Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sentiasa Ingat akan Sifat Mulia Kita, Bahagian 5 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita harus hidup sederhana. Lagi kurang karma lagi selesanya hidupmu. Lagi kurang bagasi yang kamu ada lagi tinggi/jauh kamu boleh pergi. Itu serupa dengan orang yang mendaki gunung. Jika dia bawa terlalu banyak barang, dia tak dapat memanjat ke atas. Tetapi jika kamu nak berada di tanah rendah sepanjang masa, tak mengapa juga.

Apabila kamu mahukan sesuatu, kamu menjana arus elektrik yang sangat kuat. Lagi kuat niat atau keinginan kita lagi kuatnya medan tenaga yang diwujudkannya. Ia menjadi begitu kuat sehingga jika kita terus memperkukuh fikiran itu secara berulangan, suatu hari nanti ia akan terjelma, atau apabila banyak orang ada keinginan atau fikiran yg sama dgn kita, ia terjelma dengan lagi cepat. Apabila tenaga yang dijana oleh fikiran manusia atau makhluk lain terkumpul dengan secukupnya, ia menjelma menjadi bentuk. Setelah terbentuk, ia akan mengambil masa – masa yang agak panjang – baru boleh hilang. Ia perlu kembali kepada kuasa tak nampak yang asal. Itu saja.

Bukanlah kita tak dibenarkan untuk mahukan benda. Kita bebas untuk mahukan apa-apa saja yang kita mahukan tetapi kamu perlu tahu bahawa apa yang kamu mahukan, lambat atau cepat, ia akan terjelma. Kemudian kamu akan temui orang yang mahukan benda yang sama seperti kamu, jadi... Contohnya, kita ada fikiran jahat, maka secara natural orang yang jahat seperti kita akan datang berkawan dengan kita. Jadi tarikan itu menjadi semakin kuat, memperkuat keinginan kita sehingga ia terjelma, menjadi nyata – apa-apa pun yang kita hasratkan, sama ada baik atau buruk. Setelah sesuatu yang buruk dah terjelma, jangan menangis atasnya. Itu saja. Kerana apa-apa pun yang kamu mahukan, Syurga dan Bumi akan beri itu kpd kamu. Sama ada baik atau buruk... Oleh sebab kamu ialah tuhan, apa pun yang kamu mahukan, kamu akan dapat.

Bukanlah: “Saya hanya fikirkannya utk seronok-seronok.” Tidak. Kamu tak boleh berfikir hanya untuk seronok-seronok! Kamu asyik memikirkannya seperti biasa secara berulangan. Tiga, empat, lima, enam kali dan lepas seketika, akhirnya ia terjelma. Setelah ia menjelma, segalanya hancur, segalanya… Kemudian kita tidak mahukannya lagi tetapi dah terlambat untuk batalkannya. Ya, dah terlambat. Sebab itulah kamu perlu memastikan fikiran, pertuturan dan perbuatanmu kekal bersih, bukanlah seseorang memaksa kamu berbuat demikian, supaya hasilnya akan baik dan kita tidak menderita.

Jika tidak, segalanya tak nampak. Badan yang kita ada sekarang ini pun wujud disebabkan oleh keinginan kita sendiri, atau jika kita mahukan guru spiritual tertentu, maka keinginan kita akan membawa dia ke dalam hidup kita. […]

(Bagaimana jika kita buat kesilapan sebelum menerima inisiasi? Kemudian apabila menerima inisiasi, kita tahu betapa buruk atau betapa menyakitkannya itu. Adakah ia dibersihkan apabila kita amalkan Kaedah Quan Yin?) Ya, ia dibersihkan. (Atau kita dah ada karma itu?) Tidak, ia dibersihkan. Tetapi kadangkala kita ambil sedikit masa untuk hapuskannya. Contohnya, kereta sudah menuruni bukit dan katakan kamu ingin kembali, kamu perlu biarnya turun ke bawah dulu. Meskipun kamu ada pemandu terbaik dan arahan terbaik melalui radio, kamu tetap tak dapat hentikannya. Kamu tak dapat menaik saja. Kamu perlu turun ke bawah dulu, okey, lepas itu menaik semula. Tak apa. Sekurangnya kamu tahu arahnya sekrg. (Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.) Tetapi sebahagian daripada akibat buruk daripada sebelum inisiasi, Guru uruskan juga jika dapat. Macam mana pun, Guru dapat, maka Dia uruskan segalanya.

