Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Maya telah Hilang & Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Menyelamatkan Chandana, Bahagian 3 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sama juga dengan haiwan, sama juga dengan daun, belukar dan bunga. Meja pun bercakap dengan mereka, membalas dengan cara-cara yg berlainan. Segalanya adalah hidup bagi orang buta. Mereka nampak cahaya di mana-mana saja, dari segala-galanya, di dalam segala-galanya dan di dalam diri mereka. Mereka bergantung kepada cahaya, tenaga, persahabatan senyap ini utk bantu mereka dlm kehidupan harian.

Kita manusia pun tak dapat melawannya, apalagi anjing kecil saya. Jadi saya nak menghukumnya seperti tak biarkan ia jumpa dengan saya, tak berikan makanan kepadanya, tak berikan snek kepadanya. Tapi lepas ia berkata begitu dan ia rasa sangat sesal, sangat tak sedap hati, saya kata, “Baiklah, jangan risau. Aku akan uruskan makhluk ini. Aku akan uruskannya. Kau hanyalah mangsa. Aku memaafkan kau. Aku benar-benar memaafkan kau dan kasihi kau.” Jadi ia peluk saya dan memampas. Tapi saya kata, “Aku janji dengan kau semua bahawa aku akan benar-benar uruskan maya ini dan kuasa negatif.” Saya memang buat begitu.

Saya begitu gembira dgn saya buat begitu. Saya tak pasti sama ada saya gembira tapi saya tak sedih. Saya tak sedih. Cuma mungkin seperti kamu juga. Kita ada otak fizikal ini. Saya ambil sedikit masa untuk menyedari apa yg telah kami buat, saya sedikit, semua Dewata dan semua Makhluk Pemurah Kosmos. Sekarang Mereka sudah bersatu, jadi Mereka berkuasa sekarang, lebih berkuasa daripada sebelumnya sewaktu Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Sudah bersatu, jadi kami lebih damai. Sekarang saya himpunkan Mereka semua, saya rasa Mereka dapat lakukannya. Saya rasa kami bersama, kami dapat lakukannya. Saya kata, “Ambillah apa-apa saja yang Engkau perlukan daripada aku. Ambil apa-apa saja yg Engkau perlukan dari Tempat Simpanan Kuasa Tenaga Amat Besar. Ambilnya, apa-apa saja yang Engkau perlukan, ambil supaya kita dapat musnahkan makhluk ini sekarang kerana dia telah mengganggu, menyerang, menyeksa, mengusik, mengetawai dan menikmati penderitaan manusia dan makhluk lain untuk masa yang terlalu panjang. Jadi sekarang masanya, tiada lagi. Tiada lagi.” Saya tidak menyedari betapa besar itu. Sekarang saya beritahu kamu, saya sedar sikit kerana saya ada terlalu banyak kerja untuk dibuat. Saya tiada masa untuk meraikannya tapi saya nampak semua makhluk meraikannya di mana-mana saja di Alam Semesta. Mereka bernyanyi, menjerit, melompat-lompat. Mereka masih buat begitu sekarang. Mereka masih meraikannya.

Tapi di dunia fizikal ini, terlalu sibuk. Setiap hari saya begitu sibuk sehingga semasa mereka bawa satu hidangan saja sehari pun, kadangkala saya tak dapat datang tepat pada masanya untuk makan kerana sentiasa ada sesuatu untuk dibuat. Kerja fizikal. Jika tidak, maka saya perlu masuk ke dalam untuk buat kerja dalaman, bantu memperkukuh kepercayaan dan tenaga orang supaya mereka terus bermeditasi dan teguh di jalan menuju Diri Agung atau Diri Tuhan. Jadi saya sangat sibuk juga. Saya juga perlu memeriksa pelosok-pelosok yang berlainan di Alam Semesta, apa diperlukan dan siapa perlukan apa.

