Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perhatian Penuh dan Dedikasi Amalan Bakti, Bahagian 2 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sebenarnya Kaedah Quan Yin juga termasuk Yoga Bakti kerana kita membaktikan diri untuk bertumpu pada Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman) yang lebih senang daripada tak bertumpu pada apa-apa pun atau hanya membayangkan Tuhan yang kita tak pernah lihat atau membayangkan kita ialah Cahaya (Syurga dalaman) dan bersifat Tuhan tetapi tak nampak apa-apa pun.

Sebenarnya Kaedah Quan Yin juga termasuk Yoga Bakti kerana kita membaktikan diri untuk bertumpu pada Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman) yang lebih senang daripada tak bertumpu pada apa-apa pun atau hanya membayangkan Tuhan yang kita tak pernah lihat atau membayangkan kita ialah Cahaya (Syurga dalaman) dan bersifat Tuhan tetapi tak nampak apa-apa pun. Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) belum lagi yang tertinggi tetapi itu sesuatu untuk kamu bertumpu supaya kamu boleh masuki samadhi dengan senang. Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) juga bantu kamu bertumpu dengan lebih senang. Dah tentu, bukan kamu semua. Itu saya tahu. Kerana apabila kamu dah besar, kamu terlalu asyik melakukan begitu banyak perkara di dunia fana ini. Sangat sukar bagi kamu masuk ke dalam. Tapi sekurang-kurangnya kamu tahu sekali-sekala, “Ada Cahaya (Syurga dalaman). Okey. Lebih banyak bertumpu, untuk lebih banyak Cahaya.” Hilang. Apabila kamu terlalu ghairah untuk menangkap Cahaya lagi, ia hilang.

Nasib baik, Bunyi (Syurga dalaman) sentiasa wujud 24 jam setiap hari. Itu batu kamu untuk bersandar. Ia takkan tinggalkan kamu. Sewaktu kamu tak sedarkan diri pun, Bunyi masih wujud untuk bantu kamu, bantu rohmu, bantu kesedaran kamu, bantu kamu dengan segala cara, kecuali dah tiba masanya kamu pergi. Semasa kemalangan pun, ia bantu kamu meringankan impak kemalangan. Dan bantu kamu dengan banyak cara setiap hari walaupun kamu tak tahu. Kamu tak mengetahuinya. Jika tidak, kamu akan berlutut sepanjang hari, 24 jam, “Terima kasih, terima kasih, terima kasih, terima kasih atas Engkau lakukan itu untuk saya, lakukan ini untuk saya.” Kuasa Guru, Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) sentiasa bantu kamu. Kita memang sangat tak berterima kasih kerana kita tidak terlalu banyak menyedarinya. Sesetengah orang sedarinya, sesetengah orang tidak. Dan kadangkala kita menyedarinya, kadangkala kita tidak. Tapi ia sentiasa wujud untuk kita. Itu Diri Sebenar kita. Itu Diri Guru kita.

Dah tentu, kamu membantu diri sendiri, kan? Siapa takkan cuba membantu dirinya? Jika kamu lapar, dah tentu, kamu akan cuba cari makanan untuk dirimu. Jika kamu dahaga, kamu akan cuba cari sesuatu untuk sendiri minum. Kerana kamu beri makan diri sendiri, kamu bantu diri sendiri. Sama juga. Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman) adalah macam itu. Itu Diri kamu, Diri Sebenar kamu. Bayangkan otak kecil kita. Ia bukan komputer dan kita hanya boleh gunakan lima hingga maksimum lapan peratus, orang biasa, tapi kita tetap tahu bagaimana menjaga diri sendiri. Kita tahu, “Ini badan saya. Saya menjaganya. Saya pakai pakaian yang elok. Saya memastikannya panas. Saya sediakan makanan untuknya Saya sentiasa minum, buatnya kelihatan sihat dan ceria.” Hanya otak kecil pun boleh menjaga macam itu. Bayangkan Diri Suci Sebenar, mana boleh ia tak menjaga kamu? Kerana itu Diri kamu. Diri menjaga Diri.

