Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mesej CEMAS Mahaguru Ching Hai kepada Semua Pemilik Perniagaan Daging Haiwan & Ladang Ternakan, Industri Perikanan, Telur, Susu, Bulu, Ujian Makmal, Kosmetik dan Kulit Juga

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Para peniaga, kumpulan perniagaan daging haiwan dan pemilik ladang ternakan yang dikasihi, pengusaha industri perikanan, telur, susu, bulu, ujian makmal, kosmetik dan kulit juga: Berilah perhatian kerana ini sangat penting kepada anda. Anda mesti mengetahui ini sebelum terlambat bagi anda. Ini ialah sebabnya neraka akan menghukum anda: … Mungkin anda tak lakukannya secara sengaja. Mungkin anda tak memikirkannya tapi anda memang mesti memikirkannya kerana ia berkaitan dengan anda. Anda akan pergi ke neraka dan lagi banyak menderita, seribu kali lebih banyak daripada haiwan dan orang yang menderita ini disebabkan perniagaan anda yg menumpahkan darah. Saya bukan menyumpah. Darah ada pada tangan anda, pada badan anda, dalam rambut anda, dalam perut anda, dalam nafas anda, dalam peparu anda, dalam kereta anda, di rumah anda, dalam makanan anda, dalam kasut anda, kasut kulit yang anda pakai, segala-galanya. Semuanya berdarah, penuh dengan darah. Patah baliklah sementara masih boleh. Mulakan kehidupan baru. Saya berjanji akan campur tangan dengan Syurga bagi pihak anda. Kerana saya juga kasihi anda walaupun anda telah membuat kesilapan. Jadi berhentilah membunuh. Hentikannya sekarang juga dan bertaubat supaya belas kasihan Tuhan takkan terhalang untuk anda dan orang tersayang. Semoga Tuhan bantu anda menjadi segera sedar. Teruslah saksikan untuk mendapat tahu lebih banyak. Ini video mesti disaksikan yang amat direkomenkan!

Para peniaga, kumpulan perniagaan daging haiwan dan pemilik ladang ternakan yang dikasihi, pengusaha industri perikanan, telur, susu, bulu, ujian makmal, kosmetik dan kulit juga: Adalah sukar bagi saya cari anda, dan kesuntukan masa sekarang. Saya seorang wanita yang sangat sibuk, jadi saya bacanya dalam siaran di televisyen saya. Berilah perhatian kerana ini sangat penting kepada anda, begitu penting sehingga saya perlu meluangkan masa saya yang berharga sewaktu bersuluk. Sekarang saya masih bersuluk tetapi saya meluangkan masa untuk memberitahu anda. Anda mesti mengetahui ini sebelum terlambat bagi anda. Jika anda tiada masa untuk dengar, maka anda boleh muat turun ini atau seseorang akan muat turun dan cuba hantarnya kepada anda. Saya pasti sesetengah orang tahu di mana anda walaupun saya tidak. Muat turunlah mesej ini dan dengar secepat mungkin. Secepat mungkin.

Saya sedang bersuluk. Saya tak tahu bila saya akan keluar. Saya sudah memikirkan ini untuk suatu ketika masa sebelum saya bersuluk lagi, walaupun ia ambil masa berhari-hari, malah berminggu-minggu dan bermalam-malam untuk menulis skrip ini, bagi saya sendiri, ia sangat berharga – masa yang saya ada. Oleh itu, dalam keadaan tergesa-gesa, walaupun saya telah memikirkannya untuk masa yang panjang, namun dalam masa yang begitu singkat, mungkin sesetengah perkara masih terlepas. Tetapi ini seharusnya dah cukup untuk pengetahuan anda. Ini ialah sebabnya neraka akan menghukum anda:

A. AMALAN TAK BERETIKA

1) Anda memberikan beberapa ratus dolar dan buat pekerja menjual hati nurani mereka. Mereka tiada pekerjaan lain, mungkin, di kawasan terpencil anda di mana anda sembunyikan dosa bunuh daripada dunia.

2) Atas perbuatan menggoda ibu bapa penyayang dengan daging murah, bersubsidi, berdarah yang disembunyikan dan mengurangkan harga dengan wang pembayar cukai supaya mereka belinya dan memaksa bayi, anak dan diri sendiri makan juga, biasanya tidak menyedari segala bahan kimia, racun tambahan, hormon dan sebagainya dalam potongan bangkai itu.

3) Atas perbuatan memperoleh wang dan hidup kaya dengan kesakitan dan penderitaan beratus-ratus juta manusia dan haiwan setiap hari.

4) Atas perbuatan bazirkan berbilion-bilion wang hasil titik peluh pembayar cukai, sentiasanya.

