Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Maya telah Hilang & Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Menyelamatkan Chandana, Bahagian 4 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kamu ialah individu bebas, anak Tuhan, makhluk dari Syurga. Kamu perlu menentukan kamu nak menjadi berapa bermakrifat dan berapa banyak kamu nak mengusahakannya, berapa banyak kamu nak ingat akan Diri Agungmu dan bukan perhambaan harian, menjadi hamba dunia fizikal ini, tetapi mengenal Keagungan kamu dengan badan fizikal ini.

Lawak, anjing saya semakin pulih sekarang. Malam semalam, dua ekor anjing kecil bersama saya. Mereka bergilir-gilir. Biasanya perutnya sangat kecil dan kurus. Meskipun ia makan snek, makan makanan, kemudian mengembang. Saya berikan snek dan air kepadanya, air bersih. Jika kotor, saya tukar. Saya perlu bersihkan mereka, kemudian bersihkan lantai dll. Malam semalam, ia asyik makan seperti sudah sepuluh tahun tak nampak makanan. Biasanya ia tak makan macam itu. Ia makan dengan perlahan-lahan, satu demi satu. Semalam, ia mengunyah segumpal besar, segalanya keluar dari sana sini, segumpal besar makanan, mengunyah dan segalanya terjulur keluar. Lucu betul. Saya ketawa. Saya kata, “Apa yang kau buat ini?” Lucu betul. Ia masih nak makan lagi. Jadi saya lihat perutnya dan berkata, “Tidak, tidak! Kau tak boleh makan lagi.” Saya ketawa juga. Saya kata, “Apa? Perutmu macam ini tapi masih nak makan? Tidak! Esok, okey?” Kemudian ia setuju dengan itu. Tapi perutnya memang sudah menjadi rata. Ia telah menjadi tiada garis lagi antara perut dan tulang rusuk atau belakang. Ia menjadi seperti satu ketul, seperti kek, satu gumpal macam itu. Tapi masih nak makan pada malam semalam. Saya kata, “Apa yang tak kena dgn kau?” Saya berhenti berikan kerana saya dah berikan terlalu banyak, snek, kemudian tulang vegan untuk gigi, sudah dua, tiga kali. Saya kata, “Janganlah makan lagi. Kau boleh digosok-gosok lagi. Gosok, garu. Kau ada itu, tapi tak boleh makan makanan lagi.” Ia gembira dengan itu. Kemudian ia berasa gembira merentangkan semua kakinya, “OK, kau gosok mana saja yg kau mahu, mana-mana saja yang boleh, aku suka.” Menikmatinya. Tapi saya kata, “Aku tiada banyak masa untuk menggosok kau, jadi apa-apa saja yang aku gosok, dah rasa bertuah, apa-apa saja masa yang aku gosok.”

Saya tak rasa saya seorang penjaga yang begitu baik. Saya tiada masa untuk berjalan bersama mereka. Hanya pembantu bawa mereka pergi berjalan-jalan, beri makan dan bawa mereka pergi jumpa doktor. Syukur kepada Tuhan atas itu. Jika tidak, saya tak rasa kamu akan dapat jumpa dengan saya. Tujuh ekor anjing ialah kerja yg banyak. Seperti anak. Saya tak beranak tapi sekarang ada ini. Hampir sama, saya rasa. Mereka tak membesar. Mereka tak membesar menjadi remaja atau apa-apa pun. Mereka ialah bayi selama-lamanya. Sentiasa bermanja, mahu ini, mahu itu, mahu melekat di sini, mahu melompat ke atas katil kita, mahu digosok perut, mahu digaru di sini, mahu digaru telinga. Urut di sana sini, sepanjang masa. Tak pernah cukup. Saya sentiasa letih tetapi mereka tak pernah letih. Seperti kanak-kanak. Seperti kanak-kanak bertatih, mereka tak pernah letih. Atau kanak-kanak berusia dua, tiga tahun, tak pernah letih.

