Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Zaman Keemasan, Bahagian 35 – Buddha Maitreya dan Perhimpunan yang Menakjubkan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru Huynh Phu So, pengasas agama Buddha Hoa Hao yang dikasihi, ialah Guru bermakrifat abad ke-20 dari Âu Lạc (Vietnam). Dia telah buat banyak pendedahan tentang ‘Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor’ yang berlaku di penghujung Zaman Kegelapan, zaman kita sekarang.

“…Disebabkan oleh belas kasihan besar, bersimpati dengan mereka yang alami bencana, Buddha Silam telah menyatakan bahawa mekanisme yang menakjubkan akan mewujudkan ‘Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor’ dengan memilih pengamal spiritual yang ada pahala besar untuk dikurniai kedudukan yang wajar dan memilih orang yang secara inheren baik untuk mengajarkan Tao Besar bagi membawa keamanan ke dunia ini…”

“Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor memilih orang berbakat dan muhsin yang akan dengan taat membantu Raja Sejati…”

Siapa itu Raja Sejati? Penganut agama Buddha Hoa Hao, An Huu menjelaskan ramalan ini dengan lebih lanjut lagi:

‘Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor’ akan mewujudkan Zaman Keemasan selepas Zaman Penghujung Dharma berakhir. Guru Huynh Phu So berkata akan ada banyak bencana menimpa orang di seluruh enam benua. Dia juga nyatakan dengan jelas bahawa akan ada seorang RAJA BERMAKRIFAT YANG MENJELMA SEMULA DI BUMI untuk menyelamatkan orang. RAJA BERMAKRIFAT ATAU GURU BERMAKRIFAT INI DILAHIRKAN DI ÂU LẠC dan akan memilih orang yang ada peringkat spiritual yang tinggi dan pahala yang besar untuk memasuki Kapal Kebijaksanaan.

Guru Nguyen Thanh Nam, pengasas agama Buddha Kelapa Âu Lạc, telah membuat ramalan yang sama seperti ini. Ia diterangkan seperti berikut oleh seorang anak murid yang taat, Hua Van Sau:

Guru kami juga mengatakan bahawa lepas ini Buddha (Masa Depan) Maitreya akan datang tetapi BUDDHA MAITREYA AKAN MERUPAKAN ORANG ÂU LẠC (VIETNAM). Guru kami katakan itu dengan jelas. Maitreya akan merupakan Orang yang mengadakan Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor.

Wau! Menguja dan ramalan dari Âu Lạc sering beritahu kita tentang Penyelamat istimewa atau Buddha Maitreya yang akan turun ke Bumi untuk buka ‘Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor’. PELBAGAI RAMALAN saling MENGESAHKAN bahawa ORANG BERMAKRIFAT INI AKAN DILAHIRKAN DI ÂU LẠC DAN MENGAMBIL BENTUK SEORANG WANITA. Bagi kami, dua maklumat ini jelas menunjukkan bahawa Dia hanya boleh Mahaguru Ching Hai yang dikasihi.

Dalam buku ‘Petikan daripada Ajaran Orang Suci Pham’, Pengawal Dharma Pham Cong Tac, salah satu daripada 12 orang anak murid besar agama Cao Dai, juga menulis ramalan. Dalam buku lain, Orang Suci Pham bercakap di depan Tokong Cao Dai bahawa pada masa depan, AKAN ADA SEORANG WANITA YANG PAKAI KASUT TUMIT TINGGI datang untuk membimbing Jalan. Dalam buku ‘Kebenaran oleh Tuhan’, ia nyatakan bahawa akan ada seorang Wanita yang turun ke sini untuk selamatkan dunia: “Sekarang ialah Zaman Penghujung Dharma, zaman terakhir, Aku (Tuhan) akan turun ke Bumi. AKU AKAN MEMILIH BENTUK SEORANG WANITA sebagai alat untuk membimbing manusia di dunia ini supaya mereka terjaga daripada tidur nyenyak dan memutuskan untuk balik ke Rumah Abadi, kediaman asal mereka apabila meninggalkan sini.”

Ramalan Cao Dai tentang Penyelamat wanita bermakrifat yang berkuasa memang mengagumkan apabila ditinjau secara terperinci. Kim Linh, penganut Cao Dai yang dihormati, bantu menghuraikan beberapa daripadanya seperti berikut: Ada sebuah lagi buku bertajuk ‘Lihatlah Syurga’ yang ditulis oleh Yang Suci Pengawal Dharma Pham yang menggambarkan Guru pada zaman ini.

“Orang cuba MENCARI ORANG TUA TETAPI MEREKA NAMPAK DAN DENGAR SUARA WANITA...” Kebanyakan orang di dunia ini rasa bahawa Guru ialah seorang lelaki, tinggi dan megah atau lelaki tua yang berjanggut putih. MEREKA TAK DAPAT BAYANGKAN GURU SEBAGAI SEORANG WANITA.

“Manusia alami peperangan dan konflik, SEORANG WANITA MUNCUL SEBAGAI PENYELAMAT ZAMAN KITA. PAKAIANNYA BERBUNGA-BUNGA, BENTUKNYA ANGGUN, TOPINYA DIHIASI DENGAN BATU PERMATA, WAJAHNYA CANTIK...”

“Roh suci ini memang sangat suci, SEORANG WANITA TETAPI KUASA AJAIBNYA SANGAT KUAT.”

“Syaitan nampak-Nya, mereka berasa gentar, Hantu nampak-Nya, mereka terpukau...”

“Di mana-mana Dia letak kaki-Nya, hitam bertukar menjadi putih. Dia memandang sekilas seseorang, wanita pun akan jatuh cinta pada Dia seolah-olah Dia seorang lelaki.” ‘Di mana-mana Dia letak kaki-Nya, hitam bertukar menjadi putih’ membayangkan bahawa sebelum kita temui Guru, kita berada dalam kegelapan. Hitam bertukar menjadi putih bermakna Guru itu membersihkan tempat itu, membersihkan tenaga negatif yang gelap.

“Dari Vietnam (Âu Lạc), beribu-ribu kepala dan tangan terbang datang...” Rangkap ini menyatakan bahawa Guru wanita ini datang dari Vietnam (Âu Lạc). ‘...beribu-ribu kepala dan tangan’ bermakna banyak. Guru ini akan terbang ke seluruh alam semesta, bukan saja Bumi ini, untuk mengajar dan menyelamatkan makhluk.

“Di Barat, Dia menaikkan bendera.”

‘Tanah Barat’ bermakna negara-negara Barat. Dia pergi ke Barat, menaikkan bendera. Tapi bendera apa ini? Bendera Tuhan. Di tengah-tengah bendera ini ialah lambang yang mewakili Tuhan. Oleh itu, bendera ini ialah bendera universal, bendera antarabangsa.

Memenuhi ramalan ini, Mahaguru Ching Hai telah pergi ke negara-negara Barat untuk menyebarkan Ajaran Sebenar keamanan dan kasih sayang universal. Bendera ini mungkin suatu metafora saja, namun, Mahaguru Ching Hai memang ada mereka bentuk bendera yang lambangkan kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan semua manusia, haiwan dan alam semula jadi dalam kasih sayang Tuhan.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1378 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android