Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 6 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekali lagi, jika ada mana-mana biksu yang anda rasa tidak baik, fikir baik-baik. Biksu tradisional ikhlas yang sebenar, beritahulah saya, mana boleh dia memudaratkan anda? Dia makan beberapa hidangan saja sehari dan hanya pakai beberapa helai pakaian yang anda tak nak pakai dan tak begitu mahal. Jika dia ada kereta untuk bantu kakinya yang letih untuk pergi bertemu dengan pengikut, apa mudaratnya? Janganlah berfikir dengan terlalu materialistik. Jika ada begitu banyak pengikut Buddha yang berikan kereta kpd biksu, apa salahnya? Itu boleh berapa banyak? Jika anda bantu dia bina tokong yang lebih besar supaya lebih banyak pengikut Buddha boleh datang ke sana, ingat akan ajaran Buddha dan cuba menjadi baik, maka apa salahnya itu? Lagi besar tokong lagi banyak orang boleh pertimbangkan untuk menjadi biksu dan juga membawa lambang Kebaikan dan Belas Kasihan ini. Jangan wujudkan karma ini. Itu sangat buruk bagi anda, sangat buruk bagi anda. Meskipun tidak, bergosip bukanlah sesuatu yang baik untuk dibuat. Saya tahu ada sesetengah biksu yg baik dan sesetengah biksu yang buruk tetapi anda perlu tahu akan perkara sebenar sebelum anda mengkritik mereka.

Saya tahu sesetengah biksu saya dulu tak terlalu baik juga. Salah satu drpd mrk malah meniru saya dengan setiap cara. Bukan sahaja ajaran tapi juga setiap cara, malah memakai pakaian mirip baju wanita. Dia sepatutnya menjadi biksu. Selepas tinggalkan kumpulan biksu saya, dia boleh memakai satu lagi jenis jubah biksu dan menampilkan diri sebagai biksu. Tetapi walaupun menjadi biksu, mana boleh dia memakai jenis pakaian mirip baju wanita ini? Dan duduk seperti wanita, seperti saya duduk dalam sesetengah foto saya yang anda ada. Dan saya ada beberapa orang-nuri, dia juga ada beberapa orang-nuri selepas itu, dan menunjuk-nunjuk! Kemudian meniru saya dgn setiap cara kecuali mengambil derma atau memaksa orang untuk berikan sumbangan melalui biksunya sendiri. Begitu banyak wang sehingga orang mengeluh, merungut tapi dia tak pedulikan kesusahan mereka! Tidak endahkannya macam tak apa-apa. Wang orang diperoleh dengan titik peluh dan air mata, tak apa-apa?? Misalnya macam itu.

Malah nama saya – nama yang serupa juga. Dulu dia panggil saya Suma. Itu nama singkat bagi Supreme Master. Saya tidak mahu nama Supreme Master itu, jadi saya kata, “Hanya panggil saya Suma.” Namanya hampir sama, satu huruf berbeza. Daripada Suma, itu ‘…uma’. Kebetulan saya nampaknya baru-baru ini. Macam tak percaya mata saya!! Saya cuma harap dia tak memudaratkan orang dengan badan yang dirasuk syaitan dan kuasa negatif. Itu saja yang saya harapkan kerana orang yang terperdaya untuk mengikut dia adalah tidak berdosa dan mudah terpengaruh. Mereka tak tahu banyak tentang apa-apa pun, jadi senang untuk jatuh ke dlm perangkap seperti itu. Saya benar-benar berdoa kepada Tuhan. Saya kata, “Tolong lindungi mereka. Jangan biar mereka jatuh ke dalam mana-mana perangkap, bukan perangkap itu saja. Tolonglah.”

Kerana jika guru ini dirasuk syaitan, atau jika dia sendiri ialah syaitan, maka pengikut yang kesian lambat laun akan menjadi terpengaruh secara negatif juga, belum kata lagi syaitan akan menghisap tenaga mereka untuk hidup, dan/atau harta benda mereka juga, untuk hidup! Tetapi syaitan akan berpura-pura dgn baik sekali tak banyak orang akan mengetahuinya. Tambahan pula, jika Guru sebenar ingin menyelamatkan mereka lepas itu – para pengikut itu – itu akan lebih sukar atau mungkin sudah terlambat! Macam itulah, Buddha kata, syaitan merekrut lebih banyak subhamba dan buat mereka menjadi syaitan juga!! Suatu hari nanti, mungkin kebenaran akan terdedah.

