Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lokasi Istana Suci, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Istana puja ini secara natural bantu menstabilkan kawasan sekeliling, berkati suasananya dan semua makhluk yang berdekatan. Seperkara lagi, pada suatu hari semasa buat perjalanan, saya ingin buang semua kunci rumah, kunci ashram, alat kawalan jauh dan sebagainya tetapi Syurga beritahu saya supaya simpannya utk tujuan datangkan manfaat yg sama ini Jadi semua tokong dan gereja yang kita bina tiada banyak nilai fizikal berbanding dengan istana yang Dewa-dewi, Dewata Tinggi bina untuk Guru-guru itu. Jadi tak mengapa, apabila wafat, Mereka ada rumah ibadat yang megah atau tidak. Mereka sentiasa ada. […]

Mereka, Dewa-dewi, lakukannya saja. Tiada sesiapa yang minta Mereka. Saya tak tahu Mereka lakukannya sehingga kemudiannya apabila sesuatu berlaku di sana. Kemudian saya tanya Dewa-dewi tempatan, “Mengapa kejadian sebegini berlaku?” Kemudian Mereka jelaskan kepada saya, “Kerana orang ini dan itu datang ke pulau yang Engkau diami sebelumnya dan mengganggu ketenteraman dan pembinaan Dewa-dewi yang buat tawaran.” Itu kata-kata Mereka, bukan saya. Jadi semua ini kata-kata Mereka, “Dewa-dewi yang buat tawaran.” Saya tak pernah gunakan kata-kata itu. Saya tak pernah tahu kata-kata sebegini wujud sehingga selepas saya tahu akan laporan itu. Orang ini dan itu datang ganggu ketenangan Mereka, ketenangan Dewa-dewi yg buat tawaran, kerana saya dah tinggalkan sana. Saya tiada di sana lagi. Jadi saya tanya, “Tapi apa yg telah dibuat oleh mereka untuk ganggu Mereka?” Mereka kata, “Kerana dia datang dan bawa masuk tenaga yang tidak bersih ke dalam kawasan pembinaan Mereka, tempat Mereka membina istana puja untuk Engkau.” Itu bagaimana saya tahu akannya.

Di pulau kecil itu, ada sebuah khemah bujang yang saya dirikan dekat orang-swan yang mengeram telur, tinggal di sana beberapa bulan saja. Lama selepas saya tinggalkan sana, seorang biksuni sudah menanggalkannya tetapi Dewa-dewi masih mengambil kira saya tinggal di sana sebelumnya dan membina istana puja! Di satu tempat, ada saudara seamalan yang pergi ke sana utk beri makan kpd orang-burung/-swan atau -haiwan lain mengikut arahan saya selepas saya tinggalkan tempat itu…

Jadi orang yang begitu biasa seperti saya pun, dan masih hidup di sini, Mereka tetap beri penghormatan yang begitu besar. Masa sekurangnya setengah tahun diambil utk menyiapkan jenis istana itu. Anda takkan nampaknya dengan mata fizikal tetapi jika anda bermeditasi dengan baik, mungkin anda dapat lihatnya, atau jika anda ikhlas, mungkin Mereka akan biar anda lihatnya. Bukan semua orang dapat lihat jenis istana ini. Jadi orang takkan percaya bahawa benda sebegini, istana puja di udara benar-benar wujud untuk mana-mana Guru atau Santo dan Orang Suci.

