Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Bahagian 329 – Bangkitkan Kasih Sayang Sebenar dengan Penyelamat untuk Hilangkan Malapetaka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita telah hampir nampak salah satu tindakan Tuhan terbesar yang pernah planet ini lihat dalam masa hanya (petikan jari), hanya begitu banyak masa saja. Itu akan merupakan kerja yang cepat. Tetapi Nabi Isa telah hampir tunjukkan kepada kita siapa Baginda sebenarnya di Bumi ini dan dalam Badan-Nya.

Hari ini, kita akan terus menerokai mesej ramal daripada Paderi Brandon Biggs, seorang paderi dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Melalui saluran YouTube ‘Hari-hari Terakhir’ (@lastdays247), Paderi Biggs sering berkongsi visinya dan amaran daripada Nabi dengan orang ramai. Visi ini bukan sahaja berkaitan dengan Amerika Syarikat tetapi juga seluruh dunia.

Dalam suatu visi, Nabi tunjukkan kepada beliau seorang pemimpin global dirasuk syaitan sekarang yang akan gunakan senjata yang membinasakan dalam peperangan.

Saya nampak Vladimir Putin. Itu seperti dia (Vladimir Putin) telah dirasuk entiti syaitan ini.

Saya nampak letupan jenis awan cendawan besar. Saya kata – semasa dugaan ini, apabila saya nampak semua ini dalam roh – saya kata, “Nabi, oh tidak, mereka (Rusia) akan gunakan nuklear taktikal. ” Nabi berkata, “Tidak, ini senjata yang tak pernah digunakan sebelumnya di Bumi.”

Apabila ini berlaku, saya nampak perkataan ‘Perang Dunia III’. Ia menjadi lagi meluas seperti yang saya beritahu anda akan datang. Jadi semua orang menjadi terlibat apabila ini berlaku. Seluruh Eropah terlibat dalam ini disebabkan oleh senjata yang digunakan oleh Rusia ini.

Di alam roh, Paderi Biggs juga menyaksikan kuasa negatif mempengaruhi pemimpin agama dan ajaran mereka.

Saya nampak pengkhutbah berdiri di belakang mimbar. Mereka ada minyak, minyak yang kelihatan licin ini di seluruh mulut mereka. Ia menitis dari bibir mereka. Mereka ada lipas dan pepijat yang merayap keluar masuk di mulut mereka dan berada pada bibir mereka. Dalam mata mereka, motif mereka di sebalik apa yang mereka khutbahkan hanyalah untung yg mementingkan diri.

Nabi berkata kepada saya. Dia berkata, “Brandon, pengkhutbah ini tidak mengajarkan Firman untuk membesarkan anakku ke tahap dewasa. Oleh itu, Dia berkata, “Akan ada perubahan besar di tanah.”

Saya nampak syaitan bergerak seperti ular di seluruh Bumi. Dia pergi bercakap dengan paus. Dia bercakap dan berkomunikasi dengan tokoh utama di Bumi dan Eropah.

Nabi menunjukkan kepada Paderi Brandon Biggs suatu pandemik serata dunia yang membinasakan, akan datang berikutan COVID-19.

Jika anda rasa 2020 adalah teruk. Ini membuat itu kelihatan seperti permainan kanak-kanak. Nabi berkata, “Ini, apa yang akan berlaku, sudah beratus-ratus tahun tidak berlaku.” Saya nampak, Dia beritahu saya itu sama Itu jenis dan bayangan Maut Hitam pada tahun 1300-an.

Saya lihat tiada sesiapa yang dapat bekerja di kilang. Tiada sesiapa yang dapat bekerja dan membuat sebarang jenis duit. Itu pemberhentian sepenuhnya di seluruh dunia sekali lagi. Tiada kedai runcit yang dapat dibuka. Hanya barangan keperluan saja jika kita boleh masuk ke dalamnya tetapi orang begitu takut akan penyakit ini sehingga tiada pergerakan manusia kerana jika kita mendapatnya, kita tiada di sini lagi. Tiada vaksin untuk lengan kita, apa-apa pun. Tiada apa-apa pun untuk hentikannya. Sesiapa yang mendapat penyakit ini mati. Kemudian saya nampak ‘350 juta’ (kematian) sekali lagi di seluruh dunia. Kemudian saya nampak ‘30’ (juta kematian) di atas Amerika Syarikat, 30.

