Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia Bunuh yang Menggerunkan di Antara Jurang Karma, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Macam ini, ada banyak alam di dunia kita, bukan dunia fizikal saja. Ada alam-alam di antaranya, di antara dunia fizikal dan alam astral yang merupakan neraka. Kemudian di alam astral pun, ada makhluk garang yang sentiasa memprovokasi peringkat astral yang lebih tinggi, atau seperti 33 Syurga, dan terus berperang untuk meluaskan wilayah mereka. Di dunia fizikal, mereka nak mengawal segalanya juga. Mereka memikat manusia. Mereka menggoda orang untuk secara perlahan-lahan sertai kumpulan mereka. Mula-mula sekali, mereka berikan kejadian ajaib kepada mereka supaya mereka rasa, “Oh, ini bagus! Apa yang saya mahukan, saya dapat.”

Salam sejahtera. Tuhan berkati semua orang, semua anak yang dikasihi oleh Tuhan. Berdoa agar anda semua baik-baik saja. Syukurlah, kita masih di sini dan ada segalanya yang diperlukan walaupun sesetengah orang masih tak begitu bertuah seperti sesetengah daripada kita. Saya harap ini bukan kali terakhir saya dapat bercakap dengan anda kerana saya hidup hampir seperti di dalam kokun buat masa ini disebabkan oleh banyak serangan daripada kuasa negatif. Walaupun mereka seharusnya tak dapat buat apa-apa terhadap saya, namun disebabkan oleh karma dunia – karma yang begitu besar, begitu luas, mungkin mereka masih dapat buat sesuatu.

Mereka cuba membuat sesuatu seperti sihir hitam itu – cucukkan jarum ke dalam seluruh badan saya dan rasa tercucuk di sini, tercucuk di sana, macam itu. Rasa tercucuk, tak begitu menyakitkan tetapi kita tahu bahawa sesuatu yang sangat tajam dan runcing dicucukkan ke dalam diri kita.

Malangnya, sihir itu masih wujud di planet ini. Sesetengah orang malah terlepas daripada jaringan karma kerana di antara karma dan karma, terdapat jurang. Di dalam jurang itu, ada alam-alam, cara-cara yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan sesuatu, benda gelap, benda buruk yang anda mahukan. Bukan anda, maksud saya, ahli sihir jahat yang datang dari alam syaitan ghairah.

Macam ini, ada banyak alam di dunia kita, bukan dunia fizikal saja. Ada alam-alam di antaranya, di antara dunia fizikal dan alam astral yang merupakan neraka. Kemudian di alam astral pun, ada makhluk garang yang sentiasa memprovokasi peringkat astral yang lebih tinggi, atau seperti 33 Syurga, dan terus berperang untuk meluaskan wilayah mereka. Di dunia fizikal, mereka nak mengawal segalanya juga.

Mereka memikat manusia. Mereka menggoda orang untuk secara perlahan-lahan sertai kumpulan mereka. Mula-mula sekali, mereka berikan kejadian ajaib kepada mereka supaya mereka rasa, “Oh, ini bagus! Apa yang saya mahukan, saya dapat.” Perlahan-lahan, mereka buat orang membuat sesuatu supaya dapat memperoleh lebih banyak kuasa ajaib. Sama seperti orang yang menjual dadah. Mula-mula sekali, mereka berikan kepada anak muda atau manusia yang berada dalam situasi lemah, murung atau sangat teringin akan sesuatu yang baharu kerana bosan. Mrk berikan kpd orang secara percuma, kemudian lepas itu mereka akan perlahan-lahan… Orang itu atau anak muda itu sudah menjadi ketagih, kemudian mereka akan suruh mereka beli dan mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada biasa. Jadi mrk mendapat balik apa yg mereka berikan secara percuma sebelumnya tetapi berikan secara percuma kepada anak muda atau orang itu dulu.

Sihir biasa datang dari alam astral yang lebih rendah tetapi juga ada jenis sihir lain di antara jurang karma. Di dalam atom pun ada jurang. Segalanya di dunia ini ada jurang di antaranya. Kayu atau batu pejal pun ada jurang di antara molekul atau selnya. Di dalam badan kita juga, kelihatan pejal tetapi di antara sel kulit ada jurang juga. Agaknya barangkali sains telah beritahu kita tentang itu. Saya tak pasti sama ada saya lihatnya di mana-mana, cuma apa yang saya tahu di dalam, saya boleh beritahu anda kerana itu kebenaran. Walaupun mungkin saya tak dapat buktikannya, tak mengapa. Anda dengar atau tak dengar, saya dah biasa dengan orang tak dengar.

Dengan segala pengaruh daripada maya, iblis, syaitan, hantu ini, kebanyakan masanya anda bukan diri sendiri atau kadangkala bukan diri sendiri lagi. Sebab itulah kadangkala orang keluar pada waktu malam dan lakukan pembunuhan. Mereka balik, tak ingat apa-apa pun kerana syaitan gunakan badan mereka buat sementara waktu – halau roh mereka ke tepi atau buat sesuatu supaya roh tak tahu pun, minda tak tahu pun, hanya badan dan otak pergi melakukan jenayah yang menakutkan.

Seorang peramal berkata bahawa Nabi Isa telah disalib sekali lagi atau akan disalib sekali lagi. Saya rasa itu... oh, tiba-tiba saya terlupa namanya sekarang! Ya Tuhan. Pelukis yang terkenal itu. Oh, (Leonardo) Da Vinci! Da Vinci. Ini boleh berlaku.