Saya malah perlu memeriksa anjing saya, apa jenis perkara yang boleh saya buat untuk mereka. Saya ada banyak kerja untuk dibuat. Selain terapi fizikal untuk mereka, saya juga perlu buat sesuatu. ‘Thérapie’. Ini bahasa Perancis, ‘thérapie’. Betul? Tidak? Kamu tak dengar ke? Jadi kadangkala saya bercakap dengan telor Perancis. Itu perkataan yang sama. Cuma dalam Inggeris, saya kata ‘therapy’, the-ra-py’. Bahasa Perancis, saya kata ‘thérapie’. Kita kata ‘hotel’, mereka kata ‘(h)ôtel’. Sangat ‘(h)ot’ (panas) di sini. Masih ingat jenaka yang saya ceritakan?

Ejen Inggeris menjual sebuah rumah. Dua orang klien melihat-lihat rumah itu. Seorang Inggeris menuturkan bahasa Perancis. Dia rasa begitu. Seorang Perancis menuturkan bahasa Inggeris. Dia rasa begitu. Apabila dia masuk ke dalam, oleh sebab mereka baru buka pintu pada musim panas dan tiada penyaman udara, tiada apa-apa pun di dalam, jadi dia kata, “Sangat ‘(h)ot’ di sini.” Bermaksud sangat panas di sini. Tetapi orang Perancis tak sebut ‘h’. Mereka kata ‘otel’ dan bukan ‘hotel’. Jadi ‘hot’ (panas), mereka kata ‘ot’. Jadi dia kata, “Your (h)ouse very (h)ot (h)ere.” Rumahmu sangat panas di sini. Ejen itu kata, “Apa? Apa yang pelik dengan telinga saya? Mengapa saya harus keluar?” ‘Your house’ menjadi ‘you out’. “Your (h)ouse very (h)ot (h)ere.” Jadi dia marah dan kata, Mengapa saya harus keluar? Apa yang pelik dengan telinga saya?” Jadi orang Perancis berkata, “Bukan, ‘air (h)ot’ (udara panas).” Orang Inggeris cuba bantu menenangkan ejen itu. Dia kata, “Bukan, bukan. Dia maksudkan ‘hair odd’ (rambut pelik), bukan telingamu.” Oleh sebab orang Perancis tak sebut ‘h’, jadi apabila dia kata, “Air ‘ot (udara panas),” orang Inggeris berfikir, “Okey. Dia maksudkan ‘hair odd’ (rambut pelik).” Membantu, kadangkala ada masalah apabila kita tak menuturkan bahasa dgn begitu baik. Saya pergi ke seluruh Eropah, kadangkala saya bercakap seperti orang Jerman. Saya sentiasa beritahu pembantu saya, “Keretamu ‘kaput’?” Dia tanya, “Apa itu ‘kaput’?” Orang Thai. “Apa itu ‘kaput’? “Apa maksud ‘kaput’? Saya tak faham.” Saya kata, “‘Kaput’. Kamu tahu ‘kaput’!” Dia faham sedikit bahasa Inggeris. Saya terlupa bahasa Inggeris saya. Sewaktu bercakap dengan terlalu pantas, kadangkala saya terlupa apa itu ‘kaput’ dalam bahasa Inggeris. Atau saya katakan sesuatu, “Itulah! Itulah! Tak apa! Tak apa! Sangat bagus!” Mereka tanya, “Apa itu, Guru? Apa yang Guru katakan?” Saya perlu berfikir sikit. “Maksud saya sangat bagus, sangat bagus. Kamu melakukan kerja dengan baik.”