Bercakap tentang anjing saya Good Love, saya berterima kasih kpd kamu semua. Kerana sebelumnya semasa kita berbual-bual, saya sebut anjing saya. Satu atau dua daripada kamu kata, “Kami berdoa untuk Guru.” Saya kata, “Tapi mengapa?” Saya rasa ada seorang saudara dari Ireland yang berambut perang muda beritahu saya, “Kerana kamu sedang menempuh waktu susah.” Saya amat tersentuh. Saya begitu tersentuh sehingga terlupa mengucapkan terima kasih. Jadi saya ucapkan terima kasih hari ini. Saya ucap terima kasih kpd kamu semua yang bantu saya berdoa untuk anjing saya dan saya. Saya kurang selesa juga disebabkan kerisauan, tekanan. Apabila tertekan, kita sakit di sana sini juga. Gas juga menaik ke atas, memedihkan apa saja di sini, salur udara. Dah semakin pulih sekarang. Kamu tak tahu, maya malah menyerang lagi, gunakan pembantu anjing dan segalanya yang lain untuk banyak mengganggu saya, gunakan taktik menakuti dan segala-galanya – buat bising, bunyi lucu, bunyi luar biasa pada waktu malam, mengganggu meditasi saya dan sebagainya. Apabila kita alami kesusahan, nampaknya lagi banyak kesusahan datang. Tapi apabila kita bertuah, bukanlah lagi banyak tuah datang, kan? Itu apa yang kami kata di Âu Lạc atau Vietnam, kami kata, “Tuah tidak datang bersama; hanya kesusahan sentiasa datang bersama.”

Dah cukup dengan semua itu! Mari kita serius sekarang. Mari kita serius. Ini bukan untuk membaca. Satu lagi untuk membaca. Seolah-olah hidup tak cukup rumit. Saya perlu ada dua, tiga cermin mata: Satu untuk matahari, satu untuk melindungi mata dan satu untuk membaca. Ini bagus. Seorang lelaki datang membeli cermin mata. Dia kata, “Khabarnya kamu menjual cermin mata untuk membaca, senang untuk membaca, kan?” Jadi jurujual berkata, “Ya, dah tentu. Kami ada banyak cermin mata untuk membaca di sini. Yang mana kamu suka?” Jadi dia pilih satu, pakainya, kemudian ambil buku dan cuba bacanya. Dia kata, “Mengapa saya masih tak dapat baca apa-apa pun?” Jurujual berkata, “Sebelah sini, sebelah sini.” “Saya masih tak dapat baca apa-apa pun.” Jadi jurujual berkata, “Mungkin kamu tak tahu membaca?” Jadi pelanggan itu berkata, “Jika saya dapat membaca, saya tak perlu beli benda ini.” Jadi bukan cermin mata yang bantu kita baca. Itu keupayaan kita membaca.

Sama juga, bukan Buddha buat kamu menjadi Buddha. Itu kamu sendiri. Kamu adanya di dalam dirimu dan kamu perlu tahu bagaimana mengeluarkan Buddha itu bagi bekerja untuk kamu. Saya hanya menunjukkan caranya tetapi tak boleh bermeditasi untuk kamu. Saya tak boleh bermakrifat untuk kamu. Jika tidak, hanya saya yang bermakrifat dan tiada orang yang perlu buat apa-apa. Kamu ialah individu bebas, anak Tuhan, makhluk dari Syurga. Kamu perlu menentukan kamu nak menjadi berapa bermakrifat dan berapa banyak kamu nak mengusahakannya, berapa banyak kamu nak ingat akan Diri Agungmu dan bukan perhambaan harian, menjadi hamba dunia fizikal ini, tetapi mengenal Keagungan kamu dengan badan fizikal ini. Kamu mesti ingat bahawa kamu dari Syurga. Kamu mesti ingat bahawa kamu agung. Kamu mesti sentiasa ingat meskipun mungkin kamu tak mempercayainya. Kerana kamu dah begitu biasa dengan diri fizikal yang rendah, tak dapat percaya bahawa kamu ialah sesuatu yang lebih daripada hanya badan fizikal. Tapi kamu mesti ingat. Semua Buddha berkata bahawa kamu ada Buddha di dalam dirimu. Semua Guru berkata bahawa kamu ada Syurga, Tuhan di dalam dirimu. Mengapa Mereka membohongi kamu? Kamu mesti tak lupa bahawa kamu adalah agung, kamu ialah Buddha. Atau mungkin belum menyedari Buddha tetapi kamu ialah Buddha dan akan menjadi Buddha. Keadaan kamu seperti sekarang, kamu mesti ingat. Percaya atau tidak, kamu harus sentiasa ingat. Saya tahu sukar kerana kamu sibuk dan sudah begitu biasa dengan badan fizikal, tapi kamu mesti ingat.

Bagi saya, sebaliknya. Saya mesti ingat bahawa saya di dunia sini dan perlu buat kerja saya. Pagi ini sangat sukar bagi saya, sangat sukar bagi saya datang ke sini untuk jumpa dengan kamu. Selain segala kesusahan yang perlu saya uruskan, kereta saya rosak. Tayar pancit di lebuh raya. Nasib baik tiada kereta di belakang yang dipandu dengan cepat.

