Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabnya Roh Turun ke Dunia Ini, Bahagian 4 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tolonglah berdoa untuk mereka, berdoa untuk dunia supaya mereka sendiri sedar, minta pengampunan dan Pembebasan. Kita tak dapat buat banyak kecuali tangis. Sama seperti semua Syurga menangis, menyaksikan diri saya menderita tapi mereka tak dapat banyak membantu kerana saya ingin memikul kesakitan manusia, mengurangkan hutang karma mereka. Itu hasrat saya, menaikkan orang di Bumi melalui cara ini. Mereka tak dibenarkan untuk menentang hasrat saya, Syurga yang bersimpati itu!

Sekarang, anda kononnya orang yang telah diinisiasi, orang yang percayai Kuasa saya, sekarang anda faham. Manusia ada Tuhan di dalam dan kemahuan bebas yg diberikan kpd mereka Mereka perlu memilih. Sebab itulah dunia ini ada dua jalan: satunya positif. Anda perlu memilih sama ada anda ingin menjadi makhluk yg lebih baik di seluruh alam semesta dan di Syurga, dan kemudiannya akan ada kuasa untuk bantu makhluk lain. Bukan hanya makhluk Syurga biasa tetapi anda juga akan ada lebih byk kuasa untuk bantu makhluk lain yg perlukannya – orang peringkat rendah atau orang-haiwan, contohnya.

Di dunia kita, ada banyak orang-haiwan dari Syurga juga. Mereka turun ke sini untuk bantu manusia dengan cara-cara yang berlainan. Orang-anjing, -kucing, -ikan seperti -ikan gergasi dan semua -haiwan gergasi, sesetengahnya tak begitu baik kerana itu kerja mereka. Walaupun anda kata orang-ikan paus makan banyak ikan kecil dan makhluk laut kecil yang lain, mereka perlu mengimbangi dunia ini kerana sesetengah makhluk kecil di laut adalah negatif. Mereka ialah zombi dan makhluk yang terdorong oleh syaitan utk berbuat mudarat, berikan tenaga buruk kepada dunia ini. Jadi orang-ikan paus, walaupun makan makhluk kecil ini, mereka membantu kita. Kita mesti buka mata ketiga, Mata Syurga dan Telinga Syurga baru tahu apa betul, apa salah. Permukaan, rupa luaran tak dapat beritahu kita seluruh kebenaran di sebaliknya. Hanya orang bermakrifat tahu akan kebenaran ini. Untuk menjadi bermakrifat, memang, anda perlu cari Guru bermakrifat untuk menyampaikan, memindahkan kuasa ini kepada anda, dengan Rahmat Tuhan, dah tentu. Tanpa Tuhan, kita tak dapat buat apa pun.

Tanpa Guru… Saya beritahu anda kebenaran sekarang, suka atau tidak – tanpa Guru, Guru bermakrifat, anda tak dapat keluar daripada kitaran hidup dan mati ini. Meskipun anda kata, “Okey, saya boleh tunggu,” anda rasa anda boleh tunggu hingga bertrilion-trilion, berzilion-zilion tahun apabila anda telah alami segala penderitaan atau kegembiraan, anda menjadi sedar, menjadi bermakrifat, kemudian pulang ke Rumah, tidak, tidak. Begitu pun, pada masa itu, anda tetap perlukan Guru untuk bawa anda pulang ke Rumah. Macam itulah. Peraturannya adalah macam itu. Tiada apa yg boleh saya buat dengannya. Jadi jangan asyik mendesak saya supaya mengubah dunia ini menjadi syurga. Macam itu tak jadi. Setelah anda di sini, anda di sini. Anda ialah makhluk fizikal dan perlu menjaga diri. Jika anda benar-benar nak pulang ke Rumah, anda mesti cari seorang Guru.

Tetapi ada satu kebaikan Buddha, Nabi Isa dan semua Santo seperti Guru Nanak, Nabi Mahavira, Nabi Muhammad SAW, Nabi Baháʼu’lláh, Nabi Krishna dan sebagainya. Oh! Guru yang tiada penghujungnya, kita tak dapat ingat semuanya dan tak dapat mengetahui Mereka semua. Ada satu kebaikan Mereka. Kerana kita berkata bahawa… Okey, saya terlupa akan ini. Saya sebutnya tadi, kemudian pergi ke topik lain dan terlupa.