Seperti ahli sihir hitam yang jahat cucukkan jarum ke dalam patung atau mungkin benda serupa… benda yang dibuat oleh mereka, kelihatan berbentuk manusia, kemudian mereka gunakan jarum dan kuasa ajaib untuk cucuknya. Itu juga akan menyakitkan manusia sebenar yang diwakili oleh patung atau kononnya anak patung serupa itu. Sesiapa yang kena cucuk akan mati cepat atau lambat dengan kesakitan dan segalanya di antaranya. Ini juga berlaku kepada saya kadangkala tetapi saya terselamat daripada semua itu.

Kadangkala bukan sahaja jarum dan mantera yang dilakukan terhadap anak patung tetapi juga terhadap badan fizikal – badan fizikal saya. Mereka lemparkan pedang tak nampak, pedang sihir, atau memotong, nak bunuh saya di situ juga dan sebagainya. Saya terselamat drpd semua itu selama ini tetapi kali ini begitu kuat sehingga saya malah dapat rasainya secara fizikal. Masalahnya, bukan satu orang ahli sihir hitam yang jahat saja tetapi ada ahli sihir lain juga. Mereka membentuk geng. Pelindung saya akhirnya menembusi jaringan karma yang tebal dan beritahu saya semua ini. Mereka sempat bubuh lingkaran perlindungan di sekeliling saya. Kemudian saya juga bubuh lingkaran perlindungan di sekeliling saya juga. Jadi saya seperti beluncas tetapi masih boleh bergerak ke sana sini, kurang sakit sekarang.

Pagi ini pun, seorang ahli sihir hitam letak kalungan bunga di depan pintu masuk saya supaya jika saya melangkah keluar darinya, saya akan diracun oleh sihir dan bunga yang dicipta khas ini dan mati. Jika tidak dengan serta-merta kerana saya kuat tetapi mungkin akan mengambil sedikit masa dan saya tak dapat terlepas. Nasib baik pada takat putus karma dunia, Pelindung saya dapat melindungi saya dan bubuh lingkaran di sekeliling saya. Karma dunia begitu besar. Mungkin ia menembusi Perlindungan. Kita takkan tahu.

Jadi harap-harap saya akan terselamat sekali lagi kali ini. Jika tidak, tolonglah, tolonglah: Menjadi Vegan, Berdamai. Okey? Berdoa kepada Tuhan. Bersyukur kepada Tuhan atas dunia vegan, keamanan dunia dan pembebasan roh anda.

Pembebasan roh anda seharusnya menjadi matlamat terutama dalam hidup anda. Kerana jika anda kalah kali ini, anda akan ambil masa bereon-eon, beratus-ratus, berbilion-bilion, beribu-ribu bilion, bertrilion-trilion tahun baru boleh mendapat semula status anda sebagai manusia, orang-haiwan atau entah apa lagi. Apa-apa yang telah anda lakukan dalam hayat ini dan banyak hayat yang lain mungkin kembali kepada anda. Mungkin anda tak dapat menjadi bebas. Mungkin anda tak nampak Matahari. Mungkin anda tiada sebarang badan fizikal yang diberikan kpd anda supaya anda boleh berpeluang untuk menebus kesalahan lampau, dosa lampau anda yang kadangkala bukan seluruhnya salah anda tetapi terpengaruh oleh kuasa negatif di dunia fizikal.

Seperti yang telah saya beritahu anda, 41% daripada populasi dunia ini sama ada dilahirkan oleh syaitan, disokong oleh syaitan, terpengaruh oleh syaitan, dikawal oleh syaitan atau sendiri ialah syaitan dalam bentuk manusia kerana mereka meminjam badan manusia. Apabila seseorang lemah dan mudah terpengaruh, mereka akan dapat lakukannya. Kadangkala ketika anda tidur, roh keluar dan mereka akan dapat masuk ke dalam badan anda dan gunakan badan anda untuk buat banyak perkara yang anda takkan dapat lawan. Kadangkala secara sedar anda tak nak melakukan ini dan itu tetapi sesuatu menarik anda, sesuatu memaksa anda. Anda buat sesuatu dan lepas itu berasa sesal, atau badan anda dikawal oleh syaitan sepenuhnya dan tak boleh mendapat balik lagi. Roh anda terapung ke sana sini atau terawang-awang di sesuatu tempat, tak dapat mengawalnya dan hidup dalam kemuraman.

Dalam badan astral pun, anda tetap akan berasa lapar, dahaga tetapi tiada sesiapa pun yang akan bantu anda kerana roh anda sudah dihalau keluar, dihalau ke tepi. Jika ahli sihir jahat ini gunakan alam jurang atau kaedah di antara karma ini, maka Dewa Karma pun tak tahu akannya. Ia tidak direkodkan dalam sistem karma dan tidak direkodkan dalam minda badan juga. Jadi tiada sesiapa yang dapat bantu anda. Anda terapung ke sana sini, alami kelaparan dan kedahagaan dengan kecewa tetapi takkan mati, sentiasa macam ini, dan sejuk, panas selama-lamanya. Apa-apa pun akan pengaruhi anda seperti ia pengaruhi badan fizikal anda tetapi anda tak boleh buat apa-apa dengannya. Ini situasi yang begitu dahsyat, teruk dan benar-benar tak berdaya. Saya tak mahu sesiapa pun mengalaminya. Tetapi malangnya karma yang telah dibuat oleh manusia, makhluk di planet ini akan membolehkan syaitan dan ahli sihir berbuat demikian. Malah bukan satu orang saja, dia sendiri, tetapi karma itu, akibatnya akan mempengaruhi perniagaan, keluarga, orang tersayang, suami, isteri, anak, cucu-cicitnya dan sebagainya, malah akan mempengaruhi orang-anjing atau -kucing kesayangan mereka. Dahsyatnya ini.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/3)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android