Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sama seperti kisah isteri Kabir. Kamu masih ingat tak? Mereka berdua ialah Santo Bermakrifat tetapi sebagai seorang isteri Hindu sejati dan Dewi, Dia takkan dalam mimpi pun letak kaki di depan suami-Nya dan biar orang tahu betapa hebatnya Dia. Shiva adalah bermakrifat dan merupakan Guru, itu dah cukup. Devi tak kisah menjadi orang kedua atau orang setaraf. Semua isteri Hindu tidak dalam mimpi pun buat perkara sebegini. Mereka sangat rendah diri. Mereka sentiasa berada di belakang dan buat apa-apa saja yang disuruh oleh suami. Sebab itulah sejak zaman dahulu lagi, kita ada Guru wanita yang begitu sedikit,kerana sebagaimana yang kamu tahu, kebanyakan sastera suci tentang amalan spiritual terpelihara dengan baik dan dihormati di India. Banyak Guru agung datang dari India dan banyak Guru agung datang dari negara-negara yang berlainan tetapi kerohanian Mereka berakarkan India. Jadi dah tentu, lelaki mengajar lelaki, kemudian lelaki pergi menyebarkan berita baik kepada lelaki lagi, kemudian pilih pewaris lelaki kerana lelaki lebih bersekutu dengan lelaki, jadi pewarisnya akan merupakan lelaki lagi, kemudian kitaran ini berterusan, kerana wanita Hindu takkan cuba mendesak dan menunjukkan kehebatan mereka dari dalam atau dari luar. Jika dah ada seorang Guru, satunya dah cukup. Dia berpuas dengan memasak capati, memanggang kentang dan bersihkan rumah untuk sesiapa saja yang suaminya bawa pulang sebagai tetamu.Apabila kita pergi ke rumah orang India, si isteri sentiasa memasak, membersih untuk kita dan buat segalanya untuk buat kita rasa selesa manakala si suami akan melayan kita dengan baik seperti tetamu, berbual dengan kita dan cuba menghiburkan kita di peringkat intelektual atau spiritual. Si isteri malah akan bersihkan kaki kita! Dia bersihkan makanan yang kita tinggalkan di atas lantai dan buat segalanya selesa untuk kita, tidak bercakap dengan kita jika tidak diajak bercakap. Jadi ini beberapa sifat wanita Hindu yang sangat baik yang ingin saya kongsi dengan kamu, yang belum dapat saya pelajari lagi.Nasib baik saya tak bersuami, jadi saya tidak pertimbangkannya lagi. Apabila saya pelajari semua sifat ini, dah terlambat. Suami saya dah ada orang lain. Mungkin mereka berdua masih bersusah payah untuk belajar. Jadi ini elakkan banyak masalah dan jimatkan banyak masa saya. Jadi sekarang saya boleh duduk di sini dan katakan segala jenis perkara alam semesta kepada kamu. Jika tidak, apa yang kamu rasa? Saya akan berada di dapur sekarang, memasak capati. Mungkin dia duduk di sini tapi tak tahu apa yang nak beritahu kamu.Baiklah. Jadi sekarang mari kita kembali kepada lebih seratus cara beramal. Selepas Devi telah tanya soalan yang bererti dan mendalam ini, Shiva jawab dengan penyayang. Jadi apa yang Dia panggil-Nya? Sekarang jawapan pertama. ‘Yang berseri-seri’! Woah! Kamu tidak panggil saya macam itu pun! Kamu hanya panggil saya SUMA. ‘Yang berseri-seri’! Mungkin di Amerika kamu ada ‘pai epal’, ‘sos tomato’ atau ‘kentang jejari’, ‘kentang jejari Kentucky’. Sementara bercakap tentang ini, saya ada satu jenaka untuk kamu. Haruskah kita ceritakan jenaka atau mengatakan ini? Jenaka, huh? Baiklah, jenaka. Kita masih ada itu yang akan datang, jangan risau.Ada banyak jiran yang tinggal bersama di satu blok, kompleks. Salah seorang si isteri merungut kepada suaminya macam ini, “Tengok sini! Semua si suami