Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 7 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda belum lagi seorang Guru, jika anda belum tahu lagi bahawa anda seorang Buddha, anda tak boleh berkata bahawa anda ialah Buddha. Kerana itu karma yg sangat buruk. […] Itu jenayah paling teruk yang boleh anda lakukan dalam Hukum Spiritual Alam Semesta. Sebab itulah anda tak harus mendakwa diri ialah Guru padahal anda bukan. Buddha berkata bahawa anda akan dihukum di neraka tak henti-henti jika berbuat dosa sebegini. Kerana anda tak tahu apa-apa pun. […] Anda membuat pengikut anda rasa bahawa anda seseorang yang hebat, kemudian bertindak seolah-olah anda jatuhkan martabat semua Buddha, macam bandingkan status superior, suci Mereka dengan peringkat syaitan, kena rasuk rendah anda. Anda faham itu sekarang? Jadi jangan buat begitu.

Jika anda ialah Bodhisattva yang sebenar, anda akan mengetahuinya. Jika anda tak tahu apa-apa tentang alami spiritual dalaman yang sebenar, maka anda bukan. Jadi jangan menipu orang yang mudah terpengaruh untuk motif jahat rendah anda! Bodhisattva Quan Yin tahu. Beliau beritahu Buddha apa yang dimiliki-Nya, apa yang diamalkan-Nya – Kaedah Quan Yin, kaedah pendengaran dalaman, kaedah pengajaran dalaman. Sebab itulah Beliau dapat dengar panggilan di mana-mana saja dan bantu semua makhluk yang meminta bantuan-Nya. Beliau beritahu Buddha dan Jemaah Kebenaran tentang Status spiritual-Nya yg sebenar. Kadangkala Bodhisattva Quan Yin muncul dalam bentuk wanita dan kadangkala dlm bentuk lelaki, jadi anda boleh panggil sbg ‘Him’ atau ‘Her’, tak menjadi hal. Kita tak benar-benar ada organ seks fizikal dalam roh untuk berkata, “Saya lelaki,” atau “Saya perempuan.”

Hayat sebelumnya, sebelum hayat ini, saya seorang lelaki di India. Saya ialah Baba Sawan Singh Ji Maharaj. Sekarang saya beritahu anda kebenaran. Saya tak takut untuk beritahu anda kebenaran lagi. Dulu saya lebih berahsia. Saya tidak sendiri beritahu anda

Sekarang saya beritahu anda dua perkara hari ini. Hayat sebelumnya, saya ialah Baba Sawan Singh Ji Maharaj. Hayat ini – saya ialah Diri sebenar saya – Buddha Agung sebenar telah datang pada waktu ini untuk tujuan khas. Saya korbankan segala-galanya, banyak benda, setiap hari. Setiap hari, saya hadapi kesusahan; saya alami kesakitan; saya hadapi isu yang tidak baik tetapi saya dapat menangani semua itu. Saya dapat menangani semua itu. semua ini kerana saya nak teruskan kerja saya di Bumi dgn lebih lama sikit, lebih selamat sikit, untuk anda semua. Saya bukan beritahu anda supaya rasa bersimpati dengan saya. Tidak. Jika saya dapat bantu sesiapa, saya sanggup. Cuma anda harus tahu akan kebenaran sekarang, kalau-kalau… Saya makin pulih tapi tak pasti sama ada saya dapat hidup lama secara fizikal. Jadi saya beritahu anda saja dua perkara kerana saya tak takut lagi. Tak banyak lagi yang boleh sesiapa buat terhadap saya sekarang.

