Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sedarlah dan Menjadi Vegan pada Waktu Pembersihan Ini, Bahagian 4 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

SAYA HARAP SEMUA ORANG SEGERA SEDAR. JADI VEGAN UNTUK GUNAKAN TENAGA BELAS KASIHAN, KEMURAHAN, PEMELIHARAAN INI UNTUK MENYELAMATKAN ORANG KITA, DUNIA KITA.

Okey, saya akan baca sesuatu kpd kamu. Sekarang cicak tersebut beritahu saya ini, itu pada 24 Jun. Dan 25 Jun, apa yang kita ada di sini? Khamis, 25 Jun. Itu semalam, kan? (Semalam, ya.) Saya menulis di sini. Kadangkala saya lupa hari apa. Ini datang daripada Guru Tertinggi. Kerana saya rasa sedih. Saya berfikir, “Aku membantu dunia tapi mereka tak tahu akannya pun.” Contohnya. Tak cukup pantas bagi saya. (Ya.) Saya berfikir, “Apa lagi yang boleh aku buat?” Saya sedih dan berfikir, “Aku tak tahu sama ada aku nak teruskan. Bercakap dengan orang yang tak hirau.” (Faham. Ya.) Orang menderita macam itu dan saya rasa kecewa. Walaupun ia membantu, namun saya mahu sepenuhnya dan pantas. Jadi saya menyalahkan diri, mungkin saya tak buat dgn cukup baik. Jadi Guru Tertinggi beritahu saya dalam suatu mesej.

Saya ada tiga mesej semalam. Mesej nombor satu saya tulis di sini: “Engkau ialah Kasih Sayang, Orang Tersayang.” Itu apa yang dikatakan-Nya. (Ya, Guru.) Saya kata, “Terima kasih, Guru Megah. Kasihi Engkau juga.” Jadi, nombor dua: Pelindung saya beritahu saya, “Jangan memaafkan ini dan itu. Dia bersikap tidak hormat.” Dan perbuatan-perbuatan lain. Di dalam. (Ya, Guru.) Walaupun saya tak nampaknya. Jadi saya kata, “Tapi dia masih ganggu aku.” Saya masih memikirkannya, sama ada dia baik-baik saja atau tidak. Sama ada harus berlaku macam itu kepadanya atau tidak. Pelindung Ihôs Kư berkata, “Dalam masa tiga hari, engkau takkan diganggu lagi kerana dia akan berjauhan, kemudian dia ada sesuatu untuk dibuat. Maka dia takkan ganggu engkau.” (Ya, Guru.) Hanya dalam fikiran. (Ya, Guru.) Kerana saya tak membenci sesiapa pun. Walaupun Syurga beritahu saya bahawa dia lakukan ini dan itu dan bersikap tidak hormat, saya tak membenci sesiapa pun. Saya rasa bersimpati. Saya berfikir orang sebegini, saya harus lebih banyak mengajarnya. Tapi Syurga berkata, “Tidak. Ia perlu pergi dari sini, lebih baik untuk engkau.” (Faham, Guru.) Tiada orang yang berdekatan, hanya tinggal berdekatan saja. Bukan bersama saya. Sama seperti kamu. Seperti kamu. Hanya berdekatan, tak jumpa dgn saya. Saya tak berjumpa dengannya. Tapi sesuatu yang dibuatnya, Syurga tidak mengampunkan buat masa ini. (Ya, Guru.) Perkara astral. Tak apa. Saya tak nak beritahu dengan lebih lanjut. Dah tentu, saya syukur kpd Tuhan juga. Saya terlupa mengucapkan terima kasih kepada Mereka di sini dulu. Tak apa, kerana ini perkara yang begitu negatif. Mereka beritahu saya, saya terlupa ucap terima kasih. Nombor tiga... Siapa beritahu saya? “Bergembiralah. Semua syaitan telah hilang.” Ini daripada Syurga, daripada Pelindung saya. Bukan daripada cicak lagi. (Faham.) Jadi semua makhluk datang beritahu saya. Cicak pun bercakap sekarang. Saya tak pernah dengar mereka bercakap. (Itu berita yang mengagumkan.) Ia datang ke tepi pintu, menunggu saya keluar dan beritahu saya perkara sebegini. Labah-labah juga merayap ke dalam rumah saya dan beritahu saya itu. Makhluk Ihôs Kư juga beritahu saya mesej ini. (Sangat bagus.)