Tetapi sesetengah perkara tak dapat diuruskan kerana ia tidak mudah. Ia akan melibatkan terlalu banyak orang dan lebih baik biarnya berlaku, kemudian pulang. Jadi bergantung kepada karma. Jika Guru dapat uruskan dan hapuskannya untuk kamu, Guru akan buat begitu. Jika Dia tak dapat, jika lebih baik biarnya berlaku, maka Guru biarnya berlaku tetapi uruskan akibatnya, minimumkannya dan lancarkannya supaya kamu tak terlalu banyak menderita Tetapi itu adalah jika kamu secara ikhlas mahu pulang, menukar haluan. Jika kamu tidak, okey, pergilah ke mana saja yang kamu mahu. (Terima kasih kerana habiskan masa-Mu untuk bantu semua orang di sini.) Sama-sama. Ini kerja saya. Saya datang kerana jika duduk di rumah, saya tak dapat berasa tenang. Saya perlu bercakap benar kepada kamu. Apa yang nak dibuat dengan beratus-ratus orang menarik saya ke sini, bagaimana? Katakan jika saya tidak berada di negara asing, adalah sukar untuk menahan ini. Ya.

(Guru, saya ada masalah dengan amalan spiritual.) Sesuatu jenis bunyi dari telinga kiri saya. Ia banyak ganggu saya, semasa bermeditasi pun dan semasa tidak bermeditasi. Ini disebabkan terlalu banyak karma ke? Atau ada tak sebarang penyelesaian yang dapat bantu elakkan atau kurangkannya?) Kamu hanya lebih banyak alihkan perhatian ke telinga kanan, tak pedulikan sebelah kiri. Semasa kamu tidur, tidur mengiring ke kanan. Cuba tidak tidur mengiring ke kiri pada bila-bila kamu ingat. (Baiklah.) Hanya alihkan perhatianmu, tak peduli. Alihkan perhatianmu ke kanan, kemudian ia akan dibetulkan. (Baiklah, terima kasih.) Sama-sama. Apabila kamu tidur dan terlalu banyak mengiring ke kiri, bunyi akan beralih ke kiri juga.

Ia tak benar-benar dari telinga. Ia tak benar-benar dari kanan atau kiri, hanya perhatian kita begitu biasa dengan dengar bunyi dari telinga, dengan telinga. Jadi apa-apa pun, pada bila-bila kamu terdengar sesuatu, oh, perhatianmu beralih ke sana. Jadi katakan kamu terlalu banyak tidur mengiring ke kiri, kemudian bunyi lebih kedengaran dari sebelah kiri kerana apabila tertutup, bunyinya lebih kuat dari sebelah kiri. Jadi perhatianmu secara automatik lebih banyak beralih ke kiri. Kemudian itu bagaimana ia menjadi lebih kuat. Jadi cuba alihkannya ke kanan. Setiap kali kamu dengarnya dari sebelah kiri, kamu alihkan perhatianmu ke kanan, sama ada terdapat bunyi di sebelah kanan atau tidak, atau alihkannya ke atas sana, di atas kepala. Itu akan bantu kamu. (Terima kasih.)

Lebih banyak lagi? Habis?

(Ini juga berkaitan dengan meditasi Bunyi (Syurga dalaman). Salah seorang pengutus Quan Yin berada di LA (Los Angeles). Dia beritahu kami sebelumnya bahawa kita perlu lebih berhati-hati jika melakukan meditasi Bunyi (Syurga dalaman) bersama seseorang. Bukan sahaja bukan saudara seamalan malah saudara seamalan yang tidak mematuhi Rukun dengan begitu baik, begitu jelas. Kita perlu menutup untuk melindungi diri.) Tidak, penutup tidak melindungi kamu. (Ya, saya tak dengar Guru dalam pita sebut ini dengan pasti.) Tidak, penutup tidak melindungi kamu. Itu hanya supaya orang... Kamu rasa lebih selamat dan peribadi semasa amalkan Kaedah Quan Yin. (Jadi tak mengapa dalam meditasi berkumpulan, tidak mengapa.) Tidak, tidak. (Terima kasih.) Jika tiada sesiapa, tiada orang luar melawat kamu, tak mengapa. Itu hanya untuk apabila orang luar melawat kamu dan barangkali mereka rasa sangat ingin tahu apa yang kamu lakukan. Kemudian kamu perlu banyak menjelaskannya. Kadangkala mereka goncang kamu dan mengejutkan kamu daripada samadhi. Itu tak begitu menyenangkan.

