Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Inisiasi: Daripada ‘Saya Datang untuk Bawa Anda Pulang’ oleh Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bab 6 Inisiasi

“Inisiasi sebenarnya hanyalah perkataan bagi membuka jiwa. Kita penuh dengan banyak jenis halangan, yang tak nampak dan yang nampak, jadi kononnya inisiasi ialah proses membuka pintu kebijaksanaan dan biarkan ia mengalir ke dunia ini untuk berkati dunia dan kononnya Diri. Tetapi Diri sebenar sentiasa dalam kemuliaan dan kebijaksanaan, jadi tidak perlukan berkat untuk itu.

Inisiasi bermakna permulaan hidup baharu dalam perkumpulan baharu. Ini bermakna Guru menerima kamu untuk menjadi salah satu orang dalam lingkungan Santo. Kemudian kamu bukan lagi orang biasa. Kamu telah dinaikkan, sama seperti apabila kamu daftarkan diri utk universiti kamu bukan lagi pelajar sekolah menengah. Pada zaman dahulu, mereka panggilnya pembaptisan atau dapatkan perlindungan Guru.”

Proses Inisiasi

“Dengan berkat Guru dan kuasa Tuhan di dalam, kita disucikan walaupun kita tidak begitu suci pada waktu inisiasi. Kita nampak Cahaya dan dengar Bunyi apabila kita menembusi pintu penjara kerana ia wujud di luar hidup material. Sebab itulah kita panggilnya makrifat segera atau semerta. Ini bermakna pada waktu inisiasi, kita berhubung dengan alam yg lebih tinggi dan tidak lagi putus hubungan dengannya.

Katakan hari ini hari cerah dan kamu berada di dalam rumah. Jika kamu tidak buka pintu, kamu tidak dapat lihat Matahari. Sama juga, Cahaya dan Bunyi Tuhan wujud tetapi kita terkurung dalam penjara fikiran, prasangka dan perbuatan kita sendiri daripada banyak hayat. Kita tidak dapat lihat atau dengar. Sewaktu inisiasi, Guru berikan peluang kepada kita untuk menerobos buat selama-lamanya tetapi kita perlu teruskan kerana terdapat banyak lagi peringkat untuk ditemui. Sebenarnya, inisiasi hanyalah permulaan walaupun itu permulaan yang baik kerana banyak orang berusaha dari chakra terbawah ke chakra teratas dan ini boleh ambil masa mungkin sepuluh tahun manakala kita mulakan dari chakra teratas. Guru menarik semua kuasa menaik ke bahagian atas kepala supaya kita dapat lihat Cahaya. Ini ialah pintu ke Syurga dan kamu akan pergi ke banyak alam.

Semasa kami transmisikan kaedah ini, kami tidak bercakap pun tetapi kamu akan mendapat makrifat yang terbaik. Kamu akan mendapat sesuatu yang tidak pernah kamu ada sebelumnya. Kamu akan rasai sesuatu yang tidak pernah kamu rasai sebelumnya, begitu ringan, begitu relaks, begitu baik, begitu tidak berdosa. Itu makna pembaptisan. Sewaktu Nabi Isa dibaptiskan oleh Pembaptis John, Baginda nampak Cahaya yang turun seperti burung merpati. Jadi apabila kamu dibaptiskan oleh orang yang mendakwa bahawa dia dapat membaptiskan kamu, dia mesti berikan sekurangnya Cahaya kpd kamu, sama seperti burung merpati yang datang dari Syurga ini, Cahaya seperti api besar yang disebut dalam Injil atau kamu akan terdengar Bunyi Tuhan seperti suara Tuhan yang bergemuruh, atau Bunyi banyak air. Maka kamu pasti bahawa kamu telah dibaptiskan.