Kerana saya berfikir, “Mengapa dunia ini belum menjadi lebih baik?” Tak sebagaimana yang saya mahukan. Tak lebih baik sepenuhnya. Bukan Syurga dan kedamaian bagi semua orang. (Ya, Guru.) Masih kucar-kacir sekarang. Bukan sahaja wabak tetapi beratus-ratus ribu ekor haiwan mati juga kerana orang tak dapat jual. Orang bunuh mereka, beratus-ratus ribu ekor. Khinzir, lembu, ayam atau mink. Seluruh dunia juga dalam defisit. Disebabkan oleh wabak, orang tak bekerja. Mereka kurang produktif tetapi lebih banyak bayaran. (Ya, Guru.) Khabarnya hutang Amerika adalah sebanyak AS$30 trilion, sesuatu macam itu, bertrilion-trilion. (Ya, Guru.) Kemudian ada Ebola. Tapi barangkali lebih baik sekarang. Salmonela dalam ayam dan sebagainya. Dan selesema bermusim masih belum hilang. Melawat kita secara berulang kali Kadangkala itu juga membawa maut, sangat tak selesa dan banyak merosakkan badan. (Ya, Guru.) Kerana jika kita makan antibiotik, tak baik untuk badan juga. Penyakit sebelumnya pun seperti SARS, MERS dan sebagainya masih wujud di sesuatu tempat. Mungkin ia tak merebak dengan begitu cepat seperti COVID-19 tetapi ia masih merebak. (Ya, Guru.) Hanya kerana COVID-19 melitupi segalanya sekarang. Banyak pesakit kanser diabaikan. Orang merungut dan akhbar mencetaknya. Tuberkulosis juga diabaikan. Malaria, banyak orang yang hidapi jenis penyakit kronik atau penyakit berbahaya yang lain diabaikan disebabkan oleh situasi COVID-19. (Ya, Guru.) Sekatan pergerakan dan hospital menjadi penuh. Wabak ini adalah baru dan lebih cemas. Jadi banyak pesakit tak benar-benar dijaga dan mati. (Ya, Guru.) Terutamanya orang tua. Jadi bukan sahaja wabak yang membunuh orang, ada penyakit lain juga. Epidemik/pandemik lama yang lain masih merebak juga. Sekarang malah ada banjir, hujan mencurah, tanah runtuh di banyak tempat, bencana belalang juta di banyak tempat, pengurangan lebah dan kemarau di merata tempat juga. Petani tak berdaya. Tiada orang dapat bantu mereka. Dunia kita membimbangkan. Sesetengah orang khuatir disebabkan semua ini, kita akan alami kekurangan makanan. Kita sudah alaminya. SAYA HARAP SEMUA ORANG SEGERA SEDAR. JADI VEGAN UNTUK GUNAKAN TENAGA BELAS KASIHAN, KEMURAHAN, PEMELIHARAAN INI UNTUK MENYELAMATKAN ORANG KITA, DUNIA KITA.

