Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kuatkuasakan Semula Undang-undang Haiwan untuk Dunia Vegan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Tadi Guru bercakap tentang promosi vegan dalam bajet juga. Jadi bolehkah dunia bersatu padu untuk meluluskan undang-undang vegan?) Soalan yang baik. Boleh, mereka boleh. Semua pemimpin hanya perlu duduk bersama dan tandatanganinya. Pengharaman daging, ikan, semua produk haiwan. Sangat mudah, mereka boleh lakukannya. (Ya, Guru. Ya.)

(Biasanya orang mahukan kebebasan memakan apa-apa saja yang mereka mahu dll. Sebarang jenis pengharaman biasanya menyebabkan banyak bantahan. Jadi bagaimana pemimpin boleh luluskan undang-undang vegan untuk melindungi haiwan dan untuk semua orang amalkan diet vegan?) Mungkin mereka akan membantah. Tapi berapa lama mereka akan bantah? Tak dapat bantah selama-lamanya. (Ya.) Kita ada radio juga. Kita ada televisyen. Kita ada surat khabar. Kita boleh jelaskan kepada orang melalui semua cara komunikasi ini. Kita berada pada abad ke-21. (Ya.)

Masih ingat sangat lama dahulu, banyak dekad yang lalu, tahun 1980-an, semasa Presiden Reagan, semoga beliau diberkati, pada masanya, wakil banyak negara, semua negara berhimpun, bersatu untuk meluluskan undang-undang di Montreal. Mereka panggilnya Protokol Montreal. Untuk haramkan penggunaan gas yang berbahaya di seluruh dunia seperti aerosol dalam penyembur rambut dll (Ah! Ya.) bagi mengurangkan kesan berbahaya bahan kimia yang memusnahkan lapisan ozon kita. (Oh! Ya. Betul tu.) Ia akan menyelamatkan berjuta-juta nyawa, mengelakkan hampir setengah bilion kes kanser kulit dalam rangka masa yang pendek. (Ya.) […]

(Guru, industri daging sangat berkuasa dan ia banyak mempengaruhi dasar. Bagaimanakah kerajaan mengatasinya untuk membuat undang-undang vegan?) Mereka tak nak mengatasinya. Jika mereka mahu, mereka boleh. (Oh!) Banyak negara sudah ada undang-undang haiwan untuk melindungi haiwan. (Ya.) Di banyak negara, kita tak boleh mencederakan haiwan, tak boleh biarkan haiwan berlapar, perlu berikan air, makanan yang mencukupi kepada mereka. Kita tak boleh buat mereka berasa takut dengan sebarang cara. Kita tak boleh menghalang kelakuan tabii mereka dgn sebarang cara. Kita tak boleh buat mereka hidup dalam ketakutan. Kita tak boleh menindas mereka. Kita tak boleh mencederakan mereka dengan sebarang cara. […]

Mereka sudah ada undang-undang ini. Mereka hanya perlu kuatkuasakannya. (Ya.) Undang-undang ini sudah wujud selama berdekad-dekad, bertahun-tahun. […]

Apa yang perlu kita buat hanyalah mengubah semua rumah sembelih, pembantaian ini menjadi ladang vegan, (Ya.) ladang sayur. (Ya, Guru. Betul tu.) Ladang organik lebih baik. (Ya, Guru.) […]

Jika mereka tiada daging, maka mereka tak makan daging. (Ya, Guru.) […]

Mereka perlu menggunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kpd mereka utk berbuat baik kpd rakyat. (Ya. Terima kasih, Guru.) […]

Saksikan dan muat turun persidangan penuh ‘Kerajaan Harus Pronyawa dan Menggalakkan Veganisme’ di SuprememMasterTV.com
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
149 Tontonan
2024-12-19
1340 Tontonan
2024-12-18
831 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android