5) Atas perbuatan merasuahi entiti politik dengan melobi dengan wang tunai dan taktik anda supaya mereka tidak dapat bersuara menentang anda, dengan sendiri sudah begitu sibuk. Jadi anda bebas mencacatkan, meracun dan membunuh haiwan, penghuni bersama kita. Bukan sahaja haiwan tetapi juga manusia dari segi mental, rohani, fizikal, sebagai kesan memakan haiwan dan menggunakan produk haiwan.

B. KESAN KESIHATAN

1) Atas perbuatan meracun manusia termasuk kanak-kanak dan haiwan dengan daging, telur yang penuh dengan segala jenis bahan kimia atas nama perubatan, dengan dos yang membahayakan kesihatan orang.

2) Atas perbuatan menghabiskan berbilion-bilion zilion wang negara disebabkan penyakit kritikal dan menghabiskan berzilion-zilion gazilion wang hasil titik peluh rakyat untuk segala rawatan yang berkaitan dgn daging.

3) Atas perbuatan menyebabkan banyak kesedihan, penderitaan dari segi fizikal, emosi, mental terhadap manusia yang tidak meraguinya, yang menjadi cacat, tempang, lumpuh, mati terseksa, serta ahli keluarga dan kawan yang kematian orang tersayang.

4) Atas perbuatan memisahkan keluarga dan kawan disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan daging, kematian dan kesannya.

5) Atas sebab kawan dan kenalan yang kehilangan nyawa akibat penyakit dan penderitaan, disebabkan oleh kononnya ‘industri’ anda yang tidak bermoral, berlumuran darah, membunuh, lebih kejam daripada neraka. Industry daging.

6) Atas sebab kesihatan peribadi haiwan penyayang, kerana perlakuan anda yang dahsyat, buruk terhadap haiwan yang kesian, tak berdaya, tak berdosa menyebabkan mereka tidak dapat tidur, marah, sedih, terseksa, jadi kurang efisien dalam misi mereka untuk Tuhan dan umat manusia, atau dalam sebarang kerja duniawi pun.

C. MEMUSNAHKAN PLANET KITA

1) Atas menyebabkan kecemasan iklim dengan cara penternakan haiwan yang memerangkap haba, membebaskan metana demi untung dan tidak mempedulikan nyawa berbilion-bilion hidupan di planet kita termasuk spesies berharga yang telah hadapi ancaman kepupusan dan banyak daripadanya sudah berada dalam senarai kepupusan.

2) Atas menyebabkan penyahhutanan dengan memotong peparu besar dunia kita.

3) Atas perbuatan mencemari sumber air kita, sungai, lautan, alam sekitar, udara dan tanih.

4) Atas menyebabkan banyak sumber berkurangan termasuk kekurangan makanan dan air disebabkan penternakan haiwan

dan kemarau yang menyebabkan kesan trauma yang lagi besar kepada hidup manusia dan haiwan juga.

D. GANGGU KETENTERAMAN

1) Atas perbuatan melanggar undang-undang negara anda sebagai penjaga haiwan. Dalam tangan anda, undang-undang percaya anda “melindungi mereka daripada segala bentuk kesakitan, ketakutan dan perlakuan kejam,” dan sebagainya. Melihat ladang anda, sesiapa pun boleh berikan keterangan sebaliknya. Yang sebaliknya adalah benar dengan perniagaan anda.

2) Walaupun undang-undang negara nyatakan bahawa anda tidak boleh menganiayai haiwan, tidak buat mereka takut dan sebagainya, tidak kejam terhadap haiwan, anda mengasak mereka di dalam sangkar kecil, mereka tidak dapat berpusing sepanjang hidup, tidak dapat biarkan bayi mereka berada di tempat berperikemanusiaan dan baik untuk menyusu dan membesarkan mereka sebagaimana yang ibu bapa seharusnya. Sebaliknya, mereka diasak dan dihimpit di sekeliling ibu di dalam sangkar kecil yang dibuat daripada keluli. Bayangkan jika itu ibu anda, anda sendiri dan saudara anda, seperti khinzir di ladang anda. Apa yang harus kita panggil itu? Mereka ada perasaan, anda tahu, tapi anda bunuh mereka beramai-ramai... (Saya terlalu... terlalu letih juga dengan memikirkan semua ini, beberapa hari ini sebelum saya baca ini. Saya perlu menulis skrip dan bacanya sekarang.) Apa yang harus kita panggil itu? Anda bunuh mereka secara beramai-ramai dengan kejam sementara mereka masih sedar dan hidup. Adakah itu kemurahan atau kekejaman neraka?? Lebih teruk daripada neraka, saya kata. Lebih teruk daripada sesetengah neraka.

