Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 25 Siri Multibahagian

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dusun buluh hijau, permukaan tasik sejuk dan senyap, bulan yang tunggal, awan yang berkepul-kepul: semua ini bangkitkan sentimen tentang semangat Asia yang penuh dengan ketakjuban dan kemesraan. “Angin bermain melalui dahan Dalam irama, rumpun buluh muda menari Angin telah pergi dari situ, tidak kembali Langit biru, awan pemurah dan lemah lembut” Dengan cara lemah lembut itu, dalam ketenangan mendalam itu, bau dan imejan Zen menyerbak, hati yang sangat baik.

Angin bermain melalui dahan Dalam irama, rumpun buluh muda menari Angin telah pergi dari situ, tidak kembali Langit biru, awan pemurah dan lemah lembut

Seekor swan terbang di tepi tasik musim luruh Air jernih, tenang seperti dalam mimpi Bulan mengambang tinggi Bayang swan hilang di langit yang luas terbentang Angin telah bebas selama beribu-ribu tahun Rumpun buluh berdiri diam-diam Tasik jernih tidak mengekalkan bayang Setelah berlalu, swan tidak kembali lagi

Alahai, cahaya senja begitu resah Semangat Asia begitu mulia Selama seribu tahun, seribu tahun tetap Seperti sutera bersulam yang berharga.

Việt Nam, Việt Nam, bunyi yang aku dengar ketika aku datang ke dunia ini Việt Nam, dua perkataan di bibirku Việt Nam, negaraku.

Việt Nam ialah namanya Việt Nam, dua perkataan terakhirku apabila aku meninggalkan Bumi ini Việt Nam, Sini tanah indah Việt Nam membawa sungai dan gunung kebebasan, keadilan dan belas kasihan abadi

Việt Nam tidak menuntut tulang dan darah Việt Nam menyerukan kasih sayang seperti saudara Việt Nam membina keamanan dan kebahagiaan berkekalan Việt Nam, dalam perjalanan menuju masa depan, api suci menerangi dunia Việt Nam bersumpah untuk mendukung dunia.

Kasih sayang ialah senjata Kasih sayang dikembalikan ke puluhan ribu tempat Việt Nam, suara yang memupuk kasih sayang dlm kalangan umat manusia Việt Nam, Việt Nam Việt Nam, tanah airku bersinar dengan terang Việt Nam, Việt Nam, Việt Nam selama-lamanya.

“Orang cantik sering bernasib malang; Rambut pemuisi menjadi beruban sebelum orang lain! Sejak zaman dahulukala, orang cantik dan berbakat sering perlu menahan banyak penderitaan dan salah sangka. Begitu juga dengan pemuisi dan santo, kerana orang di dunia kebanyakannya tidak dapat mengenal keanggunan dan kebaikan dalaman orang yang tinggi tahap rohaninya. “Alahai! Alahai! Di altar Buddha, aku menyalakan dupa wangi Dengan rasa hormat Dan berdoa kepada Buddha Amitabha Agar membawa orang baik hati ke Alam Barat...”

Di negara asing, aku bertemu dengan engkau beberapa tahun lalu. Jubah biksunimu, warna perang pudar, Kedua-dua kehidupan duniawi dan kependetaan tidak menentu. Dilahirkan dengan keperibadian keras kepala, Dalam bentuk wanita, engkau menahan kontroversi.

Aku baca puisi lama dengan nostalgia – Baris gembira di sini, baris sedih di sana. Setiap ayat yang diperhalus Masih secara senyap mencerminkan adab dan keanggunanmu. Apabila engkau meninggal dunia, siapa menangis dan siapa gembira? Kepada siapa dapat engkau jelaskan salah sangka dan pergolakan? Berdoa kepada Tiga Permata di alam tinggi Semoga Roh Sedar diselamatkan dari dunia penuh kedukaan!

Orang cantik sering bernasib malang; Rambut pemuisi menjadi beruban sebelum orang lain! Alahai! Alahai! Di altar Buddha, aku menyalakan dupa wangi Dengan rasa hormat Dan berdoa kepada Buddha Amitabha Agar membawa orang baik hati ke Alam Barat... Namo Buddha (Guru Bermakrifat) Namo Dharma (Ajaran Kebenaran) Namo Sangha (Kumpulan Orang Suci) Namo Bodhisattva Mahasattva Quan Yin! Agar membawa orang baik hati ke Alam Barat...

Ketika cinta kasih masih muda, dunia berwarna kemerah-merahan; bulan-bulan dan hari-hari penuh dengan impian dan bunga, kata-kata seperti muzik, dan di alam Bumi ini kelihatan macam hanya terdapat dua hati yang penuh semangat di bawah langit yang diterangi cahaya bulan penuh dengan bintang yang megah.

Jika cinta kasih tidak wujud lagi Ia akan menjadi alam Kematian. Jiwa kita akan terasa begitu lesu Dengan tidak ada tempat bergantung.

Sayangku, teruskanlah mimpi indah ini, Murni seperti zaman kanak-kanak kita. Mari kita berbisik dengan lembut, Dengan kata-kata seharum anggerik.

Tidak ada lagi waktu berpisah Pada lewat senja di taman. Hanya bisikan cinta kasih kita Dan tanganmu panaskan tanganku, Seolah-olah semua masa lalu Bersatu dengan hari ini – Sebuah dodoi abadi.

Bersama-sama, Kita akan membuat perjalanan ke syurga yang menakjubkan. Bersama-sama, Kita akan berada dalam kegirangan selama-lamanya...
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (25/27)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
159 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
845 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android