(Guru yang dikasihi, saudara saudari yang dikasihi, saya nak tanya Guru satu soalan. Selepas inisiasi, karma hayat lampau kita telah dibersihkan oleh Guru, hanya tinggal karma hayat ini. Jika seorang saudara seamalan boleh sampai ke Peringkat Ketiga, ini bermakna karmanya sudah dibersihkan, tetapi saya baca dalam kitab bahawa orang yang dari Peringkat Ketiga dan ke atas tetap ada penyakit karma. Perkara inilah yang saya keliru sikit. Guru, tolong jelaskan kepada saya. Jika kita dpt sampai ke Peringkat Ketiga, Peringkat Keempat atau lebih tinggi, karma kita seharusnya telah dibersihkan, maka mengapa kita tetap ada penyakit karma dalam hayat sekarang?) Kitab mana yang kamu baca? Kitab mana yang kamu baca yang nyatakan bahawa orang Peringkat Ketiga masih ada karma?

(Dalam Kitab Vimalakirti, ia nyatakan, contohnya, Patriark tetap perlu langsaikan karma masa lalu mereka. Jadi saya tak faham dan rasa...) Tapi mereka kata Peringkat Ketiga? (Ya.) Mereka kata hingga Peringkat Tiga. Orang-orang itu? Mereka katakan itu dengan jelas? (Tidak.) Jika tidak, maka tak mengapa. Kamu tanyakan yang bukan-bukan. (Ya.) Kamu tersilap baca dan tanya saya yang bukan-bukan. (Guru yang dikasihi, jadi selepas kita capai Peringkat Ketiga dan ke atas, adakah kita perlu alami penyakit karma atau tidak?) Tidak. Tetapi kamu perlu terus beramal lagi, bukanlah Peringkat Ketiga dah cukup. (Ya.) Kamu baca tetapi tak faham, kemudian merumitkan fikiran sendiri. Dalam kitab itu, ia tak nyatakan Peringkat Ketiga, Peringkat Keempat, kan? (Betul.) Lupakannya saja. Kamu dah tua sekarang. Kamu harus cuba mempercepat amalan spiritualmu, tidak tanya terlalu banyak soalan.

Semasa baca kitab, istilah yg digunakan pada zaman dahulu sukar difahami. Kemudian terjemahannya, selepas tiga, empat, lima kali, menjadi tidak betul. Orang ini terjemahkan sesuatu dengan tak betul di sini; orang lain terjemahkan sesuatu dengan tak betul di sana kerana penterjemah tidak bermakrifat, dan apabila menterjemah daripada bahasa Sanskrit kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam), ia menjadi berbeza lagi. Kemudian kadangkala biksu Âu Lạc (Vietnam) tak faham dan malah menterjemah daripada bahasa Cina. Mereka menterjemah daripada bahasa Sanskrit kepada bahasa Cina, kemudian daripada bahasa Cina kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam). Contohnya, perkataan ‘samadhi’ ialah perkataan Sanskrit yang bermaksud ‘keadaan tumpuan mental tertinggi’. Kemudian seseorang terjemahkannya sebagai ‘Tam Muội’. Orang lain terjemahkannya sebagai ‘Tam Diệu’ tetapi mereka tak tahu apa itu ‘Tam Muội’ atau ‘Tam Diệu’, jadi mereka hanya lafazkan yg bukan-bukan: ‘Tam muội, Tam diệu, Tam bồ đề’ macam itu. Mereka tidak memahami apa-apa pun sama sekali!