Malah tekanan mental. Sesetengah doktor malah membunuh diri disebabkan oleh situasi ini dan mungkin virus menyerang otak mereka, jadi mereka tak dapat berfikir dengan jelas pun. Macam itulah. Jika tidak, saya lihat seorang doktor, begitu cantik, orang Amerika, membunuh diri macam itu. Dan banyak lagi. Banyak doktor, kakitangan hospital dan jururawat mati disebabkan oleh jangkitan. (Ya, Guru.) Kerana pada permulaannya, tiada orang bersedia untuk ini, jadi mereka tiada kelengkapan yang mencukupi untuk perlindungan, jadi mati. Bayangkan, orang yang berani ini. Kemudian di England, doktor dan jururawat yang sudah bersara kembali bekerja semula. (Ya, Guru.) Hanya untuk bantu kerana mereka diperlukan. Hospital memanggil mereka. Mereka kembali, berkorban dan mati. Banyak daripada mereka. (Oh, tidak!) Dengan begitu saja! Bayangkan? (Dahsyatnya, Guru.) Ya, dahsyatnya ! Kamu akan rasa macam mana jika kamu ialah ahli keluarga mereka? (Ya, begitu sedih.) Biasanya mereka dah bekerja keras sepanjang hidup. (Ya, Guru.) Kemudian sekarang mereka nikmati sedikit sisa masa mereka di Bumi, mereka perlu berkorban dan mati macam itu! Saya rasa tak adil. (Tak adil.)

Hanya untuk potongan daging itu! Berapa susah menghentikannya dan gantikannya dengan jenis protein yang lain, enak, baik? Bukanlah ia tidak enak. (Ya, Guru.) Kamu makan protein vegan setiap hari. Adakah kamu rasa kurang senang? (Tidak, Guru.) (Memang enak.) Tidak, kan? (Ya. Ia enak, Guru.) Apa perasaanmu sewaktu makan? (Kami sangat seronok menikmatinya.) Seronok menikmatinya, enak, kan? (Seronok menikmatinya. Ya, Guru.) Ya! Saya tahu itu. Saya tahu ia enak kerana sebelum kita buka seperti Loving Hut atau Syarikat Loving Food beberapa tahun yg lalu, mereka buat saya makan banyak makanan untuk merasa. (Ya, faham.) Ya Tuhan! Sesetengahnya buruk, sesetengahnya baik, tapi saya perlu makan dengan banyak sehingga saya tak mahu lagi. Saya kata, “Ambilnya pergi dari sini. Kamu makanlah. Kamu tahu lebih. Kamu makan setiap hari. Kamu seharusnya tahu lebih. Kamu merasanya.” Banyak orang merasa bersama lebih baik daripada saya saja, satu orang. Jadi jika kamu semua, banyak daripada kamu okey, makan makanan itu okey, kemudian kita boleh keluarkannya. Saya menjadi seperti tikus belanda. Mereka buat eksperimen makanan pada saya. Sewaktu bersuluk pun, saya perlu merasa makanan ini. Dalam suluk di Thailand, mereka bawa banyak dan saya perlu makannya, enak atau tidak. Tapi lepas itu, semuanya enak. Makanan yang enak, saya kata kita akan keluarkan. Saya juga makannya. (Ya, Guru.)

Rasanya saya tiada apa-apa lagi sekarang. Saya tak pasti. Labah-labah berkata begitu juga. “Bergembiralah. Semua syaitan ghairah telah hilang.” Jadi saya kata, “Terima kasih.” Di sini, apa yang saya kata, “Tiada mesej hari ini. Bekerja terlalu keras, berehat.” Saya berkata kepada diri sendiri. Jadi semalam, mesej ketiga menyatakan, “Bergembiralah. (Ya, Guru.) Semua syaitan telah hilang.” Daripada Dewata Ihôs Kư. Jadi saya kata, “Ya. Engkau kata begitu. Aku benar-benar ingin melihat dunia hidup aman damai dan penuh kasih sayang, sama seperti Syurga Tinggi. Bukan Syurga Astral, lebih tinggi.” Itu apa yang saya kata. Saya benar-benar nak lihatnya. Bukan hanya asyik berkata, janji saja. Kerana tenaga syaitan dan hantu ghairah, iblis dan sebagainya masih wujud di dunia ini. (Ya, Guru.) Walaupun maya telah hilang, tenaganya masih kekal wujud kerana mereka sudah menjangkiti manusia dan haiwan di planet ini sejak zaman dahulu lagi. (Faham, Guru. Ya.) Jadi walaupun mereka telah hilang, masa bertahun-tahun diperlukan untuk tenaga ini dibersihkan. Sebab itulah saya rasa kecewa. Sebab itulah saya berkata kepada Mereka, “Aku benar-benar nak lihat dunia ini aman damai, harmoni dan penyayang, bukan bercakap saja tentang itu.” Kerana dah terlalu lama untuk saya tunggu. Saya tak sabar, menunggu terlalu lama.