Kita ada masalah ini dengan fakulti fizikal. Ia baik untuk kita, kita rasa kita ada mata yang baik, ada lidah yang baik, dapat berbual-bual, dapat saling melihat, dapat menghayati benda yang cantik di luar, tetapi kadangkala organ deria ini ialah halangan besar, lebih banyak menghalang daripada membantu. Sesetengah orang buta, kanak-kanak buta, pada asalnya, mereka dapat lihat, tetapi sesuatu penyakit buat mereka menjadi buta ketika masih kecil, seperti berusia 6, 7, 8, 9 tahun. Pada mulanya, mungkin mereka alami kesusahan. Mereka boleh terlanggar benda kerana mereka sudah biasa mengikut jalan ini, jalan itu, dan menggunakan mata dan tangan untuk buat ini, buat itu. Tetapi lepas menjadi buta, mereka lupa bahawa mereka tak nampak benda, jadi terlanggar benda. Atau mereka dah biasa gunakan tangan untuk ambil cawan tetapi tak dapat carinya kerana mereka menggunakan tabiat biasa membuat sesuatu dengan mata fizikal dan telinga fizikal. Tetapi perlahan-lahan selepas itu, mereka rasa tak perlukannya. Benda memancarkan tenaga pada mereka, kemudian mereka tahu di mana letaknya benda.

Jadi kadangkala semasa orang memandu kereta untuk keluar dan kamu kata, “Semoga jalan menaik untuk menemui kamu.” Itu benar bagi orang buta, bagi kanak-kanak buta sekurangnya, ketika mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa. Lebih senang bagi mereka menerima sesuatu yang baru. Mereka menyedari bahawa benda tak seperti rupanya. Contohnya, pokok bukan sahaja besar tetapi persekitaran, tenaga, medan magnet mereka lebih besar juga. Mereka benar-benar lebih besar daripada rupa mereka. Sama juga dengan haiwan, sama juga dengan daun, belukar dan bunga. Meja pun bercakap dengan mereka, membalas dengan cara-cara yg berlainan. Segalanya adalah hidup bagi orang buta. Mereka nampak cahaya di mana-mana saja, dari segala-galanya, di dalam segala-galanya dan di dalam diri mereka. Mereka bergantung kepada cahaya, tenaga, persahabatan senyap ini utk bantu mereka dlm kehidupan harian. Mereka tak terlepas apa-apa pun.

Seorang Guru Zen juga berkata begitu, “Adalah lebih baik jika saya buta, pekak dan bisu sejak permulaan lagi.” Kerana hanya selepas kita tarik balik perhatian sebenar dari semua organ fizikal di luar ini baru dapat kita benar-benar masuk ke dalam Alam. Sebab itulah sewaktu kamu berdiam, bermeditasi, atau pada waktu inisiasi, kamu berdiam, tiada apa-apa yang lain untuk dirisaukan pada masa itu, kerana kamu tahu sekarang ialah masa inisiasi kamu dan memang telah begitu lama kamu menginginkannya, jadi kamu berikan sepenuh perhatian, jadi kamu nampak Dirimu, Cahaya (Syurga dalaman) dan dengar Bunyi Tuhan. Melodi itu ialah getaran dalaman kamu. Biasanya kita hanya bergantung kepada mata untuk melihat sesuatu. Kita tak nampak Cahaya (Syurga dalaman). Kita bergantung kepada telinga. Kita tak dengar apa-apa pun daripada Muzik Syurga dalaman. Menjadi buta tidaklah begitu buruk. Ketika Nabi Isa masih hidup, mereka kata Dia dapat sembuhkan orang buta. Ini disebabkan oleh inisiasi. Pada waktu inisiasi, kita ada anak murid buta sebelumnya, mereka nampak segala-galanya. Mereka nampak Cahaya Syurga dalaman, kadangkala lebih baik daripada kamu kerana mereka tiada apa-apa yang mengalihkan perhatian mereka dari dunia luar.