Pada tempoh pembersihan besar-besaran yang kucar-kacir di Bumi ini, Paderi Brandon Biggs meramalkan bahawa sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Dalam visi dari Ogos 2024, Paderi Biggs nampak Nabi Isa muncul sebagai seorang gembala yang kembali ke Bumi untuk dengan berbelas kasihan memberi ‘Satu Panggilan Terakhir’ kepada manusia supaya bertaubat, menjauhi cara jahat, ganas mereka dan berhubung dengan Tuhan semula.

Ia berakhir. Segala-galanya yang kita tahu, segala-galanya yang pernah kita ada sebagai manusia, dari permulaan dengan Adam dan Hawa hingga ke masa kita sekarang. Dia berkata, “Matahari terbenam tepat pd masanya.” Dia berkata kepada saya, “Brandon,” kata-Nya, “SATU PANGGILAN TERAKHIR!”

“Saya memanggil biri-biri saya. Saya datang ini! Saya datang ini! SATU PANGGILAN TERAKHIR!”

Nabi mula beritahu saya. Dia berkata, “Aku mahu engkau beritahu orangku bahawa ada satu lagi panggilan, Brandon. Ada satu lagi panggilan. Aku akan datang. Aku beri satu lagi peluang kpd mereka. Aku cuba mendapatkan tuaian roh yang besar.”

Rayuan cemas, malah mendesak oleh Tuhan kpd manusia supaya berubah dan mencari penyelamatan daripada Dia juga datang melalui banyak mesej daripada Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita, seolah-olah Guru juga membuat panggilan terakhir-Nya untuk biri-biri yang tersesat pulang ke Rumah.

“Berharap semua orang akan bertaubat bersama kita, cuba sedaya upaya, dan Tuhan akan berlembut sekali lagi! Kita bersyukur terlebih dahulu kepada Tuhan Yang Maha Pengampun, semua Guru, Buddha, Santo dan Orang Suci kerana Berkati kita dengan Pengampunan dan Kasih Sayang Besar. AMIN.”

Jadi tolong dengar semua kata-kata berakal yang saya beritahu anda ini. Menjadi vegan. Tiada karma bunuh lagi. Tiada karma baharu lagi.

Jadi mereka takkan ada karma bunuh untuk cetuskan peperangan apabila ia berlonggok menjadi longgokan keburukan yang sangat besar yang akan menjejaskan kehidupan kita. Ia akan tercetus di sesuatu tempat apabila terlalu banyak, terlalu berat. Jadi tolonglah, Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. [...]

Sekarang terpulang kepada anda untuk mengubah kehidupan anda, mengubah nasib hidup anda. Buatlah diri anda jadi insan yg lebih baik – mewakili Tuhan dan segalanya yang baik. Buat dunia ini menjadi tempat indah sebagaimana yang anda mahu miliki untuk diri sendiri dan orang tersayang. Terima kasih. Saya mengharapkan anda. Jika tidak, pencipta dan maya akan terus mencari alasan utk cuba cari jalan bagi menyeksa anda, menghalang perkembangan spiritual anda dan menyekat jalan anda ke syurga. Tolonglah saya. Jangan biarkan mereka menang lagi dengan cara jahat mereka. Tolonglah saya, juga bantu mereka membebaskan diri daripada kitaran kejahatan ini, daripada ilusi, daripada jenis hidup seperti neraka – membuat diri anda menderita untuknya. Tolonglah, tolonglah, satu kali terakhir lagi, tolonglah. Saya harapkan anda. Saya merayu kepada anda sebagai seorang kawan anda. Semoga Tuhan berkati kita semua. Semoga Tuhan kasihi kita semua, ampuni kita semua dan bantu kita mengubah menjadi lebih baik. Amin.