jiran kita memanggil isteri mereka dengan nama yg begitu manis dan romantik tapi awak tak pernah panggil aku macam itu.” Kamu dah tahu akan cerita ini? Tidak? Maka mengapa kamu ketawa? Jangan ketawa dengan begitu awal. Barangkali kamu akan menangis kemudiannya jika ini berlaku kepada kamu. Jadi si suami berkata, “Apa? Apa yang mereka panggil isteri mereka? Aku tak pernah dengar apa-apa pun!” Jadi si isteri berkata, “Jiran yang tinggal di sebelah kanan kita memanggil isterinya ‘pai epal’. Jiran yang tinggal di sebelah dia memanggil isterinya ‘bunga sakura manis’. Jiran yang tinggal di sebelah kiri kita memanggil isterinya ‘rosemary’.” Kamu tahu tak rosemary? Ia sejenis rempah yang sangat wangi yang kita bubuh ke dalam makanan. “Seorang lagi jiran di sebelah dia memanggilnya ‘piza sedapku’.” Masih berterusan. “Orang lain juga memanggil si isteri ‘bonsaiku’, ‘bonsai berhargaku’. Seorang lagi memanggil dia ‘Oh, berlianku, berlian tanpa cacat celaku’. Tapi awak tak pernah panggil aku dengan apa-apa yang begitu manis dan romantik seperti ini!”Jadi si suami gelengkan kepalanya dan berkata, “Minta maaf, tapi jiran yang tinggal di sebelah kanan seorang pembuat roti. Jiran di sebelah dia...” Apa yang dia panggilnya? ‘Bunga sakura’, huh? Baiklah. “Dia seorang tukang kebun.” Dia tanam pokok ceri. Dia orang Jepun. Jiran di sebelah kiri pula memanggil isterinya ‘rosemary’. Dia menjual herba!” Tahulah, keluaran herba! “Seorang lagi memanggil isterinya ‘berlian’ kerana dia seorang tukang emas. Aku seorang tukang kasut. Aku tak boleh panggil awak ‘kasut rosakku’.” Ya, adalah baik dia bukan pembuat keranda kerana kamu tahu… ‘keranda kukuhku’. Tahu tak, tempat mereka letak orang mati? ‘Keranda kukuh’. Jadi pastikan kamu tak terlalu banyak memaksa suamimu, kalau-kalau dia tidak dalam profesion yang betul untuk berikan nama paling manis yang kamu inginkan. Tapi kamu boleh beritahu suamimu supaya belajar daripada Shiva, Dewa Pemusnahan.Baiklah. Shiva sangat liberal. Dia memakai orang-ular dan sebagainya pada lengan-Nya dan memilih alat kelamin lelaki sebagai sejenis lambang daya pembiakan alam semesta. Tapi sebenarnya Dia maksudkan seluruh dunia dicipta oleh kuasa cipta. Ini bukanlah Kebenaran. Ini bukanlah Kediaman Tertinggi manusia, roh. Daya cipta, kuasa cipta yang mencipta alam semesta datang melalui Maya. Jadi pada zaman dahulu, bagi bercakap tentang Maya dan daya cipta, Dia perlu gunakan objek yang sangat kasar seperti alat kelamin lelaki hanya untuk biar orang pada masa itu tahu apa yang dimaksudkan-Nya. Mana boleh Dia berfalsafah dengan mereka pada masa itu, waktu orang hanya mengetahui sesuatu yang sangat kasar, sangat primitif, sangat bersifat realistik, contoh yang sangat seperti kehidupan harian?Pada setiap tempoh masa, Guru perlu hidup, mengajar dan membuat orang faham mengikut tahap kesedaran dan kemajuan orang pada masa itu. Kamu harus faham dengan jelas. Jadi jangan membanding dan berkata mengapa Nabi Musa benarkan orang bunuh orang-kambing tetapi Mahaguru Ching Hai berkata, “Tidak! Tidak!” Sekarang kita tak perlu katakan itu lagi kerana tiada sesiapa yang saling membunuh. Jangan bunuh orang-khinzir pun. Jangan bunuh orang-ayam pun, kerana tak perlu beritahu mereka supaya jangan bunuh manusia sebagai korban lagi, tidak di Taiwan (Formosa) atau tidak di tempat-tempat yang saya pergi utk berkhutbah, kan? Baiklah.Jadi sekarang jawapan pertama