Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Jenis Guru, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Guru tak pernah tinggalkan kamu. Guru sentiasa menunggu, sentiasa ghairah untuk bantu kamu pada bila-bila boleh, atau sekurangnya semasa kamu temui ajal, Guru tetap akan cuba membantu kamu. Tetapi janganlah membuat dirimu menjadi tong sampah, kumpulkan segala jenis karma buruk yang kotor, busuk di dalamnya untuk diri sendiri. Biarlah Guru, sesiapa saja yang kamu percayai berpeluang untuk sentiasa menjadi Pelindungmu. Kerana jika kamu tak benarkan, Guru pun menjadi tak berdaya juga. Itu hukum di dunia fizikal ini. Di alam lain, tiada hukum sebegini Di alam yang lebih tinggi – tiada hukum sebegini – itu automatik.

Jenis guru ketiga ialah jenis neutral, bermakna mereka tidak berikan karma buruk dan tidak berikan berkat kepada anda juga. Kerana orang itu hanya cukup pahala dan pencapaian spiritual untuk menjaga diri sendiri di dunia. Selalunya orang itu hanya dapat menjaga diri atau maksimum saudara-mara dan kawan mereka, beberapa generasi dan orang-haiwan kesayangan mereka. Mereka tiada lebih banyak elaun untuk diberikan kepada orang lain yang tidak bersaudara dengan mereka. Kita semua bersaudara tetapi maksud saya ialah mereka yang tidak bersaudara dengan mereka semasa hidup mereka. Jadi orang ini takkan berikan apa-apa kepada anda. Lebih baik daripada berikan karma buruk kepada anda.

Jika seseorang berikan berkat kpd anda, itu juga bermakna tuah, kekayaan, kebahagiaan dan kesihatan, segala-galanya. Berkat tidaklah terhad kepada peningkatan spiritual saja. Jadi jika seseorang berikan Berkat sebenar kepada anda, seperti drpd Guru sebenar, contohnya, maka anda orang yang sangat bertuah. Anda harus amat bersyukur kepada Tuhan, menemui jenis Guru itu. Ingatlah dalam kehidupan harian, cuba sentiasa berfikir secara positif dan cuba ingat akan Tuhan sepanjang masa. Ingatlah akan Guru sebenar anda jika anda ada Guru. Jika anda tiada, ingatlah akan Tuhan saja.

Bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang anda ada dalam hidup – perkara buruk pun. Kerana kadangkala perkara buruk rupa-rupanya baik: untuk hapuskan karma anda, bantu anda menaik dari segi rohani atau elakkan sesuatu supaya ada lebih banyak ruang dlm hidup anda, jadi tuah, kebahagiaan dan elemen nasib baik yang lain akan memasuki hidup anda kerana jika hidup anda penuh dengan perkara buruk, penuh dengan jangkaan negatif dan karma negatif daripada orang lain, maka berkat dan tuah pun tak dapat ada tempat untuk masuk.

Ada sebuah kisah tentang seorang Guru. Seorang anak murid merungut kpd Dia. “Saya hadapi masalah ini dan itu. Di manakah Guru? Guru sepatutnya melindungi saya, berkati saya tetapi Guru tiada di sana. Saya hanya nampak hantu dan syaitan yang datang. Saya begitu takut.” Jadi Guru berkata, “Saya berdiri di luar pintumu tetapi kamu jemput segala jenis orang yang lain ke dalam hatimu, dalam doamu, sesiapa saja yang kamu percayai, seperti biksu, paderi yang tidak sampai standard untuk berikan berkat kepada kamu. Kamu jemput mereka dan berdoa kepada dewa tempatan, apa-apa saja yang kamu buat. Saya tidak dijemput. Kamu telah lupa akan saya sepenuhnya. Jadi saya hanya berdiri menunggu di sana. Tak banyak yang boleh saya buat. Rumahmu penuh dengan orang lain.” Jadi sejak itu, anak murid tersebut lebih ingat akan Guru.

Tetapi begitu pun, Guru tak pernah meninggalkan anda. Guru sentiasa menunggu, sentiasa ghairah untuk membantu anda pada bila-bila boleh, atau sekurangnya semasa anda temui ajal, Guru tetap akan cuba membantu anda. Tetapi janganlah membuat diri anda menjadi tong sampah – kumpulkan segala jenis karma buruk yang kotor, busuk di dalamnya untuk diri sendiri. Biarlah Guru, sesiapa saja yang anda percayai berpeluang untuk sentiasa menjadi Pelindung anda, kerana jika anda tidak benarkan, Guru pun menjadi tak berdaya juga. Itu hukum di dunia fizikal ini. Di alam yang lebih tinggi – tiada hukum sebegini – itu automatik.

