Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pastikan Fikiran Suci dan Bersih Sewaktu Berkhidmat untuk Orang Ramai, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Walaupun kamu bekerja di sini untuk Supreme Master TV atau tempat lain, kamu mesti tetap memastikan fikiranmu suci dan bersih. Jika tidak, pertama, kamu tak dapat buat kerjamu secara efisien. Kedua, pahalamu akan dipotong. Kemudian mungkin kamu tiada apa-apa pun akhirnya. Bukan itu saja, kamu menjejaskan kerja awam. Itu bertentangan dengan niat kamu sepenuhnya.

Semua orang suka Supreme Master TV dan kita bekerja keras. Kita suka melakukannya kerana kita nak berbakti, nak membantu. Tapi jika kita buat sesuatu yang salah, semua pahala akan dipotong atau malah minus, maka kita timbulkan lebih banyak masalah daripada membantu. Faham? (Ya, Guru.) Meskipun kamu nak berbuat baik, kamu akan buat salah. Atau tenagamu akan buatnya buruk bagi penonton lihat kamu. Faham? (Ya, Guru.) Saya pilih juruacara dengan berhati-hati tapi kadangkala mereka terbocor sesuatu. Seperti hari ini atau semalam, mereka ambil orang yang salah, orang yang tak diterima, tak diluluskan. (Wau!) Ya.

Jadi kamu sampaikan mesej ini kepada semua orang. Beritahu mereka apa yang saya beritahu tentang memastikan diri suci di dalam. Meskipun mereka tak dapat berada di sini, namun di tempat lain, mereka tetap perlu memastikan diri suci, kan? (Ya, Guru.) Tapi di sini lebih serius, lebih sensitif. Gunung dan air tahu akan segalanya. Ini sepatutnya untuk meditasi saja, faham? Jadi pengawal lebih ketat. Maksud saya yang tak nampak. Yang nampak, mereka tak tahu apa-apa pun. Apa-apa yang kamu buat, apa-apa yang kamu fikirkan, mereka tak tahu apa-apa pun, tapi yang tak nampak, mereka tahu. Semua gunung tahu, pokok tahu, buluh yang kamu lalui setiap hari tahu, batu tahu, dan dah tentu, Syurga tahu. Jadi pastikan sentiasa suci supaya kamu dapat memelihara tenagamu, pahalamu untuk teruskan lagi, okey? Belum kata lagi pergi ke syurga. Kita nak buat kerja dengan betul di sini. Syurga atau tidak, itu hal lain, mesti lebih banyak bermeditasi.

Lagi rendahnya peringkat kita lagi banyak Maya boleh gunakan kita. Itu normal, kan? Ya. Kemudian kamu ingat kamu bantu saya tetapi timbulkan lebih banyak kesusahan, mudarat dan halangan sebaliknya. Saya tak maksudkan kamu. Maksud saya orang, sesiapa saja. Jadi pastikan dirimu bersih, okey? (Ya, Guru.)

Saya tak makan makanan mentah kerana saya boleh rasai kesakitannya. Sama juga dgn makanan mentah, bagi saya. Kerana saya sensitif. Bukan semua orang rasa begitu, okey? Saya tak melarang kamu makan makanan mentah atau orang lain makan makanan mentah. Tidak, bukan macam itu. Hanya bagi saya, secara peribadi. Kerana enzim masih hidup di dalam buah atau daging sayuran mentah segar. Ia masih berhubungan dengan pokok atau tumbuhan hidup. Tumbuhan, walaupun dituai, ia masih hidup. Jika saya makan tumbuhan, daun daripada tumbuhan... Daun itu masih berhubungan dengan tumbuhan secara tak nampak. Enzim di dalam daun, apa yang buatnya hidup, sihat dan bercahaya, itu ada maklumat daripada pokok. Faham? Daun atau buah masih ada maklumat daripada pokok kerana enzim masih membawanya. Jadi jika saya makannya, saya rasa takut. Saya rasa takut seperti tumbuhan rasa takut. Faham? Meskipun tumbuhan tak takut sebesar atau seketara orang, dengan banyak tumbuhan, banyak buah, longgokannya besar juga. Tapi bukan semua orang rasa begitu. Kamu tak rasa macam itu. Kamu tak rasa takut atau apa-apa kerana kamu tak sensitif. Kamu tak begitu sensitif seperti saya. Sebab itulah segalanya yang saya buat adalah disebabkan perasaan. Kasih sejati. Bukanlah... Bukan untuk menunjuk-tunjuk, atau atas sebab kezahidan, atau mendapat lebih banyak mata atau meningkat lebih tinggi atau pujian atau pemujaan. Bukan macam itu, okey?
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-01
133 Tontonan
2024-11-01
1211 Tontonan
2024-10-31
597 Tontonan
2024-10-31
184 Tontonan
2024-10-31
150 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android