Jadi apa-apa nama yang anda gunakan… Saya tahu sesetengah daripada anda gunakan nama saya, Suma, juga. Sekurang-kurangnya anda jujur. Anda gunakan nama yang sama dengan Guru kerana anda suka akan saya. Tetapi gunakan nama yang mirip hanya untuk mendapat kemasyhuran dan untung, ini memang sesuatu yang menjatuhkan maruah. Jangan buat begitu. Jangan mana-mana drpd anda buat begitu Tolonglah. Tolonglah. Anda tak perlukan banyak untuk hidup di dunia ini, memang. Anda hanya perlukan satu atau dua hidangan sehari dan pakai apa-apa saja pakaian. Anda boleh pergi beli barang terpakai, atau kadangkala orang buangnya ke dalam sampah, anda boleh memakainya juga. Mungkin anda akan menjadi terkenal. Jika orang tahu bahawa anda memakai pakaian terpakai atau mengutip pakaian dari sampah atau jalanan, dan makan hidangan yg sangat sederhana mungkin orang akan datang mengikut anda dan rasa anda ialah Buddha. Walaupun anda tak cukup kebijaksanaan seperti ajaran ‘tadika’ Buddha, mereka tetap akan rasa anda ialah Buddha. Orang boleh mereka-reka apa-apa saja, apa-apa saja yang mereka suka. Itu perhubungan awam hari ini. Sangat senang.

Sesetengah orang masuk, dapatkan inisiasi dan tak benar-benar amalkan apa-apa. Itu hanya untuk matlamat mereka sendiri yang sangat bersifat rakus – untuk kemasyhuran dan untung, jadi anda dapat lihatnya. Mereka cuba meniru saya dan sebagainya. Ya Tuhan. Tolonglah, ingat akan karma.

Jika anda sudah pun seorang Guru, anda akan mengetahuinya. Jika anda seorang Buddha, anda akan mengetahuinya. Saya beritahu anda sekarang: Saya ialah Buddha. Hanya kalau-kalau saya meninggal esok. Saya ialah Buddha yang sangat istimewa bagi tempoh malapetaka manusia ini. Percaya atau tidak, terpulang kpd anda. Saya tak berani berbohong di depan Tuhan Yang Maha Berkuasa atau semua Santo dan Orang Suci di seluruh Alam Semesta.

Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu! Jadi jangan bazirkan masa anda yang berharga untuk menunggu lagi. Jadilah bermoral, memuji Tuhan yang kasihi anda dan menaikkan anda. Berterima kasih kpd semua Guru,Buddha atas segalanya yang diberikan kpd anda, dan atas lebih banyak jika anda minta. Berterima kasih atas Pembebasan anda.

Dunia kita boleh binasa pada bila-bila saja sekarang. Tolonglah cepat, tolong cepat. Bertaubat, berbuat baik, memuji Tuhan, memuji semua Guru. Tolonglah cepat, kalau-kalau tak sempat. Pekerja Syurga dan saya tak dapat menahan lagi disebabkan oleh karma besar seluruh dunia.

Dah tentu, ada risiko memberitahu anda kebenaran ini tentang peringkat Buddha saya dan kerja saya. Tapi saya perlu beritahu anda pada sesuatu masa. Tuhan mahu saya beritahu. Kerana ini suatu keperluan. Jika tidak, mungkin saya tak berpeluang untuk beritahu anda lagi. Saya harap saya terus hidup lebih lama sikit dan membantu anda dan dunia. Tetapi jika tidak, sekurangnya saya telah beritahu anda seluruh kebenaran supaya anda tahu. Anda berhak untuk mengetahuinya. Anda wajar tahu kerana anda begitu berdedikasi dan taat. Saya berterima kasih kepada anda semua yang taat dan berbakti kepada Tuhan. Itu satu-satunya Matlamat yang paling penting, satu-satunya Tujuan sebenar hidup anda! Sebagai anak murid saya, anda telah menemui Tujuan anda, Matlamat anda! Anda tahu dengan jelas sekarang apa yg nak dibuat utk capai Matlamat anda. Sesetengah daripada anda telah hampir capainya.

Saya datang ke sini kali ini, istimewa, hanya untuk umat manusia. Saya buat apa yang boleh. Ada orang berkata bahawa jika kita seorang Arhat, Santo atau Guru, maka kita tak tahu bahawa kita ialah Buddha, Guru. Kita memang tahu. Jika kita ialah itu, kita tahu. Bukanlah kerana semua Arhat atau sesetengah Guru tak tahu bahawa Mereka ialah Guru, maka ini bermakna tiada Guru yang harus tahu bahawa Mereka ialah Guru atau bukan Guru. Mereka tahu. Sesetengahnya tak tahu kerana mereka belum capainya. Mereka hanya mengikut Guru dan bergantung kepada ajaran dan Kuasa Guru untuk menyampaikan Ajaran kepada saudara seamalan yang lain dalam kalangan pengikut mereka sendiri. Itu disebabkan oleh Guru. Mereka sebut Guru mereka. Mereka akan hormati Guru mereka, contohnya. Mereka semua tahu.

Buddha tidak sebut Guru-Nya tetapi Baginda memang ada mengikut guru yang tak betul sehingga menyedarinya dan dapatkan yang betul. Jika tidak, macam mana Buddha tahu bahawa Baginda ialah Buddha? Baginda beritahu kita bahawa Baginda ialah Buddha dengan jelas dan terbuka. Baginda malah berkata, “Saya telah menjadi Buddha sejak sangat lama dahulu lagi.” Jadi malah sejak zaman dahulukala lagi. Ini tak bermakna Buddha bercakap besar. Baginda hanya beritahu anak murid-Nya seluruh KEBENARAN. Anda boleh lihat ajaran-Nya. Anda boleh lihat berkat-Nya kepada anak murid dan umat-Nya, maka anda tahu bahawa Baginda ialah Buddha, sama ada Baginda beritahu anda atau tidak.

Nabi Isa memang tahu bahawa Baginda ialah Anak Tuhan. Sebab itulah Baginda beritahu anda, “Bapa saya dan saya SATU ENTITI.” Buat apa Baginda berani mengatakan itu? Kerana itu kebenaran. Dan Nabi Muhammad SAW berkata bahawa Baginda ialah Rasul Allah. Baginda bercakap benar. Jika anda tamat pengajian sebagai doktor perubatan, takkankah anda mengetahuinya? Anda mengetahuinya. Hanya sewaktu anda masih belajar utk menjadi doktor dan orang tanya anda, “Adakah anda seorang doktor?” maka anda kata, “Oh! Belum lagi. Saya berhasrat untuk menjadi itu. Saya tahu cara perubatan untuk merawat orang, ubat dan sebagainya tetapi belum lagi seorang doktor.” Kerana mereka bukan. Sekurang-kurangnya mereka jujur. Hanya orang yang belum lagi menjadi doktor pergi berpura-pura bagi merawat orang atau sesuatu untuk tujuan sendiri, untuk memperoleh wang, kemudian melarikan diri selepas itu drpd undang-undang, maka dah tentu, ada bezanya.

Jika anda belum lagi seorang Guru, jika anda belum tahu lagi bahawa anda seorang Buddha, anda tak boleh berkata bahawa anda ialah Buddha. Kerana itu karma yang sangat buruk. Saya beritahu anda mengapa: Kerana anda berbohong. Itu bohong terbesar, mengikut hukum Buddha, Hukum Alam Semesta yang Buddha ajarkan kepada kita – bohong terbesar. Mengapa? Kerana anda menyesatkan banyak orang yang lain untuk jatuh ke peringkat rendah yang sama dgn anda. Anda juga menyinggung perasaan Buddha dari sepuluh arah, Buddha semua zaman, Guru semua arah kerana anda jatuhkan maruah mereka. Anda mengheret Mereka turun ke peringkat syaitan anda yang rendah. Itu jenayah paling teruk yang boleh anda lakukan dalam Hukum Spiritual Alam Semesta. Sebab itulah anda tak harus mendakwa diri ialah Guru padahal anda bukan.

Buddha berkata bahawa anda akan dihukum di neraka tak henti-henti jika berbuat dosa sebegini. Apa yang lagi teruk, semua orang yang menyokong, merekomenkan, mengesyorkan jenis guru palsu ini juga akan berkongsi beban karma paling buruk daripada semua karma ini!!!!! Kerana anda tak tahu apa-apa pun. Anda hanya bergantung pada syaitan yg merasuk anda buat sementara waktu ini dan miliki sedikit hula-hula-hoop di sesuatu tempat, kemudian anda ingat anda seseorang yang hebat. Anda membuat pengikut anda berfikir bahawa anda seseorang yang hebat, kemudian bertindak seolah-olah anda jatuhkan martabat semua Buddha, macam bandingkan status superior, suci Mereka dengan peringkat syaitan, kena rasuk rendah anda. Anda faham itu sekarang?

Jadi jangan buat begitu. Jika anda ialah Bodhisattva yang sebenar, anda akan mengetahuinya. Jika anda tak tahu apa-apa tentang alami spiritual dalaman yang sebenar, maka anda bukan. Jadi jangan menipu orang yang mudah terpengaruh untuk motif jahat rendah anda!

Photo Caption: Menyambut Dunia dengan Kecantikan Sebenar.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android