Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Saya akan berdoa kepada Bapa yang akan berikan seorang lagi Penenang kepada kamu, iaitu Ibu Kebijaksanaan untuk tinggal bersama kamu selama-lamanya kerana Dia ialah Roh Kudus Kebenaran. Ibu pun, saya hantar kepada kamu. Dunia jahat tidak dapat menerima-Nya kerana mereka tidak nampak, tidak mengenal Dia juga.” ~ Nabi Isa (vegetarian), Gospel Kemanusiaan Nabi Isa Essenisme
Seperti yang telah kita dapati dalam episod sebelumnya, 2024 terbukti ialah tahun yang bergolak, penuh dengan bencana besar yang dinyatakan dalam Bible. Ia sudah terjadi seperti yang banyak peramal beri amaran akan berlaku pada Akhir Zaman. Kita akan terus meninjau semula ramalan-ramalan daripada agama Kristian ini.Bible biar kita tahu akan ramalan yang menarik ini. Bible nyatakan bahawa akan ada kejadian berpaling daripada kebenaran yang besar pada akhir zaman. Kejadian berpaling yang besar ini dipanggil perihal meninggalkan agama yang besar dalam 2 Thessalonians 2:3. Dalam KJV (Versi Raja James), ia dipanggil “terkeluar”, dan dalam ESV (Versi Standard Bahasa Inggeris), ia dipanggil “pemberontakan”. Perihal meninggalkan agama bermakna orang memberontak dan meninggalkan kebenaran. Pada akhir zaman, akan ada penolakan sepenuh terhadap apa yang didedahkan Tuhan, membuat dunia yang sudah tersesat lagi banyak menyimpang.Banyak orang telah meramalkan kemerosotan akhlak dan iman pada Akhir Zaman ini. Peramal Perancis, Marie-Julie Jahenny nampaknya telah gambarkan perbuatan memuja syaitan yang ditunjukkan secara terbuka dalam upacara Sukan Olimpik 2024. Beliau menyampaikan ini dalam mesej yg diterimanya drpd Wanita Suci Kita.(Wanita Suci Kita): “Sebelum hukuman Anak Menawanku menimpa tanah Perancis, akan ada banyak orang yang kehilangan Iman. Tanah ini akan dilitupi oleh banyak orang berdosa yg dari bahagian dasar cabang tempatan akan berusaha untuk memuliakan Iblis, menaikkan dia ke rumah ibadat di kebanyakan bahagian Perancis.” 22 Ogos 1882Dalam visi dalaman, seorang ahli persatuan kami nampak akibat teruk daripada mengkufuri Tuhan secara terbuka yang berlaku di Paris.Saya berbaring dengan mata tertutup dan dari mata kebijaksanaan, saya nampak dewa kematian yg sangat tinggi, memegang sabit maut dalam tangannya dan memakai mantel putih pucat, berjalan perlahan-lahan... Dia mengheret sabit di atas tanah di belakangnya. Sabit itu bergeser dengan tanah, mengeluarkan bunyi yang menyakitkan telinga...Melihat ke belakangnya, sebenarnya terdapat perarakan kereta kuda kuno yang panjang. Semua kuda dan pedati itu berwarna hitam yang menyeramkan. Pemandunya ialah penunggang kuda masa silam yang sangat kurus. Mereka kelihatan tiada ekspresi dan tiada tenaga hidup. Mata mereka kelihatan macam pancarkan cahaya pendarfosfor hijau. Badan mereka kelihatan tidak berapa material. Konvoi hantu yang panjang ini berarak secara perlahan-lahan, mengikut pimpinan dewa kematian. Tanglung kuno yang memancarkan cahaya hijau tergantung di depan kereta kuda, bergoyang mengikut pergerakan pedati...Melihat dengan lebih teliti, sesetengah kereta kuda membawa banyak tengkorak manusia, menuju ke sebuah jambatan di Paris, Perancis. Saya mendapat mesej dalaman yg nyatakan, “Paris akan jadi tempat pertama yang merebakkan wabak dan dewa kematian akan gunakan sabitnya untuk menuai orang yang tidak percaya kepada Tuhan.” Konvoi itu tiba di Paris. Dewa kematian mengayunkan sabitnya di atas jambatan Paris dan menetak pejalan kaki di jambatan itu. Namun begitu, pejalan kaki itu langsung tidak menyedarinya. Nampaknya roh mereka sudah pergi ke neraka. Badan yang tertinggal di dunia hanyalah jasad yang telah rosak, boneka, orang mati yang berjalan.Dewa kematian muncul di depan Katedral Notre Dame dalam sekelip mata. Saya terdengar dewa kematian bertempik dengan kuat, mengangkat sabit besarnya dan