Apa ini di sini? Sesuatu tentang kata laluan komputer. Terlalu banyak tekanan kerana anak murid, kakitangan dll. Saya tak nak katakannya. Hanya kesusahan. “Tapi keadaan akan menjadi baik,” saya berkata kpd diri sendiri. (Ya, Guru.) Saya perlu sentiasa positif. Saya menulis tentang saya telah menerima mesej Ketua Lane dan membalasnya. Khamis, 18 Jun, saya letih, dan seperti biasa, menderita, melihat orang menderita di luar dunia saya. Jadi saya merungut, berkata, “Kau asyik kata keamanan akan datang. Jangan kata lagi, aku tak nak dengar. Kemudian Engkau asyik kata kasih sayangku akan menang. Bolehkah manusia rasainya pun, kasih sayang ini? Haiwan rasainya pun?” Jadi saya tanya Syurga, “Jadi apa gunanya bercakap tentang kasih sayangku akan menang? Mereka tak rasai apa-apa pun. Sebab itulah mereka terus membuat apa yang mereka buat.” Jika mereka rasai kasih sayang saya, mereka akan rasai perubahan semerta. (Ya, Guru.) Mereka akan berubah. Mereka akan mengetahui apa itu. Mereka akan benar-benar tahu apa itu tenaga yang saya bawa dan mereka akan berubah. Jadi saya kata, “Maka mengapa? Mengapa mereka tak rasai kasih sayangku jika Engkau asyik kata kasih sayangku akan menang?” Jadi Mereka berkata kepada saya di sini... Saya dah lupa siapa beritahu saya tapi ia dalam kurungan di sini. Saya memetik ini. Dalam tanda petik, “Kasih Sayang Tertinggi tak tinggalkan kesan.” “Dewata OU (Alam Semesta Asal).” Saya kata, “Aku tak rasai kasih sayang aku sendiri pun.” Kerana dalam badan manusia, kita terhad. (Ya, Guru.) Sibuk juga. Kadangkala terlalu banyak beralih ke luar dan kurang alih ke dalam, itu sebabnya. Jadi Mereka kata, “Kasih Sayang Tertinggi tak tinggalkan kesan.” Saya ingat Mereka akan katakan sesuatu yang lain. Tapi perkataan ‘tak tinggalkan kesan’, saya tak tahu dah berapa banyak dekad saya tak gunakan. Saya tak ingat perkataan ini. Saya ingat Mereka akan katakan sesuatu yang lain tapi ini apa yang Mereka katakan kepada saya, ‘tak tinggalkan kesan’. “Kasih Sayang Tertinggi tak tinggalkan kesan.” Saya sangat gembira dengan perkataan itu. Kerana Mereka gunakan perkataan yang baik. (Ya, Guru.) Perkataan yang baik sukar nak cari bagi penulis, atau bagi wartawan mencari perkataan yang baik. (Ya.) Perkataan yg sesuai, itu suatu keriangan. Itu suatu keseronokan. Jadi Mereka jumpainya.