Sekarang kita kembali ke Nabi Isa dan Buddha, contohnya. Orang panggil Mrk ‘Penyelamat Dunia’ tetapi kita lihat, secara fizikal, Mereka mungkin hanya ada beberapa ribu orang anak murid pada masa itu. Mengapa kita panggil Mereka sebagai ‘Penyelamat Dunia’? Itu rupa fizikal – Nabi Isa hanya ada beberapa ribu orang pengikut, mungkin jauh lebih banyak atau tidak, atau Buddha juga ada beberapa puluh ribu orang pengikut atau anak murid saja pada masa itu. Tetapi ketika Mereka di dunia ini, Mereka menaikkan roh yang lebih dekat dengan status makrifat, lebih dekat dengan status Pembebasan. Mereka naikkan mereka secara diam-diam Jadi roh-roh ini juga akan menjadi bermakrifat secara diam-diam, kemudian mereka akan pulang ke Rumah. Buddha akan bawa mrk pulang ke Rumah Hampir seluruh populasi dunia akan diberkati oleh Kuasa Nabi Isa, Buddha dan mungkin Guru-guru lain.

Semua Guru sebenar akan berkati umat manusia pada umumnya dgn Kuasa Mereka sendiri Meskipun orang-orang itu tidak mengenali Mereka, Mereka tetap akan membawa seluruh dunia ke atas, dalam generasi Mereka, dah tentu, pada zaman Mereka. Bukan semua orang, dah tentu. Sesetengah orang begitu jahat, sesetengahnya ialah syaitan, jadi mereka perlu dikenakan hukuman oleh hukum fizikal. Tetapi mereka yang baik dan mulia, meskipun tak tahu bahawa Nabi Isa wujud pada masa itu, tak tahu akan Buddha atau apa-apa pun, mereka tetap diberkati kerana jika seorang Buddha atau Nabi Isa berada di dunia ini, Kuasa Mereka meliputi mana-mana saja.

Mereka tak sentuh hukum karma. Mereka tidak campur tangan dalam kemahuan bebas manusia seperti Mereka nak melakukan ini, nak melakukan itu. Sesiapa yang tiada percanggahan dengan kebaikan, kedamaian dan Rukun Tuhan, maka Buddha, Nabi Isa, Guru-guru dapat naikkan mereka semua ke Syurga yang lebih tinggi dan mengajar mereka dari sana ke atas. Seperti sesetengah manusia yg tak dapat menaik lebih tinggi drpd Peringkat Astral, Syurga Astral, Buddha akan berada di sana, terjelma. Buddha bukan ada satu badan saja. Di dunia fizikal pun, Nabi Isa, Buddha, semua Guru ada sangat banyak badan jelmaan Cahaya yang tidak terkira. Ini bermakna Mereka dapat muncul di mana-mana saja untuk bantu mereka yang perlukannya meskipun orang itu tak pernah lihat Dia, jadi sudah memakrifatkan mereka sampai tahap tertentu. Apabila orang itu meninggal dunia, kehadiran fizikal Buddha, dengan Kuasa yang amat besar, dapat membawa orang itu ke apa-apa saja peringkat yg dia wajar pergi.

Di Peringkat Astral pun, Buddha akan berada di sana juga dan mengajar orang itu sehingga dia menaik ke peringkat yg lebih tinggi, ke Alam Buddha, misalnya macam itu. Jadi itu sebabnya kita panggil Mereka sebagai ‘Penyelamat Dunia’. Jadi Nabi Isa bukan hanya mati untuk segelintir anak murid-Nya atau berapa banyak anak murid pun yang Nabi ada pada masa itu. Atau Buddha tidak wafat, kemudian pergi dari sini dan hanya selamatkan beribu-ribu orang pengikut dan anak murid-Nya. Tidak, tidak. Dia ada lebih banyak drpd itu utk dibuat. Seluruh dunia semasa hidup-Nya akan dibantu, menjadi bermakrifat, dibebaskan oleh Baginda. Selepas itu, untuk beberapa generasi lagi, seperti yang saya dah beritahu kamu, 200 tahun, atau mungkin lebih banyak sikit, 300 tahun – bergantung kepada Kuasa Guru itu. Kemudian generasi-generasi itu akan dibantu juga kerana Kuasa Buddha masih tertinggal di Bumi selepas Nirvana-Nya.

