Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dan mungkin, apabila melalui lukisan saya untuk seketika, orang yang melihat teringat akan sedikit sifat rohani di dalam dirinya. Itu aura yang dibawa oleh lukisan atau ciptaan seni saya.
Mahaguru Ching Hai (vegan) seorang pemimpin spiritual dan artis yang terkemuka, membimbing roh kita bukan sahaja melalui ajaran-Nya tetapi juga melalui koleksi karya seni agung yg tiada bandingannya. Karya-karya ini mengundang kita ke alam Syurga, menunjukkan dengan jelas kecantikan transendental alam tinggi. Kami menjemput anda berjalan melalui galeri seni firdausi Mahaguru Ching Hai (vegan).Master: Sebarang jenis seni seperti lukisan dan karya seni yang lain sepatutnya mengingatkan orang supaya cuba beralih ke dlm diri mereka, mencari Sifat Buddha atau Kerajaan Tuhan sendiri.Sesungguhnya, lukisan agung ialah khazanah yang dihargai di dunia. Setiap coretan berus merakamkan sejarah, budaya, ekspresi dan malah berkat, memperkaya pengalaman orang dengan sesuatu pada masa lalu, masa sekarang dan masa depan tanpa mengalaminya secara fizikal. Lukisan-lukisan Mahaguru Ching Hai (vegan) adalah unik. Ia membantu membimbing kita di jalan spiritual pulang ke Rumah Syurga kita, memperkaya pemahaman kita tentang pelbagai aspek dunia ini dan alam lain serta menyuburkan roh kita dengan banyak berkat.Melalui kata-kata-Nya yg mengharukan, Mahaguru Ching Hai (vegan) menggalakkan kita supaya mengekspresikan bakat cipta kita dengan hati seperti kanak-kanak.VO: Kadangkala saya rasa sangat bersimpati dengan kita kerana tak dapat jadi seperti kanak-kanak meskipun kita mahu. Kadangkala realiti, dunia mahu mengheret kita kembali ke dalam jenis kehidupan material yang sangat berat ini dan kita berasa sangat letih. […] Segalanya memukul muka kita dan beritahu kita bahawa keadaan tidak baik, keadaan begitu susah, wang sukar nak cari, bahawa kita perlu berlawan, perlu bersaing, perlu melakukan ini, perlu melakukan itu untuk berada di depan. Ada banyak sekolah yang mengajar anda cara menjadi jutawan dengan pantas, cara menjana wang tanpa bekerja. Sebenarnya bukan macam itu. Kita tak benar-benar perlu curahkan begitu banyak usaha dengan minda. Sebaliknya, kita harus hanya cuba mengingati sumber cipta diri sebenar kita, kemudian kita dapat mencipta apa-apa saja.Master: Dan mungkin, apabila melalui lukisan saya untuk seketika, orang yang melihat teringat akan sedikit sifat rohani di dalam dirinya. Itu aura yang dibawa oleh lukisan atau ciptaan seni saya. Tetapi kita mesti ingat bahawa jenis seni firdausi ini tetap hanyalah salinan ciptaan firdausi alam Syurga yang sebenar.Banyak dugaan boleh menyebabkan kita ‘Bergelut’. Pada mulanya, mungkin kita mendapati diri kita penuh dengan ‘Ketakutan’. Apabila kita ingat utk berdoa kpd Tuhan dan berhubung dengan Sifat Sebenar, kita ‘Diselamatkan’ oleh Kuasa Besar. Karya seni ini mengajak kita membuat perjalanan rohani. Dengan berhubung semula dengan sumber cipta Syurga kita, kita menerangi jiwa kita dan merangkul kehidupan yang penuh dengan harapan tak terhingga.Mari kita lihat karya seni pertama ‘Bergelut’ yang dilukis pada 1991 di Ashram Costa Rica oleh Mahaguru Ching Hai (vegan). Ia merakamkan waktu pergerakan elemen yang kuat.VO: Angin bertiup, hujan turun mencurah-curah. Pokok bunga dan rumah bergoyang ke semua arah. Tiada tempat tenang yang boleh dijumpai. Coretan berus artis yang kuat dan perspektif yang tidak ortodoks memperkuat pergelutan objek bernyawa dan tak bernyawa melawan kuasa alam semula jadi. Sementara pertapa cuba menenangkan fikirannya, pergolakan dan gangguan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggoyahkan keazamannya. Hanya yang kuat akan bertahan!Master: Dewan meditasi