Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sedarlah dan Menjadi Vegan pada Waktu Pembersihan Ini, Bahagian 2 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Syaitan ghairah sudah hilang. (Oh, wau! Ya! Wau!) Mungkin hanya beberapa kes tetapi bukan tak dapat diurus. (Wau! Ya, Guru. Terima kasih.) Saya dah tahu, cuma Dewata beritahu saya. (Wau!)

Saya tak tahu mengapa mereka tak mengambil langkah untuk melindungi diri. Adalah menyakitkan hati melihat orang merisikokan nyawa macam itu, macam nyawa mereka tak berharga, atau nyawa anak mereka tak berharga, atau nyawa jiran, kawan, teman lelaki, suami, isteri mereka tak berharga. Kerana jika mereka sakit, mereka menjangkiti keluarga juga, (Ya, Guru.) sebelum mereka mengetahuinya. Itu masalahnya. (Ya, Guru.) Penyakit ini, kita tak tahu pun sama ada kita hidapinya atau tidak. (Betul. Ya.) Meskipun kita hidapinya, ia ambil masa utk tunjukkan simptomnya. Faham? (Ya, Guru.) Kadangkala ia ambil masa lebih panjang daripada 14 hari saja. Mereka kata di atas permukaan sejuk (beku) pun, virus ini boleh hidup sehingga tiga bulan. (Wau!) Banyak orang ialah jenis pembawa penyakit tanpa simptom dan tiada orang yang tahu, orang itu sendiri pun tidak. Itu bahayanya. (Ya, Guru.) Dan masih belum ada vaksin. Nasib baik sekarang mereka telah menemui ubat untuk menyembuhkan sesetengah orang. Ia mujarab. Biasanya ia merawat keradangan, contohnya. Tapi ia membantu dalam situasi ini kerana simptomnya ialah keradangan. Pakar perubatan mengatakan bahawa badan kita bereaksi kepada serangan virus ini. Oleh sebab badan kita bereaksi, kadangkala melampau. (Ya, Guru.) Sebab itulah keradangan berlaku di dalam. Jadi mereka gunakan ubat keradangan untuk diberikan kepada mereka tetapi hanya apabila kita dah hampir… Ya Tuhan. Mereka kata ubat ini mujarab bagi kes serius saja. (Ya, Guru.) Bayangkan itu? Kita perlu tunggu sehingga dah sakit tenat baru mendapat itu. (Wau!) Dan bukan semua orang disembuhkan. Ia memang membantu seseorang tetapi bukan semua orang. Jadi kita tak tahu sama ada peluang kita satu dalam sejuta atau tidak sama sekali. Ya Tuhan. Saya rasa risau, jadi beritahu kamu. Tapi orang di luar, mereka tahu, kan? Atau tidak? (Mereka tahu, Guru.) Jika mereka tahu itu, mengapa berarus-ratus ribu orang pergi ke pantai macam itu di England semasa kes wabak ini semakin bertambah, (Ya.) bukan semakin berkurangan? ( Guru, kadangkala kerajaan tak membuat garis panduan yang begitu jelas, jadi orang keliru. Penasihat dan pakar perubatan kata kita perlu mengikut segalanya dengan jelas sekali kerana ini sangat penting. Tapi kadangkala ahli politik tak buatnya jelas sangat, jadi orang keluar dan menyebarkannya, Guru. ) Ya, dan buatnya lagi teruk. (Ya, Guru.)

