Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Penyebutan tentang Quan Yin dalam Agama Tafakur pada Bunyi Syurga Dalaman, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

AGAMA BAHA’I / AGAMA BUDDHA / AGAMA BUDDHA TIBET / AGAMA KRISTIAN / GNOSTICISME / ESSENISME

AGAMA BAHA’I

“O ANAK DEBU! Tutup matamu, maka engkau dapat lihat kecantikan-Ku; HENTIKAN PENDENGARAN TELINGAMU, maka engkau dapat DENGAR MELODI MERDU SUARA-KU; lupakan segalanya yang engkau pelajari, maka engkau dapat memperoleh pengetahuan-Ku; dan sucikan dirimu daripada kekayaan, maka engkau dapat mendapat bahagian abadi daripada lautan kekayaan abadi-Ku.” ~ Kata-kata Tersembunyi oleh Nabi Baha'u'llah (vegetarian)

“Kita mesti bersyukur kepada Tuhan kerana Dia telah mencipta untuk kita berkat material dan kurniaan spiritual. (...) Dia telah mereka bentuk telinga luaran untuk menikmati melodi bunyi, DAN DENGAN PENDENGARAN DALAMAN, kita dapat DENGAR SUARA PENCIPTA KITA.” ~ Penyebarluasan Kedamaian Universal oleh ‘Abdu’l-Baha (vegetarian)

AGAMA BUDDHA

“Kamu yang belajar lebih banyak, mendapat makrifat dengan keadaan dan mereka yang merupakan PENDENGAR BUNYI sekarang telah mengalihkan mindamu untuk mencapai Bodhi tertinggi, makrifat tiada bandingannya yang menakjubkan.” ~ Kitab Surangama

“Sekarang saya berserah kepada Orang Sanjungan Dunia Semua Buddha di dunia ini muncul untuk mengajarkan kaedah paling sesuai yang melibatkan penggunaan BUNYI PERVASIF. Keadaan samadhi dapat disedari dengan cara MENDENGAR. (...) Ananda dan kamu semua yang dengar di sini harus MENGALIHKAN FAKULTI PENDENGARAN KE DALAM UNTUK DENGAR SIFATMU SENDIRI yang sendiri mencapai Bodhi tertinggi. Itu bagaimana makrifat diperoleh. Buddha sebanyak pasir di Sungai Ganges memasuki satu laluan ini ke Nirvana. Semua Tathagata masa dahulu telah memperoleh kaedah ini. Semua Bodhisattva sekarang memasuki kesempurnaan ini. Semua orang yg beramal pada masa depan harus bergantung kepada Dharma ini.”

Samadhi bermaksud keadaan meditasi yang dalam. Nirvana bermaksud syurga tertinggi. Tathagata bermaksud Buddha. Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. Dharma bermaksud ajaran sebenar. ~ Kitab Surangama

AGAMA BUDDHA TIBET

“(Semasa upacara dijalankan) Milarepa berkata kepada jambangan, ‘Aku dah terlalu tua sekarang, engkau sendiri menginisiasi mereka.’ Jambangan itu terus terbang ke langit dan menginisiasi semua anak murid seorang demi seorang. Pada masa ini, (MEREKA SEMUA) TERDENGAR MUZIK SYURGA di angkasa dan terhidu kewangian yang tidak pernah dihidu sebelumnya; mereka juga nampak bunga gugur dari cakerawala dan banyak tanda bertuah lain yang menakjubkan. Semua anak murid menyedari sepenuhnya erti bijak Inisiasi.” ~ Seratus Ribu Buah Lagu Milarepa (vegetarian)

AGAMA KRISTIAN

“Pada permulaannya ialah BUNYI, dan Bunyi bersama Tuhan, dan Bunyi ialah Tuhan” ~ Kitab Suci Bible, John 1:1

“Ambillah ketopong penyelamat dan pedang roh yang merupakan BUNYI TUHAN.” ~ Kitab Suci Bible, Ephesians 6:17

“Dan saya TERDENGAR BUNYI DARI SYURGA seperti deruan air yang deras dan gema guruh yang kuat. BUNYI YANG SAYA DENGAR adalah seperti bunyi pemain hap bermain hap mereka.” ~ Kitab Suci Bible, Wahyu 14:2

GNOSTICISME

“Aku ialah suara yang ada banyak BUNYI, dan GETARAN yang ada banyak rupa. Aku ialah nama BUNYI dan BUNYI nama.” ~ Nag Hammadi, Kodeks VI, Guruh, Minda Sempurna

“Aku ialah BUNYI dalam Kesenyapan tak terperikan. Aku berada dalam Cahaya tak tercemar dan Fikiran mendedahkan diri dengan jelas melalui BUNYI HEBAT.” ~ Nag Hammadi, Kodeks XIII, Trimorphic Protennoia

“Jadi LOGOS BAPA masuk ke dalam Semua, menjadi buah hati-Nya dan ekspresi kehendak-Nya. Ia menampung Semua. Ia memilih dan juga mengambil bentuk Semua, menyucikannya dan menyebabkannya kembali kepada Bapa dan Ibu, Nabi Isa yang sangat manis.” Logos bermaksud Bunyi. ~ Nag Hammadi, Kodeks XII, Gospel Kebenaran

ESSENISME

“Maka kamu harus biarkan ARUS BUNYI SUCI masuk ke dalam telingamu; kerana ia hanya dapat didengar dalam kesenyapan. (...) Sesungguhnya, ini SUARA TUHAN, jika kamu tahu. Kerana ada ditulis, pada permulaannya ialah BUNYI, dan BUNYI bersama Tuhan, dan BUNYI IALAH TUHAN. (...) ARUS BUNYI SUCILAH yang merentasi kekubah bintang dan merentasi kerajaan Bapa Syurga yang tidak berhujung. Ia sentiasa dalam telinga kita, cuma kita tidak dengarnya. Dengarlah itu, kemudian, dalam keheningan waktu tengah hari; bermandi di dalamnya, dan biarkan irama muzik Tuhan memukul telinga kamu sehingga kamu bersatu dengan ARUS BUNYI SUCI.

(...) Kamu harus bermandi dalam ARUS BUNYI dan muzik perairannya akan mengalir pada kamu; kerana pada permulaan zaman kita semua berada dalam ARUS BUNYI SUCI yang melahirkan semua ciptaan. Deruan Arus Bunyi yang kuat akan memenuhi seluruh badanmu dan kamu akan menggeletar dengan kekuatannya. Kemudian tarik nafas dalam-dalam malaikat udara, dan menjadi Bunyi itu, agar ARUS BUNYI SUCI boleh membawa kamu ke kerajaan Bapa Syurga yang tidak berhujung, di sana irama alam menaik dan menurun.” ~ Gospel Kedamaian Essenisme

Dan sebagainya...

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi:

SupremeMasterTV.com/SCROLLS

SupremeMasterTV.com/MEDITATION

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android