yang diberikan oleh Shiva kepada isteri, teman, teman seumur hidup-Nya adalah ini, “Yang berseri-seri! Jika kamu ingin alami kecerahan, kamu boleh bertumpu di antara dua nafas.” Di antara ketika nafas keluar dan masuk, pada masa di antara ini kamu akan mendapat manfaat kecerahan. Dah tentu, apa yang dimaksudkan-Nya adalah kita mesti bertumpu. Apabila barangkali kita… Kerana dalam kehidupan harian, ini bukan satu-satunya kaedah. Walaupun kita boleh buat begitu, namun kita harus gunakan kesemua 112 cara ini. Kita harus gunakannya dalam keadaan-keadaan yang berlainan untuk menumpukan fikiran. Jadi kadangkala, jika kamu masih ingat, saya juga mengajar kamu bahawa semasa aktiviti harian, kamu harus sentiasa mengingati pusat kebijaksanaanmu dan mengulang Lima Nama Suci tetapi jika kamu terlupa… setiap aktiviti pun, kamu harus bertumpu tetapi ini sangat sukar bagi kamu, jadi kamu bertumpu pada Lima Nama Suci ketika sedang bekerja pun.Tetapi kamu tak harus bertumpu pada nafas fizikal tetapi di antaranya. Apa yang dimaksudkan-Nya dengan antara dua nafas – satunya keluar dan satunya masuk – ialah makhluk yang tiada nafas, tak bernafas. Itulah apa yang harus kita tumpu. Ini bermakna kita harus sentiasa ingat akan Yang Maha Berkuasa, yang tiada nafas, yang tidak perlukan nafas, yang tak dapat disentuh oleh nafas dan lain-lain... Ini hanya untuk orang yang sudah memahami cara beramal, bukan untuk pergi mengajar anggota masyarakat biasa supaya bertumpu di antara dua nafas. Dah tentu, sebarang jenis tumpuan pun mendatangkan manfaat tetapi tidak sampai tahap seperti kita tahu nak bertumpu di mana dan bertumpu pada apa. Adakah itu jelas? (Ya.) Baiklah.Dalam aktiviti harian, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi kadangkala sangat sukar untuk mengingati pusat kebijaksanaan. Jadi kalau-kalau kita tak dapat, atau kalau-kalau kita perlu bertumpu pada kerja, maka ada cara-cara kita boleh mengubah kerja menjadi amalan. Sebab itulah Buddha berkata ada 84,000 cara beramal. Tiada satu pun daripadanya bukan amalan, bukan cara amalan spiritual. Di sini Shiva, untuk buatnya pendek, Dia tak dapat duduk di sana dan... senaraikan 84,000 cara amalan Dharma, jadi Dia buatnya 112. Itu seharusnya dah cukup untuk kamu dan untuk kita, untuk saya. Jadi apa yang dimaksudkan-Nya dengan “antara nafas” adalah ingat akan yang bukan makhluk, yang bukan makhluk fizikal. Jadi apabila kamu ingat, saya beritahu kamu supaya jangan bertumpu pada nafas dan jangan beri perhatian kepada perasaan fizikal semasa inisiasi. Masih ingat? Baiklah.Jadi itu apa yang dimaksudkan-Nya juga. Sebab itulah Dia kata, “Bertumpu. Ingat akan yang di antara nafas.” Bukanlah kita bertumpu di antara nafas saja, berterusan macam itu, kerana Dia takut mungkin jika Dia beritahu kamu – saya rasa, mungkin saya silap, lepas ini kita akan tahu… Mungkin lepas ini kita baca lebih banyak lagi, saya akan beritahu kamu lebih banyak. Ada banyak perkara untuk dibaca tapi kita hanya berada di yang pertama.Saya takut jika kamu bertumpu pada nafas, kamu akan buatnya macam suatu ritma. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Kemudiannya tiba-tiba suatu hari nanti, kamu akan alami keadaan tidak bernafas, kemudian barangkali kamu tak tahu nak beralih ke mana sebagai tumpuan untuk melangkaui ritma nafas, maka kamu tersangkut di sana.Photo Caption: “Kekalkan Penampilan Diri yang Sopan di Hutan Pun”