sepatutnya merupakan tempat yang tenang tetapi sebenarnya saya namai lukisan ini PERGELUTAN kerana mereka bergelut di dalam diri mereka untuk akhirnya memperoleh ketenangan. Jadi kebanyakan orang, apabila melukis tokong atau dewan meditasi, melukisnya dengan cantik dan harmoni, dengan burung berkicauan dan sebagainya. Tetapi bagi saya, itu suatu pergelutan kerana saya tahu ada apa di dalam. Apabila kamu bergelut untuk ketenangan diri, itu tak begitu senang pada permulaannya. Jika orang sudah capainya, mereka tidak perlukan dewan meditasi lagi. Jadi saya namainya PERGELUTAN. Agaknya kamu faham mengapa.Seterusnya, kami ajak anda merenungkan karya agung yg bertajuk ‘KETAKUTAN’VO: Boleh kamu tahu apa bunga ini? Ia seharusnya bunga mawar tetapi mempunyai rupa ini selepas saya mula melukis untuk seketika.Mawar merah segar, langit biru dan mendung, daun hijau tua, pasu kelabu dan biru tua yang telah berubah bentuk serta setiap perincian yg dicoret pada setiap subjek gambarkan emosi dan ketakutan bunga dan pasu ini dengan jelasnya.VO: Mahaguru mengisahkan cerita di sebalik lukisan ini secara bergurau, berkata, “Seorang lelaki membawa sepasu bunga semasa melawat kekasihnya di Syurga Tingkat Lima. Tidak lama kemudian, dua orang itu bergaduh dan lelaki itu dihalau keluar. Pasu bunga itu dibaling ke arahnya.” Karya ini pada asalnya bertajuk Dari Tingkat Lima, kemudiannya diberi nama sekarang. Semua bunga dalam karya ini ada rupa gementar, takut – matanya terjojol, mulutnya ternganga dan badannya penuh dengan angin. Ia kelihatan macam takut dipecahkan!Dalam buku satu ‘Kunci Makrifat Semerta’ di bawah tema ‘Doktrin Sebenar dan Doktrin Palsu’, Mahaguru Ching Hai (vegan) menyebut punca ketakutan universal ini:VO: Sejak zaman dahulu, daripada percaya kepada Guru sebenar, orang memuja dewa api, dewa angin, jin air dan sebagainya kerana mereka telah kehilangan Diri Sebenar dan menjadi sunyi, takut akan sesuatu yang tidak diketahui dan alam semesta yang besar. Semua benda yang dilihat begitu penuh misteri dan menakutkan. Kita takut akan matahari yang membakar dan api panas yang memusnahkan segalanya yang bersentuhan dengannya. Selepas terpisah daripada Kuasa Besar (Diri Sebenar), kita menjadi sangat sunyi seperti kanak-kanak yang tersesat, tak dapat cari rumahnya dan menjadi takut akan segala-galanya di dalam hutan yang gelap. Seorang Guru bermakrifat sebenar akan menunjukkan kepada kita cara meneliti stesen kuasa kita sendiri – Sifat Sebenar kita. Lepas itu, apa-apa pun yg ingin kita buat adalah terpulang kepada kita kerana kita akan ada Kuasa sebenar kita sendiri, kononnya Kuasa Buddha atau Kuasa Guru. Dengan Kuasa dalaman ini kita dapat menyempurnakan apa-apa saja.Ya, dengan kuasa dalaman ini, kita dapat menjalani kehidupan dan mengikut jalan spiritual tanpa ketakutan.Bagi mengakhiri pameran kami, kami mengajak anda merenungkan karya agung yang sangat mengharukan, bertajuk ‘Diselamatkan’. Karya ini berkaitan dengan topik kita sebelumnya, menggambarkan saat pergelutan roh menemui berkat campur tangan Syurga – cahaya Syurga yang akhirnya bangkitkan Kuasa Besar di dalam diri kita semua.VO: Lukisan ini gambarkan penyelamatan seseorang yang sedang bergelut oleh cahaya yang kuat dari Syurga. Orang yang bergelut ini tercedera dengan darah dan penuh dengan air mata di dunia yang penuh semak berduri ini. Pada mulanya, orang ini kelihatan tidak menerima dan tidak pasti tetapi secara beransur-ansur dia diyakinkan dan mula mendapatkan cahaya yang membuatnya hidup semula.Melalui meditasi yang stabil dan ketenangan jiwa, orang yang paling dibebani pun dapat lihat Cahaya Syurga dalaman – kelihatan macam pelangi yang terang selepas ribut sehingga semua bayang akhirnya hilang.










