. (Ya, kuasa pusar. Kegelapan kecil. Roh saya keluar dan menuju (Kuasa.) kuasa terang itu. Kemudian saya terdengar suatu suara, “Ke mana kamu nak pergi?” Itu suata isteri saya. Tapi dia sejauh 4,000 kilometer dari tempat saya. Jadi saya berfikir, “Siapakah ini?” Pada saat saya menoleh, roh saya masuk ke dalam badan semula. Kemudian kuasa terang itu hilang. Saya tak faham seluruh fenomena ini. Boleh Guru terangkan kepada saya apa maksudnya? ) Saya tak tahu juga. Kamu yang nampaknya tapi sekarang tanya saya pula, malah yang lama dahulu, di ‘Abu Dhabi’. Saya tak pernah pergi ke sana. Ini memang dah minta terlalu banyak daripada seorang wanita tua. Saya tak pernah pergi ke ‘Abu Dhabi’. Sesiapa pernah? Barangkali itu sesuatu yang tak seratus peratus suci yang cuba menyusahkan kamu. Tapi oleh sebab kamu terdengar suatu suara dan terjaga lalu kembali, jadi tak apa-apa. Mengapa kamu pedulikan ke mana ia pergi? Saya tak tahu. Saya tak pernah pergi mengejar apa-apa ke tempat ia pergi. Ia hilang dan itu bagus. Tak apa. Kadangkala di kawasan asing, sesuatu boleh berlaku. Jangan risau. Adakah kamu ucapkan terima kasih kepada isterimu? ( Saya ucapkan terima kasih kepadanya. ) Okey, bagus. ( Dia kata dia tak nak kehilangan saya. ) Dah tentu tidak. Dia cintai kamu. Bergembiralah. Pada waktu berjauhan pun, dia masih ingat akan kamu. Atau mungkin kamu ingat akan dia. Kamu berdua bersama sangat rapat dan itu bagus. Kamu boleh saling membantu. ( Terima kasih, Guru. ) Sama-sama.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/5)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android