Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Di Mana Hendak Cari Tempat Berlindung dlm Tradisi Agama yg Baik, Bahagian 3 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang saya perlu lari hampir pada tengah malam dan saya diberitahu bahawa saya ada masa 40 minit saja untuk mengemas. Jadi saya lari saja. Diri kecil saya tak dapat membawa banyak, jadi saya tiada segalanya yang saya perlukan semasa di dalam khemah tetapi saya gembira. Saya benar-benar bersyukur atas saya masih di sini, bercakap dgn anda dalam keselesaan minimum tetapi masih sangat baik. Saya bersyukur.

Saya bersyukur, memikirkan berapa banyak orang tak berumah, kanak-kanak tak berumah, tiada tempat tinggal, tiada khemah pun – atau ada khemah tetapi tak boleh dirikannya di mana-mana saja kerana jika mereka masuk ke dalam hutan, maka jauh dari bandar, kemudian tak dapat menyara diri secara fizikal. Tetapi jika mereka dekat dengan bandar untuk pergi meminta makanan, tinggal di dalam khemah pun, mungkin mereka hadapi kesusahan dengan kerajaan, dengan penduduk setempat, dengan segala jenis perkara yang akan menghalang mereka daripada meneruskan hidup yg serba kekurangan, mampan. Jadi memikirkan semua orang ini, saya rasa saya dah cukup bertuah.

Hidup dengan bateri bukanlah keadaan paling teruk yg boleh kita alami. Kita masih boleh bekerja. Telefon masih berfungsi dengan bateri; komputer masih berfungsi dengan bateri. Itu perkara paling penting dalam hidup saya sekarang – saya masih dapat bekerja dan berhubung dengan pasukan saya, berhubung dengan anda untuk ingatkan anda bahawa Tuhan ialah segala-galanya, Diri asal sebenar anda ialah segala-galanya yang perlu anda cari dalam sebarang situasi. Ingatlah akan itu.

Sebenarnya, saya amat bersyukur kerana ada teksi, bas, kereta api – sangat mudah tidak kira ke mana kita pergi hari ini. Pada zaman dahulu… tak lama dahulu pun. Tetapi pada zaman dahulu, sewaktu kita tiada begitu banyak keselesaan dengan pengangkutan, banyak Guru tak sempat melarikan diri kerana sangat sukar untuk pergi dari tempat tinggal Mereka.

Hari ini, kita juga ada beg pakaian, malah troli beroda yang boleh kita letak banyak bagasi dan sorong ke sana sini, sangat mudah. Jadi saya amat bersyukur atas itu. Saya juga sangat hargai pemandu teksi yang bantu saya bawa barang ke dalam kawasan terpencil pun. Dia sangat baik hati. Dah tentu, saya berikan tip yang banyak. Kami berbual-bual di dalam teksi sementara memandu supaya dia boleh rasa gembira – bukan hanya membosankan dan kesenyapan yang membengangkan. Jadi walaupun itu perjalanan yang jauh, itu baik untuk kami berdua.

Ini satu lagi perkara: Saya nak beritahu anda bahawa ada wartawan yang salah menuduh kami mencuri muzik yang kami mainkan di Supreme Master TV kami. Biasanya saya rasa anda percayai saya, jadi saya tidak laporkan kepada anda apa yg kami buat tetapi kami tak pernah curi muzik untuk Supreme Master TV. Kami ada kontrak dengan sebuah syarikat, jadi kami boleh gunakan muzik tak terhad pada bila-bila saja. Dah pun begitu sejak Supreme Master TV LA (Los Angeles) lagi.

Dan melarikan cukai dan sebagainya. Bukan macam itu. Kami tiada wang yang banyak pada masa itu. Kami tak benar-benar ada perniagaan besar atau apa-apa. Jadi mana dapat saya melarikan cukai? Walaupun anak murid saya tak tahu bagaimana membuat cukai jelas dan segalanya, apa-apa yang tertinggal, kami berikan kepada orang. Semasa mereka menuduh, kami belum ada perniagaan lagi. Hanya sesuatu buatan tangan – untuk penetap ashram dan saya sendiri buat – hanya untuk peroleh makanan yang mencukupi dan khemah – tinggal di dalam khemah, dan makanan sederhana. Jadi semua ini bohong. Saya tak tahu mengapa orang berbohong macam itu. Saya tak tahu mengapa orang nak memudaratkan orang spiritual yang begitu tak memudaratkan seperti kumpulan saya dan saya sendiri.

Kami mengambil serius sekali Lima Rukun. Jadi anda jangan risau tentang Supreme Master TV kami. Kami buat semuanya, segalanya secara sah di sisi undang-undang sepenuhnya. Kami juga ada peguam untuk berunding. Kami hanya nak buat perkara menjadi mudah. Jadi jika anda dengar sesiapa berkata buruk tentang kumpulan kami atau Supreme Master Television kami, janganlah percaya. Kami buat segalanya secara sah kerana jika kita tak lakukannya secara sah, kita takkan tahan lama.

Saya mahu Supreme Master TV tahan lama untuk bantu umat manusia, bantu semua makhluk di planet ini dan bantu memelihara kediaman planet ini untuk semua makhluk terus hidup kerana bukan semua orang dapat pergi ke Syurga selepas meninggal atau bukan semua anak mereka dapat pergi ke Syurga selepas meninggal. Jadi saya perlu buat mereka kekal hidup di planet ini supaya mereka berpeluang untuk bertemu dengan Guru bermakrifat, Guru bermakrifat hidup agar mereka dapat jalankan amalan spiritual dan bebaskan roh mereka. Anda sudah tahu akan itu tetapi cuma kalau-kalau sesetengah drpd anda ialah orang baharu, atau dengar gosip yang karut, atau baca rencana yang buruk di tapak sesawang atau apa-apa. Tiada apa-apa yang buruk tentang kami adalah benar. Kami hanya buat perkara baik.