3) Atas perbuatan melanggar bukan sahaja undang-undang manusia malah hukum Tuhan. Rukun yang paling penting, “Kamu tidak harus membunuh.” Semua agama berkata begitu. Bukan sahaja agama Kristian. Bukan sahaja agama Kristian tetapi semua agama utama juga berkata begitu. “Kamu tidak harus membunuh.” Jadi anda bekerja untuk sebelah mana? Kerana Tuhan berfirman, “Kamu tidak harus membunuh.” Tuhan tidak nyatakan hanya tak membunuh manusia. Jadi anda tidak berada di sebelah Tuhan. Anda tidak berada di sebelah hukum yang betul juga.

4) Atas perbuatan memberikan kerja membuat keputusan tambahan yang susah kepada kerajaan yang sibuk disebabkan perniagaan anda. Oleh sebab kononnya ‘perniagaan’ yang membunuh ini telah dianggap normal, jadi kerajaan tidak tahu apa yang nak dibuat atau bagaimana menguruskan perniagaan buruk anda, dengan itu buat mereka, memaksa mereka menjadi subahat yang keberatan.

5) Atas menyebabkan penguat kuasa undang-undang ada lebih banyak kerja tambahan yang tidak dipanggil, tak perlu, penuh dengan perasaan cemas, perlu menghadapi protes hak asasi haiwan yang kerap dan di mana-mana saja hari ini. Meskipun ia merupakan protes damai, polis tetap sudah ada lebih daripada cukup, lebih daripada banyak kerja keras yang meresahkan dlm tangan. (Dan segala jenayah yang perlu mereka uruskan, juga kebanyakannya disebabkan oleh diet daging yang menyebabkan ketidakseimbangan mental yang menjadikan rakyat senang jatuh ke sebelah undang-undang yang salah atau bertindak bertentangan dengan kehendak mereka sendiri.)

6) Atas menyebabkan orang termasuk Mahaguru Ching Hai tidak dapat tidur, kehilangan masa yang berharga, terseksa dalam hati, merisikokan nyawa, keselamatan, kedudukan, kesihatan, wang, kuasa sekular dan spiritual mereka dll, menguruskan dan mengendalikan isu ini disebabkan perbuatan keji anda.

E. MENYAHGREDKAN MANUSIA

1) Atas perbuatan menyahgredkan paderi, biksu dan biksuni yang mudah terpengaruh, tidak berdosa terjerumus ke dalam perangkap anda, juga memakan daging makhluk yang tak berdaya, menawan hati yang Tuhan cipta dengan kasih sayang, jelasnya bukan untuk dimakan. Kerana semua kitab agama menyatakan bahawa “Kamu tidak harus membunuh.” “Kamu jangan bergaul dengan peminum arak dan pemakan daging.” “Jangan bergaul” pun, apalagi makan mereka. Tetapi dengan segala lobi yang kuat ini, manusia diheret ke dalam perangkap ini selama ini. Saya rasa begitu bersimpati dengan semua orang. Oleh itu, saya tidak memperhalus kata-kata saya lagi. Kita perlu bersuara. Dah tiba masanya. Dah terlambat. Saya seharusnya lakukannya lebih awal. Saya terlalu lembut, terlalu sopan dan tak begitu berkesan. Jadi sekarang kami cuba pendekatan yang berlainan. Tuhan mencipta haiwan bukan untuk dimakan. Tetapi oleh sebab ia sudah wujud dan semua orang melakukannya, ia menjadi suatu tabiat dalam masyarakat. Jadi biksu, biksuni dan paderi pun mudah terpengaruh. Mereka sibuk. Mereka ada kitab untuk dikaji, ada kerja untuk dibuat, untuk orang lain, utk kepercayaan mereka. Jadi mereka makan apa-apa saja yang ada, apa-apa saja yang disediakan utk mereka. Jadi pemakanan daging haiwan menurunkan status suci paderi dalam mata Syurga dan lebih berkemungkinan hadapi pengadilan di alam roh. Bukan mereka semua menyedari ini pun.

2) Atas perbuatan mengheret manusia ke status kanibalisme yang rendah, menjijikkan, daripada apa yang sepatutnya kita jadi, anak Tuhan yang pemurah! Ciptaan tertinggi. Jadi mereka juga boleh alami seksaan yang dahsyat.

3) Atas menyebabkan reputasi zalim bagi semua kerajaan dan bangsa manusia, ditakuti oleh seluruh ciptaan, malah dibenci oleh binatang yang paling rendah seperti anjing.

4) Atas perbuatan timbulkan peperangan dan kebencian dalam kalangan manusia dan makhluk lain yang terlibat dgn menjadikan bangkai boleh didapati, diiklankan, dimurahkan dengan subsidi kerajaan. Tahu tak? Wang pembayar cukai lagi. Jadi apabila makannya, mereka kehilangan kewarasan. Ini merangsang lagi punca konflik.

5) Atas perbuatan menjadikan dunia kita masyarakat yg membentuk tabiat, kejam, penuh dengan keganasan, masyarakat yang membunuh, membunuh haiwan sebanyak berbilion-bilion ekor sepanjang masa di tempat indah yang sepatutnya kita kongsi dengan semua penghuni lain… Oleh itu, menjadikan orang lupa akan sifat anak Tuhan yang sebenar, jadi menolak mereka ke dalam Neraka yang menyeksakan.

