Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perkembangan Konstruktif daripada Pemimpin dan Kerajaan di Seluruh Dunia Bahagian 3 daripada 5

2022-12-12
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Suatu rang undang-undang baharu sedang dipertimbangkan oleh Kongres Amerika. Ia akan menghentikan perkembangan ladang kilang orang-haiwan baharu yang besar dan hapuskannya menjelang 2040.

Rang undang-undang ini juga mendapat sokongan lebih 200 pertubuhan pertanian mampan, kebajikan orang-haiwan dan kesihatan awam.

Untuk menangani perubahan iklim dan mengurangkan kekejaman terhadap orang-haiwan, Majlis Bandaraya Berkeley di California, Amerika telah meluluskan resolusi untuk gantikan 50% daripada daging orang-haiwan dan hasil tenusu yang dibelinya dengan makanan berasaskan tumbuhan menjelang 2024. Ini bermakna lebih byk hidangan vegan akan disediakan dalam aktiviti awam bandar itu, di kem musim panas, pusat orang tua dan penjara. Berkeley juga merancang utk menetapkan matlamat akhirnya menghentikan semua pembelian produk orang-haiwan yang akan buatnya menjadi bandar AS pertama yg berbuat demikian.

Pada Ogos 2021, 46 orang anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menghantar surat kepada Jawatankuasa Pertanian Dewan, meminta supaya memasukkan AS$200 juta untuk penyelidikan terhadap protein alternatif berasaskan tumbuhan dan daging kultur makmal ke dalam pakej penyelarasan bajet 2022.

Tidak lama selepas itu, anggota Kongres Amerika Syarikat meminta Jabatan Pertanian supaya meningkatkan pendanaan untuk penyelidikan protein alternatif kepada AS$50 juta bagi “meningkatkan kemampanan dan daya pemulihan sistem makanan kita” dan “mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk petani Amerika, manfaat baharu untuk pengguna dan bantu mengurangkan pelepasan (gas rumah hijau) pertanian.”

Pada Februari 2022, Parlimen Eropah telah

menerima resolusi Mengatasi Kanser Kesatuan Eropah, memperuntukkan €170 juta untuk menggalakkan negara anggota supaya mengamalkan sistem makanan yang lebih mampan dan lebih sihat. Resolusi ini menekankan makanan tumbuhan seperti bijirin sempurna, kekacang, buah-buahan dan sayuran segar untuk bantu selamatkan orang Eropah daripada kanser.

Buat kali pertama kerajaan China mewujudkan strategi nasional untuk beralih daripada produk orang-haiwan tradisional dan sebaliknya berfokus pada “makanan masa depan” termasuk telur berasaskan tumbuhan dan daging kultur makmal untuk memastikan keselamatan makanan negara. Rancangan Lima Tahun untuk melabur dalam teknologi baharu sebegini boleh membawa kepada penggantian rumah sembelih dengan makmal dan mempercepat pasaran daging kultur makmal. Pakar berkata bahawa dasar China akan mempengaruhi seluruh dunia.

Taiwan telah meluluskan undang-undang yang menghendaki kerajaan menggalakkan dan mempromosikan diet rendah karbon, khususnya merujuk kepada makanan berasaskan tumbuhan. Telah dinyatakan bahawa Majlis Pertanian dan kerajaan di semua peringkat dikehendaki menggalakkan diet ini, dengan mandat kpd masyarakat sivil utk turut serta juga.

Dan sebagainya…

Ini hanyalah beberapa perkembangan konstruktif daripada pemimpin dan kerajaan di dunia yang membantu dunia kita mara ke masa depan yang lebih selamat, lebih sihat, lebih damai dan lebih makmur. Semoga Syurga berkati semua orang yang terlibat dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengambil tindakan polisi lanjut yang sewajarnya.

“ Katakan anda menggalakkan makanan berasaskan tumbuhan organik, sekarang, sesiapa saja, kerajaan, sesiapa saja memutuskan untuk meluluskan penyelesaian diet berasaskan tumbuhan ini, hanya meluluskannya saja, dia akan mendapat, ya Tuhan, beribu-ribu zillions mata pahala spiritual. Kita perlukan banyak mata untuk balik ke Syurga. Sesiapa yang meluluskan ini hanya satu kali saja sudah cukup untuk dia terbang ke Syurga selepas meninggalkan dunia ini. Dia tidak perlukan apa-apa ziarah pun, tidak perlu melakukan apa-apa yang lain pun. Sesiapa yang meluluskan itu dan sesiapa yang memastikan bahawa ia dilaksanakan akan memperoleh mata pahala spiritual yang sama yang akan dikurniakan oleh Syurga kepada mereka. ”

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/scrolls
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1362 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android