Jadi sebenarnya Kaedah Quan Yin juga sejenis Yoga Bhakti, termasuk di dalam. Sebarang perhatian penuh juga akan membawa hasil kesejahteraan dari segi rohani, mental dan fizikal juga. Seperti semasa kamu sakit kepala kadangkala, kamu hanya segera pergi lakukan Quan Yin (meditasi pada Bunyi Syurga dalaman), ia hilang dengan serta-merta. Bukankah begitu? (Ya.) Ya. Maklumlah. Tiada cara lain dapat sembuhkan kamu dengan begitu cepat. Kita bukan mengamalkan Kaedah Quan Yin untuk sakit kepala tapi saya hanya kata itu Diri yang menjaga Diri. Yang selebihnya, kadangkala kita tak dapat disebabkan oleh karma. Jika tidak, kamu dah dapat menyembuhkan diri. Kadangkala jika kamu sakit di sesuatu bahagian dan letak tangan bersama di sana dan memanggil kuasa sembuhmu, atau jika kamu tak percaya kamu ada, memanggil dewa-dewi penyembuh, kamu akan sembuh. Tapi bukan semua penyakit dapat disembuhkan macam itu. Kamu perlukan doktor, perlukan pakar menjalankan proses rawatan jika masalah itu serius dan fizikal, dan kadangkala astral.

Biasanya saya menyembuhkan diri tetapi tak sentiasanya kerana kadangkala karma terlalu banyak, terlalu berat, maka saya perlu makan pil, perlu pergi jumpa doktor atau menjalani segala jenis pemeriksaan seperti yang kamu jalani: ujian darah, cubit di sini, cubit di sana, sinar-X. Kadangkala mereka tak jumpai apa pun dan doktor ingat saya bermain. Buat apa? Siapa suka pergi ke hospital untuk bermain dengan doktor? Adakah itu menyeronokkan? Kamu suka? Tidak! Hospital penuh dengan kuman. Kita pergi ke sana, kadangkala kita pergi ke sana dengan sihat, kita keluar jatuh sakit. Walaupun mereka bersihkan setiap hari, namun orang masuk keluar setiap hari dan pesakit belum sembuh di sana. Jadi tak dapat bersih sepenuhnya. Kadangkala doktor jatuh sakit disebabkan itu. Kerana badan kita juga menyerap penyakit, bukan hanya bernafas, liang roma, seluruh badan kita menyerap apa-apa saja. Jadi kadangkala kamu mendapati kamu kerap pergi ke tandas untuk buang air kecil dan kamu tertanya-tanya mana boleh ada begitu banyak air kerana kamu tak minum begitu banyak. Kerana udara lembap dan kamu menyerap air melalui liang roma, melalui bulu, melalui nafas, apa-apa saja. Di manakah benda saya? Ini dia. Ini bukan semuanya. Saya ada banyak perkara lain, untuk perkara duniawi, perkara saya dan segala jenis perkara. Saya bercakap dengan banyak. Tadi saya nak baca kisah kepada kamu tapi saya rasa saya baca kisah saya.

Jika kamu ada haiwan kesayangan, anjing, kamu sangat sayangi mereka dan berikan banyak perhatian kepada mereka, sepenuhnya, maka kamu akan rasa sejahtera juga. Sebab itulah banyak orang, apabila ada haiwan kesayangan, mereka kurang berpenyakit, kurang murung dan banyak lagi. Haiwan kesayangan yang kamu sayangi juga secara diam-diam memancarkan gelombang kesejahteraan, sesuatu jenis berkat, sesuatu jenis kegembiraan dari diri mereka. Jadi kadangkala kamu lihat anjingmu tak buat apa-apa pun, hanya berbaring di sana, tidur, tapi kamu rasai banyak kasih sayang daripadanya, kemudian kamu juga nak menyayanginya. Kasih sayang juga menyembuhkan kamu, kerana pada masa itu, kamu hanya nampak anjingmu. Kamu tak nampak apa-apa yang lain, tak tahu apa-apa yang lain, tak ingat apa-apa yang lain. Itu Yoga Bhakti juga. Syurga mencipta haiwan untuk kita sayangi mereka dan untuk mereka sayangi kita supaya kita boleh sekurang-kurangnya untuk seketika masa jauhi segala kesusahan, memisahkan diri dari dunia. Maka kita takkan terpengaruh oleh apa-apa saja yang berlaku di luar rumah atau persekitaran kita, bersama haiwan kesayangan kita, bersama suami, isteri, anak atau kawan kita, orang yang kita sayangi, suka dan bergaul dengan baik. Apabila kita saling menyayangi, ia membantu.

