Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Apa-apa di dalam Diri Kita Terjelma di Luar, Bahagian 3 daripada 4

2020-11-18
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sesetengah orang ada keupayaan istimewa. Okey? (Ya, Guru.) Sesetengah orang dapat lihat masa silam dan masa depan, tempoh yang panjang, tempoh yang singkat. Seperti bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun atau beratus-ratus tahun dahulu atau beratus-ratus tahun yang akan datang. (Wau! Ya.) Sesetengah orang dapat baca fikiran kita. Sesetengah orang dapat dengar kata-kata kita dari jauh.

Jadi sekarang kamu tahu. Sebab itulah saya beritahu kamu, jika saya beritahu kamu bahawa Presiden Trump ialah orang baik, kamu harus percaya. (Ya, Guru. Saya percaya.) Jika kamu tanya En. Jon Voight, dia akan beritahu kamu begitu juga. (Ya.) Kerana dia telah nampaknya. Faham maksud saya? ( Ya, Guru. Memang mengejutkan Jon Voight berkata macam itu. Biasanya orang Amerika tak bercakap macam itu. ) Mungkin dia bukan orang Amerika. Adakah dia orang Amerika? ( Ya. Sejauh yang saya tahu. ) Dia seorang pelakon, jadi mungkin orang Amerika atau di Hollywood, kan? (Ya.) Okey. Apa yang nak dibuat? Sesetengah orang ada keupayaan istimewa. Okey? (Ya, Guru.) Sesetengah orang dapat lihat masa silam dan masa depan, tempoh yang panjang, tempoh yang singkat. Seperti bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun atau beratus-ratus tahun dahulu atau beratus-ratus tahun yang akan datang. (Wau! Ya.) Banyak orang seperti Nostradamus. Ya? (Ya.) Atau mereka semua yang kamu siarkan dalam Ramalan Silam. (Ya, Guru.) Sesetengah orang dapat buat begitu. Sesetengah orang dapat baca fikiran kita. Sesetengah orang dapat dengar kata-kata kita dari jauh. (Ya.) Orang ada keupayaan yang berlainan.

( Guru, tapi jika Presiden Trump ialah orang yang baik, mengapa tak jelas beliau memenangi pilihan raya ini tapi dalam keadaan kucar-kacir sekarang? ) Saya tanya soalan yang sama dengan kamu. Karma. Okey? Syurga telah beritahu saya bahawa beliau menang lama sebelum hari ini. (Oh, wau!) Tapi dah tentu, saya tak nak beritahu kamu. Biasanya saya tak nak. Saya hanya mendoakan tuahnya. Okey? ( Ya, Guru. ) Kerana meskipun kempennya mendakwa bahawa ada penipuan, sangat sukar nak buktikan sekarang. Okey? (Ya.) Itu juga boleh apa-apa saja. Itu boleh buatan orang, juga boleh kesilapan mesin. Okey? (Ya. Faham.) Mesin sama seperti komputer saya, kadangkala ia menyusahkan saya kerana saya bukan profesional komputer. Ya? (Ya, Guru.) Mungkin seseorang yang tidak profesional tersilap mengendalikan mesin. Okey? (Faham. Ya.) Kemudian lepas itu, dah siap, dia betulkannya semula, tapi semua undi sudah tercampur, maksud saya dicampuradukkan. (Ya, Guru.) Okey. Jadi saya berfikir, “Mengapa?” Syurga beritahu saya macam itu, kemudian macam ini. Ya? (Oh!)

