Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Berterima Kasih kepada Seluruh Alam Semesta, Bahagian 1 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sayang. Sentiasa cuba ingat. Ingat apa-apa yang boleh, hubungan dengan Diri tertinggimu. Dengan Tuhan yang Maha Besar. Sentiasa cuba ingat. Sewaktu makan, bersyukur kpd Tuhan. Sewaktu minum, kamu bersyukur kepada Tuhan. Malah sewaktu pergi ke tandas, kamu berterima kasih kepada pokok atas kertas tandas. Minta maaf, kita tebang berbilion-bilion pokok setiap tahun hanya untuk buangnya ke dalam tandas, dan produk lain. Bukan semuanya dikitar semula. Sentiasanya pokok baru. Dan kita gunakannya tanpa penghargaan kepada pokok, tanpa rasa kesal terhadap pokok, tanpa berterima kasih kepada hutan, tidak.

Jadi segalanya yang kita buat di sini, segalanya yang kita ada di sini, ia seharusnya jadi peringatan tentang rasa terima kasih kepada seluruh alam semesta atas segala keselesaan, segala ciptaan yang berkati kita, bantu kita, berkorban untuk kita setiap hari. Apa-apa yang kita buat pun, kita tak dapat buat dengan secukupnya untuk membalas semua ini. Jadi berdoalah saja agar kamu beramal dengan secukupnya supaya dapat berkongsi pahala spiritualmu dengan ciptaan ini di sekelilingmu, bumi yang kamu pijak, udara yang kamu sedut, angkasa yang membuka tangan sepanjang hari untuk kamu, berikan warna cantik kepada kamu untuk melegakan matamu dan supaya rasa bahawa kamu menjadi besar, tak sesak nafas di sesuatu kawasan kecil tapi ada seluruh angkasa dan semua pokok yang berikan oksigen, berikan tempat teduh, berikan buah-buahan dan sayuran serta berikan nyawa mereka kepada kamu. Segala-galanya yang kita perlukan, yang kita ada atau yang kita gunakan mengingatkan kita tentang hubungan dengan semua makhluk dan Tuhan. Jadi kita bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada dewa-dewi dan Tuhan yang Maha Berkuasa atas segalanya yang kita ada.

Kita minta maaf kepada semua makhluk atas apa-apa kemusnahan yang telah kita buat atau sedang buat terhadap mereka secara tak sengaja atau kadangkala secara sengaja untuk keperluan, keselesaan kita. Banyak makhluk menderita, berkorban untuk kita. Jadi gunalah setiap peluang untuk ingat bahawa kita berhubungan dengan semua, kita terhutang budi kepada roh dalam semua makhluk dan kita berterima kasih kpd mereka semua. Tak lupa. Tak lupa semasa kamu makan, minum, pergi ke bilik mandi, gunakan sabun pun. Itu datang daripada pokok di sesuatu tempat, pokok zaitun, mungkin minyak kelapa. Malah lautan yang hasilkan rumpai laut yang digunakan untuk buat sabun, garam dari laut atau lombong, segalanya dihasilkan untuk keselesaan kita. Oleh itu, semasa kita gunakannya, kita harus sentiasa ingat akan Tuhan. Kita berterima kasih kepada semua makhluk dan bersyukur kepada Tuhan. Sekurang-kurangnya, kita bersyukur.

Walaupun kita berduit untuk beli, jika kita rasa wajar mendapatnya, walaupun benda-benda ini hanyalah barang kegunaan harian dan kita tidak berfikir tentangnya lagi, namun kita harus gunakannya untuk ingatkan kita supaya berhubungan. Okey? (Okey.) Itu beramal juga. Saya buat begitu juga. Itu tip yang saya berikan kepada kamu. Saya tak lupa. Semasa kita bernafas, kita mencederakan banyak makhluk tak nampak juga. Jadi setiap hari, jika kamu tak dapat berterima kasih sepanjang masa, pada waktu pagi, kamu berterima kasih atas hari baik yang akan datang dan atas perlindungan yang kamu nampak atau tak nampak. Pd waktu malam, kamu berterima kasih atas semua hari baik yang telah berlalu dan atas semua benda yang kamu ada yang menjadikan hidupmu syurga di Bumi. Walaupun kadangkala tak selesa di sini, namun segalanya tetap untuk kita, untuk berikan keselesaan kepada kita dan buat kehidupan kita sangat baik di sini.