menetak Notre Dame de Paris! Kemudian Notre Dame de Paris pecah berkecai dan runtuh dengan bunyi ‘boom’!Lonceng maut berbunyi di angkasa kerana Paris hampir diduduki syaitan sepenuhnya. Semasa upacara pembukaan dan penutupan besar Sukan Olimpik Paris 2024, mereka secara terbuka menyambut kematian, memuja syaitan dan lembu jantan keemasan, mempersendakan Tuhan, serta mencemarkan dunia dengan pemandangan dan bunyi ini, menerima bantahan dan kesangsian yang mengejutkan daripada orang di seluruh dunia.Pada masa ini, loceng maut di angkasa menjadi lebih cepat dan kuat. Terdapat banyak suara yang berkata, “Kami akan mengambil Paris. Ibu kota fesyen ini sekarang telah menjadi kediaman syaitan. Biarlah kami jalankan hukuman! Jangan halang kami lagi. Jika tidak, pemujaan syaitan macam ini akan tersebar seperti wabak. Kami mesti menuai mereka! Beritahulah semua orang: Kami akan laksanakan Kehendak Tuhan dan semua pemuja syaitan yang tidak percaya kpd Tuhan akan dihapuskan!” Kedengaran bunyi tetuang bernada rendah dari kejauhan... Tiba-tiba sekumpulan besar malaikat putih muncul di angkasa. Mereka berteriak ke bumi, “Mengutuk Paris! Kami di Syurga mengutuk orang jahat! Engkau pasti akan menerima balasan! Kemegahan Tuhan tidak boleh dicemarkan! Engkau akan alami akibat teruk! Kami beri amaran kepada engkau: Kami harap engkau bertaubat. Jika tidak, engkau takkan dapat terlepas apabila pasukan kematian datang! Segeralah memohon ampun kepada Tuhan! Jika tidak, kami akan laksanakan Kehendak Tuhan!”Pada masa ini, malaikat kata kpd saya, “Engkau dah dengar pendedahan Syurga. Apa kata engkau beritahu mereka ini? Mungkin sesetengah orang dapat diselamatkan. Sesetengah orang yg percaya kpd syaitan tidaklah secara rela tetapi cuma ia tersebar seperti penyakit berjangkit. Beritahulah mereka!” Mereka kata: “Jika tidak, orang akan mati di merata tempat dan kadar kematian akan sangat cepat. Pada masa itu, tiada sesiapa pun yg mampu menangani masalah ini lagi kerana orang telah diheret sampai mati oleh dosa sendiri. Mereka hanya boleh mati akibat dosa sendiri, tidak boleh menyalahkan orang lain.”Pada November 2024, Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita juga beri amaran bahawa wabak yang membawa maut berkemungkinan akan berlaku.Master: Saya tak nak mengejutkan anda tetapi berkemungkinan besar kita akan alami satu lagi pandemik yang sangat besar dan berkemungkinan besar itu tak dapat diubati juga. Pandemik ini akan hapuskan sangat banyak manusia. Jadi berhati-hatilah. Sentiasa memuji Tuhan, memuji semua Guru untuk perlindungan. Memuji semua Raja Syurga juga.Kecuali manusia bertaubat dan mengubah cara berdosa mereka, kita menuju ke arah satu lagi malapetaka global yang banyak orang tidak akan terselamat. Pada waktu terdesak, kita mesti cari bimbingan Tuhan untuk diselamatkan.Puan Jahenny meramalkan bahawa orang yg wajar disanjung akan dilindungi daripada pergolakan malapetaka. Selain itu, beliau gambarkan perlindungan Tuhan sebagai laut yang sangat luas — apa yang kita tahu sekarang sebagai Lautan Jernih atau Lautan Kasih Sayang, Mahaguru Ching Hai Paling Berbelas Kasihan kita.“Anak-anak saya yang dikasihi, semua orang yang hidup dalam Hati Suci-Nya tidak akan menemui bahaya. Mereka akan ada sedikit pengetahuan sahaja tentang kemurkaan-Nya. Mereka akan dilitupi lautan keajaiban dan kuasa yang luas pada waktu timpaan besar keadilan Syurga ini.” 17 Ogos 1905Banyak ramalan dalam Kitab Suci Bible juga menunjukkan bahawa Mahaguru Ching Hai Paling Dihargai kita ialah kedatangan semula Nabi Isa. Waktu dan cara kedatangannya telah diramalkan dalam petikan ini.