Rasanya saya akan duduk. Kasut tumit tinggi memanggil saya supaya duduk. Sebenarnya saya tak tahu mengapa saya perlu pakai kasut tumit tinggi sehingga mereka korek segala ramalan keluar. Kemudian saya kata, “Oh, macam tu! Tak hairanlah saya ditakdirkan memakai pakaian yang cantik. Kasut tumit tinggi sudah ditakdirkan dari Syurga.” Sebagai suatu perubahan, kan? Hingga kini, semua Guru atau Buddha sangat zahid hidup Mereka dan sangat tegas. Ini suatu perubahan untuk kamu lihat seorang wanita yang memakai pakaian, kasut dan barangan kemas yang cantik, kan? Kerana beramal adalah di dalam. Namun, saya juga berharap saya tak perlu buat semua ini. Ia mengambil banyak masa. Dah tentu, saya bertafakur padanya. Saya bermeditasi sementara melakukan ini dan semua ini. Ini meditasi yang baik juga tetapi saya harap saya tak perlu bermeditasi dalam fesyen sebegini. Adalah lebih selesa semasa kita hanya balutkan selimut pada diri kita, duduk di atas sofa, tutup mata juga dan berehat, tak perlu bertumpu di dalam dan di luar pada masa yang sama. “Oops. Itu ke? Tidak, bukan yang itu. Saya tak dapat. Saya tak dapat lakukan ini. Ini cangkuk, terlalu susah, terlalu kecil.” Mereka buat ini untuk wanita yang ada banyak masa. Masa ialah apa yang saya tiada. Saya ada segalanya yang lain. Sangat sedikit masa.

Dulu saya lebih baik. Maksud saya bercakap dgn lebih lambat, lebih lembut dan lebih sabar. Hari ini, saya kata, “Isi penting. Jangan cakap dengan begitu panjang. Saya tiada masa. Memang.” Kadangkala doktor cuba menjelaskan ubat saya. Saya kata, “Okey, doktor, kamu tulis dan hantar faks kepada saya.” Maksud saya, saya boleh baca dengan lebih cepat. Saya malah terlupa makan ubat, jadi saya tahu saya hanya makannya kadangkala apabila perlu, apabila ingat.

Doktor pun sudah tahu bahawa saya tak suka banyak ubat, suplemen atau bahan yang baik untuk kita pun, untuk usia tua, warga tua dan sebagainya. Dia berniat baik tapi dia tahu saya akan terlupa makannya, jadi dia meringkaskannya menjadi tiga sumber saja sekarang, tiga saja, dan sehari sekali saja. Tiga jenis ubat, tidak juga, suplemen. Dan sehari sekali saja. Saya tetap terlupa. Saya kata, “Doktor, saya malah terlupa cuci muka pada waktu pagi.” Dia kata, “Mana boleh kamu terlupa? Saya kata, “Saya terlupa.” Saya bangun daripada meditasi, tidur, dengkur atau apa-apa saja, kemudian saya melompat keluar, kemudian pergi lihat dokumen di depan saya. Kemudian saya tersangkut di sana. Saya terlupa segalanya yang lain.

Makanan di depan saya pun, saya tak makan sehingga semua dokumen telah siap diuruskan. Tapi saya tak boleh beritahu mereka supaya bawa makanan dulu dan bawa dokumen kemudiannya, kerana banyak kerja bagi satu orang. Kami semua sibuk. Satu orang masukkan makanan ke dalam bekas dan bawa kepada saya bersama dengan dokumen kerana kami tak tinggal bersama. Wanita sibuk dengan kerja-kerja yang berlainan. Jadi ada seorang lelaki tetapi dia tak ganggu saya. Itu bagus. Saya lebih suka jika dia seorang wanita supaya saya tak perlu risau tentang pemindahan tenaga. Mungkin kamu kata begitu. Tak apa, dia tak ganggu saya, tapi saya tak mahu dia perlu sentiasa berulang-alik.

Lagi kurang orang, lagi kurang pertukaran tenaga lagi baik untuk saya bertumpu. Lagi kurang gangguan tenaga luar yang berbeza lagi baik untuk saya. Dah tentu, sewaktu saya keluar ke sini, ada beribu-ribu daripada kamu, saya tak dapat kawal apa-apa. Ia di mana-mana saja. Tiada masalah. Tetapi sewaktu saya di rumah, saya cuba lebih bertumpu supaya dapat bekerja dengan efisien di dalam dan di luar. Jadi itu juga. Tapi saya juga tak nak buat orang bekerja lebih banyak daripada perlu kerana lelaki tinggal bersama di satu tempat dan saya tinggal berjauhan, terpencil, bersama anjing. Pembantu anjing datang dan pergi, datang dan pergi. Apabila tiba masa untuk menjaga, dia datang. Semasa tidak, dia balik. Jadi saya biarnya berehat. Kadangkala saya perlukan sesuatu dan menelefonnya. Saya kata, “Apa yang kamu buat sekarang?” Dia kata dia sedang makan. Kemudian saya kata, “Tidak, tidak. Maka kamu makan. Kamu makan. Mungkin lepas ini.”