Kamu akan dengar Getaran dalaman atau suara Tuhan tetapi tanpa telinga ini. Kamu akan nampak Cahaya Tuhan tanpa mata ini. Saya tidak dapat mengatakannya. Bahasa dan intelek adalah di alam minda dan jirim (terhad), bukan roh dan Tuhan (tidak terhad). Fikiran kita timbul daripada data, daripada pembelajaran, daripada fikiran orang lain. Roh dan sifat Tuhan kita lahir dengan sendirinya secara spontan, wujud dengan sendirinya, menyokong dan suci. Apa-apa yang terpengaruh oleh masyarakat, fikiran, falsafah atau bahasa adalah dalam intelek dan bukan kebijaksanaan. Jadi saya hanya dapat transmisikannya dalam kesenyapan sepenuh. Sebab itulah kita panggilnya transmisi minda ke minda atau hati ke hati.”

Manfaat Inisiasi

“Selepas inisiasi, Cahaya dari dalam akan memancar untuk menunjukkan Kerajaan Tuhan kepada kita, membawa kita ke Rumah sebenar kita. Kita akan temui keadaan diri sebenar kita, dengan kegembiraan begitu besar yg tidak pernah kita ketahui sebelumnya di dunia ini. Kita akan penuh dengan segala kecantikan dan kebaikan yang cuba kita kembangkan tetapi tidak pernah tercapai sepenuhnya sebelum ini. Ajaran Syurga melalui bahasa dalaman akan hidupkan kembali segala kebijaksanaan yang kita miliki tetapi setakat ini tidak dapat digunakan. Kemudian kita akan menjadi orang yang paling puas dan tiada apa-apa di dunia yang dapat berikan kesan yang sama ini.

Selepas inisiasi, kamu mempunyai bantuan dan perlindungan dalaman dan juga hubungan luaran. Di dalam adalah ketika bermeditasi, kamu mungkin nampak Guru membantu atau mungkin nampak Cahaya dan rasa senang, selesa dan gembira. Kamu akan rasa kebijaksanaanmu makin hari makin meningkat, dan kasih sayangmu berkembang dengan tidak terhingga. Itu waktu kamu tahu bahawa kaedah ini berjaya, sangat berguna. Jika tidak, bagaimana kamu mengukurnya, jika semua orang beritahu kamu supaya membuat sesuatu, tutup mata dan percayainya tetapi tidak berikan bukti? Buktinya, kami mesti berikan kpd kamu. Buktinya, kamu mesti minta.

Kamu akan mendapatnya pada waktu inisiasi, dengan serta-merta dan berterusan selepas itu, setiap hari. Kamu akan sendiri alami keajaiban apabila kamu dalam kesusahan, apabila kamu alami kemalangan, apabila kamu tiada sesiapa pun untuk minta bantuan. Itu waktu kamu mengetahui kuasa Tuhan. Itu waktu kamu tahu bahawa kamu cintai Tuhan. Itu bagaimana kamu tahu bahawa Tuhan melindungi dan mengasihi kamu. Jika tidak, bagaimana kamu tahu? Bagaimana kita tahu bahawa Tuhan wujud? Apa gunanya Tuhan semasa kita tidak nampak Dia atau tidak nampak perlindungan dan bantuan apabila kita perlukannya? Mungkin kita tidak minta Dia datang setiap hari tetapi apabila kita perlukannya, kita mesti rasa bahawa seseorang ada di sana. Jadi itu bagaimana kamu lagi banyak memuja Tuhan sebagai orang Kristian selepas mengamalkan Kaedah Quan Yin. Itu bagaimana kamu menjadi penganut Buddha yang lebih baik dan lebih berterima kasih kpd Buddha kerana kamu tahu apa itu Buddha (Guru bermakrifat) sekarang. Kita nampak, kita rasai, kita alami perlindungan, kuasa berkat setiap saat dalam hidup kita.”
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
785 Tontonan
2024-12-19
130 Tontonan
2024-12-19
177 Tontonan
2024-12-19
1412 Tontonan
2024-12-18
864 Tontonan
2024-12-18
334 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android