Tapi itu karma. Tahu? (Ya, Guru.) Apa yang nak dibuat? ( Ya. Saya memang risau tentang negara saya dan saya tahu Guru tak nak beritahu tentang En. Biden tapi boleh Guru beritahu kami lebih banyak tentang Presiden Trump? ) Bukan kerana saya tak nak beritahu tapi biasanya saya tak nak beritahu apa-apa tentang orang lain apabila ia tidak positif. Kamu faham tak itu? (Ya, faham, Guru.) Tak adil bagi orang itu. Okey? (Ya, Guru.) Setiap orang ada peluang meskipun dia buruk. Keadaan berubah, orang berubah juga. Okey. (Ya.) Setiap minit, kadangkala orang balik ke pangkal jalan dan berubah menjadi orang baik dalam sekelip mata. Ya? (Ya.) Sesetengah orang dilahirkan baik. (Ya, Guru.) Atau berhati baik atau sudah pun dalam takdirnya. Sesetengah orang dilahirkan macam itu dan sesetengah orang tidak. Okey? Sesetengah orang juga dilahirkan baik, kemudian menjadi buruk disebabkan oleh pengaruh buruk. (Ya.) Oleh itu, saya tak nak mengatakan apa-apa dgn begitu pasti tentang sesiapa. Okey? (Ya, saya faham, Guru.) Kerana orang sentiasa berpeluang. Saat. Saya akan kembali. Jangan tutup. (Baiklah, Guru.) Kipas terlalu kacau, jadi saya dah tutupnya. Sakit kepala, (Oh!) sedikit saja. Jangan risau, saya akan pulih. Jangan risau. Jadi bukanlah saya nak menyembunyikan apa-apa daripada kamu atau tak jawab soalan kamu. Okey, huh? (Ya, Guru.)

Apa lagi yang kamu nak tahu tentang En. Trump? Ada perkara lain tentang beliau tapi saya tak boleh beritahu kamu. Saya dah kata saya akan berbisik ke telinga kamu apabila kita ada masa untuk minum teh, okey? ( Adakah terdapat apa-apa lagi yang boleh Guru beritahu kami tentang Presiden Trump? Kerana Guru berkata bahawa beliau orang baik, kemudian ada lima malaikat di sekelilingnya. ) Ya. ( Ada apa-apa lagi? ) Sesiapa yang ada mata atau keupayaan psikik dapat lihat itu, senang. (Ya, Guru.) Sesiapa yang ada mata psikik juga dapat lihat aura orang dan sama ada orang itu dikelilingi atau diiringi oleh malaikat atau syaitan. (Oh!) Begitulah. Kamu tahu tak? (Ya.)

Jika seseorang berbuat baik dengan jelas, kita nampak itu, okey? (Ya, Guru.) Bilakah beliau menghentikan operasi serang balas terhadap Iran kerana beliau ingin menyelamatkan lebih kurang 150 mangsa peperangan jika operasi itu dilancarkan, orang akan mati? Bilakah beliau menghentikannya? Bilakah itu? ( Itu pada 2019? ) 2019. Okey. (Ya.) Jadi barangkali itu keputusan secara spontan kerana ia tak terpengaruh oleh undi. ( Ya. Saya rasa beliau menghentikannya 10 minit sebelum mereka mulakan. ) Ya Tuhan. (Ya.) Syukur kepada Tuhan atas itu. (Ya.) Syukur kepada Tuhan atas itu. Ya. Membunuh adalah tidak betul. Saya sentiasa kata begitu. Tak kira apa pun. (Ya, Guru.) Kita sentiasa boleh cari jalan untuk menyelamatkan nyawa. (Ya.) Saya tak tahu apa lagi yang nak beritahu kamu. Jadi daripada apa yang dibuatnya, kita boleh tahu bahawa beliau orang baik dan sentiasa untuk keamanan. Itu baik untuk dunia juga, bukan negara kamu saja. Ya? (Ya, Guru.) Kerana jika negara kamu berperang, orangmu mati juga (Ya.) atau tercedera. Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Tak pernah ada peperangan, pertempuran tanpa seseorang perlu mati atau kehilangan tangan atau kaki, murung, menjadi cacat dan segala kesengsaraan. Ya? (Ya, Guru.) Bukan sahaja bagi askar tetapi juga bagi keluarga, anak, isteri, ibu bapa atau kawannya. Ia melibatkan banyak orang. Ya? (Ya.) Dan karma akan berterusan. (Oh!) Tapi jika kita berhenti, maka karma akan berhenti, tiada lagi balasan yang berkitar. Okey? (Ya, Guru.) Jadi atas itu kamu dapat lihat beliau orang baik. (Ya, Guru.) Bukan hanya Presiden. Jika kita seorang presiden dan menggunakan kuasa itu untuk kebaikan macam itu, maka kita orang baik. Kita tidak dikaburkan oleh kemegahan dan permainan (Ya, Guru.) dalam kuasa atau isu wang. (Ya, Guru.) Sangat sukar nak berkuasa dan masih ada rasa simpati terhadap orang lain. Okey? Jadi beliau pasti baik tak kira sama ada kamu percaya atau tidak, buktinya jelas. Okey? (Ya. Benar.)