F. PATAH BALIK SEKARANG

Patah baliklah sekarang! Anda mesti patah balik demi anda sendiri. Kerana jika tidak, anda akan menderita di neraka. Anda akan menderita dengan lebih teruk daripada haiwan yang anda jual, bunuh, cacatkan, tendang, lumpuhkan, paksa untuk mati lemas di dalam kononnya kolam penyahjangkit sebelum mereka dikerat leher. Patah baliklah sekarang. Jika anda masih merupakan manusia. Patah baliklah kerana ada faktor-faktor lain yang harus anda pertimbangkan juga. Yang berikut hanyalah beberapa contoh seperti:

1) Orang mungkin mendakwa anda kerana mereka terseksa, marah dan menderita, sama ada diri sendiri atau untuk orang tersayang yang hidapi penyakit yang berkaitan dengan daging yang tersebut di atas. Orang juga marah kerana mereka tahu bahawa perniagaan daging membebaskan metana yang memanaskan planet kita, kerana kadarnya sangat pantas. Begitu pantas. Dan ia memecut. Orang risau tentang masa depan diri sendiri, masa depan anak mereka. Hari ini, kanak-kanak pun, hanya berumur 12 tahun, 16 tahun, pergi ke jalan untuk menyeru kerajaan supaya mengubah polisi, hentikan industri daging, kerana mereka akan rasa tiada masa depan lagi bagi mereka jika planet ini hilang atau memanas sampai tahap tak tahan.

Itu orang boleh mendakwa anda atas segalanya yang tersebut di atas. Tetapi saya tetap rasa anda ialah manusia juga. Anda boleh membuat kesilapan. Anda, dalam hati ada, masih ada bahagian lembut, masih ada sifat Tuhan terpendam, menunggu untuk dibangkitkan. Jadi saya masih menunggu. Saya telah minta Syurga supaya kurniakan lebih banyak kuasa kepada saya agar saya dapat bantu orang sebegini, sukar nak bantu, seperti kes anda. Tetapi saya tetap tak boleh mengawal fikiran orang lain. Faham? Jadi orang tetap mungkin mendakwa anda kerana mereka telah terseksa sehingga melebihi had yang boleh hati lembut tahan. Ia berlaku kepada saya… terlalu kerap, tak dapat dikira. Saya salah satu daripada mereka. Orang, jika dipaksa lagi, mereka takkan kehilangan apa-apa, takut akan apa-apa dan mereka akan menang.

Dan wang yang dimenangi akan disalurkan untuk tujuan yang wajar seperti:

1) kpd pertubuhan yg selamatkan nyawa seperti Palang Merah, Selamatkan Kanak-kanak, Angkatan Takhlisan, pertubuhan-pertubuhan yang berbuat baik untuk dunia dan sentiasa sedia membantu orang susah dan orang lemah. Atau mungkin kumpulan biksu dan biksuni yang bekerja untuk kesejahteraan orang lain, menjaga bayi, anak yatim, menjaga orang tua, orang tak berumah, orang sakit dan lemah yang tiada tempat bergantung. Atau mereka berikannya kpd anak yatim yang ibu bapa meninggal dunia kerana makan daging dan jatuh sakit, hidapi penyakit yg tak dapat disembuhkan seperti penyakit jantung, kanser atau gangguan mental. Mereka mati memakan daging untuk menggemukkan dompet anda, tambahan lebih banyak kereta mewah anda atau/dan memperbesar rumah agam dan ladang haiwan bagai neraka anda.

2) untuk komuniti yang dihancurkan oleh kebuluran dan malnutrisi kerana kebanyakan bijirin telah disalurkan kepada industri haiwan anda dan bukan kepada manusia yang sangat memerlukannya. Anda dapat lihatnya di televisyen. Banyak kanak-kanak, hanya kulit membalut tulang mereka. Anda boleh kira berapa banyak tulang yang mereka ada. Anda tahu akannya. Hari ini, orang boleh mengetahui banyak perkara. Mereka boleh tinjau, boleh saksikan TV, boleh mencari di internet supaya ada pengetahuan yang diperlukan.

3) untuk berikan kerja kepada orang untuk menanam semula hutan, menambah lagi oksigen yg menampung semua hidupan di Bumi. Termasuk nyawa anda, nyawa berharga yang anda ambil tanpa berfikir dua kali. Mungkin anda tak lakukannya secara sengaja. Mungkin anda tak memikirkannya tapi anda memang mesti memikirkannya kerana ia berkaitan dengan anda. Anda akan pergi ke neraka dan jauh lagi banyak menderita, seribu kali lebih banyak daripada haiwan dan orang yang menderita ini disebabkan perniagaan anda yg menumpahkan darah. Saya bukan menyumpah. Darah ada pada tangan anda, pada badan anda, dalam rambut anda, dalam perut anda, dalam nafas anda, dalam peparu anda, dalam kereta anda, di rumah anda, dalam makanan anda, dalam kasut anda, kasut kulit yang anda pakai, segala-galanya. Semuanya berdarah, penuh dengan darah.