Jadi dalam masa abad-abad atau beribu-ribu tahun ini, boleh anda bayangkan berapa banyak istana seperti itu telah dibina di Bumi untuk memperingati dan memuja Guru-guru yang telah datang berkati planet kita dan tinggalkan kita secara fizikal? Istana puja ini secara natural bantu menstabilkan kawasan sekeliling, berkati suasananya dan semua makhluk yang berdekatan. Seperkara lagi, pada suatu hari semasa buat perjalanan, saya ingin buang semua kunci rumah, kunci ashram, alat kawalan jauh dan sebagainya tetapi Syurga beritahu saya supaya simpannya utk tujuan datangkan manfaat yg sama ini Jadi semua tokong dan gereja yang kita bina tiada banyak nilai fizikal berbanding dengan istana yang Dewa-dewi, Dewata Tinggi bina untuk Guru-guru itu. Jadi tak mengapa, apabila wafat, Mereka ada rumah ibadat yang megah atau tidak. Mereka sentiasa ada.

Sementara Mereka bergerak dari kawasan ke kawasan, istana Mereka akan sentiasa menjadi berlipat ganda. Di mana-mana pun Mereka lalu, Dewa-dewi di sekitar kawasan tempatan itu atau berdekatan akan berkumpul, gunakan kuasa Mereka dan bina istana sebegini untuk Guru bagi berterima kasih, memperingati dan memuja, untuk seluruh alam tahu – di alam tak nampak. Kita di dunia nampak fizikal hampir tidak tahu akan itu dan hampir tak dapat bezakannya.

Jadi jika anda pergi ke sesuatu tempat dan lihat orang asli berkata, “Tolong jangan ganggu kawasan itu, kawasan ini,” mungkin kerana mereka tahu akan kesucian tempat tertentu. Jadi tolong dengar dengan rasa hormat. Dulu oleh sebab manusia hanya bergantung kepada kuasa fizikal – senapang, pisau dan sebagainya – kadangkala kita merampas tanah orang asli dan menyinggung perasaan Dewata Tinggi dengan mengambil kediaman Mereka, rumah ibadat Mereka dan sebagainya, kemudian kita alami nasib malang dan tragedi hanya kerana kita jahil. Kita tak dapat lihat apa yang orang asli psikik lihat. Dalam setiap Bangsa atau komuniti orang asli, ada seseorang yang tahu akan Alam Semula Jadi, dapat lihat melangkaui halangan fizikal dan nampak benda yang tak dapat dilihat oleh orang biasa. Tetapi disebabkan oleh kejahilan, banyak senjata dan kuasa fizikal yang kuat datang dan memaksa orang asli keluar dari tanah mereka, kawasan ibadat mereka, gunung, padang, bukit dan hutan suci mereka, ingat orang-orang ini bodoh, berkepercayaan karut atau tak tahu apa-apa tentang sains.

Tetapi banyak perkara, sains tak dapat jelaskan. Hari ini pun, dengan banyak teknologi tinggi, banyak fenomena telah dirakamkan di udara, di laut, di dalam hutan atau di gunung di sesuatu tempat yang tak dapat dijelaskan oleh sains, apalagi benda yang kamera tak dapat tangkap, mata biasa tak dapat lihat, tangan biasa tak dapat sentuh, kaki tak dapat lalui, misalnya macam itu. Jadi tolonglah, saya ingatkan anda – kita dah bercakap tentang itu banyak kali tetapi saya ingatkan anda sekali lagi – tolonglah, setiap langkah yang anda gerakkan di Bumi, bersyukurlah, bersikap hormat. Maka anda akan kurang mengalami kesusahan dan bencana dalam hidup.

Jika anda boleh, jangan keluar terlalu lewat pada waktu malam kerana pada tengah malam – jika kita masih ada syaitan dan hantu di planet ini – pada tengah malam, tengah malam – Raja Karma akan bebaskan syaitan dan hantu supaya mereka boleh keluar, bebas membuat apa yang perlu dibuat. Kadangkala baik untuk kita, kadangkala tidak baik untuk kita. Kadangkala bawa maut, kadangkala menyebabkan orang takut, hilang akal, naik gila atau buat perkara yang kemudiannya apabila keluar daripada pengaruh syaitan, mereka tak ingat sama sekali. Seperti orang yang berjalan semasa tidur, jika mereka melakukan sesuatu atau pergi ke mana-mana, apabila kembali ke katil, mereka tak ingat apa-apa pun.

