Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perkembangan Konstruktif daripada Pemimpin dan Kerajaan di Seluruh Dunia Bahagian 5 daripada 5

2022-12-12
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bekas Senator Kongres Mexico, Jesusa Rodríguez (vegan) telah menyeru supaya mengakhiri semua jenis penternakan, pemakanan dan eksploitasi orang-haiwan. “ Dan mengubah sumber protein. Dengan kata lain, berhenti gunakan haiwan dengan sebarang cara, untuk makanan, pakaian, penyelidikan saintifik, hiburan. Haiwan berhak untuk hidup seperti anda dan saya. Kita tiada sebab untuk terus mengeksploitasi mereka. Industri penternakan perlu ditutup. Industri susu perlu ditutup. Ia perlu dirobah semula. Orang tak boleh terus makan haiwan kerana kita hadapi risiko, bukan sahaja daya maju dunia ini… Bagi saya, nampaknya buat masa ini renungan itu dilakukan di seluruh dunia. Peralihan ini adalah cemas. ” “ Membuat Amerika dan dunia menjadi vegan adalah cemas. ”

Menjelang 2023, kafeteria sekolah Perancis di seluruh negara akan menawarkan menu vegetarian eksklusif sekurang-kurangnya seminggu sekali, dan kantin di pejabat pentadbiran awam mesti ada pilihan vegetarian setiap hari. “ Sedapnya. Saya suka semuanya! Ia baik untuk kesihatan dan planet ini juga. ”

Tambahan pula, kerajaan Paris, Perancis mengumumkan rancangan untuk hidangkan menu vegetarian eksklusif dua hari seminggu di 1,300 buah kantin kerajaan bandar di sekolah, pusat jagaan harian, rumah persaraan dan kedai perbandaran menjelang 2027. Alternatif berasaskan tumbuhan juga mesti ditawarkan pada tiga hari yang selebihnya.

Buat kali pertama di Jerman, kerajaan campuran negara itu menandatangani perjanjian yang secara rasmi masukkan pemakanan berasaskan tumbuhan dlm agenda politik. Perjanjian ini menyatakan: “Kita akan memperkukuh alternatif berasaskan tumbuhan dan menyokong kelulusan kepada inovasi seperti sumber protein alternatif dan produk pengganti daging di EU.”

Di barisan hadapan, Menteri Kesihatan Jerman, Prof. Dr. Karl Lauterbach, seorang ahli epidemiologi dan doktor telah menyerukan pengurangan pemakanan daging orang-haiwan secara drastik di Jerman banyak kali. Beliau menyatakan:

“Pemakanan daging di Jerman dari banyak segi adalah tidak masuk akal sepenuhnya, hampir seperti dah gila apabila kita memikirkannya. … Biasanya haiwan hidup sengsara. Jika tidak, daging yang murah tidak dapat dihasilkan sama sekali.”

“Kita tidak mampu amalkan diet berasaskan daging lagi. Ia menghasilkan terlalu banyak metana dan CO2, jadi kita akan perlu menghindarinya. … Apa gunanya kekejaman terhadap haiwan supaya kita makan secara tidak sihat dan pada masa yg sama menjejaskan iklim? Dalam jangka masa panjang, kita boleh mengurangkan pemakanan daging sebanyak 80 peratus. Bukan sahaja di Jerman tetapi juga di seluruh dunia.”

Menteri Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi Jerman, Svenja Schulze (vegetarian) telah menyerukan pengurangan dalam pemakanan daging orang-haiwan untuk mengurangkan kebuluran dunia bagi warga global. Contohnya, beliau menyatakan bahawa penurunan 30% dalam pengeluaran daging orang-khinzir di Jerman akan membebaskan satu persepuluh daripada tanah suai tani di negara itu untuk menanam lima juta tan bijirin. “Bijirin harus pertama sekali berada di atas meja tanpa melalui palung makanan haiwan.” “Memandangkan ada krisis makanan yang semakin dekat, kita perlukan bijirin untuk memberi makan orang.”

Kemudian dalam mesyuarat tahunan bagi kumpulan penternak orang-khinzir yang berkepentingan, Menteri Kementerian Makanan dan Pertanian Jerman, Silvia Bender, menyebut keperluan bagi Jerman melindungi kesihatan manusia, iklim dan alam sekitar, berkata: “Kita mesti mengurangkan separuh daripada pemakanan daging kita.” “Lagi kurang haiwan yang kita ternak lagi baik.”

20 buah bandar serta 208 orang pemimpin kerajaan dan parti politik telah menyertai ahli sains, kumpulan, selebriti dan orang-orang lain di seluruh dunia untuk menyokong Perjanjian Berasaskan Tumbuhan. Matlamat mereka, jika dirundingkan oleh kerajaan negara, adalah menghentikan kemusnahan meluas yang disebabkan oleh industri penternakan orang-haiwan dan menggalakkan peralihan kepada diet berasaskan tumbuhan yang lebih sihat, mampan.

Dan sebagainya…

Ini hanyalah beberapa perkembangan konstruktif daripada pemimpin dan kerajaan di dunia yang membantu dunia kita mara ke masa depan yang lebih selamat, lebih sihat, lebih damai dan lebih makmur. Semoga Syurga berkati semua orang yang terlibat dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengambil tindakan polisi lanjut yang sewajarnya.

“ Katakan anda menggalakkan makanan berasaskan tumbuhan organik, sekarang, sesiapa saja, kerajaan, sesiapa saja memutuskan untuk meluluskan penyelesaian diet berasaskan tumbuhan ini, hanya meluluskannya saja, dia akan mendapat, ya Tuhan, beribu-ribu zillions mata pahala spiritual. Kita perlukan banyak mata untuk balik ke Syurga. Sesiapa yang meluluskan ini hanya satu kali saja sudah cukup untuk dia terbang ke Syurga selepas meninggalkan dunia ini. Dia tidak perlukan apa-apa ziarah pun, tidak perlu melakukan apa-apa yang lain pun. Sesiapa yang meluluskan itu dan sesiapa yang memastikan bahawa ia dilaksanakan akan memperoleh mata pahala spiritual yang sama yang akan dikurniakan oleh Syurga kepada mereka. ”

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/scrolls
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android