Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pengalaman Spiritual Memperkukuh Kepercayaan Kita, Bahagian 4 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sentiasa berdoa, bersyukur sebelum kamu makan. Bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Besar. Berterima kasih kepada semua Santo, Pendeta dan Dewata yang lindungi kamu. Berterima kasih kpd semuanya yg terlibat, makhluk nampak dan tak nampak yang bantu mengeluarkan makanan yang kamu makan, pakaian yang kamu pakai, kereta yang kamu pandu, kasut yang melindungi kakimu. Segalanya yang kita gunakan, kita berterima kasih kpd mereka semua.

Sekarang saya dah lebih tua dan sudah sangat sibuk, saya perlu meninggalkan banyak perkara: Kesukaan atau ketaksukaan peribadi, banyak perkara yang lain, apa yang saya suka buat, suka melukis, menulis lebih banyak sajak. Saya malah suruh mereka beli lebih banyak batu untuk saya, batu pebel bulat yang besar. Saya nak melukis padanya dan jualnya untuk memperoleh lebih banyak wang, perolehan fizikal. Tapi saya langsung tiada masa.

Seperti yang saya dah kata, kadangkala saya terlupa makan suplemen dan ubat pun. Apabila kita dah menjadi lebih tua, badan memerlukan lebih banyak sikit TLC (jagaan penuh kasih sayang). Tulang kita tak sama dengan sewaktu kita lebih muda, terutamanya wanita yang bekerja terlalu keras sebelumnya seperti pergi ke seluruh dunia. Kita wanita, tulang kita tak sekuat tulang lelaki, tak kira apa pun. Tulang lelaki sentiasa lebih kuat. Dua orang yang sama saiz pun, seorang ialah lelaki, seorang ialah wanita, biasanya jika mereka berlawan, lelaki, dah tentu, akan menang. Jika mereka tiada latihan kung fu atau apa-apa, lelaki akan sentiasa mengatasi wanita kerana mereka sentiasa lebih kuat. Mereka tak kehilangan darah atau tenaga setiap bulan seperti wanita. Dan tulang wanita tak sebaik tulang lelaki, dah tentu, terutamanya jika kita telah beranak dan sebagainya juga, kita tak begitu kuat. Jadi makanlah suplemen. Tapi kamu perlu tahu yang mana adalah baik. Jangan makan apa-apa saja. Kadangkala makan terlalu banyak tak membantu. Tapi jika ada yang baik, satu atau dua, dah bagus. Doktor merekomenkan beberapa suplemen kepada saya. Saya boleh beritahu kamu juga. Saya tiadanya di sini. Saya terlupa. Esok saya akan bawanya. Kemudian mungkin kamu boleh cuba itu. Suplemen, baik untuk tulangmu.

Jika dah sangat sakit, maka kamu perlu makan ubat lain dulu. Lepas itu, ini hanyalah penjagaan, hanya untuk jangka masa panjang. Tapi jika dah sakit hingga tak dapat berjalan dan sebagainya, maka kamu mesti minta doktor mempreskripsikan ubat lain kepada kamu dulu untuk menstabilkannya, kemudian kamu boleh makan apa yang saya makan, jika saya makan. Tapi ia memang membantu! Sebelumnya lutut saya sakit dan doktor... Tak tahulah, mungkin kamu jumpa doktor lain tapi saya jumpa seorang doktor di Taipei. Dia gunakan ubat dan suplemen semula jadi. Saudara di Britain ini menggunakan chlorella dan spirulina. Ya, saya pernah dengar tentangnya. Jadi kamu perlu lihat yang mana sesuai dengan kamu dan tiada kesan sampingan. Kamu cubanya dulu dan jika berkesan bagi kamu, pastikan ia tiada kesan sampingan. Jika ia ada kesan sampingan, maka kamu jangan makan lagi. Setiap orang adalah berbeza, karma yang berbeza. Tapi bagi saya, ubat ini memang mujarab. Tapi sebelum itu, dia berikan banyak ubat yang lain kepada saya, ubat semula jadi, dah tentu, untuk dimakan untuk seketika sehingga saya tak sakit lagi. Kemudian ini hanya untuk jangka masa panjang. Ini hanyalah tiga jenis suplemen. Satunya saya rasa vitamin B sesuatu. Kemudian yang satu lagi ialah... Mereka panggilnya Flexanol, bermakna untuk kefleksibelan tulang atau otot kita. Satu lagi, sejenis suplemen yang dipanggil NMN, sesuatu ubat semula jadi, hanya suplemen. Kita makannya tapi tetap perlu makan hidangan berkhasiat setiap hari.