Tapi masalahnya, ia tak berkekalan. Berapa banyak kamu sayangi suami atau isteri kamu pun, dia perlu pergi bekerja, melawat ibu atau hadiri majlis hari jadi, hari itu pergi ke rumah kawan, keluarga, sepupunya, buat kerjanya dan apa-apa saja, atau keluar. Atau semasa tidur, kita tak ingat pasangan kita, anak, ibu bapa, haiwan kesayangan kita pun. Hanya Quan Yin sentiasa wujud untuk kita – Bunyi (Syurga) dalaman sentiasa wujud untuk kita. Sebab itulah kita rasa selesa sepanjang masa. Dah tentu, maksud saya bukan sepanjang masa kerana kita perlu melangsaikan karma. Jika tidak, sepanjang masa kita dijaga, diberkati dan dikasihi, tak berhenti, disebabkan oleh Quan Yin, Bunyi (Syurga dalaman) dan Cahaya (Syurga dalaman). Meskipun kita tak nampak, ia wujud kerana itu kita. Ia tak boleh pergi ke tempat lain kecuali di dalam dan di luar kita. Kita berenang di dalamnya. Kita makan, tidur bersamanya, berfikir bersamanya atau tak berfikir bersamanya, tapi kita tak sentiasa menyedarinya. Tapi Bunyi (Syurga dalaman), pada bila-bila kamu ingat, “Ah, ia wujud!” Sekurang-kurangnya. Bunyi (Syurga dalaman) ialah bentuk semua ciptaan yang paling asal. Itu kita. Jadi jika kita berhubung dengannya, bersambung dengannya, dah tentu kita rasa sejahtera. Tak perlukan penjelasan, tak perlu tahu mengapa. Kerana semasa kita ada perhatian penuh kepada sesuatu, subjek, Tuhan, Santo atau anjing, kita benar-benar terpisah dari dunia ini, tidak menyedari semua masalahnya. Oleh itu, kamu rasa bebas dan tenang. Begitulah Yoga Bhakti.

Tetapi pengamal Yoga Bhakti mengamalkan lebih banyak. Semasa kita sayangi anjing, itu hanya pada masa itu saja. Tetapi pengamal Yoga Bhakti kasihi Tuhan atau sesiapa saja, Guru mereka atau sesiapa saja yang mereka puja, 24 jam setiap hari jika boleh. Itu bagaimana mereka boleh mendapat hasil yang lebih ketara dan lebih dalam. Jika kita terus ada tumpuan sebegini, kita akan mendapat pembebasan kerana itu salah satu kaedah amalan, salah satu daripada 84,000. Jadi meskipun kamu berikan perhatian kepada anjingmu, saya dah kata, kucing, haiwan kesayanganmu, mana-mana haiwan, nikmati kasih mereka, kamu akan tidak menyedari karma fizikal dunia ini juga pada masa itu. Tiada apa-apa yang mempengaruhi kamu pada masa itu. Sebab itulah orang yang ada haiwan kesayangan menjadi sejahtera. Mereka lebih sejahtera. Mereka lebih ceria. Disebabkah itu, mereka akan menjadi lebih berjaya juga.

Dulu ada seorang jutawan di Amerika. Dia menjadi begitu terdesak kerana kehilangan segalanya atau apa-apa saja yang berlaku kepadanya. Dia menjadi tak berumah. Kemudian seekor anjing datang kepadanya entah dari mana. Anjing ini sayanginya, beri kasih sayang kepadanya setiap hari, tak buat apa-apa pun, hanya kasih sayang. Kemudian tiba-tiba orang ini menjadi kuat semula dan menjadi jutawan kerana bekerja. Tiba-tiba dia tahu caranya atau menjadi lebih ceria dan lebih berazam untuk memulihkan hidupnya. Dia menjadi jutawan selepas itu. Kemudian dia bina rumah untuk anjing. Setiap bilik anjing mesti ada tingkap, mesti ada kaca supaya anjing dapat melihat ke luar. Dia buka rumah anjing, pusat anjing, tetapi rumah agam, supaya semua anjing ada segala keselesaan seperti manusia. Bilik semua anjing mesti ada pintu kaca supaya anjing dapat melihat ke luar semasa mereka berada di dalam. Begitu banyak rasa terima kasihnya kepada anjing sehingga dia mengangkat sangat banyak anjing dan menjaga mereka, belanjakan wangnya pada semua anjing. Kerana anjinglah yang berinya keranian, ilham untuk hidup semula, berjuang semula untuk hidup, kebahagiaan dan kejayaannya. Ini kisah sebenar.

