Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 4 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi apa-apa pun agama yang anda ikut, anda mesti ingat bahawa ada Tuhan di sebaliknya. Kerana sebelum Guru turun ke Bumi, siapa berikan hidup Guru itu? Jadi jangan sesekali lupa akan Tuhan Yang Maha Berkuasa – Asal segala-galanya, dan hidup anda juga. Di Âu Lạc (Vietnam), apabila kami berdoa – orang biasa, mereka tak perlulah penganut Buddha atau apa-apa pun, atau tak perlu tahu banyak tentang ajaran Buddha – kami kata, “Oh, Tuhan dan Buddha, tolong berkati saya.” Atau, “Tuhan dan Buddha mengetahui apa yang saya buat.” Mereka sebut Tuhan juga. Orang Cina juga. Saya tak tahu banyak tentang negara lain kerana saya tak tahu bahasa mereka tetapi saya pasti mereka akan buat begitu juga.

Jadi dah tentu, Gurumu ialah tempat berlindung, tempat bergantung anda bagi hidup ini tetapi jangan lupa akan Bapa anda – Tuhan Yg Maha Berkuasa, Maha Tinggi, Maha Besar daripada segala-galanya. Jangan lupa akan itu. Jika anda lupa, anda akan menjadi anak yang sangat tidak taat. Sebab itu saya suruh anda memuji Tuhan. Itu pujian sangat berkuasa yang saya ajar anda. Saya memang berharap orang luar implementasikan itu juga supaya kehidupan boleh jadi lebih baik sekarang dan roh akan diselamatkan kemudiannya kerana saya juga menerapkan Berkat besar ke dalam kata-kata ini. Hadiah Tuhan adalah untuk kita semua dan Dia izinkan saya berkongsi-Nya dengan anda.

Jadi jangan lupa untuk memuji Tuhan, memuji Anak Tuhan, memuji semua Guru, dan berterima kasih kpd semua orang mulia yang mematuhi Kehendak Tuhan untuk buat anda dapat hidup. Anda perlukan segala jenis orang mulia. Orang yang berjalan keluar di jalanan, pertaruhkan nyawa mereka untuk menyiasat kezaliman terhadap orang-haiwan; orang yang pergi ke jalanan untuk memprotes peperangan, merisikokan pemenjaraan dan diri dipukul atau dibunuh; orang yang berarak dalam segala jenis cuaca bagi berjuang untuk kebebasan dan hidup orang-haiwan yang wajar diperoleh di Bumi. Kita terhutang budi kepada semua orang di planet ini. Orang-haiwan pun sentiasa mengajar kita kasih sayang tanpa syarat.

Saya berada di dalam bilik sendirian tetapi banyak kali nyawa saya diselamatkan daripada pengintip dll. Oleh sebab saya terlibat dalam peperangan (penentang), saya bangkitkan kemarahan pihak orang yang berperang. Saya bercakap dgn terlalu terus terang dalam sesetengah situasi politik kerana saya sakit hati dengan warganegara lain yang tak berdaya dan tak bersalah, dicederakan oleh jenis syaitan dalam bentuk manusia ini. Jadi mereka membenci saya.

Saya ada musuh. Saya bukan ada rakan saja. Saya juga ada ‘rakan tak dijangka’, seperti sesetengah biksu yang berkata bahawa dia ialah rakan saya. Saya tak kenali dia. Saya tak tahu namanya. Saya tak tahu dia dari mana. Saya tak pernah lihat mukanya sepanjang hidup saya. Misalnya macam itu. Adalah baik ada rakan. Walaupun seseorang hantar kepada saya temu ramah tentang saya di saluran YouTube Âu Lạc (Vietnam), saya tidak kenali dia sama sekali. Saya hanya ingat dia pakai pakaian berwarna-warni yang sangat terang dan selempang rukun biksu berwarna-warni di temu ramah itu. Saya tak pernah lihat selempang biksu yang begitu glamor, berwarna-warni sepanjang hidup saya. Sekurangnya dia bukan musuh saya. Dia tidak nyatakan saya ialah musuhnya. Itu dah sangat baik.

Walaupun dia tidak tahu sangat kebenaran tentang diri saya dalam erti kata dunia luar dan status spiritual dalaman saya. Hanya sebagai murid sekolah rendah tak dapat memahami profesor universiti. Itu boleh dimaafkan. Tetapi anda janganlah, disebabkan kasih sayang atau rasa kagum dgn saya, mengaitkan nama saya atau kerja saya dengan mana-mana biksu, kerana mana tahu, mungkin mereka salah faham, atau orang lain mungkin salah faham dan ingat saya cuba gunakan nama biksu itu untuk menjadi lebih terkenal. Saya tak nak ada sebarang kaitan dengan sesiapa yang terkenal atau tak terkenal, apa-apa pun.