Sebab itu Guru-guru ini sangat agung. Kita tak dapat berterima kasih kpd Mrk dgn secukupnya. Jika kita berlutut sepanjang hayat, banyak hayat untuk berterima kasih kepada Mereka, memuji Mereka, kita tak dapat membalas budi Mereka. Saya sentiasa berterima kasih. Terima kasih, semua Guru. Dah tentu, saya juga bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana memberi kita Guru-guru yang datang hayat demi hayat, mengingatkan kita tentang Ajaran Tuhan, membawa Berkat dan Kuasa kepada kita untuk menaikkan roh kita dan membebaskan kita ini. Kita harus sentiasa ingat supaya berterima kasih kepada Mereka. Dalam rahmat Tuhan, mana-mana planet, mana-mana dunia, jika ada mana-mana Guru, planet itu, dunia itu begitu bertuah.

Hanya di neraka, sangat sukar untuk menyelamat tetapi sesetengah Guru tetap dapat. Seorang Guru seperti Kṣitigarbha pun, Bodhisattva Simpanan Tanah, masih berada di neraka, membantu orang neraka, mengajar mereka supaya mereka sekurangnya boleh ingat akan Tuhan – sesiapa saja yang Dia dapat. Sesetengah orang ada karma yang terlalu berat, Dia tak dapat, tetapi sesiapa yang Dia dapat, Dia cuba ingatkan mereka, kemudian mereka akan bebas dari neraka, selepas tamat pembelajaran, dah tentu.

Sekarang, saya harap anda faham bahawa Guru bukan datang hanya untuk hula hoop dan mengubah segala-galanya. Kerana itu perlu bergantung kepada kematangan manusia, kematangan spiritual. Kita perlu hormati itu. Jika kita telah bercakap tentang Pembebasan ini, Kuasa Tuhan, cara hidup Tuhan dan Jalan Tuhan ke Syurga dalam dekad-dekad ini tetapi sesetengah orang tak dengar, maka mereka tak dengar. Masa mereka belum matang lagi.

Ada sebuah jenaka. Dulu saya telah ceritakan kepada anda tetapi saya akan ceritakan sekali lagi. Seorang lelaki dulu ketagih judi. Dia berjudi setiap hari. Salah seorang kawannya, kononnya kenalan – sebelum kawan ini menjadi bermakrifat, bersama dia. Kemudiannya dia menjadi bermakrifat, menemui seorang Guru. Jadi dia lihat kawannya masih diselubungi jenis suasana judi ini, ketagih, kehilangan segala-galanya dan begitu banyak menderita tetapi masih suka berada di sana. Jadi dia cuba membawa dia ke Syurga dengan kuasanya sendiri – membawa dia ke Syurga untuk menunjukkan bagaimana Syurga indah, baik dan sebagainya. Kawan itu, kawan yang jahil itu tanya dia, “Ada kawasan berjudi di sini tak?” Kawan itu berkata, “Dah tentu tiada. Ini Syurga. Awak harus tahu, ini indah dan lebih baik untuk awak. Jangan pergi berjudi lagi. Ikutlah saja Guruku, kemudian awak akan mendapat Pembebasan.” Dia kata, “Tidak, aku nak berjudi. Jika Syurga tiadanya, aku tak nak berada di sini.” Nampak tak itu?

Jadi mungkin ini sebuah jenaka tetapi ini realiti juga bagi banyak orang. Kita tak dapat ubahnya. Kita tak nak… Biarkan saja mereka sendiri sedar. Suatu hari nanti, jika mereka nak sedar sangat lama selepas bertrilion-trilion tahun, maka itu pilihan mereka. Jika mereka nak pulang ke Rumah sekarang, sedar sekarang, mendapat makrifat sekarang dan kembali kepada Tuhan sekarang, kita boleh bantu mereka dgn serta-merta. Mereka dapat lihat Tuhan dgn serta-merta sebagaimana anda lihat. Anda tahu akan itu. Tetapi jika mereka tak nak, kita tak boleh memaksa mereka.