Macam mana pun, untuk hidup dlm kehidupan fizikal ini, sebagai pengamal spiritual pun, anda mesti sentiasa berhati-hati dan berikan yang terbaik, belas kasihan yang anda belajar daripada semua ajaran Guru dan semakin banyak mengembangkannya atau semakin banyak ingat akannya dengan amalkan meditasi, dengan Rahmat Tuhan. Tunjukkan semuanya, kasih sayang anda. Berikan kasih sayang anda, bertindak dengan kasih sayang, drpd kasih sayang terhadap orang lain di sekeliling anda. Anda takkan tahu siapa yang anda bantu. Mungkin itu Santo yang menyamar. Mungkin itu Santo atau pengamal yang sangat bermakrifat tetapi hidup secara biasa saja, seperti semua orang yang lain, seperti Kabir.

Anda tahu tak Santo Kabir? Beliau hanya teruskan pekerjaannya sebagai penenun. Dan seperti Buddha, seorang Putera sebuah kerajaan tetapi berjalan ke sana sini dengan jubah lusuh untuk pergi meminta makanan. Banyak Guru yang lain berjalan berkaki ayam dan berbakti kpd manusia dgn diam-diam, rendah diri sehingga Mereka diketahui, kemudian dihukum mati, dibakar hidup-hidup, disalib atau dibunuh. Anda dah tahu akannya. Lagi banyak anda baca tentang bagaimana Guru menderita lagi banyak anda berterima kasih kepada Mereka, tersentuh jauh di lubuk hati anda dan anda akan bersumpah untuk semakin rajin beramal bagi membalas budi Mereka, menunjukkan rasa terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan Mereka.

Banyak Guru pada masa dahulu hanya buat apa yang dibuat – pekerjaan biasa, jalani kehidupan biasa. Kita tak dapat mengenal Mereka kecuali kita ada mata psikik atau mata spiritual yang dapat lihat aura Mereka. Maka kita akan tahu bahawa Mereka orang berperingkat tinggi, bukan manusia biasa. Anda tak perlu lihat pun, hormati saja semua orang yg anda temui, memperlakukan mereka dengan kemurahan dan mengakui Tuhan di dlm diri mereka, sama ada mereka tahu atau tidak tentang kedudukan tinggi sendiri di Alam Semesta sebagai anak Tuhan. Bersikap baik, bermurah hati saja, maka hidup anda akan menjadi lebih baik Itu saja yang saya nak beritahu anda. Tak perlu cari Santo untuk bermurah hati terhadap-Nya supaya anda boleh mendapat berkat. Tidak, tidak, itu seperti perniagaan. Itu berkelas rendah. Perlakukanlah semua orang secara tanpa syarat, sebagaimana anda sendiri ingin diperlakukan, seolah-olah anda dalam kedudukan mereka. Sentiasa berfikir bahawa anda ialah orang lain, maka anda tahu bagaimana perlakukan mereka.

Saya berterima kasih kepada anda semua kerana amat rajin beramal, percayai saya, ingat akan Tuhan setiap hari, bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru, serta membuat sebanyak perbuatan baik yang anda mampu atau yang anda temui, membantu semua orang dlm kesusahan tanpa syarat. Jangan berfikir bahawa mereka perlu berterima kasih atau beri ganjaran kpd anda atau Syurga akan beri ganjaran kpd anda tapi anda akan diberi ganjaran meskipun anda tidak mahukannya. Hormatilah saja segalanya yang anda nampak atau tak nampak. Tahulah bahawa tenaga Tuhan ada di mana-mana saja, tenaga Santo dan Orang Suci adalah banyak untuk membantu anda, menaikkan anda, menenangkan anda. Maka anda akan perlakukan semua orang seolah-olah dia ialah Guru, ialah Santo, atau tak mengapa – hanya sebagai saudara manusia.