Di alam Astral pun, jika anda ada Guru dan percaya kepada-Nya, Dia akan berada di sana untuk anda dan terus mengajar anda Ajaran sebenar supaya Dia dapat menaikkan anda ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan setelah anda tamat pembelajaran. Kerana anda tak dapat berada di alam yang lebih tinggi jika konsep dalam fikiran anda tidak betul. Anda percayai apa yang tak harus anda percayai dan tak berapa ingat akan Tuhan. Anda berdoa kepada mana-mana hantu, syaitan dan bukan berdoa kepada Tuhan, dan bukan berserah kepada Tuhan untuk bantu anda. Nabi Isa bersabda, “Adalah diberkati mereka yang tidak nampak tetapi percaya.” Sekurangnya percaya kepada Tuhan, percaya kpd Guru masa lampau, sekarang dan masa depan yang bantu anda, terutamanya Guru masa sekarang kerana Guru masa sekarang ada segala Berkat yang diperlukan untuk bantu anda kerana Dia telah dilantik untuk membuat kerja itu. Sama seperti presiden diundi, dia menjadi presiden dan akan memiliki keistimewaan tertentu termasuk dapat mengampuni penjenayah pun dan banyak daripada mereka juga.

Sekarang, jenis orang ketiga ini, saya dah beritahu anda bahawa dia neutral kepada anda. Dia takkan berikan apa-apa kepada anda, sekurangnya tak berikan apa yang buruk. Orang yang harus anda paling takuti ialah orang kedua kerana mereka bukan sahaja tak berikan apa-apa yang baik kpd anda malah mengambil daripada anda juga sebagai tukaran, Sebagai tukaran utk karma buruk mereka, mereka ambil pahala daripada anda. Mereka ambil sebanyak yang karma benarkan. Itu masalahnya. Sama seperti pencuri masuk ke dalam rumah anda tetapi anda tidak menyedarinya. Mereka tak bawa apa-apa pun kpd anda. Mereka hanya akan ambil apa-apa saja yang boleh daripada anda, apa-apa saja yang dapat diangkat, apa-apa saja yang mudah. Sesuatu yang paling bernilai di rumah anda, mereka ambil.

Ini serupa dengan jenis orang kedua yang ambil pahala daripada anda tetapi anda tak berdaya kerana anda tidak sedar bahawa mereka ambilnya pun. Anda tidak cukup tinggi dari segi rohani untuk menyedari Berkat daripada Tuhan dan Guru kepada anda pun, apalagi sedar akan pahala atau pencapaian spiritual anda diambil daripada anda. Kadangkala lebih banyak, kadangkala kurang. Dah tentu, ini bergantung kepada individu yang ambilnya dan bergantung kepada kekuatan pencapaian spiritual anda untuk melindungi diri anda. Jika anda tiada Guru, anda sangat mudah terdedah kpd bahaya.

Di India, sejak sangat lama dahulu lagi, orang tidak percayai seseorang yang tiada Guru. Jika kadangkala mereka tanya sama ada kita ada Guru dan kita kata, “Tidak, saya tak percayai mana-mana Guru,” mrk akan pandang rendah terhadap kita. Mereka tak nak banyak bergaul dengan kita pun kecuali perlu. Seorang Guru Sikh, Guru Amar Das, dulu Beliau tiada Guru. Kenalan atau saudara-mara-Nya tanya sama ada Beliau ada Guru. Dia kata, “Tidak.” Mereka memang tak begitu sopan dengan Beliau. Selepas itu, Beliau ditunjukkan Guru Sikh pada masa itu, kemudian Beliau pergi mengikut Guru Sikh itu. Beliau sudah berusia 72 tahun tetapi telah menjadi vegetarian sepanjang hidup. Jadi Beliau mengikut Guru Sikh pada masa itu. Beliau buat sebaik yang boleh dengan segala bakti-Nya. Seluruh dunia hanya Guru-Nya saja – Beliau tidak mahukan apa-apa yang lain. Beliau sangat rendah diri, sangat rajin berkhidmat kepada Guru dengan teperinci sekali. Jadi sebelum Guru meninggal dunia, Guru mengurniakan mantel Guru kepada orang tua ini dan Beliau menjadi Guru pada usia yang dah tua sangat. Ini ialah kekecualian. Biasanya Guru perlulah lebih muda.

