Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

10 Bandar Paling Mesra Vegan di Dunia - Bahagian 2 daripada 2

2022-08-08
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bandar New York, Amerika Syarikat. Dalam tahun-tahun belakangan ini, Epal Besar telah haramkan foie gras dan merancang untuk hentikan semua pembelian daging proses orang-haiwan di bandar itu menjelang 2030. Di bawah datuk bandarnya yg pro-vegan, sistem sekolah awam bandar itu – yang terbesar di Amerika dengan lebih 900,000 orang pelajar – telah haramkan semua daging proses orang-haiwan, menawarkan pilihan vegan harian dan mengamalkan ‘Jumaat Vegan’. Bandar itu ada lebih 300 buah tempat vegan dan vegetarian untuk menjamu selera dan jadi tuan rumah Persidangan & Ekspo Dunia Berasaskan Tumbuhan tahunan.

Santiago, Chile. Suatu tinjauan mendapati bahawaa sekurang-kurangnya 1.5 juta, atau 8% daripada warga Chile menghindarkan diri daripada daging orang-haiwan setiap hari, dan produk vegan sekarang membentuk 12% daripada seluruh pasaran makanan Chile! Ibu kotanya Santiago ada sekurang-kurangnya 115 buah restoran dan kedai vegan atau mesra vegan. Selain itu, daripada lima buah syarikat makanan vegan yang terbaik di negara berbahasa Sepanyol pilihan majalah Vegconomist, dua daripadanya berasal dari Santiago. Metropolis ini membantu memimpin Amerika Latin menuju masa depan vegan.

Singapura dengan senangnya menjadi antara bandar yang paling mesra vegan di dunia dengan lebih 700 buah restoran vegan dan vegetarian. Sekurangnya 7% drpd orang Singapura adalah vegan atau vegetarian, dan 39% adalah fleksitarian. Sebagai tempat letak usaha sama burger vegan perintis, VeganBurg, serta pengeluar daging dan makanan laut vegan yang utama Kumpulan Growthwell, negara kota itu telah melaburkan lebih AS$100 juta untuk inovasi makanan seperti protein vegan (dan berasaskan sel) alternatif, banyak meningkatkan reputasi Singapura sebagai salah sebuah bandar yang paling hijau di dunia.

Taipei, Taiwan (Formosa). Diberi gelaran Bandar Paling Mesra Vegan di Asia oleh PETA, Taipei ialah syurga pelancong vegan dengan beratus-ratus buah restoran vegan kelas tinggi serta penjual jalanan dan kedai kudapan vegan di hampir setiap sudut. Dengan sejarah agama Buddha yang panjang di negara itu, 13% drpd orang Taiwan (Formosa) adalah vegan atau vegetarian. Taiwan (Formosa) juga mempunyai antara undang-undang pelabelan vegan yang paling ketat di dunia.

Warsaw, Poland. Bandar mengikut fesyen yang indah ini mempunyai lebih 130 buah restoran dan kafe vegan dan vegetarian. Panduan restoran vegan HappyCow menempatkan Warsaw sebagai bandar ke-6 paling mesra vegan di planet ini pada 2019, letakkannya sebagai antara 10 yg terbaik selama beberapa tahun berturut-turut. Tahukah anda bahawa 8.4% atau 3.2 juta orang dewasa Poland adalah vegan atau vegetarian, dan hampir 40% lagi telah cuba kurang makan daging orang-haiwan? Tambahan pula, sejak 2018, jualan daging orang-haiwan di Poland telah jatuh 7.5% manakala jualan daging vegan telah meningkat sebanyak 480%!

Sebutan Khas

Senarai ini berterusan… Ini hanyalah sampel bandar mesra vegan di seluruh dunia. Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/be-veg
Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 2
1
2022-08-08
13612 Tontonan
2
2022-08-08
12942 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android