4) Wang yang dimenangi boleh disalurkan untuk buka ladang, restoran atau hotel vegan organik. Atau produk vegan organik yang lain.

Jadi, 5) patah baliklah sekarang kerana anda juga memudaratkan diri sendiri dan akan mengheret diri sendiri ke kubur lebih awal dengan penyakit yg berkaitan dgn daging, atau/dan ahli keluarga anda. Dan lebih awal kepada syaitan yang menunggu di neraka yg akan seksa anda, tiada penghujungnya. Dan penderitaan yang akan anda alami di sana adalah lebih menggerunkan daripada apa yang anda wujudkan untuk haiwan kesian yang tak berdaya di bawah perlakuan kejam anda. Saya dah kata, saya tak nak memperhalus kata-kata saya lagi. Ia perlu terus terang tanpa tertahan-tahan supaya berkesan untuk menyelamatkan dunia kita, menyelamatkan roh anda serta roh ahli keluarga dan suku anda.

Patah baliklah sekarang sementara masih boleh. Bagaimana jika anda meninggal esok? Hidup tidak pasti. Anda akan terus pergi ke neraka. Saya bersumpah kepada Tuhan. Saya bercakap benar kepada anda. Saya tahu apa itu neraka. Anda tak nak berada di sana. Janganlah. Ia menyakitkan saya memikirkan anda perlu pergi ke sana dan menderita. Patah baliklah sekarang juga. Anda akan… Tiada orang akan bantu anda jika anda di neraka. Bertaubatlah sekarang sementara anda masih berpeluang. Memampasnya. Mulakan kehidupan baru. Saya berjanji akan campur tangan dengan Syurga bagi pihak anda. Saya akan berada di sana utk bantu anda. Saya ada kuasa yang mencukupi tapi anda mesti patah balik dan bertaubat, kerana jika tidak, ini bermakna anda tak dapat ditebus, anda daripada sesuatu yang sangat rendah yang tak dapat diubah. Dalam keadaan itu, kami semua tak dapat buat apa-apa dan anda perlu sendiri menghadapinya.

Beralihlah ke pertanian vegan organik, ya. Kedai vegan, hotel vegan, restoran vegan, produk kecantikan vegan dan sebagainya… sebaliknya yang akan mendatangkan kehidupan yang baik, jujur di Bumi dan tempat di Syurga.

Saya telah diberikan lebih banyak kuasa untuk bantu umat manusia termasuk anda, khususnya anda. Tapi saya masih menunggu anda patah balik dgn apa-apa saja kesabaran dan kekuatan saya yang tertinggal. Saya doa agar kasih sayang dalaman anda dibangkitkan untuk roh anda memenangi pengaruh negatif di sekeliling dan kejahilan. Kerana saya tahu bahawa anda adanya dalam diri anda, sifat belas kasihan yang inheren sejak ciptaan bermula. Kerana saya juga kasihi anda. Saya memikirkan anda. Saya rasa anda pasti telah ditolak ke dalam perniagaan ini oleh keadaan, dengan keinginan untuk cari wang di dunia untuk diberikan kepada ahli keluarga dan taraf hidup yang baik. Anda pasti ada sebabnya dan anda tak memikirkan semua ini. Mungkin tiada orang pernah beritahu anda. Atau mungkin anda terlalu sibuk menjalankan perniagaan ini, anda tak dengar atau tiada masa untuk dengar. Kerana saya juga kasihi anda walaupun anda telah membuat kesilapan. Anda tidak sedar pun segalanya yang telah anda buat, kan? Anda tidak menyedari pun kesan buruknya kepada dunia kita, iklim, manusia, semua makhluk yang lain, diri sendiri serta orang yang anda sayangi juga, kan? Kerana jika anda sedar akan semua ini, anda takkan menjalankan perniagaan ini. Rasanya saya agak pasti dengan ini. Anda tahu tak mengapa saya agak pasti dengan ini? Kerana saya tahu bahawa maya, atau kita panggilnya syaitan, raja ilusi, syaitan telah begitu lama menutup mata kebanyakan manusia dan membimbing kita menuju ke jalan yang sangat kejam sehingga kita terlupa jalan yang betul untuk balik ke Rumah. Kesiannya kita semua sebenarnya!! Kita semua ialah mangsa. Atas itu, saya benar-benar kasihi anda, rasa bersimpati dengan anda. Mungkin saya menjadi begitu juga, dalam keadaan sebegini. Mana tahu?

Jadi patah baliklah sekarang. Saya akan menjadi kawan anda. Saya akan buat segalanya yang boleh untuk meningkatkan anda, membawa anda balik ke Rumah di mana anda akan selamat, dikasihi dan dihormati sebagai anak Tuhan yang mulia. Anda perlu patah balik sekarang. Kerana jika suatu hari dunia menjadi vegan… Ia akan menjadi begitu. Dunia akan menjadi vegan. Apabila itu datang, anakmu akan dicemuh di sekolah sebagai pembunuh yang gasar! Sementara veganisme menjadi semakin kuat dan popular sekarang, mungkin mereka sudah alami cemuhan sebegini! Dimalukan. Saya tak rasa mereka akan kasihi anda atas itu.

Jika kita berjaya menjadi dunia vegan, anda juga akan dianggap sebagai pembunuh kanak-kanak dalam bentuk haiwan kerana umumnya mereka ada IQ yang sama dengan kanak-kanak kecil. Seorang pengkaji kanin yang utama, Dr. Stanley Coren, profesor emeritus di Universiti British Columbia di Kanada menunjukkan bahawa kecerdasan anjing adalah sama dgn kanak-kanak manusia yang berumur dua hingga dua setengah tahun. Jadi mereka ialah kanak-kanak. Mereka ialah kanak-kanak, cuma dalam bentuk yang berlainan. Anda takkan membunuh mereka lagi, kan? Anda bukan pembunuh kanak-kanak, kan? Tidak. Saya tak mempercayai itu. Cuma anda terlalu sibuk, tak dapat fikir. Anda terlalu sibuk. Anda mengabaikan amaran dalaman daripada hati anda. Anda terlalu sibuk, terlupa merasai apa yang hati anda mahu anda buat. Sedarlah sekarang. Patah balik.

Ada satu lagi kajian ahli sains. Pakar neurosains dan tingkah laku haiwan, Dr. Lori Marino menyatakan, “…khinzir mempunyai beberapa keupayaan kognitif yang sama dengan spesies lain yang sangat cerdik seperti anjing, cimpanzi, gajah, dolfin, malah manusia.” Nampak tak? Seorang ahli sains malah berkata bahawa kuda, contohnya, ada paras IQ seperti kanak-kanak berumur 12 tahun. Maaf. Semua ini begitu menekankan bagi saya diingatkan. Saya tak dapat lupa. Saya tak dapat lupa berapa banyak penderitaan yang perlu mereka alami dengan tiada orang di sisi untuk sebut satu perkataan bagi mempertahankan mereka, dgn tiada orang di sisi utk bantu mereka. Semua haiwan yang kesian ini, ya Tuhan, bayangkan jika itu anda. Haiwan menunjukkan kegembiraan, kesedihan. Mereka menunjukkan kasih sayang dan belas kasihan terhadap spesies lain termasuk manusia. Mereka menyelamatkan manusia juga, begitu kerap sehingga kita tak sentiasa ada kamera untuk merakamkannya. Apa-apa yang boleh kita rakamkan, kita tahu bahawa haiwan memang merupakan duta kasih sayang, wakil Syurga. Anda saksikan Supreme Master Television, kami sentiasa ada klip haiwan yang menyelamatkan haiwan, menyelamatkan manusia, menyelamatkan kanak-kanak dalam segala keadaan yang berlainan. Dan anjing tak berbeza dengan lembu, khinzir atau ayam. Haiwan membantu pada bila-bila saja boleh dan menunjukkan ketaatan sepenuh. Mereka lebih baik daripada banyak daripada kita manusia.

Jadi berhentilah membunuh. Hentikannya sekarang juga dan bertaubat supaya belas kasihan Tuhan takkan terhalang untuk anda dan orang tersayang kerana suatu tembok tenaga buruk mengelilingi anda disebabkan perbuatan gasar anda. Ia mengelilingi anda dan seluruh kaum kerabat anda juga. Mungkin anda tidak terus mata untuk lihatnya tapi pergilah tanya orang terus mata yang dapat lihat. Mereka akan beritahu anda apa jenis warna yang anda ada di sekeliling anda. Seperti gambar Nabi Isa, Buddha, Mereka ada halo di sekeliling kepala atau badan Mereka. Anda tiada itu. Anda hanya ada warna hitam seperti arang, atau mungkin kopi, warna kopi tua. Anda memalapkan cahaya dalam diri anda. Anda menutupnya dengan semua bahan dan tenaga yang tidak baik ini disebabkan kerja tak beretika anda.

Ubahlah. Ada banyak cara untuk mencari wang. Memang. Bertukar ke perniagaan vegan organik sebaliknya untuk menebus dosa anda, membantu planet ini pulih. Memohonlah daripada kerajaan untuk bantu memampas dan mensubsidi peralihan baru anda. Syurga akan mengampuni anda, saya memaafkan anda, Bumi akan mengampuni anda, kami manusia, haiwan dan alam semula jadi akan memaafkan anda. Kerana anda tak tahu apa yang anda buat. Maksud saya, mungkin anda nampaknya, anda tahu, tetapi anda tak benar-benar mengenalnya. Kerana anda sibuk. Fikiran anda fikirkan sesuatu yang lain. Fikiran anda tak berhubungan dengan penderitaan haiwan yang memang jelas, tak dapat diabaikan. Tapi kadangkala lawak kita manusia. Kita tak nampak realiti meskipun ia di depan mata kita juga. Kita tak nampak kebenaran meskipun kita dengarnya dengan telinga sendiri. Sebab itulah kita mengutuk Nabi Isa, cuba membunuh Buddha dan banyak Guru Suci yang lain.

Sedarlah sekarang dan patah balik. Buat kehidupan anda berharga, buat Pencipta kita rasa bangga. Saya akan sedia bantu anda, saya berjanji sekali lagi, dalam hayat ini dan di akhirat, sebagai kawan paling baik yang boleh anda ada.

Sebagai penutup, saya berterima kasih kepada semua Syurga kerana kurniakan lebih banyak Nilai kepada saya melalui kuasa kasih sayang yang dijanjikan dapat meningkatkan mereka yang bertaubat. Saya berterima kasih kpd anjing saya juga atas kesabaran besar, pemahaman sebenar, semangat sokong sebenar, pengorbanan sebenar dan kasih sayang yang sangat besar. Mereka tak tahu apa-apa yang lain kecuali kasih sayang. Saya berterima kasih kpd kakitangan saya yang sentiasa sedia untuk kerja saya, yang sentiasa menaip dan menaip semula laporan ini supaya saya dapat baca kepada anda sekarang. Kerana saya berseorangan di sini. Saya perlu hantarnya… Saya menulis dengan tangan sendiri, kemudian mereka perlu bantu saya menaipnya dengan jelas supaya saya dapat baca. Kakitangan saya, kakitangan Supreme Master Television yang menakjubkan, sentiasa sedia untuk kerja saya bagi menyokong saya, bantu saya tak kira bila dan di mana, situasi baik atau buruk, hujan atau cerah, bantu memperbaik dunia kita, bantu meningkatkan orang lain, bantu menyedarkan mereka yang tidak menyedari apa yang mereka buat seperti anda dan situasi anda.

Saya berterima kasih kepada semua penyokong, bermakna dalam semangat. Saya tak maksudkan kewangan. Saya tak mengambil wang. Saya tak menerima derma. Saya sendiri mencari wang. Saya mencari nafkah dengan cara yang baik. Cara yang baik. Saya mereka bentuk barangan kemas seperti yang ini, contohnya. Dan beberapa ini di sini. Saya malah mereka bentuk salib yang dipanggil Kemegahan Kasih Sayang Tertinggi. Ini diilhamkan oleh Nabi Isa. Kemegahan Kasih Sayang Tertinggi. Nabi Isa begitu banyak menderita untuk kita. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu untuk buat-Nya bangga, buat darah-Nya yang mengalir berbaloi. Sekurang-kurangnya untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada Nabi Isa, Buddha, Nabi Mahavira, Guru Nanak Dev Ji, contohnya, dan begitu banyak Makhluk Syurga Suci yang lain yang memberkati planet kita dengan kasih sayang, kebijaksanaan dan kuasa spiritual Syurga Mereka untuk meningkatkan manusia.

Saya berterima kasih kepada orang yang sehaluan, bermakna orang yang ada matlamat yang sama di mana-mana pun di dunia. Semoga anda semua sejahtera dengan bantuan Tuhan. Semoga anda tak lupa akan Tuhan.

Para penghuni bersama saya, mungkin sesetengah kata-kata saya tak begitu sopan tetapi saya tak nak gunakan kata-kata yang lebih sopan lagi. Saya sudah gunakannya selama hampir 40 tahun. Hasilnya tak memuaskan. Ia berkesan juga, cuma terlalu lambat dan planet kita dalam bahaya. Dan tiada orang pernah beritahu anda bahawa jenis perniagaan anda akan mengheret anda ke neraka. Memang. Selepas masa yang sangat panjang baru boleh anda keluar. Dan keluar untuk menjadi apa? Anda belum tahu pun. Saya seorang wanita yang sibuk. Saya ada perniagaan untuk diuruskan. Saya ada Supreme Master Television untuk diuruskan. Saya ada kakitangan untuk dijaga. Saya ada anjing untuk dijaga. Jadi saya perlu buatnya terus terang dan cepat kali ini.