Sama seperti doktor di hospital ingin selamatkan semua pesakit mereka dan buat mereka menjadi sihat. Tetapi jika seseorang tak nak, tak menandatangani persetujuan, maka doktor tak boleh berikan pembedahan atau rawatan khas kpd dia. Kecuali mungkin orang itu sudah tak sedarkan diri, pengsan dan mungkin salah satu ahli keluarganya boleh menurunkan tandatangan bahawa doktor dibenarkan untuk jalankan pembedahan serta-merta atau rawatan yang sangat istimewa dan mungkin meragukan untuk membantu pesakit itu, maka doktor boleh. Jadi sama seperti manusia – mereka tak nak pulang ke Rumah sehingga dipukul sampai lebam-lebam, hayat demi hayat, dan tak tahan lagi, kemudian mereka akan minta utk pulang ke Rumah. Kemudian kita akan sedia, berada di sisi pada bila-bila saja. Jadi janganlah memaksa saya, jangan asyik mendesak saya untuk itu. Saya hanya mahukan apa yang anda mahukan tetapi itu bukan sifat Alam Semesta, macam ini.

Tolonglah berdoa untuk mereka, berdoa untuk dunia supaya mereka sendiri sedar, minta pengampunan dan Pembebasan. Kita tak dapat buat banyak kecuali tangis. Sama seperti semua Syurga menangis, menyaksikan diri saya menderita tapi mereka tak dapat banyak membantu kerana saya ingin memikul kesakitan manusia, mengurangkan hutang karma mereka. Itu hasrat saya, menaikkan orang di Bumi melalui cara ini. Mereka tak dibenarkan untuk menentang hasrat saya, Syurga yang bersimpati itu!

Testimony by a member of our Supreme Master Ching Hai International Association (all vegans): Pada suatu hari, ketika bermeditasi, saya masuki medan tenaga Guru. Sementara bermeditasi, saya melihat dari Alam Semesta di atas. Badan Dharma Guru sangat besar, melitupi seluruh Bumi. Badan Dharma Guru amat besar tetapi Cahaya saja. (Faham.) Cahaya besar Guru melitupi seluruh Bumi. Kemudian ada satu lagi badan. Guru bertukar jadi badan yg sangat besar dan semua makhluk dilitupi oleh badan Guru. Tangan Guru yang besar memeluk semua makhluk, membelai mereka. Selepas membelai mereka, badan Cahaya Guru berhamburan dengan perlahan-lahan, mengalir ke dalam makhluk hidup. Pada masa itu, saya nampak pengorbanan besar Guru. Segalanya ialah sesuatu sejenis tenaga. Hanya berada di dalam tenaga itu baru dapat seseorang rasainya kerana tenaga ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seluruh Alam Semesta di atas dan banyak makhluk di seluruh Alam Semesta tahu akan keagungan Guru. Hanya manusia di Bumi tidak faham. Tiada satu pun drpd mereka yang faham. Tiada orang yang tahu akannya. Apabila saya nampak itu, tiba-tiba saya menangis. Alam Semesta di atas, Mereka sangat bersimpati dan dukacita dengan Guru. Mereka melihat ke bawah dari atas tetapi tak dapat menghalang Guru kerana pengorbanan ini ialah pilihan Guru. Jadi tiada sesiapa yang boleh halangnya. Kemudian saya merenung mata Guru. Dalam mata Guru pada masa itu, hanya ada makhluk hidup, tiada apa-apa pun kecuali makhluk hidup. Kemudian sesuatu… semua itu ialah tenaga, Guru. Seseorang mesti berada di dalam medan tenaga itu baru dapat menyedarinya. Apa yg saya katakan hanyalah sebahagian kecil yang digambarkan. (Saya tahu. Ya.) Ia tak dapat digambarkan. Lagipun, saya tak tahu bagaimana gambarkannya. (Saya tahu.) Dlm mata Guru, ada keinginan yg dalam untuk makhluk hidup berubah, suatu Kasih Sayang yg amat tak terbatas, keinginan yang besar terhadap perubahan dan kedukaan yang dalam. Semua perasaan Guru ini... (Pada masa yang sama, ya.) Ya, di dalam medan tenaga itu, Getaran Guru. Kemudian saya berasa takut dan tiba-tiba menangis kerana makhluk di Bumi, kasih sayang mereka hanya seperti sebutir habuk di Alam Semesta. Mereka tak memahami apa-apa pun. (Ya.) Jadi saya nak berkata kpd saudara seguru bahawa adanya Guru memang ialah pahala yang tak dapat dibayangkan. Kecuali kita dapat cari, kecuali kita benar-benar dapat lihat dan masuki medan tenaga itu dan dapat rasainya, kita tak dapat memahaminya. Jika tidak, itu hanya... (Cakap saja.) Ya. Jadi adanya Guru pada masa ini memang merupakan pahala yg saya tak tahu macam mana gambarkan.