Badan adalah seperti kereta. Kita perlu berikan petrol yang betul kepadanya, maka ia bergerak dengan lebih baik. Ia membantu, kerana kita tidak muda lagi. Ketika saya masih muda, saya tak terkalahkan. Saya buat banyak perkara. Saya minum segala jenis air, tiada apa-apa yang pengaruhi saya. Tiada nyamuk yang mendekati saya pun. Hari ini, mereka rasa saya ialah mayat atau sesuatu. Mereka sentiasa mendekati saya, cium, cium. Tapi saya letak banyak lampu kuning di taman kerana anjing saya pergi ke sana, jadi saya tak mahu mereka digigit. Kemudian ia membantu saya juga. Kurang serangga, kurang nyamuk yang gigit saya. Lampu kuning sangat banyak membantu juga. Jika kamu rasa hantu datang ke rumahmu, letaklah banyak lampu kuning di sekelilingnya. Ya, benar. Kerana ia melambangkan matahari. Bagi mereka, ia seperti matahari, warna yang sama. Kamu tahu tak lampu kuning yang mereka gunakan untuk antinyamuk? Letak beberapanya di sekeliling, di depan, di belakang rumahmu, dan kedua-dua belah, bergantung kepada berapa banyak hantu yang kamu ada, seperti saudaramu di sana. Mungkin lain kali kamu buat perjalanan, kamu tak perlu membawa foto saya. Hanya bawa lampu kuning, pasang palamnya. Ada lampu kuning yang dipasang dengan palam tapi kamu tak dapat tidur dengan cahaya itu. Letaklah di luar. Makhluk halus, hantu yang lemah takut akan itu juga. Memang macam itu. Jadi kamu boleh cuba. Jadi kamu tahu mengapa biksu memakai jubah kuning. Menjauhkan hantu. Menjauhkan kuasa negatif.

Raja dan permaisuri pada zaman dahulu di China tahu sangat tentang kesan warna, jadi mereka pakai jubah kuning. ‘Kuning’ juga nama yang sama dengan ‘raja’. ‘Huang Di (raja)’, ‘Huang’ ialah ‘kuning’. ‘Huang Di’ bermaksud ‘raja’. Jadi mereka juga memakai itu untuk melambangkan kuasa raja, kedudukan raja. Tapi ada seorang maharani balu yang tak suka warna kuning. Dia sentiasa bubuh banyak sulaman padanya untuk menyembunyikan warna ini. Kuning agak baik. Hari ini saya berpakaian kuning, mungkin ia membantu sesuatu, menjauhkan hantumu dari saya. Begitu banyak hantu, makhluk neraka dan entah apa lagi. Ular dan...

Ular dan musang dalam cerita pari-pari China, Jepun dan Âu Lạc (Vietnam) banyak menggambarkan mereka. Ia menggambarkan mereka sebagai pengamal spiritual yang panjang hayat. Sesetengah drpd mereka tak begitu baik. Mereka beramal tetapi tak gunakannya untuk tujuan baik. Sesetengahnya sangat baik. Mereka boleh bantu kita juga, bantu pengamal biasa, peringkat yang tak terlalu tinggi. Sebenarnya kita kata ular dan musang tidak baik, berperingkat rendah tetapi sesetengah daripada mereka sangat mulia, bermoral. Lebih baik daripada banyak manusia yang berperingkat rendah. Jika manusia berperingkat rendah, mereka lebih buruk drpd makhluk ini. Mereka boleh mencederakan kita, boleh memudaratkan kita. Mereka tak perlu sengaja memudaratkan kita. Mereka membuat kacau secara tak sengaja. Itu paling teruk. Apa-apa yang mereka buat menyusahkan atau memudaratkan kita, kerana mereka adalah macam itu. Mereka adalah dari neraka.