Biasanya kita perlu lebih muda untuk diterima ke dalam sayap pelindung Guru supaya kita ada lebih banyak masa untuk beramal dan menjadi biasa dengan diet vegan atau vegetarian, apa-apa saja yang ditetapkan oleh Guru. Pada masa dahulu, sesetengah Guru amalkan diet vegetarian juga, bermakna ada susu dalam diet Mereka kerana pada masa itu susu lebih tidak memudaratkan daripada hari ini. Ia tiada bahan kimia atau bahan berbahaya di dalamnya. Hari ini, selesema burung pun sudah masuk ke dalam susu orang-lembu. Anda berhati-hatilah.

Media report from NBC Bay Area – April 27, 2024, Gia Vang: Kawanan lembu tenusu yang dijangkiti. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan nyatakan bahawa virus H5N1, juga dikenali sebagai selesema burung, telah ditemui dalam 1 daripada 5 sampel susu pasteur.

Maklumlah, vegan paling baik. Hari ini pun, vegan berisiko juga. Sesetengahnya dicemari oleh ladang jiran, baja jiran, racun herba, racun serangga atau racun perosak jiran.

Pada masa dahulu, orang perlakukan orang-lembu dengan baik. Mereka hanya gunakan tangan untuk memerah susu orang-lembu, orang-biri-biri atau mana-mana orang-haiwan yang boleh berikan susu. Mereka gunakan tangan yang lembut untuk memerah sedikit susu, sekadar cukup untuk digunakan dan anak lembu masih terus hidup bersama ibu mereka sehingga mereka dah besar dan tidak perlukan susu lagi. Mereka memastikan itu.

Kerana mereka juga perlukan lebih banyak orang-haiwan kemudiannya utk berikan lebih banyak susu, contohnya atau membajak sawah dan mengangkut barang berat untuk mereka. Pada masa dahulu, kita tiada kereta atau tiada banyak kereta. Di sesetengah negara, mereka masih buat begitu. Jadi jenis amalan yang baik, sihat untuk menjaga ladang dan perlakukan orang-haiwan dgn baik ini adalah sangat, sangat baik, sangat baik kepada kesihatan manusia, ekonomi dan alam sekitar.

Tetapi hari ini, kita telah buat secara keterlaluan. Kita tamak dan populasi semakin bertambah. Kita gunakan mesin untuk menyakitkan orang-lembu, menyeksa mereka untuk mengambil susu dan mengurung mereka sepanjang hari di dalam petak yang begitu kecil, kadangkala merantai leher mereka dan segala-galanya. Anda nampaknya. Anda tahu akannya. Ini benar-benar tak berperikemanusiaan, kejam dan wujudkan karma yang begitu buruk untuk semua orang dan planet ini. Jika kita kehilangan planet ini, kehilangan segalanya yang kita ada, kita hanya boleh salahkan diri sendiri. Saya harap kita tak perlu hadapi tragedi yang drastik ini. Tapi mana tahu?

Kita semua buat sebaik yang boleh tetapi belum cukup lagi. Saya berharap, berdoa serta berserah kepada Tuhan, dan semua Guru, semua Makhluk Mulia dan Tinggi di Alam Semesta untuk bantu kita. Tetapi jika karma kita terlalu berat, kita tak dapat buat banyak. Mereka tak dapat buat banyak. Guru paling agung, Tuhan pun tak dapat buat banyak. Sesuatu perlu berlaku mengikut bentukan, mekanismenya. Sama seperti jika kereta anda dah terlalu tua tetapi anda tak menjaganya dengan baik, cepat atau lambat anda akan alami kemalangan atau ia berhenti berfungsi sepenuhnya. Jadi jika anda mahu kereta itu bergerak semula, anda boleh baikinya. Anda boleh pergi kepada mekanik. Anda memandu dengan berhati-hati dan tukar bateri, tukar enjinnya hampir sepenuhnya, maka kereta anda dapat bergerak.

Photo Caption: Dengan Bersatu Padu, Kita Mekar!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
1
2024-05-07
11711 Tontonan
2
2024-05-08
6987 Tontonan
3
2024-05-09
6133 Tontonan
4
2024-05-10
5778 Tontonan
5
2024-05-11
5175 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
851 Tontonan
2024-12-18
330 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android