Semasa saya bantu menjaga pesakit di sekeliling saya di hospital, saya tak meninjau sama ada mereka ialah Santo, Orang Suci atau apa-apa pun. Saya bantu mereka saja kerana mereka perlukannya, kerana saya berupaya pada masa itu dan kerana semua jururawat dan doktor sangat sibuk. Kamu tak tahu. Apabila kita pergi ke sesetengah hospital, mereka begitu sibuk. Orang sengsara dan sakit di merata tempat. Sesetengahnya sakit, begitu tak berdaya. Kita menitiskan air mata, rasai kesengsaraan dan kesakitan mereka. Jadi sedikit bantuan kita, sedikit kata-kata penenang kita, mata penuh kasih sayang kita, khidmat rendah diri kita akan bantu buat mereka berasa tenang sikit. Sesetengahnya tiada saudara-mara, kawan atau ahli keluarga pun. Mereka seorang diri, sakit, sunyi, tak berdaya dan takut.

Jadi bayangkan jika itu anda. Bagaimana anda mahu diperlakukan – disayangi, ditenangkan, ditunjukkan kemurahan? Maka anda lakukannya saja seolah-olah itu untuk anda. Jangan buat secara berlebih-lebihan, jangan terlalu bising semasa lakukannya, jangan lakukannya supaya semua jururawat nampak dan puji anda. Mungkin mereka nampak dan memuji anda, seperti dalam keadaan saya, tetapi anda tak harus berasa megah atau puas dgn sebarang ganjaran yang anda dapat, dgn kata-kata atau perbuatan. Anda lakukannya hanya kerana anda mahu, kerana orang perlukan bantuan anda. Itu saja. Ingatlah akan ini.

Anda takkan tahu, mungkin anda bantu Santo, Guru yang anda tidak tahu dengan jelas, atau tidak terkenal, atau terlalu rendah diri, tidak kata apa-apa pun tetapi Mereka akan berikan berkat kepada anda secara diam-diam. Anda takkan tahu mengapa hidup anda tiba-tiba menjadi lebih baik, contohnya, mengapa hubungan anda lebih bahagia, mengapa anda dinaikkan pangkat dlm pekerjaan, pekerjaan yg lebih baik, kedudukan yang lebih tinggi dll. Tetapi bukanlah anda mahukan atau hasratkannya.

Anda mesti sentiasa bantu orang lain dengan kasih sayang. Itu saja. Dengan kasih sayang, buat segalanya dgn kasih sayang – terhadap diri sendiri, ahli keluarga, saudara-mara, kawan dan orang tak dikenali – pada bila-bila mereka perlukan itu. Semasa mereka tidak perlukannya pun, berikan kasih sayang juga, jika boleh, kepada ahli keluarga anda – buat kehidupan anda menjadi lebih ceria kerana jika ahli keluarga anda ceria, anda ceria juga. Pasti macam itu. Ada cerminan. Sama seperti cermin – apabila anda lihat cermin, cermin yang baik memantul balik diri anda cantik atau tidak. Betul. Itu sangat mudah.

Sekarang, saya berterima kasih kpd anda kerana ingat akan Tuhan, memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kpd Santo, Orang Suci dan Guru setiap hari, setiap kali anda boleh serta bermeditasi sebanyak yang boleh. Ingatlah supaya lindungi diri anda dengan Nama Suci dan Hadiah, jika anda ada. Baiklah. Semoga semua hasrat mulia anda menjadi kenyataan. Semoga Tuhan tidak biar anda lupa akan-Nya. Amin. Saya akan cakap dgn anda lagi lain kali. Kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda.

Photo Caption: Sesetengahnya Kelihatan Tidak Kuat tetapi Berikan Banyak

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/3)
1
2024-06-04
5732 Tontonan
2
2024-06-05
4812 Tontonan
3
2024-06-06
4658 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
847 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android