Saya bekerja sendirian dengan sedikit bantuan anda. Itu saja. Dan segala bantuan orang-haiwan – orang-musang datang beritahu saya, “Jangan buka tingkap hari ini. Jangan keluar dari pintumu hari ini ke taman belakang pun kerana pengintip ada di sana, memerhatikan Engkau dari jauh.” Hari ini, adalah senang untuk memerhatikan sesiapa pun. Jika kita mengesyaki mrk ada di sana… Itu begitu senang. Orang-burung datang, orang-musang datang dan orang-anjing jiran pun menyalak secara tiba-tiba.

Saya ada tempat di mana orang-anjing tak pernah menyalak. Hanya apabila saya dalam bahaya baru dia menyalak pada saya: “Jangan keluar ke taman untuk bermeditasi.” “Jangan masuk ke dalam bangsal kerana pengintip sedang memerhati.” Kerana saya suka berada di dlm bangsal pada waktu malam, contohnya, lebih senyap dan berseorangan – jauh dari kerja dan segalanya supaya saya dapat lebih tenang untuk bermeditasi. Tapi pada sesetengah hari, orang-anjing beritahu saya, “Jangan.” Pada sesetengah malam, saya sudah berada di luar, orang-anjing menyalak dan beritahu saya, “Masuklah ke dalam semula sekarang. Masuklah ke dalam semula sekarang.” Orang-burung pun bangun pada tengah malam, datang berteriak, dan semua orang-musang berlari datang kpd saya utk beritahu saya, “Jangan berada di luar. Masuklah ke dalam semula.”

Saya sentiasa terhutang budi kepada semua orang – petani, penanam sayur – semua orang – atas saya masih hidup hari ini. Dan semua orang yang membuat ubat vegan semula jadi yang boleh saya makan, dan doktor yang menjaga saya pada waktu situasi hidup dan mati dahulu, karma terlalu besar sehingga badan saya menjadi terpengaruh, perlu menjalani pembedahan dan sebagainya. Saya sentiasa berhutang budi kpd mereka dan berdoa untuk mereka. Saya syukur kpd Tuhan kerana lindungi mereka dan beri pembebasan kpd mereka. Saya buat apa yang boleh juga.

Sesetengah ahli politik yang saya tidak kenali sebelumnya pun, tiba-tiba menampilkan saya, seperti dulu Datuk Bandar Honolulu, Hawaii. Beliau memuji saya dan berikan sijil kewarganegaraan kehormat kepada saya. Masih ingat?

The Honorable Frank F. Fasi: Beliau juga membawa kasih sayang ke seluruh dunia di mana ada kebencian. Beliau membawa harapan di mana ada putus harapan. Dan Beliau membawa persefahaman di mana ada salah faham. Beliau ialah cahaya orang agung, malaikat belas kasihan bagi kita semua.

Hanya itu pun, saya boleh ada alasan untuk bawa beliau ke Alam Baharu saya. Saya begitu gembira dengan itu. Begitu gembira. Sesiapa yang baik terhadap saya, meskipun mereka tidak menjadi vegan, saya boleh tanggung karma mereka dan bawa mereka ke Alam Baharu saya di atas, serta semua orang-burung, -anjing saya… Baru-baru ini, mereka laporkan kpd saya salah satu orang-anjing saya meninggal. Dia sangat banyak melekat pada saya. Dia ialah Happy, orang-anjing saya dahulu. Sesetengah daripada mereka ialah orang-anjing saya dahulu yang kembali untuk melindungi saya untuk suatu tempoh masa.

Kemudian orang-anjing itu biasanya bersama dengan orang-anjing kecil yang lain yang suatu kali saya bawa masuk ke dalam dewan meditasi. Saya tanya dia, “Adakah engkau sangat sedih sekarang kerana berseorangan?” Namanya Lovu, yang meninggal itu. “Ketika Lovu masih hidup, jika dia sakit atau sesuatu dan meninggalkan engkau untuk seketika, engkau sangat sedih dan tidak biarkan sesiapa pun membawa engkau keluar. Hanya aku boleh datang membawa engkau keluar. Sekarang dia tiada di sana lagi, adakah engkau baik-baik saja? Adakah engkau sedih? Kerana aku sendiri sedih,” saya beritahu dia. Dia kata, “Oh, tak apa-apa! Itu bukan kehilangan segalanya. Lovu kasihi Engkau. Lovu kasihi Engkau dan aku masih dapat rasai kasih sayangnya.” Itu apa yang diberitahunya kpd saya – yang paling kecil itu. Mereka ada segala jenis perasaan. Mereka sangat cerdik dan begitu suci dengan cara mereka. Mrk beritahu saya banyak perkara juga, dah tentu. Saya tak boleh dedahkan kepada anda.

