Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Penyebutan tentang Quan Yin dalam Agama Tafakur pada Bunyi Syurga Dalaman, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

RADHA SOAMI SATSANG BEAS / SIKHISME / TAOISME / TEOSOFI / PERSAUDARAAN PUTIH UNIVERSAL / ZOROASTRIANISME

RADHA SOAMI SATSANG BEAS

“SHABD, ARUS BUNYI, GETARAN ATAU ROH KUDUS bukanlah sesuatu yang dapat dikatakan atau ditulis. Bagi membuatnya difahami, kita hanya dapat kata sebanyak ini, iaitu ia merupakan inti pati Tuhan dan ia menampung berjuta-juta alam semesta dan kawasan. Ia merupakan arus kesedaran roh. Ia merupakan MELODI SYURGA. Ia merupakan arus hidup yang berasal daripada Tuhan dan terdapat dalam segala-galanya. Tuhan mencipta dan menampung seluruh alam semesta melalui arus kuasa yang besar ini. ARUS TUHAN terdapat di mana-mana saja, seperi gelombang radio. MUZIK SYURGA-NYA memenuhi seluruh ruang. (...) Shabd ialah tali yang menyambungkan semua orang dan segalanya dengan Tuhan.” ~ Falsafah Guru-guru

“Orang yang dilahirkan sebagai manusia dan bernasib baik berhubungan dengan ARUS BUNYI dan mengamalkannya adalah agung. Dia merupakan raja semua raja kerana dia akan bersatu dengan Pencipta.” ~ Hazur Maharaj Baba Sawan Singh Ji (vegetarian)

“MUZIK YANG TIDAK BERHENTI adalah menakjubkan. Ia tidak dapat diperoleh dengan proses atau aktiviti mental kita sendiri. Ia hanya dapat diperoleh sebagai hasil berkat Guru. Ia merupakan hadiah tertinggi Guru sempurna.” ~ Falsafah Guru-guru

SIKHISME

“Dengan berhubung dengan BUNYI seseorang menjadi kediaman segala sifat baik; Dengan berhubung dengan BUNYI, seseorang menjadi Sheikh, Pir dan raja spiritual sejati; Dengan berhubung dengan BUNYI, orang yang buta dari segi rohani dapat cari jalan menuju Kesedaran; Dengan berhubung dengan BUNYI, seseorang menyeberangi Lautan Tak Terhad benda ilusi; O Nanak! Pemuja-Nya hidup dalam ekstasi yang berterusan kerana BUNYI menghapuskan segala dosa dan kesedihan.”

Pir bermaksud Santo. Bunyi bermakna Bunyi Syurga dalaman. ~ Kitab Suci Sri Guru Granth Sahib

“Tuhan dipuji, dan kediaman-Nya dipuji; BUNYI SUCINYA lagi banyak dipuji.” ~ Kitab Suci Sri Guru Granth Sahib

“Melalui bunyi SHABAD Guru, minda ditawan dan seseorang mendapat Pembebasan di rumah sendiri.”

Shabad bermaksud Bunyi Syurga dalaman ~ Kitab Suci Sri Guru Granth Sahib

TAOISME

“TAO yang boleh dikatakan bukanlah Tao abadi. NAMA (Bunyi) yang boleh dinamakan bukanlah NAMA abadi. Yang tak BERNAMA (tak BERBUNYI) ialah permulaan Syurga dan bumi. NAMA ialah ibu sepuluh ribu benda.” ~ Tao Te Ching

“(Orang yang ada Sifat Baik raja) lihat dalam kegelapan paling gelap, dengar di tempat tiada bunyi. Di tengah-tengah kegelapan, dia seorang diri NAMPAK SUBUH; di tengah-tengah kesenyapan, dia seorang diri DENGAR KEHARMONIAN.” ~ Chuang Tzu (vegetarian)

“Kemudian BUNYI mengalir dan memancar seperti serangga berhibernasi yang mula bergerak pada musim bunga dan saya mengejutkan mereka dengan dentuman guruh tetapi tiada pengakhiran di penghujungnya dan tiada pramula di permulaannya. Sekarang mati, sekarang hidup; sekarang turun, sekarang naik, ketetapannya bersilih ganti tanpa penghujungnya.” ~ Chuang Tzu (vegetarian)