Sekarang, kadangkala kamu tertanya-tanya bagaimana, mengapa orang baik tak sentiasa ada kehidupan yang lancar. Macam itu. Dunia ini belum berkembang dari segi rohani untuk mencapai kesedaran yang begitu tinggi sehingga segalanya lancar dan baik. (Faham.) Dah jauh lebih baik hari ini daripada zaman Nabi Isa atau Buddha. (Ya.) Ya. Atau zaman Nabi-nabi lain. Ya, ya. (Ya, Guru.) Baiklah. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama. Ya.

( Guru, saya baca tentang pilihan raya ini kerana ada pertikaian mungkin Presiden Trump tak perlu mengaku kalah. ) Oh? ( Ya, kerana jika ada masalah dengan pilihan raya, maka boleh pergi ke Mahkamah Tertinggi atau Dewan Perwakilan dalam Kongres juga. Mereka akan mengundi untuk Presiden. ) Okey. ( Ya, dan setiap negeri akan ada satu undi. Memandangkan ada lebih banyak negeri Republikan sekarang, rasanya, jadi Presiden Trump boleh menang. ) Okey. ( Jadi masih ada peluang bagi beliau. Beliau tak perlu mengaku kalah. ) Ya. Mungkin macam itu. Mungkin itu sebabnya Syurga beritahu saya bahawa beliau menang. Beliau menang sebelum pengiraan undi. Ya? (Wau!) Mereka beritahu saya bahawa beliau menang. Sebelum manusia tahu akan pengiraan, Syurga beritahu saya bahawa beliau menang. Jadi saya rasa, “Okey, sangat bagus, sangat adil, sangat saksama.” (Ya.) Jadi saya tak risau tentang apa-apa pun. Saya tidur, makan dengan baik. Itu perkara normal untuk dibuat. Ya? (Ya, Guru.)

Berita Gempar Langsung!

Hore aku! Hore aku!

Tipu! Tipu! Tipu!

Huh?!

Kartun yang menangi anugerah (bergurau)

Ditulis dan diarah oleh Mahaguru Ching Hai Ilustrasi oleh Anon. Ahli-ahli persatuan Kedua-duanya vegan, semuanya vegan!

(Sebenarnya ia menangi 3 anugerah dalam tiga kategori: Komedi Tidak Perlu, Karut & Bukan Humor. Diundi dengan sebulat suara oleh SMCH sendiri!!!)

Kemudian berita tidak begitu baik. Mungkin keadaan boleh berubah. (Ya, saya harap.) Seorang presiden yang baik wajar diakui dan diberi lebih banyak peluang untuk dia berbuat baik untuk dunia. (Ya, Guru.) Dah tentu kamu risau tentang negara kamu. Banyak orang risau. (Ya, Guru.) Berpuluh-puluh juta orang yang mengundi untuk setiap calon akan risau. (Ya.) Sekurangnya saya tak mengundi untuk sesiapa pun. Saya tak terlalu risau. Hanya secara sampingan kita membincangkan hal ini tetapi apa-apa pun yang berlaku, itu adalah mengikut Syurga dan karma orang. Okey? (Ya, Guru.) Kita boleh berdoa, dah tentu. (Ya, Guru. Terima kasih.) Baiklah. Bagus.