Saya rasa berhutang budi. Saya berterima kasih sepanjang hari, setiap hari, pada bila-bila saya boleh ingat – bukan sahaja bersyukur kepada Tuhan tetapi juga berterima kasih kepada semua anak Tuhan, anak haiwan Tuhan, segala-galanya, semua makhluk: orang-musang liar, walaupun saya tak dibenarkan untuk beri makan kepada mereka kerana jika seseorang nampaknya, mereka akan tahu saya ada di sana. Hufa, Pengawal Dharma, beritahu saya, “Jangan lakukannya. Engkau akan menarik terlalu banyak perhatian.” Hanya di satu tempat saja saya boleh bergantung pd satu atau dua anak murid untuk beri makan kepada orang-burung, -swan dan -musang serta semua orang-haiwan di air dan di darat, misalnya macam itu. Saya tak boleh buat banyak lagi sekarang ini.

Orang-burung angkat saya Sunny juga meninggal tetapi saya juga dapat bawa dia ke Alam Baharu saya. Saya sangat gembira dengan itu. Semua orang-burung, orang-anjing saya, jika meninggal dunia, saya bawa mereka ke atas kecuali mereka nak berada di peringkat yang lebih rendah untuk lahir semula bagi berjumpa dengan saya, tapi mulai sekarang, saya asyik beritahu mereka, “Jangan kembali ke sini. Dunia ini tak cukup baik untuk engkau. Tolong jangan kembali ke sini.” Tetapi kadangkala mereka lakukannya disebabkan oleh kasih sayang. Saya berterima kasih selama-lamanya.

terima kasih. Sekarang saya baru teringat. Beberapa tahun yang lalu – Mengatakan itu, seperkara lagi, suatu kali seseorang bawa kepada saya hadiah istimewa tapi saya lupa ucapkan lima, enam tahun ketika kita masih ada pusat meditasi di Menton, di Perancis – ada seorang saudara perempuan anda yang anda kenal. Saya tak nak sebut namanya kerana saya tak mahu anda mengerumuni dia. Saya kenali dia dan anda semua kenal dia – dia orang China. Dia bercakap tentang banyak visi dalaman yang menakjubkan tentang nampak Buddha datang berjumpa dengan kita semasa kita bersuluk. Jadi anda kenal sangat dia. Saudara lelakinya seorang biksu juga, ada sebuah tokong di China. Mereka berdua ialah ahli persatuan kita. Jadi bukan semua biksu adalah buruk. Tolong jangan memikirkan apa-apa.

Buddha pun menangis apabila syaitan itu beritahu Baginda bhw pada Zaman Penghujung Dharma, dia akan hantar semua anak, cucu-cicitnya untuk menjadi biksu dan gunakan cara yang sama, jubah yang sama untuk hancurkan ajaran Buddha supaya tiada ajaran Buddha lagi di dunia.

“Buddha berkata kepada Kasyapa: ‘Tujuh ratus tahun selepas saya masuki Parinirvana, Marapapiya ini akan hancurkan Dharma Menakjubkan saya. Itu seperti pemburu memakai pakaian pendeta. Marapapiya akan bertindak macam itu juga. Dia akan menampilkan diri dalam bentuk biksu, biksuni, upasaka atau upasika.’” ~ Kitab Mahayana Mahaparinirvana (Petikan daripada ‘Bab Sembilan: Mengenai Salah dan Betul’)

“Apabila Buddha Shakyamuni hampir masuki nirvana, Baginda memanggil raja syaitan dan mengarahkan dia, ‘Engkau harus mematuhi peraturannya. Ikutlah peraturannya mulai sekarang. Jangan melanggarnya.’ Raja syaitan jawab, ‘Jadi Engkau mahu aku mengikut peraturan-Mu? Baiklah. Pada zaman penghujung Dharma-Mu, aku akan memakai pakaian-Mu, makan makanan-Mu dan buang air besar ke dlm mangkuk sedekah-Mu.’ Dia maksudkan dia akan hancurkan Dharma dari dalam. Apabila Buddha dengar itu, Baginda risau. Baginda menangis dan berkata, ‘Memang tiada apa-apa yang boleh aku buat dengan engkau. Kaedahmu adalah paling beracun, paling membinasakan.’” ~ Ulasan oleh Guru Terhormat Hsuan Hua (vegetarian) tentang Kitab Pemikiran (Kitab Shurangama)

Tetapi saya tak percayai semua itu kerana hari ini kita ada teknik – kita ada komputer, kita ada teknologi tinggi – kita dapat pulihkan semua kitab Buddha ini. Jadi jika anda masih nak terus mengkaji kitab Buddha, anda dapat perolehnya dgn senang sekali, atau sebarang kitab agama yang lain, sangat senang hari ini. Ia ada di hujung jari anda, dan saya dah bawa banyak daripadanya kepada pengetahuan anda. Saya telah ceritakan byk kisah Buddha. Saya telah jelaskan banyak kitab Buddha juga.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android