Sebab itulah diketahui ramai bahawa orang yang ada haiwan kesayangan lebih sihat dan lebih gembira. Tuhan hantar kepada kita begitu banyak pembantu ini, mereka menawan dan tak bersyarat, tak kira apa yang kita berikan kpd mereka, baik atau buruk, mereka bersama kita dan berikan segala kasih sayang kepada kita. Kamu tahu tak? Malah anjing yang kita bantu lama dahulu, banyak tahun dahulu. Ia meninggal dunia dan kembali. Mungkin ia tak dapat cari kita. Mungkin kita tak dapat bertemu semula dengannya dan mereka bersama penjaga lain, misalnya, tapi mereka tetap bantu kita. Bagi saya, saya tahu. Bantu kita dengan banyak, bukan sedikit saja, bantu kita hindari masalah besar. Kamu tahu masalah saya adalah besar, bukan hanya masalah biasa tetapi anjing tetap dapat bantu dari jauh. Ia tak nampak saya dan kami tak berhubung secara fizikal. Anjing itu masih bantu saya sekarang. Saya tak tahu sama ada saya harus beritahu kamu segalanya. Biar saya fikir. Kerana kadangkala jika saya beritahu kamu sesuatu, maka ia takkan berkesan lagi. Kerana orang yang bersangkutan atau orang yang cuba mencederakan saya akan mengetahuinya. Jika terlalu terperinci, maka dia akan mengetahuinya.

Sebenarnya ia bukan anjing biasa juga. Tapi semua anjing adalah tidak biasa. Semua haiwan kesayangan tidak biasa. Semua haiwan adalah tidak biasa. Tapi anjing ini adalah istimewa juga, dihantar seperti ejen rahsia untuk bantu saya kerana kadangkala saya terlalu sibuk, tak dapat bantu sendiri. Menyusahkan juga dalam sesetengah kes. Kerana, contohnya, seseorang cuba mencederakan saya dan jika saya memulangkan kuasa itu sebagaimana yang saya telah mengancam, orang itu akan alami kesusahan besar. Jadi anjing itu dapat mengurangkannya. Masalah tak diselesaikan dengan serta-merta jika saya hantarnya balik. Saya hantarnya balik dlm sesetengah kes supaya mereka mendapat pengajaran. Mereka alami kesan perbuatan sendiri dan tak ganggu kita lagi. Kerana saya tak memudaratkan bagi mereka, bukanlah saya berhutang sesuatu kepada mereka dalam hayat silam atau saya buat sesuatu yang salah terhadap mereka dalam hayat ini. Saya periksa, tidak. Itu hanya sifat buruk, rasa cemburu atau ketamakan kadangkala. Kadangkala mereka ingat saya boleh berikan banyak wang kepada mereka tetapi saya tidak. Saya tak berikan wang kepada semua orang. Saya berikan kepada sesiapa yg saya rasa benar-benar memerlukannya. Saya tak berikan kepada kamu pun jika kamu tak benar-benar memerlukannya. Wang tak bererti bagi saya, cuma saya berikan di mana perlu saja. Tuhan amanahkan wang kepada saya bukan hanya untuk saya bazirkan, hanya untuk kelihatan elok, rasa seronok dan orang akan melekat di sisi dan tepuk tangan sepanjang hari. Bukan macam itu. Segalanya yang Tuhan berikan kpd saya, saya mesti jaga dengan penuh hormat dan penghargaan, dan gunakannya dengan cara yang baik. Sama seperti ibu bapamu berikan wang kepada kamu, kamu tidak pergi balingnya ke sana sini, kan? Kamu simpannya. Kamu masukkannya ke dalam bank. Kamu berniaga. Kamu buatnya menjadi lebih baik. Kamu mendapat lebih banyak untuk bantu diri sendiri dan orang lain. Benar.

