Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 10 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru jelaskan bahawa kita semua datang daripada Sumber Tertinggi dan kebijaksanaan dalaman kita dibangkitkan pada waktu inisiasi. Beliau juga mengesyorkan veganisme untuk amalan spiritual yang bermanfaat kerana ia minimumkan karma bunuh, menjaga kesucian badan kita, dengan itu tingkatkan kemajuan spiritual dan merupakan ekspresi kasih sayang kita kepada semua makhluk.

(Jadi Guru tidak minta orang meninggalkan semua benda duniawi tetapi sebaliknya membawa niat ikhlas ke dalam apa-apa saja yang mereka buat?) Betul, betul. Betul. Kita juga perlu menjadi produktif dan menyokong dunia ini dan juga roh. Kita perlu berkembang dlm semua aspek bukan hanya aspek rohani.

(Terima kasih. Kerana kita multidimensi, kan?) Ya, multidimensi. (Ya.) Kerana kita perlu menjadi sempurna, seperti, “Oleh itu, kamu jadilah sempurna seperti Bapamu sempurna di Syurga.” Orang yang sempurna tak boleh hanya duduk bersila di sesuatu tempat di dalam gua dan tidak buat apa-apa pun, atau mengubah hidupnya, atau tidak buat kerja yang dibuatnya. Dia perlu bertanggungjawab juga.

(Sekali lagi, Guru, bercakap tentang duduk bersila di dalam gua, boleh Guru cakap sikit secara terperinci tentang apa yang Guru syorkan dari segi gaya, cara meditasi?) Baiklah. Tidak perlukan sebarang gaya. Perkara yang paling penting ialah kebijaksanaan dalaman kamu terbuka. Itu akan dilakukan pada waktu inisiasi. Kita gunakan ini, keupayaan untuk faham untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita ini, memahami Alam Semesta dan memahami diri sendiri. Bukanlah posisi yang penting tetapi tumpuan.

Jared: Selamat kembali. Ini Lihat Melangkaui Batas Radio 2000. Kami harap kami menceriakan hari Jumaat anda, menawarkan berita baik kepada anda dan bukan berita selebihnya yang kita dah biasa mendapat begitu banyak, cenderung untuk menjadi sejenis awan gelap, saya akan kata begitu, dan bukan cahaya yang terang. Kami berharap kami membawa sinaran matahari dan cahaya ke dlm hidup anda sementara kami pagi ini, teruskan perbualan dengan Mahaguru Ching Hai yang menelefon dari California Selatan. Beliau seorang Wanita yg mengagumkan. Saya tak tahu macam mana lagi nak menggambarkan Beliau. Guru hadapi kesusahan untuk menggambarkan perkara tertentu. Saya hadapi kesusahan untuk menggambarkan Guru kecuali berkata bahawa saya memang gembira dengan Guru muncul dalam bentuk wanita.

Saya rasa itu sangat penting dalam hidup kita di dunia hari ini, mendengar daripada seorang Wanita spiritual yang berkuasa. Kita ada begitu banyak lelaki yang pergi ke sana sini, katakan segala jenis perkara dan saya gembira dgn Guru berada di sini pagi ini.

Master: Terima kasih. Saya gembira juga. Saya gembira dengan kamu beri penghormatan dan peluang ini kpd saya.

(Guru telah merujuk beberapa kali kepada perkataan ‘inisiasi’.) Ya. (Saya tertanya-tanya sama ada Guru boleh gambarkan apa yang Guru rujuk. Saya tahu apa maksud perkataan itu tapi apa yg Guru betul-betul maksudkan?) Ya, ya.

Sebenarnya inisiasi hanyalah suatu perkataan untuk pembukaan Roh. Kita dikaburi oleh banyak jenis halangan, nampak atau tak nampak. Jadi kononnya inisiasi ialah proses membuka pintu kebijaksanaan, biarnya mengalir ke dunia ini, kemudian berkati dunia ini dan diri kita sendiri, kononnya diri. Tetapi Diri Sebenar sentiasa berada dalam Kemegahan dan Kebijaksanaan, tidak perlukan berkat untuk itu. Apa yang saya maksudkan ialah cara kita memahami perkara. Pemahaman ini akan berkati dunia yang kita diami ini untuk buatnya menjadi lebih cerah.

(Jadi adakah Guru maksudkan inisiasi ialah sesuatu di mana Guru berkati orang dan itu membuka mereka untuk kemungkinan baharu?) Betul. Sebenarnya kita semua adalah yang paling agung di Alam Semesta. Kita datang drpd Sumber paling agung. Oleh itu, kita mesti jadi yg paling agung. Kita tak mungkin datang daripada pokok, batu atau apa-apa yang kita fikirkan. Jadi macam mana pun, proses inisiasi adalah untuk segera mengejutkan kita kembali ke kedudukan tertinggi yang telah kita lupa selama ini kerana kita terlalu sibuk dengan aktiviti harian duniawi.

(Saya suka itu: “Mengejutkan kita kembali ke kedudukan yang lebih tinggi itu.”) Kedudukan tertinggi. (Tertinggi!) Ya.

