Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dosa yang Tidak Dapat Diserap oleh Kuasa Kasih Sayang dan Pengampunan, Bahagian 1 drpd 3

2023-12-26
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tidak kira berapa banyak wang yang anda ada, anda tak dapat beli kebebasan dari neraka yang menggerunkan itu. Anda tak dapat keluar. […] Sebenarnya, mengetahui semua ini, nampak semua neraka ini menyakiti saya. Itu jauh lebih teruk daripada apa yang berlaku di planet ini. Belum kata lagi kita perlu melawan perubahan iklim, buat segalanya untuk menghalang planet ini – dunia yang indah, Bumi yang indah ini – daripada menjadi panas seperti neraka atau malah binasa. Anak, cucu, cicit anda akan bermandikan api ini. Anda mungkin dah tua dan sudah bermandikan api yang sama – lagi teruk di neraka. […]

Hei, pemimpin dunia yang dihormati! Berperang adalah menyeronokkan bagi anda. Ya, mengapa tidak? Anda akan hanya saksikan permainan, permainan perang itu di TV di dalam bunker selamat atau di dalam mahligai bernilai jutaan, bilionan dolar di mana anda selamat serta ada pengawal peribadi dan pengawal keselamatan di sekeliling anda. Kepala yang dipancung bukanlah kepala anda. Jadi mengapa risau? Itu anak muda dari negara miskin. Dan si suami yang mati bukanlah suami anda. Bukan anda yang mati dan meninggalkan isteri. Itu askar miskin yang anda perintahkan supaya pergi menghadapi bahaya. Semua ini menyeronokkan bagi anda. Kemudian pada hari Ahad, anda pergi ke gereja dan mengaku kpd begitu banyak paderi dengan jumlah wang yang senang, dan dosa anda akan dihapuskan, seolah-olah Tuhan boleh dirasuahi dengan wang kertas anda yang berdarah, dengan tangan paderi yang mungkin mencekik seorang lagi kanak-kanak pada malam sebelumnya untuk nafsu seks rendahnya.

Anda akan padan dengan semua itu. Jika anda berpeluang untuk pergi ke Syurga, anda akan melapor kepada Tuhan, “Aku telah bunuh banyak anak kecil-Mu.” Anda rasa itu caranya harus anda jalani kehidupan anda? Teruskanlah, tiada orang dpt halang anda. Anda ada hampir seperti wang pembayar cukai yang tak terhad untuk pergi bakar dalam peperangan. Anda tak peduli bahawa berjuta-juta orang senegara anda perlu risau tentang hidangan seterusnya atau di mana mereka dapat mencari sedikit wang esok pagi bagi membayar untuk petrol yang harganya melambung naik sekarang kerana sesetengah orang mengawal petrol, mempergunakan itu sebagai senjata pencekik – bukan hanya bom dan peluru. Semua ini permainan yg menyeronokkan bagi anda tetapi bagi orang sebenar, itu tidak menyeronokkan. Mereka bayar kepada anda. Mereka bayar kepada anda dengan banyak sekali. Anda gunakan wang itu, kuasa itu untuk membunuh manusia lain sebaliknya. Saya tak tahu bagaimana berdoa untuk anda lagi. Saya tak tahu bagaimana nak beritahu Tuhan tentang sebarang sebab Dia harus mengampuni anda. Saya tiada alasan lagi utk beritahu Tuhan supaya ampuni anda. Saya tiada kata-kata lagi untuk meminta Tuhan supaya pertimbangkan untuk membawa anda ke Syurga selepas nafas anda meninggalkan badan anda.

Ya Tuhan, seseorang akan menggeletar memikirkan apa yang perlu anda tanggung di neraka tetapi kami tak dapat berhujah dengan anda. Kami tak dapat berdoa untuk anda pun. Kata-kata kami tidak keluar dalam doa yang sesuai kerana kami tahu di lubuk hati bahawa Tuhan takkan dengar sebarang alasan bagi seseorang yang telah dimanjakan dan diberi keistimewaan dgn begitu banyak cara. Begitu kaya, tidak terkira tetapi gunakan segala keistimewaan itu, ambil semua wang negara untuk dibakar dalam peperangan. Membakar rumah orang; membakar badan kanak-kanak, malah secara hidup-hidup; membakar si suami, membakar si isteri yang sepatutnya tinggal di bawah satu bumbung bersama anak mereka, membawa mereka ke sekolah, membina masa depan mereka, membawa mereka ke taman, melihat mereka berenang di laut, gembira bersama. Itu tiada lagi di bawah kediktatoran anda.