Memprotes dan sebagainya tak membantu sama sekali. (Ya, Guru.) Apa gunanya memprotes dan biar kerajaan ada tekanan, kemudian, okey, mereka biarkan kita pergi bekerja, dan jika kita dijangkiti penyakit ini, apa kebaikannya kepada keluarga kita? (Ya, Guru.) Apalagi kepada kita sendiri. Jika kita tak pedulikan diri sendiri, bagaimana dengan keluarga, kawan, (Ya, Guru.) haiwan kesayangan kita? (Ya, Guru.) Haiwan kesayangan pun kena jangkitan ini. (Ya, Guru.) Sesetengah kucing dikuarantin, sesetengah anjing, (Ya Tuhan.) khabarnya. (Ya.) Saya nampaknya. Saya tiada masa untuk menyaksikan semua itu, hanya lihat sepintas lalu. Melihat sepintas lalu berita kalau-kalau ada apa-apa yang perlu saya beritahu orang atau beritahu kamu untuk melindungi kamu dan orang, apa-apa saja yang saya boleh. (Terima kasih, Guru.) Jika tidak, saya tak menyaksikan berita atau apa-apa pun, tak tahu dah berapa banyak tahun. (Terima kasih, Guru.) Saya tak perlu. Saya terlalu sibuk, tak dapat lakukan semua itu. (Ya, Guru. Terima kasih.) Tapi sewaktu bersuluk pun, saya perlu risau tentang ini kerana orang begitu banyak menderita. Saya tak boleh hanya sendiri tenang. (Ya, Guru.) Mereka begitu banyak menderita di mana-mana saja. Terutamanya kanak-kanak, bayi. Dahsyatnya ini. Dahsyatnya. Saya tak tahu bila mereka akan sedar. Saya lihat trend vegan menjadi semakin meluas sekarang. ( Sangat meluas. Ya. ) Tapi begitu pun, tak cukup meluas untuk hentikan wabak ini. Orang juga tak dengar kata-kata pakar dan keluar, merisikokan nyawa macam itu, hanya untuk menunjukkan mereka hebat. Penyakit ini tidak hebat. Seperti sesetengah kanak-kanak, organ dalaman mereka gagal kerana virus benar-benar menyerang semua organ dalaman di mana-mana saja boleh. Ia tersebar dengan cepat sekali sehingga organ gagal dengan cepat. Ia gagal satu demi satu atau gagal bersama, jadi doktor tak dapat buat apa-apa pun. Bukan hanya demam atau sakit kepala, itu organ dalaman yang gagal (Wau! Ya.) hari demi hari. Dan begitu singkat, begitu cepat. Sementara itu, mereka rasa sakit, menderita. Keluarga juga menderita semasa dan selepas itu. Begitulah. Tiada orang yang beranak mahu mereka mati pada usia yang begitu muda macam itu. (Tidak.) Mereka akan hancur hati, keluarga-keluarga itu. (Ya, Guru.) Hancur hati. Semua orang akan begitu. Saya berdoa tetapi tak banyak yang dapat saya buat. Berdoa, bermeditasi. Jika tidak, ia akan menjadi lagi teruk. (Terima kasih, Guru.) Itu apa yang saya nak beritahu kamu supaya menjaga diri. ( Kami akan menjaga diri. Terima kasih, Guru. Jagalah diri juga, Guru. )

Bilik makan malam baru, kamu dah gunakannya? (Ya, Guru.) Kerana ia ada penyaman udara. (Ya, Guru. Dingin.) Sewaktu makan, panas, kamu duduklah di dlm sana. (Ya, Guru.) Biasanya tak terlalu panas tapi semasa kamu makan makanan panas, ia menjadi lebih panas. (Benar, Guru.) Sekarang sudah musim panas. (Ya, Guru.) Jadi kamu harus duduk di dalam bilik yang lebih dingin dan nikmati hidanganmu tanpa berpeluh sementara minum sup. (Terima kasih, Guru.) Kamu minum sup panas dan peluh mengalir keluar. Ini seperti penyama (Betul, Guru.) untuk cuaca. Jadi apa gunanya minum sup? Jadi jika kamu duduk di dlm bilik dingin, rasa sup akan menjadi lebih enak. (Benar, Guru. Ya.) Dan kamu tak perlu sibuk, sebelah tangan menyudu sup, dan sebelah tangan yang lain mengesat peluh. Begitu sibuk. (Ya.) Apa-apa lagi yang kamu perlukan yang saya tak tahu? ( Kami tak perlukan apa-apa pun, Guru. Kami baik-baik saja. Kami gembira, Guru. Terima kasih. ) Bagus. Saya berfikir nak berbual dengan kamu seketika untuk biar kamu tahu bahawa saya masih hidup. ( Terima kasih, Guru. ) Supaya kamu jaga kelakuanmu. Faham? Jika tidak, mungkin kamu fikir, “Guru tiada di sini. (Tidak, Guru.) Di manakah dia? Dia tak nampak kita.” Saya nampak segalanya. (Ya, Guru.) Kamu tahu, kan? ( Ya. Kami tahu, Guru. ) Saya letak iPhone di depan saya tetapi kadangkala ia tutup dgn sendirinya. Saya tak tahu mengapa, kerana saya bernafas, agaknya. Atau saya bercakap dengan terlalu kuat. Telefon kamu okey di sana? (Ya, Guru. Okey.) Mungkin kamu rakamkan separuh, saya rakamkan separuh dan kita akan gabungkannya. Lebih baik daripada tiada apa-apa pun. (Ya, Guru.) Dan yang selebihnya hanyalah gelak ketawa dan yang bukan-bukan. Itu kita boleh lakukan lepas ini untuk dimasukkan balik ke dalamnya. Itu bahagian yang senang, kan? (Ya, Guru.)