Saya dah beritahu kamu sebelumnya bahawa ada beberapa jenis orang di sekeliling kita: kawan, musuh dan neutral. Musuh, mereka buat sesuatu yang memudaratkan kita, tanpa mahukannya pun. Saya ada banyak dalam kumpulan kita, seperti yang saya dah kata, tanpa melakukannya secara sengaja pun. Tak beramal dengan begitu baik, itu sebabnya. Tak beramal dengan baik. Hanya datang untuk tujuan itu. Tapi mereka tak kelihatan macam itu, jadi tiada orang faham. Jika saya mengadu, mereka tak faham. Mereka rasa Guru tidak baik. Guru tidak toleran dan sebagainya, nama buruk bagi saya juga. Tapi seperti yang saya dah kata, saya memaafkan semua orang, tapi ini tak bermakna saya perlu sentiasa bersama mereka lagi. Seperti yang saya dah kata, kita boleh memaafkan ular yang gigit kita tapi jangan pergi cari dan membelainya, “Aku memaafkan kau. Marilah tinggal bersama aku. Tidur bersama aku di atas katil untuk menunjukkan toleransi dan amalan peringkat tinggi aku. Tak perlu buat begitu. Saya cuba meminimumkan mudaratnya supaya saya boleh bersama kamu dan dunia dengan lebih lama agar saya boleh buat sesuatu sikit di sana sini untuk membantu. Apa-apa saja yang saya boleh. Kamu dapat lihat saya memang bantu. Saya tak bercakap saja. Kamu tahu, kan? Kamu percaya, kan? (Ya.)

Dah tentu, saya tak dapat bantu semua orang. Tapi sesiapa yang saya boleh, sesiapa yang saya tahu, tetap lebih baik drpd tidak sama sekali. Jika semua orang seperti saya, membantu sikit di sini dan sedikit di sana, maka kita semua bersama. Kita dapat bantu orang, maka seluruh dunia akan menjadi sebuah tempat yg lebih baik utk didiami. Banyak orang akan hidup lebih baik, lebih selesa, rasa lebih dikasihi, lebih mampu untuk terus mara ke depan di jalan manusia sehingga bermakrifat atau sehingga tiba masa mereka, kemudian boleh pergi ke Syurga, atau mereka boleh menjadi sedar dan berbakti.

Kadangkala perlu ada bencana untuk menyedarkan orang. Macam itulah. Tapi jangan tunggu sampai waktu itu. Kamu ialah kononnya anak murid saya. Kamu tahu apa betul, apa salah. Jangan tunggu sampai waktu itu. Makan dengan berhati-hati. Periksa bahan-bahannya dengan teliti kerana hari ini kadangkala mereka menyembunyikan bahan-bahannya. Kamu termakan sesuatu yang salah dan boleh jatuh sakit. Sentiasa berdoa, bersyukur sebelum kamu makan. Bersyukur kpd Tuhan Yang Maha Besar. Berterima kasih kepada semua Santo, Pendeta dan Dewata yang lindungi kamu. Berterima kasih kpd semuanya yg terlibat, makhluk nampak dan tak nampak yang bantu mengeluarkan makanan yang kamu makan, pakaian yang kamu pakai, kereta yang kamu pandu, kasut yang melindungi kakimu. Segalanya yang kita gunakan, kita berterima kasih kpd mereka semua. Mereka semua yang terlibat secara nampak dan tak nampak. Kerana bukan sahaja manusia yang menghasilkan makananmu malah lebah, cacing dan semut. Mereka bekerja dengan rajin sekali untuk apa yang kita nikmati. Kita perlu berterima kasih kpd mereka dan berkati mereka. Makhluk tak nampak membantu juga. Ada pari-pari kebun. Ada jin pokok. Ada roh Bumi, haba dan berkat Matahari. Setiap kali jika saya melihat ke luar tingkap, sekarang ini jarang, memang, saya tak begitu banyak lihat Matahari terutamanya sejak mereka buat rumah bergerak yang baru untuk saya, saya tak banyak lihat Matahari. Pada bila-bila saya buka tingkap, saya lihat Matahari dihalang oleh pokok dan berjauhan, tapi saya sentiasa ucapkan terima kasih. Saya lihat bulan, saya ucapkan terima kasih, berapa jarang pun.