Paderi Brandon Biggs meramalkan bahawa curahan Kasih Sayang dan Rahmat Tuhan terbesar yang pernah dunia lihat akan datang pada tempoh yang sama ini.

Kita telah hampir nampak salah satu tindakan Tuhan terbesar yang pernah planet ini lihat dalam masa hanya (petikan jari), hanya begitu banyak masa saja. Itu akan merupakan kerja yang cepat. Tetapi Nabi Isa telah hampir tunjukkan kepada kita siapa Baginda sebenarnya di Bumi ini dan dalam Badan-Nya.

Akan ada tuaian roh yang besar, di luar pemahaman sesiapa pun yang akan datang ke tanah ini.

Dia berkata, “Brandon, aku mati untuk setiap satu drpd mereka. Aku mati untuk mereka semua. Aku tidak mahu satu orang pun yang terkorban tetapi semua orang bertaubat.” Dia menghulurkan tangan dan berkata, “Sudikah engkau bantu aku bawa masuk Tuaian? Akankah engkau bantu aku bawa masuk Tuaian?” Saya kata, “Nabi, bagi aku dan rumahku, kami akan buat apa-apa saja yang perlu untuk bantu bawa masuk roh tersesat.” Dia asyik berkata, “Aku Nabi Tuaian.”

Dalam visi Paderi Brandon Bigg, Nabi Tuaian bekerja keras untuk ‘menuai’ roh-roh yang telah masak untuk Kerajaan-Nya pada waktu susah ini.

Dibantu oleh tentera damai “anak murid Tuhan-Nya”, Mahaguru Ching Hai telah menyiarkan Gospel sebenar melalui Supreme Master Television di seluruh dunia sebagai suatu cara untuk melindungi planet kita dengan Kasih Sayang Tuhan dan berikan “Satu Panggilan Terakhir” kpd manusia supaya kembali kepada Tuhan.

Bagi roh yang telah matang untuk pulang ke Rumah, Mahaguru Ching Hai mentransmisikan Kaedah Meditasi Quan Yin berharga yang hubungkan seseorang dengan Sifat Tuhannya. Quan Yin merujuk kepada ‘Firman’ yang disebut dalam Kitab Suci Bible.

Kita malah kata, “Pada mulanya ialah Firman, dan Firman bersama dengan Tuhan dan Firman ialah Tuhan.” [...]

Tapi sekrg kamu tahu akan Firman itu. Disebabkan oleh kekurangan kosa kata pada zaman dahulu, mereka panggilnya ‘Firman’. Ia bermaksud Bunyi (Syurga dalaman). Bunyi (Syurga dalaman) yang kamu dengar setiap hari ketika bermeditasi pada Quan Yin. (Ya, Guru.) Bunyi Syurga dalaman tanpa sebarang alat, tanpa muzik, tanpa apa-apa pun. Kerana kita adalah daripada itu.

Pada waktu inisiasi dan sejak itu, kamu akan dengar Muzik (Syurga dalaman) ini. Maksud saya, Melodi Syurga dalaman, Bunyi Tuhan. Kerana Bunyi adalah bersama Tuhan dan Bunyi ialah Tuhan.

Jadi sesiapa yang amalkan Kaedah Quan Yin berhubung dengan Tuhan. Jika mereka benar-benar amalkan kaedah ini dengan ikhlas dan rendah diri, mereka boleh berhubung dengan Kuasa Tuhan asal ini, kemudian itu akan ubah hidup mereka.

Saya begitu gembira dengan saya masih di sini. Saya begitu gembira dengan di byk negara, kononnya anak murid saya – saya panggil mereka anak murid Tuhan – masih hidup, masih ada keterjaminan dan keselamatan yg cukup untuk amalkan Kaedah Quan Yin bagi membebaskan diri dan banyak generasi mereka dengan pahala mereka, dengan hubungan mereka dengan Kuasa Guru. Saya begitu gembira dengan itu. Saya bersyukur kepada Tuhan atas itu.