Rumah yang hangus terbakar dgn segala harta benda di dalamnya ini bukanlah rumah anda. Ladang yang dipasang banyak bom di dalamnya ini bukanlah ladang anda. Ini ladang petani miskin yang bergantung kepadanya untuk menyara hidup diri sendiri dan berkongsi dengan seluruh dunia, sesiapa saja yang perlukannya. Tidak kira berapa banyak yg mrk hilang, itu bukan kehilangan anda. Ladang yang sarat dengan periuk api dan bom ini bukan ladang anda jadi anda tak peduli bahawa petani pergi menjaga ladangnya dan diletupkan menjadi hancur berkecai. Anda tak peduli kerana anda ‘akan sentiasa’ ada makanan dan makanan yang terbaik! Tetapi itu apa yang anda rasa saja. Anda takkan tahu. Jika peperangan datang ke negara anda, mungkin anda menjadi salah satu mangsa. Belum kata lagi neraka menunggu anda.

Setiap hari, syaitan akan mengisar anda menjadi bahan seperti habuk. Kemudian mengulanginya secara berterusan tanpa berhenti! Anda tak dapat berhenti. Anda tak dapat lari ke mana-mana pun kerana saya tak tahu berapa lama – mungkin selama-lamanya kerana dosa anda terlalu besar, tak dapat diserap oleh sebarang Kuasa belas kasihan. Ia akan meludahkannya. Maksud saya, perbuatan seperti apa yang anda lakukan ini, dosa seperti apa yang anda wujudkan ini tak dapat diserap oleh Kuasa Kasih Sayang, Pengampunan. Sangat sukar. Saya tak tahu sama ada, meskipun anda bertaubat, dosa anda akan segera diserap dan dimusnahkan atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya anda harus cuba Cuba sedaya upaya utk hentikan perang, bukan cuba sedaya upaya untuk teruskan atau wujudkan yg baharu. Maka tiada orang yang dapat bantu anda jika anda terus wujudkan penderitaan untuk orang lain.

Pasar yang menjual barang seluruhnya akan diletupkan oleh bom anda. Anda tak peduli kerana anda akan sentiasa ada makanan. Anda ialah pemimpin. Sentiasa ada orang yang melayan anda, berikan segalanya yang anda perlukan kepada anda, hanya di hujung jari anda. Apa yang perlu anda buat hanyalah tekan butang dan apa-apa yang anda mahukan di seluruh dunia, tidak kira berapa jauh, akan datang kepada anda. Jika anda kehilangan rumah ini, anda akan ada sebuah lagi mahligai di sesuatu tempat yang lain. Tetapi itu apa yang anda rasa saja. Tuhan ada rancangan lain kadangkala dan ia akan mengejutkan anda. Segala perbuatan yang anda lakukan terhadap mangsa yang tak berdosa ini akan kembali kepada anda secara berlipat ganda, mungkin dah pun begitu semasa hidup lagi. Anda masih ingat, di Rusia, guru perang tertinggi yang menasihati presiden tentang segala jenis strategi dalaman untuk peperangan. Kemudian anak perempuannya terbunuh di jalan seperti mangsa perang yang lain!

Mungkin seterusnya ialah anak perempuan anda. Mungkin itu akibat perbuatan anda sendiri. Walaupun itu belum berlaku, saya rasa anda dapat bayangkan berapa pahitnya itu.

Saya hanyalah seorang wanita tua yang lemah, seperti banyak wanita dalam peperangan anda. Saya tiada sebarang senjata untuk pergi ke sana bagi melindungi sesiapa pun tidak setanding dengan kuasa pemusnahan anda. Saya hanya boleh rasa bersimpati dengan kanak-kanak, balu, lelaki muda kacak, orang tua, orang-anjing, -kucing, -lembu, -burung dan -khinzir yang tak berdosa, tak berdaya… yang dibunuh, dicacatkan atau dijadikan hilang upaya oleh senjata pemusnah anda. Saya rasa Tuhan tak nak dengar kata-kata saya lagi, tidak kira berapa kerap saya berdoa, tidak kira berapa banyak saya meluahkan isi hati saya, sakit hati dan kasihi umat manusia pada umumnya yang menderita. Saya rasa Tuhan tak nak dengar kata mana-mana daripada kita lagi tetapi saya masih cuba.