“BUNYI beralun dan turun naik, “Bunyi beralun dan turun naik, iramanya kuat dan terang, jadi hantu dan makhluk halus berehat dalam kegelapan mereka, matahari, bulan, bintang dan gugusan bintang bergerak di orbit mereka. Saya buatnya berhenti di mana ada penghujungnya tetapi juga biarnya mengalir di mana tiada pengehadan.” ~ Chuang Tzu (vegetarian)

TEOSOFI

“Apabila orang telah berhenti mendengar banyak bunyi, dia dapat dengar BUNYI DALAMAN yang menghilangkan bunyi luaran. Sehingga waktu itu baru dia dapat meninggalkan kawasan Asat, alam palsu, untuk memasuki alam Sat, alam sebenar. (...) Kerana pada masa itu ROH AKAN DENGAR dan akan ingat. Kemudian telinga dalaman akan bercakap – SUARA KESENYAPAN...” ~ Suara Kesenyapan oleh Puan H. P. Blavatsky (vegetarian)

PERSAUDARAAN PUTIH UNIVERSAL

“Suatu hari apabila TELINGAMU BUKA dan kamu mula dengar lebih banyak sikit dan lebih jauh daripada apa yang kamu dengar sekarang, kamu akan mendapati bahawa di seluruh alam semesta ada suatu pergerakan nada tertentu yang objek-objek − mata air, pokok, daun keluarkan, dan kamu akan DENGAR MUZIK MEGAH yang tersebar dari satu hujung dunia ke hujung lain, kemudian kamu akan memahami erti hidup dalaman. Dan Nabi Isa, melalui Kebangkitan Semula-Nya, berhasrat untuk perkenalkan kepada kamu dewan konsert ini. Dia akan membayar untuk kamu, Dia akan berikan tiket kepada setiap orang tetapi akankah kamu ada telinga untuk memahami MUZIK SYURGA ini apabila kamu memasuki dewan itu dan lihat konsert itu, yang bermain?” ~ Guru Beinsa Douno (vegetarian)

ZOROASTRIANISME

“Dan kita berkorban untuk PENDENGARAN (yang dengar doa kita) dan untuk belas kasihan itu dan untuk PENDENGARAN penghormatan (lisan kita) dan untuk belas kasihan yang ditunjukkan sebagai balasan kepada pujian yang kita berikan.” ~ Avesta, Visperad 21

“Doa Avesta kita berasaskan sains getaran (Staota Yasna). Kita menyetalakan diri kita dengan Staota Yasna yang merupakan Hukum purbakala. (...) ‘Staot’ ialah bahasa CAHAYA DAN BUNYI yang paling banyak membantu kita mencapai hubungan antara Tuhan dengan roh.” ~ Ervad Dr. Hoshang J. Bhadha, PhD

Dan sebagainya...

BUNYI itu seperti melodi di dunia ini. Sebab itulah kita begitu suka muzik, kerana ia sangat mirip dengan MUZIK SYURGA, BUNYI YANG DIKELUARKAN OLEH TUHAN, bahasa universal yang apabila kita dengar, kita memahami segala-galanya, memahami semua bahasa, saling memahami dan saling menyayangi. Kita akan menjadi begitu sihat, bertenaga dengan GETARAN DALAMAN INI, BUNYI TUHAN, MUZIK SYURGA. Kita akan menjadi orang baharu. ~ Mahaguru Ching Hai (Vegan) Humanis, Artis dan Guru Spiritual yang terkenal di dunia

Kaedah Quan Yin hanyalah nama Cina bagi tafakur pada BUNYI TUHAN yang akan didengari pada waktu inisiasi. Dengan bahasa universal ini, Tuhan mengajar kita segalanya yang perlu kita tahu, bagaimana mengurus kehidupan kita serta menunjukkan kepada kita Syurga, identiti sebenar-Nya dan identiti kita. Kemudian kita akan tahu bahawa kita bersatu dengan Tuhan. ~ Mahaguru Ching Hai (Vegan) Humanis, Artis dan Guru Spiritual yang terkenal di dunia

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi:

SupremeMasterTV.com/SCROLLS

SupremeMasterTV.com/MEDITATION

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android