Kadangkala saya juga marah seperti anda sekarang, juga sangat banyak meminta Tuhan supaya mengubahnya – mengubah dunia ini. Tetapi agaknya mereka nak alami penderitaan untuk mengetahui macam mana rupanya menderita supaya mereka dapat bantu orang yang menderita, makhluk yang menderita kemudiannya, mungkin dalam seratus tahun, seribu tahun, sejuta tahun apabila mereka telah menjadi bermakrifat dan memiliki kuasa untuk membantu. Adakah anda faham sekarang? Kerana jika kita kaya, dilahirkan dalam kekayaan, sepanjang hidup kita tak pernah melalui mana-mana kawasan miskin yang ada orang tak berumah atau orang miskin pun, kita takkan tahu apa maksud ‘miskin’ dan takkan ada rasa simpati, kasih sayang atau belas kasihan atau nak bantu orang miskin itu.

Jadi sekarang, jika mereka belum nak pulang ke Rumah, maka kita biarkannya saja. Mereka ada Tuhan di dalam roh mereka, di dalam diri mereka – mereka mesti tahu apa yg mereka mahu. Kita hanya rasa sedih, bersimpati tetapi berada di sisi. Baiklah. Jika saya teringat perkara lain, maka barangkali saya akan beritahu anda lain kali kerana jika saya hantar ini kepada pasukan saya, mereka akan bekerja siang dan malam untuk buatnya segera disiarkan kpd anda di Supreme Master Television. Jika terlalu panjang, mereka akan bekerja terlalu keras. Setiap hari, mereka dah bekerja keras sekali dan setiap kali ada khutbah baharu daripada saya, mereka bekerja lagi keras, bertambah keras. Saya juga. Kemudiannya apabila mereka hantar balik saya perlu semak sama ada segalanya yang ditulis betul atau tidak. Jadi sekian saja buat masa ini.

Semua orang yang saya kasihi, mereka yang ikut saya atau tak ikut saya; mereka yang kasihi saya atau tidak kasihi saya; mereka yang menyokong saya serta menentang saya dan cemburui saya, semoga anda semua mendapat Kasih Sayang Tuhan, Berkat Tuhan dan makrifat segera. Amin. Syukurlah, Tuhan, kerana bercakap melalui saya, kerana membenarkan saya bercakap dengan anda macam ini, mengilhami saya untuk ingatkan anda tentang tujuan mulia anda.

Ingatlah: berdoa kepada Tuhan, memuji Tuhan, memuja Tuhan, bersyukur kepada Tuhan sepanjang masa. Pada bila-bila anda ingat – satu minit, dua minit, satu saat – buatlah begitu. Mungkin anda akan dibantu lebih daripada yg dapat anda bayangkan. Mungkin itu satu-satunya ‘senjata’ yang anda ada. Jika anda tiada Guru sama sekali, mungkin ini akan berkati anda supaya ada status yang lebih baik dalam hayat ini dan hayat seterusnya. Terima kasih. Terima kasih kerana biar saya masih hidup.

Syukur kpd Tuhan kerana lindungi saya. Bersyukurlah kpd Tuhan untuk saya juga. Terima kasih, semua Santo, Orang Suci dan semua malaikat, dewa-dewi yg cuba bersungguh-sungguh untuk lindungi saya sebanyak yang boleh. Dan terima kasih, Mereka semua, sesiapa saja yang lindungi umat manusia dan semua makhluk di planet ini sebanyak yang boleh. Semoga Tuhan berkati anda semua. Kasihi anda. Kasihi anda semua.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/4)
1
2023-11-12
18831 Tontonan
2
2023-11-13
8904 Tontonan
3
2023-11-14
7674 Tontonan
4
2023-11-15
8691 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1374 Tontonan
2024-12-18
848 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android