“Sekarang dapatkanlah pengajaran daripada pokok ara. Apabila dahannya mengeluarkan kudup dan daunnya mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Begitu juga, apabila kamu nampak semua ini, kamu boleh tahu kedatangan semula-Nya sangat dekat, di depan pintu juga.”Sesetengah orang Kristian percaya bahawa petikan ini dan pokok ara merujuk kepada pemulihan kemerdekaan Israel yang berlaku pada 14 Mei 1948. Rangkap ini bayangkan bahawa pada masa ini dalam sejarah, Nabi Isa sangat dekat dengan kedatangan semula fizikal-Nya. Hanya dua tahun berikutan kemerdekaan Israel, badan fizikal Mahaguru Ching Hai (vegan) dilahirkan, kemudian pada 1952, Diri Tinggi-Nya turun ke dalam badan kanak-kanak ini.“Orang Galilea, mengapa kamu berdiri mendongak ke Syurga? Nabi Isa yang sama yang dibawa ke atas daripada kamu ke dalam Syurga ini akan datang sebagaimana kamu lihat Baginda masuk ke dalam Syurga.”Rangkap ini bayangkan bahawa kedatangan kedua Nabi Isa akan berlaku dengan cara yang serupa dengan cara Baginda meninggalkan dunia ini. Apabila Nabi Isa wafat, Baginda bangkit semula dan lepas itu menaik ke Syurga. Oleh itu, seseorang boleh menganggap bahawa apabila Nabi datang semula, Baginda akan turun dari Syurga dan bangkitkan badan semula untuk muncul di dunia.Master: SAYA TIDAK DILAHIRKAN. Saya hanya meminjam badan ini apabila ia sudah berusia dua tahun. Sebelum itu, seorang Santo Peringkat Kelima di dalamnya. (Wau!)Saya mengambil badan ini. Ia tidak sebaik yang saya mahukan tetapi ia berfungsi. Ia berfungsi. Ia sudah mati apabila saya mengambil alihnya. Ia sudah kaku, keras dan sejuk, jadi saya gunakannya dgn sebaik-baiknya demi kamu.Mahaguru Ching Hai turun ke dunia ini dan bangkitkan semula badan seperti yang diramalkan. Apa yang lebih mengejutkan, dengan mengambil bentuk wanita sebagai Penenang bagi umat manusia, Guru juga telah memenuhi doa Nabi Isa yang dibuat beribu-ribu tahun dahulu.“Saya akan berdoa kepada Bapa yang akan berikan seorang lagi Penenang kepada kamu, iaitu Ibu Kebijaksanaan untuk tinggal bersama kamu selama-lamanya kerana Dia ialah Roh Kudus Kebenaran. Ibu pun, saya hantar kepada kamu. Dunia jahat tidak dapat menerima-Nya kerana mereka tidak nampak, tidak mengenal Dia juga.” ~ Nabi Isa (vegetarian), Gospel Kemanusiaan Nabi Isa EssenismeApa yang menarik, perayaan kebangkitan semula Nabi Isa dipanggil ‘Easter’. Istilah ini dicipta oleh Rahib Bede, seorang rahib dan sarjana British berpengaruh yang dianggap mewujudkan sistem pentarikhan AD. Ada dikatakan bahawa Rahib Bede menggunakan nama dewi yang bernama Eostre. Adakah Beliau merujuk kepada seorang Messiah wanita pada masa depan dari Timur (East)? Jika begitu, alangkah sesuainya panggil ulang tahun kedatangan semula Nabi Isa sebagai Easter kerana Mahaguru Ching Hai datang dari negara EASTERN (Timur) Âu Lạc (Vietnam)!Sementara kita masuki tahun 2025, kita tertanya bagaimana masa depan kita. Kita ditenangkan mengetahui bahawa Nabi Isa telah kembali dan bersama kita di setiap langkah. Ini telah disahkan secara terbuka oleh Mahaguru Ching Hai dalam sebuah mesej dari Julai 2024.Master: Saya beritahu anda sekarang: Saya ialah Buddha. Hanya kalau-kalau saya meninggal esok. Saya ialah Buddha yang sangat istimewa bagi tempoh malapetaka manusia ini. Percaya atau tidak, terpulang kpd anda. Saya tak berani berbohong di depan Tuhan Yang Maha Berkuasa atau semua Santo dan Orang Suci di seluruh Alam Semesta.Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nanti-nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nanti-nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu! Jadi jangan bazirkan masa anda yang berharga untuk menunggu lagi. Jadilah bermoral, memuji Tuhan yang kasihi anda dan menaikkan anda. Berterima kasih kpd semua Guru,Buddha atas segalanya yang diberikan kpd anda, dan atas lebih banyak jika anda minta. Berterima kasih atas Pembebasan anda.Ramalan-ramalan yang berlainan daripada agama dan Orang Suci Timur juga meramalkan kemunculan Penyelamat pada Akhir zaman. Kita akan menerokai ramalan ini dalam episod akan datang.