Jared: Guru, saya tahu bahawa Guru Sufi sering berkata bahawa apa yang perlu kita buat dalam hidup ini adalah ingat akan siapa diri kita. (Benar.) Ini kedengaran macam apa yang Guru katakan juga. (Ya, ya, itulah.) Bercakap tentang hidup kabur ini, iaitu ilusi kita, saya tahu akan seorang guru saya yang pernah berkata bahawa, ya, sebahagian besar drpd hidup di sini ialah Maya atau ilusi, tetapi beliau berkata ini ilusi yang sangat nyata juga. Kita sangat banyak terikat padanya. (Benar.) Apa yang Guru rasa ialah halangan terbesar yang dihadapi oleh pencari spiritual di jalannya?

Master: Lagi banyak kita tahu lagi kurang kita faham. (Saya suka akan itu.) (Adakah itu arah yang positif, Guru rasa, mungkin?) Kerana kita telah kumpulkan terlalu banyak pengetahuan duniawi. Sebab itulah kita tidak memahami Kebijaksanaan Sebenar. Jadi ini hidup kabur kita. Kita terlalu megah dengan PhD atau apa-apa saja pengetahuan yg kita peroleh daripada dunia ini dan lupa bahawa kita begitu jauh lebih agung daripada itu. Sebenarnya pd bila-bila kita terlalu megah ini bermakna kita memandang rendah terhadap diri sendiri kerana kita lebih agung daripada itu. Dah tentu, pengetahuan daripada dunia ini tidak menghalang kebijaksanaan spiritual tetapi jika kita… bergantunglah, jika kita berpaut pada itu, maka kita alami kesusahan.

(Kedengaran macam Guru maksudkan jika kita membuat pengetahuan, pengetahuan kepala yang kita hadiri sekolah untuk mendapat PhD itu, jika kita membuat Tuhan daripadanya,) Betul. (maka kita masuk tidur saja.) Betul. Kamu tahu akan segalanya.

(Mungkin saya alami kesusahan di sini.) (Jared, saya tahu mengapa. Ini kerana kamu hanyalah calon PhD. Jika kamu mendapat PhD, kamu akan alami kesusahan.) (Oh! Betul. Ya. Mungkin begitulah.) Oh! Dia begitu ke? (Ya.) Tahniah. (Rasanya saya seorang calon selama-lamanya. Saya tak rasa… macam mana pun.) (Dia akan menjadi, barangkali diri sebenar yang kita semua begitu.)

Tidak, saya tidak maksudkan memandang rendah terhadap ijazah ini. Maksud saya, hanya untuk berikan contoh kukuh bahawa jika kita terlalu banyak berpaut pada benda ini, maka kita lupa akan Diri Sebenar. Itu saja. (Ya, memang.)

Jared: Ini ingatkan saya tentang kisah dalam Bible, seorang pemerintah muda yang kaya datang kepada Nabi Isa dan berkata, “Apa yang mesti saya buat untuk mendapat hidup abadi?” Baginda dedahkan apa yang dipautnya. Baginda bersabda, “Kamu perlu lepaskan segalanya?” Dia tidak mahu berbuat demikian, saya tak rasa. (Betul.)

Mike, seorang lelaki yang menelefon dari Berkeley ingin tahu bagaimana Guru menerima gelaran ‘Mahaguru’?

Master: Oh! Macam tu. Saya juga tak tahu bagaimana. (Guru bangun pada suatu pagi dan seseorang katakan itu kepada Guru, kan?) Ya, atau kadangkala anak murid, kononnya anak murid akan mengenal ketinggian kononnya Guru. Jadi mereka memanggil Guru dengan banyak nama baik. Contohnya, Christ ialah suatu gelaran juga. Buddha ialah suatu gelaran juga (Ya.) yang diberikan kepada Guru pada masa itu. Saya tak rasa begitu Tertinggi tetapi saya tahu dengan pasti bahawa kita datang daripada Sumber Tertinggi. Saya hanya boleh beritahu kamu itu.

Jared: Kita datang daripada Sumber Tertinggi. (Ya, kita semua.) Ya. (Ya.) Itu sendiri suatu meditasi, kan? Sentiasa mengulang itu. “Saya datang daripada Sumber Tertinggi.”

Master: Itu bukan mengulang. Itu keyakinan yang kita tahu daripada kesedaran diri. (Betul.) Ya. (Itu saja.)

Bonnie: Apa yang saya dapati tentang Guru ialah Guru ada rasa humor yang begitu mesra dan lembut. (Oh! Benar ke?) Ya. Cakaplah sikit tentang kepentingan humor dalam kehidupan kita.

Master: Ia sendiri datang. Ia sendiri datang apabila kita lihat perkara secara ringan dan kita tahu dari mana datangnya kita. Kemudian kita sangat yakin di dalam diri kita, maka kita ada humor. (Baiklah.) Itu tahap yang berbeza, dah tentu, tetapi… (Ya.) Tiada apa-apa yang penting lagi. Tiada apa-apa yang penting lagi sehingga kita perlu melepaskan cara berfikir positif. (Tiada apa-apa yang begitu penting sehingga kita perlu melepaskan rasa humor.) Ya, betul.

