Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kekuatan Spiritual dalam Krisis Melalui Perpaduan antara Agama, Bahagian 11 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mr. Thomas: Salah satu kurniaan terbesar yang diterima oleh orang Indian terutama jalan saya bukanlah apa-apa kecuali mungkin pengutus pada zaman ini. Kita telah mendapat tahu bahawa oleh sebab kita begitu sedikit, kita mesti lakukan usaha kita yang boleh serta menyampaikan mesej spiritual yang paling dalam dan erti yang paling mendalam ini kepada orang kita, kepada mereka yang Datuk, atau Tuhan sebagaimana yang kamu tahu bimbing kepada kehidupan kita. Biasanya itu cara senang yang kita katakan kerana kita tiada begitu banyak kata-kata besar. (Betul.)

Apabila saya berkongsi mesej seperti hari ini dengan Guru, ini kerana Beliau tak begitu bertuah seperti saya. (Ya.) Beliau perlu pergi ke dunia dan menyampaikan mesej itu. Saya mesti pergi ke gunung untuk mendapatkannya. (Oh, seperti Nabi Musa!) Jadi dengan kebaikan kejadian ini. Kebijaksanaan-Nya ialah pengetahuan yang dikongsi. Jadi setiap kata yang dikeluarkan-Nya semasa Beliau ringan dan gembira, berkongsi jenaka atau caranya bersama kamu, ingatlah sesuatu: satu-satunya perkataan yang kamu benar-benar dengar ialah ‘kegembiraan’. (Betul. Indahnya itu.)

Semasa kamu berjalan bersama Beliau dan lihat orang akan hormati Beliau dan beri hormat kepada Beliau, maka kamu dikurniai dengan kurniaan Kedamaian. Ini apanya Guru bagi orang Indian. Kami tak tahu cara mereka. Kami hanya tahu akan satu perkara dan kami telah mengetahuinya selama beribu-ribu tahun. Satu-satunya perkataan yg dibawa oleh orang Amerika kepada kami yang akan dikatakan ialah ‘baik’. Adalah baik seluruh dunia dapat dengar bahawa Naga dari Timur (Mahaguru Ching Hai) bertemu dengan Helang dari Barat. Mereka berkumpul dan berkata, “Saya sayangi kamu.” Maka itu mesej dunia.

Guru spiritual akan mengajar kamu cara memperoleh ketenangan hati, keharmonian dan keseimbangan. Saya tak tahu cara untuk mengajar kamu itu. Saya hanya tahu bagaimana capai, seperti yang kami panggil ‘Hózhǫ́’. ‘Hózhǫ́’ bermaksud keharmonian, keseimbangan dan ketenangan diri. Saya boleh buat begitu apabila saya pergi ke gunung. Guru spiritual ada kerja yang terbesar di Ibu Bumi. Mereka mesti berkongsi dengan orang ramai. Mereka memang ialah gambaran yang saya gambarkan apabila saya beritahu banyak orang seperti kamu supaya dengar: suara guruh akan datang. Saya memang maksudkan itu dengan cara yang terbaik. Dan penghormatan yang Guru berikan untuk datang menerima mesej ini. Mesej yg saya ada adalah begitu mudah. Tetapi dgn Beliau datang beritahu saya, “Okey,” sekarang saya boleh kembali ke gunung saya dan menunggu orang seterusnya.

Jadi saya berdoa agar kamu semua dan helang-helang Helang Barat di sini yang menyertai kita juga, agar kita semua boleh ingat bahawa apabila segalanya yang lain dibuang, Beliau bukan siapa kecuali Saudara Perempuan saya dan kamu. (Aho (semoga begitu).) Saya sayangi kamu semua. Saya berterima kasih kepada kamu kerana berkati rumah saya hari ini. Ini adalah yang seharusnya. (Aho (semoga begitu).)

Master: Saya tak terkata-kata. Saya amat tersentuh oleh keikhlasan dan kerendahan dirimu. Itu sesuatu yang perlu saya pelajari juga. Saya cuba belajar. “Sukar untuk menjadi rendah diri,” sebuah lagu Amerika nyatakannya macam itu. Agaknya Tuhan tidak mahu saya menjadi rendah diri. Dia mahu saya buat sesuatu, tidak kira apa keperibadian saya. Tadi saya beritahu saudaramu yang merupakan guru supaya perlakukan saya seperti kawan kerana tidak kira apa gelaran yang saya pakai, itu sejenis tabiat, sama seperti pakaian saja. Kita tak dapat tanggalkannya sekarang, dah terlambat.

Tetapi saya sendiri tak pernah rasa saya ialah sebarang jenis Guru. Jika tidak, saya tak dapat bergurau dengan kamu. Saya tak dapat bersama kamu macam itu kerana saya akan tersangkut. Jadi saya minta dia dan kamu, kalian, supaya perlakukan saya seperti seorang saudara perempuan, kawan. Dan apa-apa pun, jika saya dapat bantu kamu dengan sebarang cara, itu adalah daripada Roh Agung. Saya hanyalah salah seorang pengutus seperti kamu.

Saya amat berterima kasih atas mesejmu. Oleh sebab kamu telah menerimanya, jadi kamu mesti sampaikannya kpd saya. Tetapi saya belum sedia untuk itu. Tapi macam mana pun, ini berikan galakan kepada saya dan barangkali baik untuk ego saya juga. Supaya ia biar saya bekerja. Dia ada bahagiannya. Jika tidak, dia bekerja tanpa mendapat apa-apa pun. Dia tak sukanya.

Photo Caption: Bercahaya untuk Menerangi Kegelapan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1356 Tontonan
2024-12-18
838 Tontonan
2024-12-18
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android