Sebenarnya, saya juga amat berterima kasih kpd wartawan, pelapor, jurukamera dan tapak sesawang yg baik, dan semua orang yang mencipta perniagaan komunikasi: komputer, telefon dan sebagainya. Disebabkan oleh mereka, adalah mudah bagi saya terus hubungi anda dan terus hidup juga. Saya bersyukur kepada Tuhan atas segala kemudahan ini dan keselesaan yang diberikan oleh Tuhan kepada saya. Jadi walaupun tinggal di dalam khemah, saya sangat selesa. Khemah buat kita kekal panas. Beg tidur dan selimut besar buat kita kekal panas, seolah-olah kita tak perlukan apa-apa yang panas. Jika kita tinggal di dalam hutan, ada banyak kayu kering. Kita sentiasa boleh memasak. Hanya korek lubang di dalam tanah, yang kecil, dan kita memasak apa yang kita mahu. Tapi dah tentu, saya hidup sederhana. Anda tahu akan itu.

Jadi sebenarnya tidak kira di mana Tuhan letak saya, saya sentiasa bersyukur dan selesa. Saya cuma mahu anda tahu supaya jangan risau tentang saya. Saya rasa cukup kuat untuk menguruskan segala masalah dan isu yang saya dan dunia hadapi. Saya akan menyelamatkan dunia. Saya akan menyelamatkan planet ini dengan sedaya upaya dengan Rahmat Tuhan, Rahman dan Belas Kasihan semua Guru, dan dengan bantuan anda, bantuan pasukan saya, bantuan kakitangan jarak jauh dan bantuan semua anak murid Tuhan saya, saya rasa yakin dengan kita dapat teruskan selama yang Tuhan izinkan. Tetapi saya memang harap semua manusia akan bantu kami dengan Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan dan saling membantu, bermakna Berbuat Baik.

Menjadi vegan sudah pun sangat berbelas kasihan dan membantu – membantu orang-haiwan, membantu alam sekitar, membantu planet ini, memelihara planet ini, dan menjaga keamanan juga membantu – membantu orang tidak mati, membantu anak lelaki, anak perempuan anda supaya tidak mati, membantu diri sendiri juga supaya tidak mati awal agar anda masih ada masa untuk berpeluang mencari Guru bagi membebaskan diri dan pulang ke Alam Sebenar. Sementara itu, kita memelihara planet ini hingga selama-lamanya – sehingga orang dapat belajar untuk lihat realiti di sebalik semua tabir ilusi ini. Berbuat baik ialah bantuan besar juga. Anda bantu makhluk lain yang dalam kesusahan dan juga pada masa yg sama bantu diri sendiri menyimpan pahala, buat hidup anda menjadi lebih selesa, lebih senang, lebih ceria dan lebih mencukupi untuk meneruskan hidup dengan selesa.

Membantu makhluk lain sebenarnya adalah membantu diri sendiri. Ia akan menyenangkan Tuhan, menyenangkan Syurga dan anda akan mendapat lebih banyak berkat, lebih banyak pahala. Percayalah, memang macam itu. Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berbuat Baik. Itu saja yang perlu anda buat jika anda tak nak ikut mana-mana Guru, jika anda tak nak pergi ke neraka, buat tiga perkara ini saja. Jika anda benar-benar nak pulang ke Rumah utk jumpa dgn Tuhan, lihat Keagungan sebenar anda, maka carilah Guru bermakrifat hidup yang sudah menyedari itu untuk ajar anda caranya.

Ya, teruskan dengan telefon: Telefon memang sangat penting hari ini – kita dapat hubungi seluruh dunia. Ya Tuhan. Beberapa dekad yang lalu, tiada sesiapa yang jangkakan ini boleh berlaku. Tiada sesiapa yang bayangkan kita boleh ada telefon, kecil dan dalam tapak tangan saja, kita dapat hubungi seluruh dunia. Hari ini, dengan sesuatu kelengkapan, kita malah dapat bercakap dengan Bulan, dan Bulan membalas.

Di tempat saya berada sekarang, kadangkala sangat sukar untuk berhubung dengan telefon kerana barangkali jauh dari kemudahan bandar tetapi tetap dapat. Saya rasa lebih baik daripada Raja pada zaman dahulu. Raja pada zaman dahulu tiada ini – tiada telefon dalam tangan untuk hubungi mana-mana pekerja, menteri atau pegawai wilayahnya. Ini memang suatu berkat yang sangat besar bagi saya. Tetapi kadangkala saya perlu menunggu untuk masa yang lama bagi telefon bersambung, atau kadangkala perlu pergi ke sudut yang berlainan, sesuatu tempat di sudut. Tetapi apa yang kita harapkan? Kita bukan di bandar. Kita jauh dari segalanya. Jadi ini dah pun perkara terbaik yang berlaku. Saya begitu bersyukur kepada Tuhan. Bersyukurlah kpd Tuhan utk saya juga atas saya malah dapat bercakap dgn anda. Syukur kepada Engkau, Tuan. Amin.

Photo Caption: Badan yang Halus Tetapi Sokong Berat yang Agak Besar

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1367 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android