Tuhan hantar begitu banyak haiwan untuk bantu kita, mengingatkan kita tentang Sifat Penyayang, kerana Tuhan ialah kasih sayang. Jika kasih sayang kita dibangkitkan, tidak sepenuhnya pun, tetap membolehkan kita mendapat tempat yang baik di Syurga. Kemudian sejak itu, Guru-guru silam yang tinggal di Syurga, atau Guru sekarang yang menaik dan menurun dari Syurga-syurga yang berlainan akan bantu kita menaik ke atas supaya kita tak kembali untuk lahir semula dalam bentuk-bentuk berlainan yg menyeksakan. Sesetengah haiwan menjadi haiwan disebabkan oleh karma. Itu dah pasti. Tetapi kebanyakan haiwan turun ke sini secara rela untuk bantu kita seperti anjing saya, contohnya. Mereka tak perlu. Tapi mereka ialah pelindung yang baik. Tiada apa-apa yang harus saya tahu yang mereka tak beritahu saya. Mereka sentiasa beritahu saya kejadian lebih awal untuk melindungi saya. Semasa saya berkata bahawa pada tempoh Bumi kita ini, Guru takkan dibunuh, ini tak bermakna tidak dalam bahaya. Ini tak bermakna Guru sentiasa selamat. Kita tak perlu mati untuk memanggilnya situasi berbahaya. Kita mati juga suatu hari nanti. Cuma sementara kita masih hidup, ada banyak halangan, banyak perangkap, banyak karma, pemberian dan pengambilan untuk diuruskan. Jadi mati adalah senang. Mati adalah mudah, bebas. Tapi kita perlu hidup untuk menderita. Itu lebih teruk, kerana bagi Guru atau banyak pengamal, mati tiada apa-apa yang menakutkan. Kita tahu kita akan balik ke Rumah. Tapi tak mati ialah masalahnya. Mati tak apa. Tak mati ialah masalahnya.

Jadi haiwan-haiwan ini ialah kawan karib kita. Kita dapat lihat banyak orang yang memelihara anjing atau kucing atau mengangkat mereka dari luar di jalanan atau dari pusat angkat tiba-tiba menjadi lebih sihat atau lebih kaya, perniagaan berkembang maju atau orang lebih menyayangi mereka atau tiba-tiba segalanya menjadi lebih baik, disebabkan oleh kuasa mereka – kuasa tanpa syarat dan perhatian penuh haiwan kesayangan. Anjing tak peduli siapa di mana, mereka hanya bertumpu pada kita kerana mereka sayangi kita. Itu saja yang mereka tahu. Dewa-dewi turun ke sini pun, mereka tak peduli. Menyalak untuk halau mereka. “Pergi dari sini! Ow, ow, ow, keluar dari sini!” Ya, kadangkala anjing saya nampak pelindung di sekitar dan mereka menyalak. Saya tanya, “Siapa itu?” Saya kata, “Ini ialah kawan. Kenapa engkau menyalak?” Mereka kata, “Tak apa, kami menyalak saja, kalau-kalau.” Mencegah lebih baik daripada mengubat. Anjing lain datang dekat pun, mereka menyalak atau cuba mencegah mereka mendekati saya. Kalau-kalau mereka ialah anjing buruk.

Mereka juga bantu kita mengubah cara hidup kita. Oleh sebab sesetengah orang sayangi haiwan kesayangan mereka, sayangi anjing, kucing, burung angkat mereka, apa-apa saja, kemudian tiba-tiba mereka sedar bahawa anjing, khinzir, lembu dan itik lain ialah haiwan juga, sama seperti anjing mereka. Kemudian mereka beralih ke diet vegan, vegetarian. Jadi anjing bantu dengan cara tak nampak juga. Mereka bantu kita kembali ke Diri penyayang kita, kemudian dengan perlahan-lahan kita lebih bertuah untuk menemui Guru atau kaedah yang baik untuk beramal. Kemudian kita mendapat pembebasan. Kemudian siaplah kerja anjing. Sesetengah anjing memang kembali, lahir semula untuk cari kita semula atas sesuatu sebab apabila mungkin mereka lihat kita memerlukan bantuan. Tapi mereka bukanlah anjing. Mereka datang dalam bentuk anjing saja. Mereka berkorban untuk turun ke dunia rendah ini dalam badan yang begitu menyusahkan.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/6)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1378 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android