Apa, sayang? ( Saya nak tanya kita akan menjadi macam mana, sekarang maya telah hilang? Apakah kesan yang… ) Saya sudah beritahu kamu. Kamu akan rasa lebih selesa, senang. ( Dengan meditasi dan dengan diri kita. ) Ya, dah tentu! Apa yang kamu rasa? ( Ya Tuhan, saya sayangi anjing Guru dan sangat kesal dengan sesuatu macam itu berlaku. Tapi berkat anjing Guru, sekarang kita tiada maya dan tenaga negatif lagi. ) Ya, tapi kita ada tanggungjawab yang besar. Kita tak boleh salahkan sesiapa lagi sekarang. ( Terima kasih. ) Sekarang kamu saja, jadi kamu perlu berhati-hati dengan cara kamu bercakap, bertindak, berfikir. Kamu ialah Buddha tapi kamu telah lupa. Kamu ialah anak Tuhan. Kamu telah lupa. Jadi sekarang kamu perlu berusaha gigih untuk ingat akannya. Maya cuba menghalang kamu tapi sekarang kamu lebih bebas, jadi kamu mesti ingat dan berusaha gigih. Mungkin sekarang lebih cepat bagi kamu menyedari Dirimu daripada sebelumnya.

Bagi orang luar, lebih senang bagi mereka bergaul, merundingkan perdamaian. Mereka semakin banyak saling membantu sekarang. Kamu menonton Supreme Master TV, kamu lihat jauh lebih banyak berita positif sekarang. Di Amerika, mereka kata 49% daripada populasi Amerika Syarikat tak makan daging dan minum susu vegan sekarang. Susu tumbuhan seperti susu badam, susu beras, oat, segala jenis susu. Susu kekeras. Empat puluh sembilan peratus daripada orang Amerika buat begitu. Mereka membuat kajian dan buat begitu. Dan 70% sama ada tak makan daging atau produk haiwan lagi atau hentikannya dgn perlahan-lahan sekarang. Itu sesuatu yang sangat hebat. Baiklah. Ini kisah baru.

Kamu mesti tak lupa, meskipun sukar, meskipun kamu tak dapat percaya bahawa kamu ialah Buddha, ialah Santo Agung, kamu harus ingat apa yang saya katakan kepada kamu. Jika kamu tak mempercayai saya, percayailah Nabi Isa. Nabi Isa berkata, “Apa yang saya buat, kamu boleh buat dengan lebih baik.” “Kamu ialah anak Tuhan dan Roh Kudus tinggal di dalam dirimu.” Jadi percayailah Nabi Isa. Dan Buddha berkata, “Saya sudah capai peringkat Buddha dan kamu akan capainya. Kamu ialah Buddha masa depan.” Jadi percayailah Orang Agung ini. Semua Guru kata kita ialah anak Tuhan. Tiada orang yang berkata bahawa kita ialah anak syaitan, jadi kamu mesti ingat itu. Jika kita ialah anak Tuhan, ini bermakna sekurang-kurangnya kita seperti Tuhan. Jika tidak di luar, maka di dalam. Di luar hanyalah peribadi kita. Kita dilahirkan dengannya atau mewarisinya daripada ibu bapa, keadaan, latar belakang atau pendidikan. Di dalam, kita adalah suci. Kita ialah Tuhan. Kita ialah dewa-dewi. Kita ialah Santo, Buddha dan Bodhisattva.

Ada sebuah kisah yang saya baca di sesuatu tempat tentang seorang lelaki yang berjalan di sesuatu tempat dalam hutan dan ternampak telur helang yang besar. Dia bawanya balik dan letaknya bersama dengan telur ayam, kemudian ibu ayam juga mengeramnya bersama. Kemudian apabila tiba masanya, semua ayam keluar, helang juga keluar. Mereka semua keluar bersama. Helang tinggal bersama ayam, dah tentu, makan apa yang ayam makan, berjalan seperti ayam, bercakap seperti ayam dan berlari seperti ayam. Pada suatu hari, helang itu sudah menjadi sangat besar. Kemudian pada suatu hari, di mendongak ke langit. Ia nampak helang sebenar terbang di langit. Ia tanya ayam yang lebih tua yang lebih berpengetahuan. “Siapakah itu?” Ayam yang lebih tua berkata, “Itu helang. Mereka ialah raja burung. Mereka megah. Mereka terbang di langit. Mereka terbang dari gunung ke gunung. Mereka makan makanan bersih dan minum dari sungai yang paling bersih. Tapi siapakah kita? Kita hanyalah ayam. Kita tak dapat terbang. Kita hanya merangkak di atas tanah. Kita makan apa-apa saja yang diberikan di atas tanah.” Jadi helang yang lebih besar itu menerima itu juga. Sepanjang hidupnya ia ialah ayam. Jadi sekarang ia berfikir, “O ya, dah tentu, kita ialah ayam.” Ia terus menjalani kehidupan seekor ayam macam itu sehingga meninggal. Jangan tunggu sehingga kamu dah tua, mendongak ke angkasa dan nampak semua malaikat tak nampak terbang ke sana sini atau saudara seguru lain yang berdekatan terbang melepasi kamu. Jangan tunggu. Bermeditasilah baik-baik. Berusaha gigih untuk membebaskan diri.

