Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam mimpi pun, jika kita boleh tunjukkan kasih sayang, ini bermakna kita pasti adanya setiap hari. Jika tidak, mana boleh kita ingat akannya? Malah untuk orang-ular, orang-ular berbisa yang menggigit semua orang dan menyusahkan orang. Jadi pastikan kita kembangkan kasih sayang macam ini di dlm diri kita sepanjang masa sehingga ia menjadi sifat kita, sifat pertama dan sifat kedua dan satu-satunya sifat. Kemudian segalanya yang kita buat akan hanya beri manfaat kpd orang lain, sama ada kita lakukannya dgn cara tegas, dengan cara kelihatan macam marah atau dengan cara penuh kasih sayang. Kamu faham maksud saya? Tak menjadi hal sama sekali. Sama seperti pakar bedah mahir, doktor mahir yang boleh berikan pil manis kepada kamu atau memotong kamu jadi potongan untuk menyembuhkan kamu.Jika kita tidak memelihara kasih sayang ini dan cuba kembangkannya, maka kita tak dapat meningkat maju kerana jalan menuju Tuhan adalah melalui kasih sayang. Jika kita kasihi setiap makhluk hidup yang lain, ini bermakna kita kasihi Tuhan. Ini bermakna Tuhan ada di dlm diri kita dan Tuhan kasihi anak-anak-Nya. Itu bagaimana kita menarik orang – dengan kasih sayang ini. Ia seperti magnet. Semua orang suka akan kita, sayangi kita. Kita tak tahu mengapa dan orang tak tahu mengapa juga. Ini ialah kasih sayang yg menarik orang, bukan rupa luaran, jantina – perempuan atau lelaki, atau pendidikan. […]Photo Caption: Syurga ialah Apa yang Penghuni Buatnya Jadi Begitu!