Saya rasa apa-apa yang saya katakan, kebanyakan orang tak faham. Mereka tak dengar walaupun begitu mudah, seolah-olah kanak-kanak berusia lima tahun pun boleh faham kerana mereka bercakap saja. Mereka belajar di sekolah cara bercakap. Mereka belajar daripada internet cara bercakap tetapi tak faham. Mereka tidak amalkan apa yang mereka katakan pun. Kata-kata mereka sendiri pun, mereka takkan amalkan. Mereka tak berapa memahaminya. Mereka kata, “Saya kasihi kamu,” tetapi tidak maksudkannya. Mereka tak tahu apa itu kasih sayang pun. Jadi tak berguna bercakap dengan anda. Maka teruslah melancarkan peperangan kerana anda memilih untuk hidup dengan jahat, memusnah. Tetapi anda tak tahu berapa saya bersimpati dengan anda. Kerana anda akan dihukum di luar imaginasi, bersendirian di neraka, hanya bersama dengan syaitan. Tiada orang yang akan dengar suara anda. Tiada orang yang akan bantu anda.

Tidak kira berapa banyak wang yang anda ada, anda tak dapat beli kebebasan dari neraka yang menggerunkan itu. Anda tak dapat keluar. Dah tentu, anda tidak percayai saya kerana anda tak nampaknya. Sebenarnya, mengetahui semua ini, nampak semua neraka ini menyakiti saya. Itu jauh lebih teruk daripada apa yang berlaku di planet ini. Belum kata lagi kita perlu melawan perubahan iklim, buat segalanya untuk menghalang planet ini – dunia yang indah, Bumi yang indah ini – daripada menjadi panas seperti neraka atau malah binasa. Anak, cucu, cicit anda akan bermandikan api ini. Anda mungkin dah tua dan sudah bermandikan api yang sama – lagi teruk di neraka.

Tiada banyak kata yang boleh saya katakan kerana tak banyak orang akan dengar. Saya bersyukur kepada Tuhan atas saya masih hidup dan boleh cuba sedaya upaya dengan harapan dapat menyelamatkan dunia ini tetapi saya dah cukup tua. Banyak orang meninggal lebih muda daripada umur saya. Jadi meskipun saya meninggal, saya tiada apa-apa yang nak dikesali kecuali saya tak cukup berkuasa, tak cukup masa semasa hidup tak cukup masa semasa hidup untuk memusnahkan semua karma yang orang seperti anda wujudkan ini dan mengheret lebih banyak orang yang cantik, tak berdosa ke dalamnya – ke dalam peperangan anda – kemudian wujudkan karma buruk untuk mereka sendiri juga. Semuanya bertambah untuk wujudkan karma yang tak terukur, boleh menelan dan memusnahkan dunia ini! Mereka juga perlu menanggung hukuman. Mungkin jauh kurang drpd hukuman anda tetapi mereka tetap tak wajar alami itu. Tetapi apa yang nak dibuat? Mereka berada dalam tangan anda. Mereka tiada banyak kuasa. Kebanyakannya tiada tempat untuk pergi. Jika mereka buka mulut, anda akan menyumbatnya. Anda akan mengheret mereka, masukkan mereka ke dalam penjara.

Ya Tuhan. Buat apa anda pergi ke gereja? Kerana anda tak memahami apa-apa pun tentang ajaran Tuhan. Dan paderi di gereja itu, saya meragui sama ada dia memahami apa-apa pun. Saya tak tahu anda datang dari neraka apa tapi anda akan balik ke sana tak lama lagi. Kita tidak hidup di planet ini selama-lamanya tetapi mungkin kita berada di neraka itu selama-lamanya. Kali ini, benar-benar macam itu. Ya Tuhan, tolonglah lindungi mangsa pemimpin jahat yang tak berdosa ini.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
60 Tontonan
2024-04-26
462 Tontonan
2024-04-26
38 Tontonan
2024-04-26
31 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android