Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Nederlands
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Nederlands
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Berjenaka dan Kisah Buddha: ‘Lima Rukun dan Lima Cara Beri Sedekah Terbaik’, Bahagian 2 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada masa itu, Buddha khutbahkan kebaikan Lima Rukun kepada seluruh jemaah besar. Barangkali baginda beri inisiasi, kemudian lakukan itu. Jadi baginda kata tentang Lima Rukun dan kebaikan mematuhinya.

“Nombor satu: tak membunuh, tak mencederakan orang lain atau makhluk lain. Jika kau mematuhinya, kau akan mendapat kebaikan hidup lama dan sihat.

Nombor dua: tak mencuri, tak ambil barang yang tak diberikan kepada kau. Jika kau mematuhi rukun ini, kau akan mendapat pahala lahir dalam keluaraga kaya dan mulia. Tiada orang yang akan curi baranganmu juga.

Nombor tiga: tak berzina. Jika kau mematuhinya, Syurga dan Bumi akan sangat hormati kau dan badanmu akan menjadi cantik. Kau akan lahir dgn paras rupa yang baik. Dah tentu, sekarang jika kau sudah tak cantik, kau mematuhi rukun ini, patuhi Lima Rukun, hayat seterusnya kau akan lahir sebagai manusia semula dengan semua ini tapi tidak lahir di neraka atau sebagai binatang ganas atau alami sebarang jenis penderitaan.

Mematuhi Lima Rukun, kau takkan pergi ke syurga. Kau akan pergi ke sana, cuma jika hanya Lima Rukun saja, kau takkan pergi ke syurga atau syurga yang lebih rendah tapi sekurangnya lahir sebagai manusia, sihat, kaya dan tiada masalah. Sihat serta ada kuasa, kedudukan, apa-apa saja.

Nombor empat: tak berbohong tapi bercakap benar. Jika kau patuhinya, kau akan mendapat pahala banyak dihormati oleh semua orang di planet ini, semua orang yang kau temui dan apa-apa pun yang kau katakan, orang akan percaya.

Nombor lima: tak ambil intoksikan seperti arak, dadah dan sebagainya. Jika kau patuhi rukun ini, pahala yang akan kau dapat ialah kepintaran.”

Jadi setiap sebab ada akibatnya. Jadi baginda khutbahkan Lima Rukun, mengapa kita perlu mematuhinya. Barangkali inisiasi, mesti, perlu mematuhi Lima Rukun.

Buddha sentiasa memuji lima jenis sedekah, lima jenis tawaran yang mendatangkan pahala yang sangat besar kepada penawar hayat demi hayat, bukan satu hayat saja. Apakah lima sedekah itu? Nombor satu, yang pertama adalah jika kita beri tawaran atau sedekah kepada seseorang yang datang dari jauh. Orang datang dari jauh, bermakna dia benar-benar perlukannya. Meskipun berduit, dia belum tahu di mana nak beli makanan. Dia tak tahu di mana ada restoran untuk makan. Tak tahu di mana nak dapatkan air dll. Jadi jika kita beri tawaran kpd orang ini atau berikan sesuatu yang diperlukan kepada orang dari jauh ini, orang tak dikenali yang datang ke kampung kita. Itu nombor satu. Pahala yang besar. Ia salah satu daripada lima yang terbaik.

Kemudian nombor dua, jika kita beri tawaran kepada orang yang pergi jauh dari situ, seperti sediakan makanan dalam bekas atau makanan kering untuk perjalanan. Kerana jika orang pergi dari situ, dia hadapi kesusahan seperti orang yang datang dari jauh. Dia takkan tahu nak tinggal di mana sementara di perjalanan. Jika kita berikan selimut, makanan kering dll untuk perjalanannya, maka ia mendatangkan banyak pahala. Dah tentu. Ini benar-benar diperlukan. Bukan untuk orang miskin saja tetapi sesiapa saja yang perlukannya, ya.

Jadi nombor tiga, jika kita beri tawaran kepada pesakit, beri tawaran kepada pesakit. Kerana pesakit mungkin begitu tak berdaya.

Nombor empat, dah tentu kita beri makanan kepada orang yg lapar. Jika orang itu rasa lapar sekarang dan kita beri makanan kepada mereka, itu sangat bagus.

Nombor lima paling baik, berikan Ajaran Sebenar kepada orang yang mahukannya. Bukan sesiapa saja, dah tentu, tetapi orang yang mahukannya.

Jadi baginda kata, “Lima tawaran ini, jika kau tahu dan segera lakukannya apabila perlu, maka sekarang dalam hayat ini, kau akan ada pahala juga. Jelasnya, kau tak perlu tunggu hingga hayat seterusnya pun untuk lihat pahala yang datang kpd kau.” Malah dalam hayat ini. Saya tak tahu bagaimana dengan kamu tapi saya ada banyak pahala daripada itu, sekarang Buddha mengatakannya. Bukan kerana saya nak buat utk pahala. Cuma ada ganjaran banyak kali ganda. Saya buat kerana ia betul untuk dibuat, bukan disebabkan pahala.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
848 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android