16 hb, Selasa... Ia bukan untuk kamu. Kemudian labah-labah pun datang beritahu saya, seekor lagi. Yang lebih awal, bukan yang semalam. Seekor lagi berkata, “Bergembiralah. Keamanan akan datang.” Berapa lama, berapa banyak masa, tapi saya tak nak beritahu kamu. (Ya, Guru.) Saya kata, “Okey. Ya Tuhan, terima kasih. Aku sakit hari ini.” Pada asalnya saya ingat saya tak dapat bercakap dengan kamu, dan saya mengatakan sesuatu, “Tolong semak ini sekali lagi dalam komputer.” (Ya, Guru.) Bagi kamu, salah satu daripada kamu barangkali ada perkataan itu drpd saya, daripada salah satu rancangan. Itu bukan rancangan yang sangat susah. Rancangan yang baik tetapi tak begitu berisiko atau perlukan banyak perhatian. Jadi saya menulis kata-kata, “Tolong semak sekali lagi.” Itu pada hari tersebut, tapi lepas itu saya pulih sikit, kerana saya kata saya tak boleh sakit. Saya kata, “Kau bangun, pergi bekerja. Itu saja. Tak sakit lagi!” Kuasa ghairah masih wujud di Bumi sehingga 2000... dll. 17 Disember. Saya tak nak beritahu kamu tahunnya. (Faham.) Tapi 17 Disember, 2000 sesuatu. Itu dah banyak. (Ya, Guru.) Sebab itulah semut, nyamuk, zombi masih aktif. Macam itu. Seorang saudaramu tanya sama ada dia boleh hantar buah-buahan kpd saya. Saya kata tidak. Saya mahu ketenangan, tak mahu buah.

Kemudian yang seterusnya, itu 15 Jun. (Ya, Guru.) Yang seterusnya, saya menulis sesuatu tentang cahaya di Kutub Utara, tentang cahaya di Kutub Utara, aurora borealis. Saya tulisnya di sini secara rawak kerana saya nampaknya di Supreme Master TV dalam sesetengah rancangan kita. (Ya, Guru.) Kadangkala mereka memperkenalkan negara, kemudian mereka paparkan cahaya utara ini.(Ya, Guru.) Saya nampaknya, jadi tulis di sini. “Cahaya hijau, cahaya utara di Kutub Utara adalah daripada teknik orang bawah tanah (Oh, wau!) untuk mengelirukan arah pengembara. Kalau-kalau sesiapa nak pergi ke sana, mereka akan tersesat dan tak dapat cari pintu masuk ke tempat tinggal mereka.” Sebab itulah mereka wujudkan cahaya di sana, kerana itu bukan hanya cahaya, ia ada tenaga. (Faham. Ya, Guru.) Mengelirukan fikiran. Sangat sedikit orang dapat cari tempat bawah tanah ini kerana pintu masuknya, mereka letak sesuatu untuk buat kita... meskipun kita temui pintu masuknya, kita tak dapat masuk. (Ya, Guru.) Kita tak dapat cari pintu masuknya. Kita boleh menjadi keliru. Sama seperti sesetengah gas boleh buat kita mengantuk atau relaks. (Ya, Guru.) Klinik doktor gigi ada jenis-jenis gas yang berlainan untuk menenangkan kita. (Ya, Guru.) Sama juga. Jenis cahaya ini ialah penghalang kepada penceroboh. Saya tak menyalahkan mereka. Cara kita di permukaan Bumi, saya tak nak sesiapa melawat saya juga. (Faham, ya.) Hanya bawa kesusahan, penyakit, kesedihan, perlawanan, peperangan dan sebagainya. (Ya, Guru.) Semua orang takut pada kita. Saya tak menyalahkan mereka. Mereka lebih rela tinggal di bawah tanah. Saya tak bayangkan menyeronokkan tinggal di bawah tanah. (Tidak, Guru.) Kamu rasa tinggal di bawah tanah adalah bagus? (Tidak.) Boleh lebih gelap. Tapi mereka buat cahaya sendiri, matahari sendiri dan tenaga sendiri, jadi cukup terang. Cuma memikirkan orang hidup ditanam di bawah bumi adalah menakutkan. (Ya, Guru.) Tapi lagi menakutkan menaik ke atas sini, tinggal bersama kita. Sebab itulah mereka tak nak menaik ke atas sini untuk tinggal bersama kita. (Benar.) Saya tak menyalahkan mereka. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android