Kita ialah kumpulan orang yang sangat bertuah. Ada wang tak semestinya petanda bertuah. Kita bertuah kerana ada benda yang mencukupi untuk terus hidup dan ada kuasa spiritual sebagai tempat bergantung. Pada waktu susah, pada waktu putus harapan, banyak orang tiada, tiada sedikit pun apa yang kita ada. Jadi kita perlu sentiasa ingat supaya bersyukur. Semasa kita bersyukur kepada Tuhan, kita juga berhubungan dengan Tuhan, bukan hanya semasa bermeditasi.

Kita juga perlu berterima kasih kepada dewa air, dewa hujan. Kita berterima kasih kpd semua dewa. Saya tak dapat berterima kasih kepada mereka semua tapi apabila ingat, jika saya gunakan air, saya berterima kasih kepada dewa air. Jika saya gunakan sayuran, saya berterima kasih kpd semua sayur yang berkorban untuk saya dan berterima kasih kpd pari-pari, dewa yang menjaganya supaya ia bertumbuh dengan baik, enak. Berterima kasih kepada pokok yang berikan buah-buahan kepada saya walaupun saya tak nampak pokok itu. Tapi melalui buah-buahan, saya berterima kasih kepada pokok yang berikan buah-buahan yang begitu cantik, enak kepada saya. Dan saya berkati pokok itu. Saya berkongsi mata pahala spiritual untuk evolusi mereka. Jika saya tak sengaja cederakan semut atau sesuatu, saya berkongsi mata pahala spiritual saya dengan mereka. Sebarang makhluk, saya berkongsi setiap hari. Itu bagaimana kita sentiasa berhubungan dengan semua ciptaan. Dan melalui semua ciptaan, kita berterima kasih kepada dewa-dewi dan Tuhan yang Maha Berkuasa kerana mencipta mereka untuk bantu kita. Itu meditasi juga. Sentiasa ingat akan Tuhan. Melalui ciptaan, kita ingat siapa cipta mereka, siapa berkati mereka dan siapa cipta pencipta. Kita berterima kasih kpd mereka semua.

Setiap hari saya berterima kasih kepada mereka. Saya tulis dalam diari saya setiap kali. Setiap hari, saya berterima kasih banyak kali sewaktu mencatat mata pahala spiritual saya atau apa kerja baik yang telah saya buat hari ini atau apa yang telah saya jumpai, sambungan spiritual baru atau sesuatu atau peringkat sambungan syurga yang lebih dalam, pada bila-bila masa saja. Setiap hari, saya berterima kasih. Saya tulis, “Jutaan terima kasih, kalian yang bantu aku.” Saya pun, sebagai seorang Guru di planet ini, saya tetap perlukan bantuan. Jadi saya berterima kasih kepada semua. Saya berterima kasih kepada seseorang yang memasak untuk saya. Saya berterima kasih kpd pokok padi. Saya berterima kasih kepada air. Saya berterima kasih kepada bumi. Saya berterima kasih kepada semua pelindung syurga dan malaikat yang melindungi saya setiap hari, sebanyak yang mereka boleh dan dewa-dewi yang muncul dalam hidup saya dalam bentuk fizikal atau bentuk tak nampak untuk bantu saya dengan banyak cara. Raja pun, dia perlukan bantuan. Faham maksud saya? Seorang raja memerintah seluruh negara tapi dia perlukan tentera untuk melindungi istananya. Dia perlukan tukang masak memasak untuknya. Dia perlukan seseorang yang sediakan pakaiannya. Setiap orang perlukan seseorang atau sesuatu. Jadi kita sentiasa kekalkan rasa terima kasih ini dalam hati kita. Sentiasa berterima kasih. Semasa kita berterima kasih, kita sentiasa ingat akan Tuhan kerana Tuhanlah yang mencipta mereka.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/4)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android