Saya tak nak ganggu orang semasa tak perlu. Mereka sanggup. Cuma saya tak nak menyalahgunakan kemurahan mereka. Sebelumnya mereka bawa kepada saya pada awal pagi, sarapan, kemudian petang, makan tengah hari. Sarapan dan makan tengah hari, ada dua hidangan sehari. Tapi lepas itu saya kata, “Kamu hanya bawa makan tengah hari, itu dah cukup bagus.” Kerana dia perlu bangun pada awal pagi, mengambil masa meditasinya atau mengambil sedikit masanya bermalas di katil, dan saudara-saudara lain juga perlu bangun awal untuk memeriksa dokumen dan cetaknya untuk saya. Jadi sekurangnya tiga, empat orang perlu bangun awal. Jadi mereka tak dapat bermeditasi pada masa itu. Atau mungkin mereka letih daripada malam semalam, bekerja lewat dan tak dapat berehat pada waktu pagi, jadi lepas itu saya hentikan sarapan. Saya kata, “Bawa kemudiannya. Dokumen juga dibawa kemudiannya.” Jadi mereka dapat lebih banyak berehat, bermeditasi pada waktu pagi. Begitu pun, saya tak begitu lapar. Apabila saya lihat dokumen, “Whoa!” Saya lebih meminati itu daripada hidangan saya. Jadi macam itulah.

Mungkin kita akan bercakap tentang ini. Kita akan bercakap tentang Nabi Mahavira. Sangat bagus. Duduklah di sana. Kisah. Sekarang bukan waktu tidur. Kita masih ada masa, kan? (Ya.) Apa? ( Macam mana dengan Good Love? ) Ia dah semakin pulih sekarang. Saya ingat ia takkan pulih kerana ia begitu banyak menangis. Biasanya ia tak menangis. Ia bukan anjing yang bermanja. Ia tak menyalak pun semasa tak perlu. Ia anjing yang sangat senyap tapi begitu banyak menangis sehingga hati saya tak tahan. Tapi adalah bagus macam itu, berikan motivasi kepada saya untuk menghapuskan maya. Jika tidak, saya terlalu sibuk, lupa akan makhluk itu, sentiasa ganggu saya. Saya ada alasan yang baik kali ini. Saya kata, “Kau malah gunakan penipuan yang sangat kotor untuk buat si anak perempuan gigit ibunya. Itu terlalu keji. Aku tak boleh membenarkan kau berada di sini lagi.” Begitulah. Saya benar-benar marah, benar-benar rasa meluat. Saya kata, “Jika kau nak lawan sesuatu, lawanlah dengan aku. Kau jangan ganggu anjingku. Itu lebih teruk daripada apa-apa yang boleh aku bayangkan keji. Jadi aku tak wajar memikirkan kau lagi. Kau mesti pergi dari sini.” Tapi nasib baik saya bijak sikit, jadi dapat buat banyak kerja dengan cepat. Tapi jika saya kurang bijak, akan mengambil lebih banyak masa, lebih banyak kesusahan. Jika saya bercakap dengan lebih lambat, ambil lebih banyak masa, saya takkan ada masa yang mencukupi untuk kamu. Jadi saya mengemaskan segalanya dengan cepat sekali, saya makan sementara menguruskan dokumen atau menyaksikan klip yang perlu saya sunting. Ya! Sangat senang.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1341 Tontonan
2024-12-18
837 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android