Banyak orang psikik di Amerika telah nampaknya juga. (Ya.) Sesetengah ahli politik gunakan orang psikik untuk bantu mereka mengatasi situasi, membuat keputusan, mengetahui bagaimana menang dan sebagainya, atau siapa akan menang. Jadi mereka memilih orang ini atau orang itu dan bukan orang lain. (Ya, Guru.) Seperti dalam parti atau sesuatu. Bukan sahaja Washington DC tapi banyak negara buat begitu juga. (Ya.) Oleh sebab mereka sendiri tak tahu, jadi bergantung kepada orang psikik yang baik utk beritahu mereka tentang masa depan dan sebagainya. Ya. Banyak orang psikik benar-benar boleh beritahu. (Ya.) Bukan penipu, sesetengahnya benar-benar baik.

Saya pernah temui beberapa orang secara kebetulan. Seperti suatu kali saya di... Di mana itu Coconut Grove? Itu Amerika, kan? Ya, Miami! (Ya, saya rasa begitu.) Ia berhampiran saja. Ya? Kita boleh memandu setengah jam atau sesuatu. Coconut Grove. Sangat terkenal, (Ya, saya pernah dengar.) kamu pernah dengar itu, di Florida. Kemudian saya melalui sana kerana kadangkala saya pergi ke sana. (Ya, Guru.) Atas apa, saya dah tak ingat. Mungkin hanya pergi lihat, makan sesuatu atau pergi ke pawagam. Kerana kadangkala anak murid bawa saya ke sana. Mereka datang perkenalkan kepada saya. Melawat tempat-tempat. Jadi saya pergi bersama mereka. Dua orang psikik ternampak saya dan berkata, “Marilah, biar saya lihat kamu.” Saya kata, “Tidak, puan. Saya tak perlukannya.” Tapi kawan saya mahu. (Ya.) Kawan yang merupakan anak murid mahu menguji saya atau sesuatu. “Jom pergi lihat.” (Ya.) Saya kata, “Jangan panggil saya Guru di sekitar sini. Hanya kakak. Okey? Atau sebarang nama.” Tapi orang psikik itu tahu. Dia tak kata banyak, kemudian kami bayar dan pergi dari situ.

Pada keesokan harinya, atau pada kali yg lain, saya temui seorang lagi. Hanya berlalu di situ, kemudian dia juga mengatakan perkara yang sama. “Kamu... ya Tuhan! Kamu... biar kami lihat kamu?” Jadi saya kata, “Tidak, saya tiada apa-apa pun untuk dilihat.” Dia kata, “Tidak, tak apa. Kamu tak perlu bayar. Marilah sini.” Kemudian saya datang. Kemudian seorang lagi psikik berlalu di situ dan beritahu saya, orang yang lihat tangan saya (Ya.) dan letak kad tarot untuk saya, dia berbisik kepada saya, berkata, “Dia nak mendekati kamu untuk mencuri, mendapat manfaat daripada tenaga kamu.” Tapi saya tak kata apa-apa pun. Saya masih muda. (Ya, Guru.) Saya tak banyak memikirkan perkara sebegini. Jadi saya dengar tetapi tak berapa beri perhatian. (Ya.) Tapi lepas itu, dia asyik beritahu saya apa yang saya buat, siapa saya. Ya Tuhan. Saya berasa sangat terkejut. Dia malah berkata, “Kamu datanglah ke pejabat saya.” Saya tanya, “Buat apa?” Dia kata, “Orang seperti kamu, saya nak jemput ke pejabat saya. Saya boleh lebih banyak membantu kamu. Saya boleh beritahu kamu lebih banyak dan kamu berkati pejabat saya.” Saya kata, “Saya tak pasti. Saya tak boleh janji. Okey? Sekarang kami nak segera pergi menyaksikan filem. Mungkin kami akan jumpa kamu lain kali.” Dia beritahu saya bahawa saya tulis buku, sangat terkenal dan begitu banyak malaikat di sekeliling. Saya tak dapat kata apa-apa pun. Saya kata, “Terima kasih atas pujian kamu.” Dia kata, “Bukan pujian, bukan pujian.” Kemudian saya kata, “Baiklah, kami perlu pergi dari sini.” Saya tak terlalu banyak memikirkan perkara sebegini. (Ya, Guru.) Sebenarnya saya belum menulis buku pada masa itu. Itu masih pada permulaan hidup saya, (Macam tu, ya.) misi saya. Saya kata, “Saya tak tulis apa-apa buku.” Dia kata, “Mungkin kamu tak sendiri menulisnya tetapi orang lain akan menulisnya untuk kamu atau seseorang sudah menulisnya untuk kamu, mungkin kamu. Jika tidak pun, kamu akan menulis buku. Kamu akan ada buku. Kamu akan mengarang buku. Kamu akan menjadi sangat terkenal.” Ini dan itu dan perkara lain. Banyak perkara, ya? (Ya.) Seolah-olah dia tahu tentang saya sepenuhnya. Jadi saya perlukan rakan, saya kata, “Jom pergi. Kita dah lewat.” Kami bayar lalu tinggalkan sana.