Dengan Rahmat Tuhan, saya dapat bantu, dapat bebaskan sesiapa saja yg percayai saya, percaya kepada saya. Tetapi mereka harus lebih berbelas kasihan terhadap diri sendiri juga – menjadi manusia yang bermaruah, bukan hanya bergantung pd bantuan saya Tuhan bantu mereka yang membantu diri sendiri. Macam itulah. Anda harus membantu diri sendiri. Anda ialah Buddha – Buddha masa depan, maksud saya dlm perjalanan menuju peringkat Buddha Anda ialah anak Tuhan. Jadilah layak. Itu saja. Jadi bermaruah. Jadi baik terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Dan setiap hari, bersyukur kepada Tuhan, kepada semua Santo dan Orang Suci yang korbankan segalanya untuk anda. Sebab itu tak hairanlah semua pengikut Guru sebenar benar-benar memuja Mereka dan berterima kasih kepada Mereka, kerana mereka ada pengalaman keagungan daripada Kuasa dan Berkat Guru.

Dah tentu, anda anak murid saya, anda paling baik. Anda orang yang paling berkuasa di planet ini. Anda dah tahu akan itu. Bukan semua orang, tidak kira selama berapa tahun mereka beramal, alami pengalaman dalaman yang anda alami di dalam – pengalaman dalaman alam dalaman, bertemu dengan Tuhan, bertemu dengan Nabi Isa, bertemu dengan Buddha di Alam Suci Mereka sendiri. Bukan semua orang di planet ini alami itu. Mungkin mereka alami peringkat yang lebih rendah seperti Peringkat Astral – peringkat itu dah begitu indah sehingga tiada sesiapa pun yang nak tinggalkan sana untuk kembali ke dunia yang bergolak dan, maaf, tidak begitu bersih di alam fizikal ini. Tetapi anda, kononnya anak murid saya, adalah hebat. Anda menakjubkan. Anda berkuasa. Tiada orang dapat buat apa yg anda buat.

Saya tak maksudkan anda semua macam itu. Anda mengkaji diri, dan akan tahu sama ada anda anak murid yang baik, sederhana atau lebih rendah, malah lagi teruk daripada yang rendah – sesetengah daripada anda masih dirasuk konsep syaitan. Oleh itu, anda biar syaitan gunakan anda untuk untung diri sendiri. Kesiannya itu kerana saya tak dapat bantu anda, kerana anda buat perkara yang bertentangan dengan ajaran saya. Dah lama anda menjadi anak murid saya – sesetengah daripada orang itu – tetapi saya tak pernah minta anda berikan satu sen atau apa-apa pun. Jadi mana boleh anda buat begitu terhdp orang lain?

Semua kononnya biksu saya, meskipun saya hantar mereka keluar dalam senarai untuk pergi memberi inisiasi kepada orang lain, saya bayar untuk mereka. Saya bayar untuk tiket pesawat, teksi, malah petrol jika saudara lelaki atau saudara perempuan anda bawa mereka (dengan kereta) ke kawasan inisiasi. Kami tak pernah ambil apa-apa drpd anda Jadi mengapa, jika anda kononnya mengikut saya, meniru saya, buat segalanya dengan serupa kecuali mengambil wang? Itu tidak baik. Anda mesti tahu bahawa itu karma yang sangat buruk untuk anda. Wang orang, mereka peroleh dengan titik peluh dan air mata. Mereka ada keluarga untuk dijaga. Mereka ada cukai kerajaan utk dibayar. Mereka ada kereta untuk dibaiki. Mereka ada anak yang tak sentiasanya sihat untuk dijaga. Mereka ada ibu bapa untuk dijaga. Mereka ada adik-beradik untuk risau juga. Mereka ada perkara lain untuk dibuat. Wang mereka ialah titik peluh dan air mata mereka. Sebab itulah saya berniaga untuk menjaga biksu saya dan apa-apa saja perbelanjaan saya.

Buat masa ini, perbelanjaan saya sangat sedikit kerana saya makan sehari sekali. Atau sekali-sekala mungkin beberapa minuman sup (vegan) atau sesuatu yang sederhana. Tetapi biasanya macam itu saja. Sehari sekali, kita dah rasa kenyang, cukup bagus. Jika pada waktu senja anda rasa lapar sikit, anda hanya minum sedikit air – air suam atau air sejuk, bergantung kepada iklim atau kesukaan anda – kemudian anda baik-baik saja. Itu sekejap saja. Mungkin anda berasa lapar selama beberapa saat saja, kemudian anda sibuk, membuat sesuatu yang lain – anda pergi bermeditasi, bersujud kepada Tuhan, Buddha dan Guru untuk berterima kasih kepada Mereka, maka anda tak rasa lapar lagi – itu hanyalah ilusi, memang.