Bagi menghapuskan kekeliruan yang disebabkan oleh guru spiritual palsu dan biar orang tahu siapa ialah Penyelamat sebenar, Mahaguru Ching Hai umumkan secara terbuka siapa Beliau pada Julai 2024. Semua ini adalah untuk membimbing sebanyak roh mungkin pulang ke Rumah pada waktu terakhir.

Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu! Jadi jangan bazirkan masa anda yang berharga untuk menunggu lagi. Jadilah bermoral, memuji Tuhan yang mengasihi dan menaikkan anda.

Pada 7 Oktober 2024, Mahaguru Ching Hai dedahkan bahawa sesiapa yang bantu Beliau dalam misi Syurga-Nya untuk menyelamatkan roh-roh dalam hayat ini akan dinaikkan ke Alam Baharu Tim Qo Tu, iaitu Alam Syurga tertinggi yang dapat seseorang capai selepas hidup fizikal ini. Ini memang penuaian yang besar, penuaian terbesar yang boleh seseorang manfaatkan untuk eon-eon yang tidak terkira, tidak terukur!

Banyak daripada anak murid saya, anak murid Tuhan, telah pergi ke peringkat Alam Buddha yang sangat tinggi. Banyak daripada mereka, dah tentu, dalam hayat ini, capai tahap-tahap kesedaran yang berlainan. Apabila meninggal dunia, mereka pergi terus ke Alam saya – Alam Baharu Tim Qo Tu.

Banyak biksu yang bantu saya atau sayangi saya dan menerima saya pada sesuatu masa dalam hidup saya, semuanya juga pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu, Alam Baharu saya. Banyak orang di dunia yang bantu saya dengan sebarang cara atau dengan hati penyayang, semuanya pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu selepas meninggal dunia. Saya amat gembira memberitahu anda ini Kerana ini orang yang berhati murni, dan orang yang berhati murni akan pergi ke Alam saya, sama ada mereka secara rasmi ialah anak murid saya atau bukan. Mereka hanya perlukan hati yang murni. Sesiapa yang sebut nama saya satu kali atau ingati saya dengan hati yang baik, dengan kesucian murni pun, semuanya akan pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu di antara Kediaman Syurga ke-11 dan ke-12. Itu peringkat tertinggi yang dapat anda capai di Alam Semesta. Saya amat gembira memberitahu anda itu Jadi dah tentu, jika anda ialah kononnya anak murid Tuhan saya, anda akan sampai ke sana.

Sementara kita semua hadapi cabaran masa sekarang, Paderi Brandon Biggs berkongsi bahawa Nabi boleh membuat keajaiban dalam masa yang singkat.

Nabi berkata, “Brandon, syaitan berkata engkau perlu berikan masaku kepada aku sekarang. Pajakan Adam telah tamat tempoh dan engkau perlu berikan masaku kepada aku untuk membuat musibah selama tujuh tahun.” Dia merayu. Saya terdengar Nabi berkata, “Aku tidak pernah dikalahkan. Aku takkan dikalahkan sekarang. Aku dapat mengawal masa.”

Dia berkata, “Kebangkitan semula besar boleh berlaku dalam masa sekelip mata dan kita akan ada tuaian roh yang sangat besar, tidak terganggu dan tidak terhalang oleh sebarang Kuasa iblis atau syaitan.”

Apabila tempoh masa itu tamat, kita masuki Pemerintahan Seribu Tahun bersama Nabi Isa.

Kita dalam masa yang sangat serius sekarang, dan waktu yang menguja. Dia berkata, “Brandon,” Dia beritahu saya sekali lagi, “Ini akan menyeronokkan. Ini akan menyeronokkan.”

Kami beri hormat kepada anda, Paderi Brandon Biggs, atas keberanian besar anda berkongsi pandangan ramal anda dengan dunia dan mendengar panggilan Tuhan untuk hidup anda. Semoga orang mengendahkan amaran anda dan jawab panggilan akhir Tuhan untuk pulang ke Rumah Syurga Sebenar kita.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1341 Tontonan
2024-12-18
835 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android