Pada kali yang lain, saya terserempak dengan dia lagi! Dia berjalan ke sana sini dan saya di luar, melihat kakaktua membuat trik dan berikan wang (Ya.) untuk bantu, sebagai alasan, tahu? Kemudian dia datang kpd saya dan kata, “O ya! Saya masih ingat kamu. Jom pergi. Jom pergi berbual sikit.” Dia begitu ghairah dan ikhlas, jadi saya tak tahu bagaimana menolak. Pada masa itu, saya berseorangan. Tiada sesiapa pun, ya? (Ya.) Tiada alasan. Saya tak nak berbohong juga. Saya tiada filem untuk disaksikan, apa-apa pun. Saya tak tahu mengapa saya pergi. Saya tak ingat bagaimana pergi ke sana, mungkin piza yang enak. Margherita, vegan? Kemudian dia kata, “Saya jemput kamu minum minuman.” Saya kata, “Tidak, tidak. Kalau begitu, saya jemput kamu. Jom pergi.” Dia begitu murah hati dan baik hati. (Ya.) Dia kelihatan sangat baik hati, bukan ahli sihir hitam atau sesuatu. (Ya.) Seorang lagi, orang pertama yg saya temui lebih buruk. Cara dia bercakap, dia nak panggil rakan saya ke sebelah, beritahu dia sesuatu secara diam-diam dan tak biar saya tahu. Tapi saya tak tanya. Saya tak peduli. Saya masih muda dan fikiran saya tak memikirkan apa-apa macam itu. Saya tidak rumit kerana saya tiada banyak anak murid. (Ya, Guru.) Fikiran saya masih sangat kosong, otak saya. (Ya.) Tiada kerumitan, tiada kepahitan, tiada keraguan, tiada kesangsian, apa-apa pun.

Jadi kami pergi ke sebuah restoran, kemudian dia ambil minuman dan saya nak bayar untuk dia tetapi dia tak biarkan. Dia kata, “Okey.” Dia kata, “Saya akan lakukan sesuatu untuk kamu. Okey? Saya tak dapat lakukannya di pejabat kerana kamu tak datang ke pejabat saya, jadi saya akan lakukannya di sini.” Saya kata, “Apa yang kamu nak buat? Kamu tiada apa-apa pun dalam tangan. Apa yang kamu nak buat? Mantera rahsia?” Dia kata, “Jangan risau. Saya tak buat apa-apa yang buruk terhadap kamu. Jangan risau. Saya sumpah kpd Tuhan.” Kemudian saya mempercayai Tuhan. Saya tak berapa mempercayainya tetapi mempercayai Tuhan. (Ya.) Saya kata, “Seorang lagi psikik yang saya temui beberapa hari yang lalu berkata begitu juga.” Dia kata, “Tidak, itu ibu saya. Saya dan ibu saya tak mengikut jalan yang sama. Saya lebih...” Dia maksudkan dia lebih baik. (Ya.) Dia lebih bersih, lebih putih. “...dan ibu saya berbeza.” Saya kata, “Macam tu.” Baiklah.