Berkenaan dengan sup (vegan), kalau-kalau anda nak meniru seperti banyak perkara yang lain, adalah sangat senang sekarang ini. Anda tak perlu memasak pun. Ada kiub sup atau serbuk sup (vegan). Anda hanya masukkannya ke dlm cawan, masukkan beberapa helai daun selada ke dalamnya lalu menuang air panas ke atasnya dan siaplah. Anda boleh terus minumnya. Atau ada yang kering, serbuk (vegan) kering – sup yang sangat cair dan sederhana. Kalau anda benar-benar ada masalah perut kadangkala kerana kadangkala apabila anda tak makan dengan banyak pada sesetengah hari semasa berasa kurang selesa atau terlalu tertekan, anda tak nak makan apa-apa pun, jadi makan dengan sangat sedikit, kemudian mungkin pada waktu petang anda rasai sedikit masalah perut seperti gas menggelembung dan menyakitkan perut anda, maka lebih baik anda minum sesuatu, sama ada air atau jenis sup (vegan) sederhana ini. Saya jarang gunakannya. Saya belum gunakannya hingga kini. Tetapi kalau anda mahu, anda boleh. Saya sediakan beberapa paket (vegan) kecil ini kalau-kalau saya perlukannya tetapi saya tak perlukannya. Anda sediakanlah makanan kering kalau anda tak nak kerap membeli. Sangat mudah untuk menjaga diri. Kalau-kalau anda nak meniru, tetapi saya tak mengesyorkan apa-apa.

Berkenaan dgn pakaian yang saya pakai, saya tak pakai jubah biksu atau jubah mana-mana pendeta lagi walaupun saya juga menyertai beberapa kumpulan pendeta: agama Hindu, Buddha dan Kristian. Saya ada jenis sijil pendakwah. Saya telah disahkan sebagai pendakwah. Tetapi saya tak memakai mana-mana daripadanya kerana saya tak nak memilih satu agama dan nyatakannya sebagai satu-satunya agama yang terbaik dan yang selebihnya kurang baik. Sebab itulah saya tak nak (memakai jubah). Seperti dulu sesetengah orang berkata bahawa saya nak ambil anak murid, pengikut mereka dengan memakai jenis jubah yang sama!

Saya juga tidak mahu orang asyik menyembah saya, bersujud kepada saya dan berikan derma kepada saya kerana saya ialah sebarang jenis pendeta. Jadi itu sebabnya saya sendiri mencari duit, salah satu sebabnya juga. Kerana saya rasa manusia sudah cukup menderita daripada mencari rezeki. Mengapa saya perlu wujudkan lebih banyak beban untuk mereka?

Kumpulan kerja saya ada banyak orang. Saya perlu menjaga mereka. Itu permulaan sebab kami berniaga. Kerana dulu saya tiada rumah dan begitu banyak orang mengikut saya sebagai biksu dan mereka tinggal di mana-mana saja – di dalam belukar dan berkhemah di padang atau tebing sungai. Itu tak begitu baik untuk mereka. Mereka masih muda, jadi saya rasa saya perlu menjaga mereka dengan lebih baik. Jadi kami berniaga dan sejak itu ia berterusan.

Disebabkan Rahmat Tuhan dan Berkat semua Buddha kami juga dapat menjalankan perniagaan, dapat menampung diri, dan apa-apa tambahan, kami dapat bantu orang lain yang berada dalam situasi teruk seperti mangsa perang atau bencana. Saya berterima kasih atas segala Bantuan dan Kemurahan daripada Syurga dengan Rahmat Tuhan, saya dapat menjaga diri dan pasukan saya: orang saya, penetap ashram saya yang tertinggal – biksu dan biksuni yang masih ada di sana

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android