(Kita ada seorang pemanggil, Alex, menelefon dari San Jose, yang bertanya, “Apakah pendapat Guru tentang ajaran tidak berkahwin?”) (Tidak berkahwin. Agaknya dia maksudkan tidak berkahwin dan [veganisme].)

Master: Okey. Tidak, saya syorkan veganisme tetapi bukan tidak berkahwin kerana kita berada dalam hidup fizikal ini dan harus teruskan dengan apa-apa saja yang kita dituntut asalkan itu tidak memudaratkan orang di sebelah. Hidup berumah tangga adalah baik bagi banyak orang. Saya juga tak kata semua orang harus berkahwin. Ini bergantung kepada apa yang lebih suka mereka lakukan. Perkahwinan bermakna penemanan seumur hidup dan juga hidup yang lebih produktif. Kamu juga akan bawa lebih banyak roh spiritual ke dunia ini jika kita sendiri spiritual juga. Ini sangat produktif. Tak mengapa. Veganisme hanyalah suatu cara untuk mengekspresikan kasih sayang kita kepada semua makhluk.

Jared: Linda menelefon dari Menlo Park, juga minta supaya beritahu kami tentang kepentingan [veganisme]. (Baiklah.) Mengapa jadi [vegan] adalah penting?

Master: Kerana ia akan minimumkan karma bunuh yang berat di planet ini. ‘Karma’ bermaksud kesan perbuatan kita. Jika kita bertindak secara suci – pertuturan, badan dan minda adalah suci – maka planet ini akan menjadi lebih suci dan lebih damai. Dah tentu, itu pengaruhi semua makhluk dan orang pertama adalah kita sendiri.

(Macam itu, Guru, adakah diet seseorang pengaruhi kemajuan spiritualnya?) Sebagaimana yang kamu lihat, badan dan minda juga pengaruhi kemajuan spiritual kita kerana kita perlu gunakan wadah badan dan minda ini untuk capai langkah yang lebih tinggi. Ya? (Ya.) Oleh itu, ia perlulah suci. Contohnya, jika kamu gunakan gelas bagi menuang air ke dalamnya untuk diminum, gelas itu haruslah bersih. Jika tidak, kadangkala ia meracun kamu. Itu bukan air tetapi kamu minum air dari gelas, jadi gelas itu mestilah bersih.

(Pada masa ini, adakah Guru anggap kediaman Guru adalah di Taiwan (Formosa)?) Ya. (Saya rasa ingin tahu, apa jenis hubungan yang Guru rasai atau ada dengan tanah besar China?) Kami juga hantar orang ke sana untuk beri inisiasi seperti yang diminta. Beribu-ribu orang telah diinisiasi. Ya.

(Jadi Guru rasa itu… maka itu kedengaran macam perubahan yang besar dalam keterbukaan tanah besar China?) Ya, ya. (Banyak berubah di sana?) Ya, banyak berubah, ya, ke arah yang lebih baik, ya. (Bagaimana dengan Rusia? Pernah Guru pergi ke Rusia?) Ya, pernah. Hanya berlalu selama sehari saja lama dahulu. (Hanya berlalu saja.) Ya. Sebelum apa-apa bermula.

(Kita ada beberapa minit saja sebelum berhenti sebentar lagi, Guru. Guru memuji-muji Nabi Isa dan Buddha, dan jumpai persamaan antara ajaran Mereka. Saya tahu bahawa orang Kristian ada suatu kepercayaan, rasanya, bahawa Nabi Isa ialah TUHAN tetapi saya tahu penganut Buddha tidak menganggap Buddha macam itu. Boleh Guru bercakap tentang itu, dari segi apa Guru anggap Mereka serupa dan dari segi apa berbeza?) Baiklah.

Penganut Buddha juga rasa macam itu. Maksud saya, penganut Buddha sejati dalam suatu erti kata. Kerana di India, mereka anggap Guru sebagai TUHAN, dan Nabi Isa dan Buddha ialah Guru sebegini. Sebenarnya kadangkala mereka lebih banyak memuja Guru daripada TUHAN kerana mereka kata TUHAN hanya buang kita ke dalam hidup yang menyeksakan ini tetapi Guru memutuskan rantai kesengsaraan dan bebaskan kita. Tetapi terjemahan dan salah tafsir kadangkala menyebabkan kita alami banyak kekeliruan tetapi saya lihat menembusi semua ini sampai ke inti patinya. Itu hasil makrifat.

(Guru, kita akan berhenti sebentar sekali lagi) Ya. (untuk mengalu-alukan penaja rancangan ini, Melihat Melangkaui Batas Radio 2000. Kami akan kembali bersama anda semua selepas berhenti sebentar.)

Photo Caption: “Bunga Mekar untuk SUMBER Asal Roh Memuliakan YANG ESA”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
2923 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
2739 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
2740 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
2617 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
2523 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
2537 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-10-26
2211 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-10-27
2231 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
2157 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-10-29
1845 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-29
1094 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-29
1845 Tontonan
Pertunjukan
2026-10-29
1251 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-28
2912 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-28
1523 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
2157 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-10-28
1753 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-27
2628 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun