Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keseimbangan dalam Meditasi Cahaya dan Bunyi Syurga Dalaman Membawa Kemajuan Spiritual

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Adalah lebih senang duduk dalam meditasi Cahaya, lebih selesa tetapi meditasi Bunyi memang perlu. Contohnya, jika kamu bermeditasi tiga jam pada Cahaya, maka kamu perlu lakukan dua jam pada Bunyi. Kerana nisbah minimum di rumah adalah satu jam setengah pada Cahaya dan satu jam Bunyi. Jadi jika kamu lebih banyak bermeditasi, maka kamu perlu tambahkannya, seperti jika tiga jam Cahaya, maka dua jam Bunyi. Empat jam setengah Cahaya, maka tiga jam Bunyi. Kamu perlu melaraskan tenaga. Kamu perlu biarkan tenaga menaik ke mata ketiga, kemudian chakra tertinggi di bahagian atas kepala. Jika tidak, jika kamu tak bermeditasi pada Bunyi dengan cukup, maka tenaga tersangkut di chakra lain. Mungkin ia tersangkut di hulu hati atau pusat kerongkong. Ia harus menaik ke atas kepala, keluar dan beredar. Jadi meditasi pada Bunyi mengikut nisbah Cahaya adalah sangat penting. Untuk ketenanganmu juga, bukan sahaja untuk kemajuan spiritual tetapi juga hidup yang tenang. Dan juga untuk kebijaksanaan lebih banyak berkembang disebabkan keseimbangan tenaga di dalam.

Maksud saya, kita perlu lakukan meditasi Cahaya kerana Bunyi dalaman sangat penting. Jika tidak, tenaga kita takkan seimbang dan kehidupan kita takkan seimbang juga. Ia takkan menyebabkan mudarat tetapi kehidupan kita takkan begitu seimbang. Kita takkan buat kerja dengan begitu lancar. Jadi meditasi Cahaya (Syurga dalaman) sangat penting. Tapi meditasi Bunyi (Syurga dalaman) sangat penting juga. Meditasi Bunyi perlu berserta dengan meditasi Cahaya supaya ia dapat melaraskan kuasa dari Syurga. Jika tidak, ia boleh tersangkut di... Ia dipanggil chakra dalam bahasa Sanskrit. Ia bermaksud pusat tenaga kita. Adalah lebih baik tenaga spiritual dalaman kita pergi ke mata ketiga atau bahagian atas kepala. Jika ia tersangkut di bahagian yang lebih rendah seperti chakra hulu hati, chakra jantung atau chakra kerongkong, itu takkan begitu baik. Ia perlu naik ke atas. Meditasi Bunyi akan memaksanya naik ke atas supaya peringkat kita lebih tinggi dan meningkat maju dari segi rohani.

Apabila balik ke rumah, kamu perlu beritahu saudara seguru. Beritahu semua orang hubung supaya ingatkan saudara seguru supaya lebih banyak melakukan Quan Yin pada waktu meditasi berkumpulan dan di rumah. Mungkin hufa (pengawal Dharma) harus membawa loceng kecil. Beritahu semua orang supaya bermeditasi, selepas Cahaya, mereka perlu bermeditasi pada Bunyi sehingga loceng berbunyi. Jadi sekurang-kurangnya satu jam. Lepas satu jam loceng berbunyi, maka kamu tahu itu satu jam. Tapi kamu nak lebih banyak bermeditasi pada Quan Yin (meditasi Bunyi) mengikut nisbah lebih banyak Quan Quang atau Cahaya, boleh.

Saya kata apabila kamu balik, beritahulah orang lain supaya lebih banyak bermeditasi pada Bunyi, imbanginya dengan Cahaya. Di rumah, lepas bermeditasi pada Cahaya (Syurga dalaman), kamu boleh pasang jam penggera. Melaraskannya supaya berbunyi sekurang-kurangnya selepas satu jam dan kamu akan tahu bahawa kamu telah bermeditasi pada Bunyi (Syurga dalaman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Jika tidak, kita duduk untuk seketika saja dan akan ingat sudah satu jam. Adalah tidak baik asyik melihat jam tangan.

Tapi kamu perlu lakukan Cahaya (Syurga dalaman) dulu. Perlu lakukan Cahaya dulu. Lafazkan Lima Nama, kemudian lakukan Bunyi (Syurga dalaman). Tak apa, jika kamu tiada masa untuk lakukan satu jam setengah sekali gus, tapi mungkin kamu ada masa... kamu ada satu jam saja, maka mungkin kamu lakukan 40 minit pada Cahaya lalu 20 minit pada Bunyi. Contohnya macam itu, lebih kurang mengikut nisbah. Kemudian jika kamu tiada lebih banyak masa, maka kamu lafazkan Lima Nama dulu. Mungkin kamu ada 15 minit saja, maka kamu lafazkan Lima Nama lalu bermeditasi pada Bunyi. Lafazkan Nama Suci selama 10 minit lalu lakukan Bunyi selama lima minit.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android