Kemudian dia minta pelayan membawa sebotol air untuknya, bersih, botol yang belum dibuka, (Ya.) baharu. Okey? (Ya.) Kemudian dia suruh saya pegang dan goncangnya secara berterusan. Kami pergi ke bilik air untuk buat begitu kerana dia tak nak buat begitu di dalam restoran di depan orang. (Ya, Guru.) Jadi kami pergi ke bilik air wanita dan dia suruh saya goncangnya. Saya goncang dan dia goncangnya juga, kemudian lepas itu dia suruh saya sendiri bukanya. Tudungnya masih sangat ketat. (Ya.) Saya perlu gunakan tenaga untuk bukanya, sama seperti sewaktu kamu buka botol air apabila ia masih tertutup. Saya bukanya dan di dalam hitam sepenuhnya. (Oh!) Airnya jernih seminit yang lalu, sebelum kami goncang. (Ya.) Saya tak nampak dia bawa apa-apa dalam tangannya dan dia tak tahu bahawa dia akan menemui saya. Kami tiada janji temu atau apa-apa. Hanya secara kebetulan. Jadi saya tak nampak apa-apa dalam tangannya dan dia goncangnya di depan saya. Faham apa yang saya kata? (Ya.) Saya pegang botol itu sepanjang masa dan dia suruh saya bukanya. Saya bukanya, hitam sepenuhnya. Saya tanya, “Apa semua ini?” Dia kata, “Saya melakukan ini untuk melanjutkan hayat kamu 12 tahun lagi.” (Oh, wau!) Saya tanya, “Mengapa kamu begitu baik terhadap saya, mengapa kamu buat begitu?” Dia kata, “Kerana kamu akan baik untuk dunia.” (Oh!) Ya Tuhan! Saya tak berapa mempercayai apa-apa tetapi saya percaya bahawa air itu bertukar menjadi hitam, barangkali karma (Ya.) anak murid keluar.

Kemudian dia tinggalkan sana. Dia tak nak terima wang atau apa-apa pun. (Wau!) Dia malah bayar tip kepada pelayan, lima dolar, saya masih ingat dengan jelas sekali. Kerana saya berfikir dia hanya minum segelas air, dan saya juga, atau jus, sesuatu macam itu yang dia dah bayar. Tapi bagi dia bayar tip lima dolar, itu sangat murah hati, saya berfikir macam itu. (Ya.) Sebab itu saya masih ingat. (Ya, Guru.) Tak banyak orang berikan lima dolar, saya tahu itu. Saya lihat di restoran, mungkin mereka berikan satu dolar atau tidak sama sekali. Kadangkala malah 50 sen saja. (Ya.) Kadangkala mereka ambil semua duit baki, tak berikan apa-apa pun kepada pelayan. Saya tak menyalahkan mereka. Saya tak maksudkan mereka buruk. Mungkin mereka tiada wang lebihan yang mencukupi. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Bukan semua orang boleh berikan lima dolar, sepuluh dolar di restoran (Tidak.) sebagai tip, tidak. Maksud saya, atas itu, saya rasa dia sangat murah hati. Sebab itu saya ingat, kemudian dia tinggalkan sana. (Wau!) Semoga dia diberkati. (Mengagumkan.) Jika dia mati, saya pasti akan bantu dia pergi ke Syurga, sekurangnya Peringkat Keempat, bebas. (Wau!) Banyak orang yang bantu saya pergi ke sana.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  3 / 4
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android