Kamu tahu tak? Ada berita yang sangat baik. Saya tak tahu sama ada boleh beritahumu, saat. ( Beritahulah, Guru. Guru, beritahulah kami. ) Saya tahu. Saat. Saya perlu tanya. Saya perlu tanya sama ada mendatangkan kesan. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Bersabarlah, saat. Syaitan ghairah sudah hilang. (Oh, wau! Ya! Wau!) Mungkin hanya beberapa kes tetapi bukan tak dapat diurus. (Wau! Ya, Guru. Terima kasih.) Saya dah tahu, cuma Dewata beritahu saya. (Wau!) Labah-labah pun masuk ke dalam. Saya tak tahu bgmn ia menyelinap masuk. Saya tinggal di dalam bilik yang lebih bertamadun, kira-kira lima hingga enam meter persegi. Ini dah cukup besar bagi saya. Saya perlu bersihkannya. Jika lebih kecil, saya tak perlu banyak membersih. Tapi tak apa, ia dapat diurus. Saya tak tahu bgmn ia masuk ke dalam. Jadi saya tanya, “Bagaimanakah kau masuk ke dalam sini?” Ia kata, “Kuasa ajaib.” (Oh, wau!) Ia menceraikan diri. Sesetengah orang pada zaman dahulu dapat buat begitu. Haiwan dapat. (Wau!) Ada sebuah kisah tentang seekor anjing yang dikurung di dalam rumah dan seekor anjing yang merupakan kawannya sakit di sesuatu tempat yang lain. Jadi ia keluar macam itu, menembusi dinding. (Wau!) Semua mangga dan segalanya masih dalam keadaan baik. (Wau!) Mereka tak tahu bagaimana ia keluar. Tiada tingkap, mangga yang dibuka, tiada lubang pada dinding, apa-apa pun. Mereka tak tahu ia pergi ke mana sehingga kawannya berkata, “Ia di sini.” (Wau!) Kerana mereka sangat terkejut. Kisah sebenar. (Ya, Guru.) Saya terbacanya di sesuatu tempat. Mungkin kamu mengetahuinya juga. Kadangkala saya bertuah. Saya hanya duduk di dalam pesawat, ambil senaskhah surat khabar dan ternampak sesuatu macam itu. Atau berita baik di TV. Jadi saya boleh beritahu kamu itu. (Terima kasih, Guru.) Ia (labah-labah) masuk ke dalam dan saya kata, “Hei! Kau, labah-labah besar, apa hal?” Saya cakap macam orang Amerika sekrg. “Apa hal?” Saya tinggal di Amerika beberapa tahun dan menjadi sedikit macam separuh diamerikakan. (Ya, Guru.) Saya keluarkan kata-kata yang saya tak berani kata sebelumnya, bergantung kpd berapa marahnya saya. Biasanya tak dapat. Saya berkata kepadanya, “Apa hal?” Sesuatu kau nak beritahu aku?” Ia merupakan posmen. Jadi ia kata, “Ya, bergembiralah. Semua syaitan ghairah dah hilang.” Itu apa yang dikatakannya. (Wau!) Tepat-tepat kata-katanya. Saya tanya, “Ada apa-apa lagi?” Ya, teruskan. Teruskan, tepuk tangan. Saya sendiri juga tepuk tangan. Saya menampar diri sendiri kerana tangan saya sibuk. Okey, bagus.