Dulu ketika saya tinggal di Sepanyol, saya lihatnya dengan lebih kerap kerana saya lebih banyak tinggal di ruang terbuka dan Matahari sentiasa dapat dilihat, bulan juga. Sekarang saya tiada tapi saya tetap dapat lihatnya kadangkala. Apabila saya ingat, saya sentiasa ucap terima kasih kpd mereka. Semua bintang, dewa-dewi angin, dewa-dewi hujan, dewa-dewi air, dewa-dewi tumbuhan, dewa-dewi pokok, mereka semua menyumbangkan sesuatu yang kondusif kepada kesejahteraan fizikal dan mental kita, kegembiraan dan segala-galanya. Apa-apa yang boleh, mereka menyumbangkan. Jadi jika kita buat sedikit kerja untuk dunia ini atau bantu orang lain, jangan rasa macam itu suatu kewajipan. Rasa itu suatu tanda terima kasih. Kita saling terhutang. Jika bukan dalam hayat ini, banyak hayat yang lain.

Baiklah, sayang. Adakah kamu makan dgn baik di dapur hari ini? (Ya.) Ya, ya, memang. (Terima kasih, Guru.) Enak? Bagus. Saya akan suruh mereka sediakan hidangan untuk kamu sekali lagi esok. Kamu pergilah ke dapur untuk makan. (Terima kasih, Guru.) Untuk kamu, orang Barat. Tapi ucapkan terima kasih dulu, seperti yang saya dah kata. Kepada Tuhan, Dewata dan semua makhluk yang terlibat dlm hidanganmu, buat hidangan enakmu, malah kakitangan dapur, dah tentu. Baiklah. Saya masih perlu bekerja. Saya akan jumpa dengan kamu lagi esok. Minta maaf kerana kita masih perlu membantu dunia ini. Kita sudah menyelamatkan sebilangannya. Kamu ada saya, kamu ada Kaedah Quan Yin. Dunia di luar tiada apa-apa pun, jadi saya masih perlu menjaga mereka. Jadi kerja saya tak boleh dihentikan, tak boleh diabaikan. Itu saja. Jika tidak, saya tak kisah duduk di sini bersama kamu. Kasihi kamu semua. Saya kasihi kamu. (Kami kasihi Guru.) Terima kasih kerana datang ke sini, habiskan masa bersama saya. Terima kasih atas kasih sayangmu yang menyokong. Saya benar-benar rasainya dan hargainya. Tuhan rahmati kamu dan orang tersayangmu. Tuhan rahmati dunia kita. Menjadi lebih baik. Saya gembira juga. Kamu lihat dunia menjadi lebih baik. Sejak mesin kawal itu Sejak mesin kawal itu telah dimusnahkan, dan lepas maya dah hilang, lepas entiti negatif dah hilang, lepas kuasa karma dah hilang, rasa jauh lebih baik, kan? Kamu lihat lebih aman di merata tempat, lebih banyak orang vegan, lebih banyak... Kelihatan lebih senang. Kelihatan lebih senang drpd sebelumnya. Sebelumnya jika kita bercakap tentang vegan, mereka ingat kita katakan sesuatu dalam bahasa Yunani.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android