Kamu sudah pun roh bebas, cuma kamu perlu mengetahuinya. Kamu perlu mengetahuinya. Sama seperti kamu dilahirkan sebagai seorang putera, masih kecil. Semua orang beritahu kamu ialah putera tetapi kamu tak tahu apa erti putera. Kamu tetap harus ingat kerana mereka beritahu kamu ialah putera. Kemudian lepas itu kamu dah besar, kamu tahu apa itu putera. Sama juga, sekarang kamu baru terima inisiasi, kamu tak berapa ingat. Kamu tak berapa faham tapi kamu akan membesar menjadi megah dan agung.

Orang Monaco seharusnya tahu itu. Ketika Putera Albert masih kecil, barangkali baginda tak faham apa ertinya menjadi putera. Sekarang baginda seorang raja. Baginda tahu sangat sebelum menjadi raja bahawa baginda seorang putera. Tapi ketika masih kecil, baginda tak tahu. Adakah kamu berpeluang untuk berjumpa dengannya kadangkala? Tidak, huh? Hanya melihat dari jauh. Tapi mereka di Monaco. Mereka dapat lihat. (Ya, mungkin.) Dari jauh, kan? Saya tahu. Jauh. Okey, tak apa. Tak apa, hanya tanya. Jika kamu nampaknya, sampaikanlah salam saya. (Dia akan tahu, mungkin berjumpa dengannya.) O ya, saya terlupa. Saya akan beritahunya. Beritahulah baginda bahawa saya ucapkan halo. Dunia adalah kecil. Dia bekerja untuk saya sebelumnya, bersama saya dan bantu menguruskan apa, saya tak ingat, memandu, mencuci periuk dan kuali, dan makan, ya, makan makanan saya. Kemudian saya nak belajar terbangkan helikopter. Saya buat begitu. Tapi saya perlu berpindah dari situ, kemudian saya mempelajarinya di negara lain lepas itu. Saya memang terbangkannya, saya dapat, cuma saya tak dapat teruskan. Kerana kita perlu curahkan banyak usaha utk terus memiliki lesennya. Lagi tuanya kita lagi banyak ujian, ujian darah, ujian mata, ujian telinga, ujian hidung, ujian dagu, ujian rambut, ujian apa-apa saja. Dan kita perlu sering menerbangkannya bagi mengekalkan bilangan jam yang diperlukan untuk terus menjadi juruterbang. Bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga perlukan bilangan jam terbang. Keperluan minimum untuk terus memiliki lesen penerbangan. Itu demi kebaikan kita sendiri kerana jika kita tak terbang, kita akan lupa butang yang mana untuk apa. Kita mahu menaik ke atas tetapi terlanggar pokok, maka tak baik.

Terbang tak seperti memandu. Memandu, kita boleh terus hentikan kereta di tepi jalan atau mana-mana saja, berehat atau tanyakan arah. Di sana, burung tak beritahu kita apa-apa pun. Mereka tak tahu kita nak pergi ke mana. Mereka tak tahu apa maksud Monaco, arah mana nak beritahu kita. Ia berbeza sepenuhnya, terbang. Tapi saya sangat suka akannya. Saya harap saya boleh teruskan tapi saya terlalu sibuk. Menyeronokkan. Adalah menyeronokkan lihat juruterbang dapat menterbalikkan pesawat dan perut kita pergi ke hidung, rasanya macam itu. Pada masa itu, kita pasti ingat akan Tuhan. Ia ada kebaikannya. Ada kebaikannya. Sekurang-kurangnya kita mendapat mata, ingat akan Tuhan pada sesuatu masa. Semasa kita melihat ke langit kadangkala, pesawat atau helikopter, mereka mengendalikannya untuk pertunjukan, kelihatan menyeronokkan. Tetapi sewaktu kita duduk di dalamnya terutamanya semasa kita ialah pembantu juruterbang saja, kita tak memandu, dan dia buat apa yang diingininya dengan perut kita, kita tak tahu di mana jantung kita lagi. Pada masa itu, adalah baik ingat akan Guru, Tuhan atau malaikat, sesiapa saja yang boleh.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1341 Tontonan
2024-12-18
835 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android