‘Tam’ bermaksud ‘Sam’. ‘Samadhi’ bukanlah ‘Sam’ atau ‘Tiga’, contohnya. Sesetengah orang langsung tidak memahaminya dan menulis ‘Tam Muội’ sebagai ‘Tiga’. ‘Samadhi’ ialah apa yang mereka terjemahkan drpd bahasa Cina sebagai ‘Xam-ma-đi’. ‘Xam’ dlm bahasa Cina bermaksud ‘tiga’. Oleh sebab bunyinya serupa, mereka hanya terjemahkannya sebagai ‘Xam-ma-đi’. Kemudian orang Âu Lạc (Vietnam) baca ‘Samadhi’ dan terjemahkannya sebagai ‘Tam Muội’. ‘Tam’ bukanlah ‘tiga’, misalnya macam itu. Mereka menterjemah kepada ini dan itu. Mengapa baca itu? Bacalah saja Kitab Puan Ching Hai yang lebih senang untuk difahami.

Tiada karma lagi bermakna tiada karma masa lalu lagi, tetapi jika kamu nak wujudkan karma, maka kamu akan terus adanya. Ini tak bermakna apabila sampai ke Peringkat Ketiga, kamu boleh buat apa saja yg kamu mahu dan tiada karma. Kerana jika kamu sampai ke Peringkat Ketiga dan selamat, maka saya akan beritahu kamu, “Tak perlu beramal.” Kamu perlu beramal untuk menaik. Okey, pak cik? Ada begitu banyak yang boleh kamu pelajari, tak berhujung.

(Guru yang dikasihi, disebabkan ini, saya ingin tanya Guru tentang apa yang saya dapati… Dalam kitab, Guru berkata bahawa dari Peringkat Ketiga dan ke atas, karma kita telah dibersihkan. Jadi saya rasa takkan ada penyakit lagi daripada karma tetap tetapi saya tertanya-tanya mengapa kitab lama menulis itu. Jadi saya tanya banyak orang…) Tidak. Mereka tak katakan itu. (...tentangnya dan mereka kata masih akan ada penyakit karma. Kita masih mendapat penyakit karma tetap, contohnya tuberkulosis.) Itu suatu penyakit, bukan karma. (Ya.) Itu suatu penyakit apabila badan kita jatuh sakit tetapi penyakit tak sentiasanya berpunca daripada karma. (Guru yang dikasihi, sesetengah penyakit seperti tuberkulosis atau kanser, adakah ia daripada karma?) Kamu tetap alami penyakit. Apabila badan dah tua, kita jatuh sakit. (Ya.) Apabila kita makan makanan rapu, kita jatuh sakit. Apabila udara tercemar, kita jatuh sakit. Ia tak semestinya karma. (Ya.) Buddha pun jatuh sakit. Ini tak bermakna Baginda tiada karma.

Kamu tak tahu ke bahawa Buddha sakit perut dan wafat? Saya sentiasa jatuh sakit. Saya tiada sebarang karma, tetap sentiasa jatuh sakit. Begitu rumit! Saya hanya faham: makan makanan vegan, bermeditasi setiap hari. Itu saja. (Ya.) Hanya perkara ini, kamu tak dapat lakukan. Bercakap tentang memahami ini dan itu.

Buddha sudah wafat 2700 tahun dahulu tetapi kamu masih duduk di sana dan korek Baginda keluar. Semua tulang-Nya pun dah reput. Vimalakirti jatuh sakit kerana menanggung karma orang. Beliau berkata, “Oleh sebab orang sakit, saya mesti sakit juga.” Beliau katakan itu tetapi kamu tidak memahaminya. Begitu senang! Ya Tuhan. Satu ayat itu kamu tak dapat faham. Buat apa kamu korek keluar tiga, empat kitab untuk ganggu kepala saya?

Photo Caption: “Melindungi Bumi adalah Melindungi Diri Sendiri”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/9)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-23
4672 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-24
4268 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-25
4025 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-26
3920 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-27
3737 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-28
3533 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-29
3412 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-30
3094 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-01
3031 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2026-05-31
864 Tontonan
Filem Pendek
2026-05-31
457 Tontonan
Filem Pendek
2026-05-31
505 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-30
3002 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-30
529 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-05-30
969 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-30
1451 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun