Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 1 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, kawan saya yang paling dikasihi, menakjubkan, orang tersayang Tuhan dan semua Buddha di semua arah pada semua zaman. Begitu dikasihi sehingga semua Bodhisattva – bermakna Santo dan Orang Suci – perlu turun ke dunia ini untuk menyelamatkan, menyokong, membantu anda, membawa anda pulang ke Rumah Syurga yang anda layak, sangat dicari.

Kita ada terlalu banyak istilah dalam bidang agama. Sekarang apabila kita kata ‘Rumah Syurga’, anda juga tahu itu bermakna Alam-alam Buddha yang berlainan. Di Alam Buddha, ada tahap-tahap pencapaian yang berlainan, bergantung kepada berapa banyak anda memperoleh pahala sementara masih di dunia fizikal. Anda tahu akan itu. Anda semua tahu akan itu. Kalau sesetengah daripada anda baru diinisiasi, saya perlu ulangi itu untuk anda faham dan tidak berpaut pada istilah, sama ada itu ‘Syurga’, ‘Rumah Tuhan’, ‘Alam Buddha’ atau ‘Rumah Buddha’.

Sebelumnya kita bercakap tentang keberhargaan badan, badan fizikal yang anda lihat, rasa, sentuh dan hargai setiap hari ini. Buddha berkata bahawa dapat memperoleh badan fizikal ini adalah seperti peluang satu dalam sejuta. Baginda ada cerita ibarat yang nyatakan bahawa dapat mewarisi atau diberi badan manusia, itu sesukar orang-penyu buta beribu-ribu tahun sekali dapat menaik ke permukaan laut, dan pada saat itu ada sekeping papan yang terapung di atas permukaan air. Papan itu ada lubang padanya dan kepala orang-penyu itu kebetulan menembusi lubang itu.

Begitu sukarlah bagi sesiapa pun, mana-mana roh mendapat badan manusia. Untuk banyak tujuan kita boleh gunakan badan manusia. Anda tahu akan itu. Kebanyakan orang gunakannya hanya untuk hiburan fizikal, kelangsungan hidup dan kejayaan dlm bidang-bidang fizikal yg berlainan tetapi ada lebih banyak hakikat.

Dengan badan fizikal ini, anda dapat membuat keajaiban. Anda dapat memperoleh kuasa ajaib untuk membantu orang, dah tentu, untuk mencederakan orang juga. Kita akan bincangkan itu selepas ini. Badan ini, dgn segala bentukan fizikal dalam keadaan yang baik dari kepala ke jari kaki, setiap inci kecilnya memberi anda begitu banyak keajaiban yang anda takkan boleh mendapat tahu kecuali anda orang bermakrifat tertinggi. Itu sukar untuk dicapai dalam satu hayat.

Hanya sesetengah orang dapat, seperti Buddha, sesetengah anak murid-Nya – bukan semuanya, bukan Pengganti Kesepuluh Buddha selepas itu pun. Contohnya Nabi Isa, Guru Nanak Dev Ji, Nabi Mahavira dll dapat juga. Saya tak dapat senaraikan Mereka semua untuk anda. Guru-guru ini bukan sahaja telah menguasai alam spiritual supaya dapat menaik dan menurun, keluar masuk dari semua arah, dari neraka ke Peringkat Astral ke dunia fizikal yang kita diami – contohnya, ini salah satu dunia fizikal yang kita diami – dan ke atas ke Syurga paling rendah dan ke Syurga setinggi mungkin jika itu Kehendak-Nya.

Untuk menguasai alam spiritual, kita dah tahu apa yang nak dibuat. Kita pergi menguji dan berdoa utk lihat sama ada Guru yang kita temui, jika kita temui satunya, adalah yang benar yang telah merentas seluruh Alam Semesta dan dapat bawa kita ke mana-mana saja, jauh dari penderitaan dan dunia karma seperti dunia kita sekarang, contohnya. Itu perjalanan yang susah tetapi adalah senang jika anda ikhlas dan berdoa kepada Tuhan agar anda akan temui satunya dan buat segalanya yang boleh juga dari segi fizikal, emosi, mental, psikologi, rohani, sebagaimana yang anda tahu supaya dapat sampai ke Alam berbelas kasihan Tuhan, Santo dan Orang Suci, bermakna Alam Buddha, supaya Mereka dapat bantu anda, supaya Guru akan menjelma kepada anda – sama ada Dia sudah berada di dunia ini dalam bentuk fizikal atau akan datang. Anda perlukan Guru hidup tidak kira apa pun untuk mentransmisikan kepada anda Kuasa hidup pembebasan, makrifat serta kebahagiaan, kegembiraan, berkat abadi ini.

Apa-apa kuasa yang boleh anda fikirkan, anda akan memperolehnya setelah capai makrifat sempurna. Tetapi sebelum itu, anda dah ada sangat banyak berkat, kuasa ajaib dan kuasa untuk bantu diri sendiri dan orang lain, untuk berkati diri sendiri dan orang lain juga. Anda semua dah tahu akan itu kerana anda telah dengar banyak khutbah sebelumnya. Jika anda orang baharu, anda boleh saksikan semua khutbah yang terdapat dalam DVD dan/atau di tapak sesawang Supreme Master Television ini. Cari, baca, dengarlah sebanyak yang boleh supaya anda lebih faham – untuk minda faham. Roh sudah faham pada waktu inisiasi, malah sebelum itu lagi, semasa anda ingin akan inisiasi. Tetapi minda perlu berasa puas kerana minda boleh salah faham dengan senangnya atau terpengaruh oleh kuasa negatif di dunia ini, menyesatkan anda serta mengaburkan kecerdasan dan kebijaksanaan anda.

Sekarang, badan, dari kepala hingga jari kaki – dari rambut hingga kuku jari kaki anda – mengandungi sangat banyak keajaiban dan kuasa ajaib. Dari Syurga ke neraka, dari masa dahulu, masa sekarang hingga masa depan, anda dapat ketahui segalanya jika anda menguasai kuasa yang diwarisi di dalam rumah ibadat fizikal anda yang anda panggil sebagai badan. Baiklah, saya akan buatnya ringkas. Saya harap saya dapat. Tetapi ada begitu banyak sehingga anda tak dapat gunakan semuanya dalam badan fizikal atau anda tak benar-benar perlu. Dah tentu, apa-apa yang anda perlukan, anda boleh keluarkan drpd maklumat yang diwarisi dalam badan anda. Sukar bagi saya memilih perkataan di sini kerana ini tidak seperti sesuatu yang boleh kita beli di pasar raya dengan setiap bahan tercetak padanya.

Tapi dah tentu, Tuhan buatnya dengan bijak supaya bukan orang jahat yg dapat gunakannya. Orang jahat seperti ahli sihir dan penyemu hanya dapat gunakan sihir hitam yang murah dari Alam Astral atau di antara jurang karma seperti yang telah saya beritahu anda. Mereka tak dapat capai penguasaan maklumat badan ini.

Anda perlu berhati murni di dalam diri anda kerana Raja Karma tahu akan segala-galanya. Sebelum anda berfikir pun dan selepas pemikiran anda, apa-apa yang anda rancangkan, fikirkan, semuanya direkodkan dalam fikiran separa sedar anda sendiri dan Raja Karma akan mengetahui semua itu. Jadi kita tak dapat sembunyikan apa pun. Saya telah beritahu anda banyak kali bahawa Alam Semesta ini adalah telus. Hati anda terdedah di semua arah pada semua zaman untuk semua makhluk lihat. Sesetengah manusia tak nampaknya tetapi Makhluk Syurga akan nampaknya dan semua Raja di dunia akan nampaknya, Raja-raja yang berlainan. Raja Karma segalanya tahu akan segala-galanya tentang apa yang anda fikirkan, rancangkan dan mahukan.

Sekarang, contohnya, saya beritahu anda, salah satu postur yang boleh anda gunakan utk mendapat manfaat daripada badan ialah postur yang anda dah tahu: Quan Yin, postur yang anda lakukan dlm meditasi pada Bunyi (Syurga dalaman) Alam Semesta, Firman Tuhan, ajaran Buddha. Itu satunya saja. Yang itu, tetapi kita tak boleh beritahu orang secara terbuka pun. Dah tentu, (pengamal) palsu masuk tetapi tak dapat banyak menggunakannya kerana ada sesetengah maklumat jauh lebih dalam yang tak dapat mereka capai jika mereka jahat dalam hati – meskipun belajar, mereka tak dapat banyak gunakannya atau tak dengar apa-apa pun. Jadi semua Pelindung Syurga tahu untuk melindungi Ajaran Sebenar. Itu satunya saja.

Tetapi dengan postur itu saja, jika kita gabungkan dengan postur badan yang lain, kita akan capai jauh lebih banyak lagi. Itu saya tak boleh beritahu anda. Anda dah tahu banyak tanpa sebarang gabungan dengan postur badan yang lain pun. Tetapi masih ada jauh lebih banyak lagi yang tak boleh saya ajarkan kepada anda. Tuhan tidak izinkan saya untuk ajarkannya secara terbuka atau kepada sesiapa pun. Itu perlulah orang yang suci. Jika tidak, boleh memudaratkan dirinya jika dia tidak suci semasa ingin amalkan semua postur badan rahsia yang mengandungi begitu banyak maklumat luas yang tiada sesiapa pun dapat tahu di dunia ini. Tuhan tidak kurniakan itu kepada sesiapa saja. Dia memilih orang yang layak.

Sekarang, minta maaf, saya tak boleh ajar anda pun. Saya tak dibenarkan. Dan juga, meskipun saya nak mengajar anda, meskipun saya dibenarkan, itu perlu sangat dekat, seperti kita malah perlu bersebelahan untuk meniru semua postur dan menghafalnya. Anda tak dibenarkan untuk bercakap tentangnya pun. Anda tak dibenarkan untuk menulisnya pun. Macam itulah. Tetapi sesetengahnya sudah terbuka, jadi saya boleh menerangkan postur terbuka ini dan menjelaskannya kepada anda. Tuhan izinkan saya buat begitu. Hanya sedikit sebagai contoh, tidak terlalu banyak.

Kerana ada terlalu banyak, seperti postur untuk maklumat dunia dalam tempoh satu tahun, postur untuk mengetahui masa depan dalam tempoh dua tahun dan postur untuk mengetahui banyak perkara yang lain… Dah tentu, untuk diri sendiri tahu adalah berbeza. Itu senang. Tetapi jika kita nak tahu akan semua itu untuk dunia, mungkin ada halangan. Dah tentu, kerana maya akan berlawan bermati-matian untuk bunuh kita, cederakan kita, halang kita, menangguhkan misi kita dengan sebarang cara mungkin.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/8)
1
2024-06-28
16420 Tontonan
2
2024-06-29
10480 Tontonan
3
2024-06-30
9702 Tontonan
4
2024-07-01
9537 Tontonan
5
2024-07-02
8481 Tontonan
6
2024-07-03
7982 Tontonan
7
2024-07-04
7620 Tontonan
8
2024-07-05
7441 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
154 Tontonan
2024-12-19
1362 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android