Kamu tahu tak, cicak pun... Biasanya cicak tak bercakap dengan saya sebelumnya. Kamu tahu tak salamander? (Ya, Guru.) Atau cicak yang lebih berwarna-warni pada belakang mereka dan lebih besar daripada cicak yang memanjat dinding. (Ya, Guru.) Yang ini juga boleh memanjat dinding tapi mereka lebih banyak tinggal di taman di luar. Mereka pun datang beritahu saya. Saya buka pintu dan keluar. Ia dekat dengan pintu saja. Saya cuci pakaian dan ingin gantungnya di luar. Saya khuatir jika saya berjalan, ia akan melarikan diri. Jadi saya kata, “Okey. Aku akan gantung pakaian lepas ini.” Tapi ia kata, “Tiada masalah. Aku tak takut pada engkau.” Jadi ia berdiri di sana saja dan tak bergerak. (Ya, Guru.) Sehingga ia beritahu saya berita, “Anak murid buruk juga dah hilang.” Ia berkata macam itu, jadi, “Bergembiralah.” Saya kata, “Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.” (Terima kasih. Wau!) Kemudian saya ambil gambarnya. Saya telah hantarnya, tiga keping foto. Saya ambil banyak kerana pada mulanya saya ingat ia akan takut pada saya, jadi saya berada jauh sangat darinya. (Faham.) Jadi foto sangat kecil. Lepas itu, ia tak bergerak, jadi saya kata, “Boleh aku pergi lebih dekat sikit?” Ia tak kata apa-apa pun, jadi saya pergi semakin dekat, jadi saya malah di atasnya. Saya duduk di sebelahnya. Kemudian saya ambil seluruh gambar, jadi saya padamkan semua yang kecil. Yang lebih besar saya simpan. Kemudian saya pergi ke depan mukanya dan ambil gambar mukanya, kemudian ia bergaya untuk saya. (Wau!) Pada asalnya, ia tak bergerak, tapi saya kata, “Aku ambil gambar mukamu,” dan ia berpusing ke satu belah. (Ya.) Kemudian bagi foto lain, ia berpusing ke belah lain atau mendongak dan sebagainya. Tapi saya memilih tiga saja kerana itu dah cukup bagi cicak, kan? Saya kata, “Kau akan disiarkan di TV. Aku harap mereka akan pilih kau. Ada persaingan kerana terdapat banyak haiwan di TV, jadi saya harap mereka juga akan biar kau berpeluang untuk muncul di TV.” Kemudian ia bergerak sikit, kepalanya di sini, kepalanya di sana, tapi ia tak bergerak ke mana-mana pun. (Wau!) Biasanya haiwan liar ini atau cicak, apabila kita dekat, mereka larikan diri, kan? (Ya, Guru.) Ia tak lari sama sekali. Ia hanya duduk di sana. (Wau!) Jadi saya mengambil kira-kira 12 keping gambar dan ia tak bergerak, apa-apa pun. Saya duduk di depannya juga kerana ia kecil. Jadi jika kamu lihat mukanya besar, ini bermakna saya dekat sangat. (Ya, Guru.) Saya lebih kurang sejauh sepuluh inci, bukan, sepuluh sentimeter saja (Wau!) darinya. (Ya, Guru.) Sesuatu macam itu, di depannya juga. (Ya.) Tapi ia tak lari ke mana-mana pun. Itu waktu kita tahu bahawa haiwan nak beritahu kita sesuatu. Sama seperti labah-labah. Atau mata mereka bercahaya. (Ya.) Ia hampir sama dengan penunjuk merah. (Penunjuk laser.) Hampir sama dengan itu tetapi bersinar dengan warna-warna yang berlainan, bukan warna merah. Saya hanya berkata begitu supaya kamu tahu macam mana rupanya tetapi warnanya bukan macam itu. Warnanya ialah cahaya keemasan. Cahaya yang tidak jauh sangat tetapi macam dua lampu suluh kecil, bersinar. Itu waktu mereka nak menyampaikan sesuatu kepada kita.