Jadi itu saja daripada hati ikhlas saya. Air mata mengalir sementara saya menulis semua ini untuk anda. Berharap anda akan cukup bijak untuk berkasih sayang dalam segalanya yang anda buat. Tetapi jika anda tak dengar atau ubah gaya hidup anda untuk mengikut hati penyayang anda bagi membangkitkan sifat Tuhan dalam diri anda itu, mungkin kita semua punah, anda, saya, orang tersayang saya, anda, seluruh dunia. Haiwan, manusia akan hilang dari permukaan planet ini. Saya masih menaruh harapan anda akan berubah. Saya masih ada kasih sayang terhadap anda dan semua makhluk di Bumi. Jadi kalau-kalau anda tak ubah gaya hidup anda, ingatlah Nama Sebenar saya semasa anda di neraka. Panggillah Tim Qo Tu, iaitu Nama Sebenar saya di Syurga, untuk bantu anda. Saya tak dapat jamin saya dapat. Pertama, di neraka, 99.9% daripada populasi… …mangsa neraka yang dihukum di neraka tak ingat apa-apa pun. Sebab itulah mereka terus berada di neraka. Sesetengah orang adalah selama-lamanya. Kerana apabila mereka pergi ke neraka, mereka dibuat lupa. Sama seperti apabila kita dilahirkan di planet ini, kita dibuat lupa. Bayangkan dalam hidup ini, kita tak menderita sebanyak di neraka, kita tetap lupa, lupa bahawa Tuhan berfirman, “Kamu tidak harus membunuh.” Lupa ajaran Nabi Isa. Lupa ajaran Bible. Lupa ajaran Buddha.

Kita kata kita penganut Buddha, orang Kristian, Muslim, orang Sikh, orang Hindu dan sebagainya tetapi kita tak buat apa yang Guru kata kita harus buat, seperti hukum alam semesta: “Kamu tidak harus membunuh.” “Kamu tak harus cederakan makhluk lain.” Atau “Apa-apa yang kamu tidak mahu dilakukan terhadap kamu, jangan lakukan terhadap makhluk lain.” Ini doktrin utama, prinsip utama semua agama di Bumi tetapi kita dah lupa semuanya. Berapa banyak kali anda ingat nama Nabi Isa pada siang dan malam hari? Berapa banyak kali anda berdoa? Meskipun anda berdoa, tiada orang dengar doa anda kerana Tuhan berfirman bahawa tangan anda penuh dengan darah, kerana anda membunuh haiwan yang tak berdosa. Mereka malah membunuh untuk membuat tawaran kepada Tuhan tetapi Tuhan tak suka akan itu. Tuhan berfirman, “Cucilah tangan anda. Jika tidak, Aku akan berpaling dari anda sewaktu anda berdoa.” Dia tak suka mana-mana haiwan dibunuh untuk-Nya pun. Macam mana Dia sukanya apabila kita bunuhnya hanya utk dimakan dengan mengorbankan haiwan yang tak berdosa, menyebabkan begitu banyak ketakutan, penderitaan sepanjang hidup mereka, sepanjang hidup mereka sehingga saat terakhir, dan mati dengan dahsyat.

Jadi tolong berhenti sekarang. Saya harap anda ingat Nama saya jika anda di neraka. Tapi saya tak rasa begitu. Itu masalahnya. Jika dapat ingat, maka saya boleh bantu anda. Tapi saya tak rasa… Itu kemungkinan hampir kosong, anda akan ingat nama mana-mana Santo masa silam, sekarang atau masa depan. Kerana situasi di neraka, kegerunan di sekeliling, kesakitan yang dikenakan pada anda tak henti-hanti, tiada penghujungnya! Secara berulangan. Tapi anda takkan mati! Anda perlu hidup untuk menderita pada setiap saat. Jadi anda tak dapat ingat apa-apa pun kecuali berada di neraka dan kesakitan. Ia buat anda lupa akan segalanya. Jadi saya memang rasa bersimpati, bayangkan anda perlu begitu banyak menderita jika anda pergi ke neraka.

Ubahlah hidup anda sekarang juga. Wang bukan segalanya. Hanya Tuhan adalah segalanya. Takutlah kepada Tuhan. Jangan menyebabkan begitu banyak kesakitan terhadap makhluk lain kerana mereka semua ialah anak Tuhan. Maka semoga bertuah jika anda perlu pergi ke neraka, dan kami, manusia dan bukan manusia yang memuja Tuhan, mendoakan kesedaran anda. Kasihi anda. Tuhan lindungi anda. Jumpa lagi. Jumpa lagi. Semoga Tuhan bantu anda menjadi segera sedar. Semoga Tuhan menyelamatkan roh anda selepas sedar. Terima kasih. Terima kasih kepada semua orang yang dengar juga. Semoga anda semua selamat sejahtera. Amin.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-01
133 Tontonan
2024-11-01
1214 Tontonan
2024-10-31
598 Tontonan
2024-10-31
185 Tontonan
2024-10-31
151 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android