Seperkara lagi, ketika saya lihat sepintas lalu berita, saya nampak seekor labah-labah besar di sesuatu tempat di Amerika. Ada seorang wanita yang nampak labah-labah besar. Dia kata dia tak pernah lihat labah-labah yg begitu besar sebelumnya. Ia lebih besar daripada tapak tangan. (Wau!) Jadi saya berfikir, “Saya pernah lihat itu sebelumnya.” Masih ingat saya beritahu kamu labah-labah itu sangat besar? ( Ya, Guru. ) Saya berfikir, “Saya pernah lihat itu sebelumnya.” Wanita itu sangat takut. Dia memanggil suaminya untuk tangkapnya di dalam kotak besar, bekas, (Ya.) untuk menelefon ejen, orang yang sewakan rumah kpd mereka. Jadi ejen datang dan berkata bahawa dia “sanggup membawanya pergi dari situ utk kamu.” Itu apa yang dikatakannya. (Ya, Guru.) Tapi labah-labah itu berpaut pada tingkap, tak bergerak! (Wau!) Itu bagaimana suaminya dapat menangkapnya. (Ya.) Tapi labah-labah itu nak beritahu keluarga itu supaya ingat akan sesuatu. Ia mengatakan sesuatu macam, “Jangan cintai orang yang tak betul.” (Wau!) Saya tak nak beritahu kamu siapa. Saya tak tahu siapa juga. Tapi itu apa yang saya dengar daripada labah-labah itu melalui gambarnya. (Wau!) Tapi dah tentu, wanita atau lelaki itu tak dengar apa-apa macam itu. (Ya.) Saya tak nak kata lebih tentang hal peribadi mereka. (Ya, Guru.) Kamu tak tahu siapa mereka, jadi tak menjadi hal. Saya tak tahu mereka tinggal di mana pun. Saya pun dah lupa di mana itu. Hanya kata, “Jangan cintai orang yang tak betul.” Bayangkan itu? Mereka boleh beri amaran kepada kita. Jika saya kenali wanita itu, saya akan beritahu dia, tapi itu bukan hal saya. Saya tak boleh beritahunya. Saya tak boleh beritahu sesiapa pun. Jika dia mengupah saya dan berikan wang, saya akan beritahu. Malah bercakap dengan labah-labah sewaktu bersuluk. Mesej disampaikan macam itu. (Ya, Guru.) Kerana saya tahu labah-labah itu nak menyampaikan sesuatu. Jika tidak, ia akan rasa takut dan larikan diri apabila manusia begitu dekat dengan tingkap macam itu. Tingkap itu lut sinar. (Ya, Guru.) Mereka akan melarikan diri dari kita.

Semua serangga, apabila nampak kita, mereka lari. Ular pun. Kecuali sesetengah situasi luar biasa apabila terdorong oleh syaitan ghairah, hantu ghairah atau sesuatu. Jika tidak, ular juga bersembunyi dari kita. (Ya, Guru.) Atau mereka tak berani mendekati kita. Harimau dan singa pun macam itu. Mereka tak sepatutnya menyerang manusia. Keadaan yang sangat jarang, sesuatu mendorong mereka. (Ya, Guru.) Atau ajal orang itu dah tiba dalam situasi sebegini. Jadi mereka perlu melakukannya. Jika tidak, harimau, singa tak nak makan kita. Saya rasa bukan kita kerana kita adalah vegan dan merupakan makanan yang membosankan. Hanya tauhu, rasa seperti tauhu. Jadi kita lebih selamat bagi hidung mereka. Bau kita tak begitu busuk. Pemakan daging ada begitu banyak rempah yang dibubuh. Jika tidak, daging tiada rasa. Mungkin rasanya hanyir, seperti ikan dan sebagainya, berbau busuk. (Ya, Guru.) Jadi mereka bubuh banyak rempah, bawang putih, bawang besar dan sebagainya, (Benar itu.) jadi mereka berbau dari sejauh berbatu-batu lagi. Jadi mungkin ia membangkitkan selera makan binatang liar ini. Jika tidak, mereka tak makan manusia. Mungkin, mana tahu, hari ini, semua hutan banyak ditebang. (Ya.) Jadi mereka kehilangan habitat dan makanan mereka, jadi mereka keluar dan menyerang orang kerana terlalu lapar atau sesuatu. Saya tak tahu. Tapi jarang. (Ya, Guru.) Binatang liar pun, mereka jarang menyerang manusia. (Ya, Guru.) Saya tak tahu mengapa saya beritahu kamu begitu banyak perkara. Satu perkara bawa kepada perkara lain. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android