Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Penyelesaian Terbaik untuk Keamanan Pantas di Ukraine (Ureign), Bahagian 3 daripada 3

2023-09-23
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Buatlah keamanan dunia menjadi nyata. Saling berkongsi segala kekayaan yang Tuhan kurniakan kepada kita. Saling membantu pada waktu susah. Saling menyayangi seperti ahli keluarga sendiri. Itu akan menyenangkan Syurga. Itu akan menjadi Kehendak Tuhan. Tolonglah, kita ada segalanya yang kita perlukan. Ini planet yang ajaib. […] Berikan peluang kepada planet ini untuk bernafas, pulih semula juga. Berikan peluang kepada sungai untuk mengalir dengan banyak semula. Berikan peluang kepada lautan menghasilkan oksigen untuk kita. Berikan peluang yang sama ini kepada hutan untuk bernafas juga, ada kedamaian untuk menghasilkan oksigen semula.

Jadi tolonglah, tolong pertimbangkan: pilihan terbaik ialah pilihan pertama. Pilihan pertama: memaafkan musuh dan membina semula negara anda. Jika kedua-dua pihak atau semua pihak bersetuju dengan pilihan pertama, maka itu cara yang paling baik dan paling pantas untuk berdamai. Memaafkan saja dan kembali kpd hubungan biasa seperti sebelumnya, dengan semua negara saling membantu. Sekarang, lihatlah, ini bukan keputusan yang begitu sukar untuk dibuat. Lihat, fikirlah dan anda tahu ini penyelesaian yang terbaik: pilihan pertama. Kerana belum kata medan perang, orang terkorban atau apa-apa lagi, kedua-dua Rusia dan Ureign (Ukraine) sudah pun rugi besar. Rusia kehilangan segala kepercayaan dan sokongan daripada sekutunya serta dunia pada umumnya. Ukraine (Ureign) juga kehilangan banyak askar, rakyat, urus niaga bijirin, berjuta-juta orang warga Ukraine (Ureign) telah menjadi pelarian di luar negeri. Itu bukan situasi yang baik.

Tambahan pula, anda rasa sangat tidak pasti dengan NATO dan Kesatuan Eropah yang berbolak-balik. Satu hari mereka kata, “Okey, kamu anggota NATO,” tapi pada keesokan harinya mereka kata, “Oh, tidak, tidak!” Dan satu hari mereka kata, “Ukraine (Ureign) sebahagian daripada EU,” tapi pada keesokan harinya mereka kata, “Oh, tidak, tidak! Kamu masih perlu bersedia dan sebagainya.” Anda berdua tiada banyak kelebihan sokongan antarabangsa, maksud saya, sehaluan. Orang boleh berpura-pura menyokong juga tapi mungkin mereka tak benar-benar nak berikan sokongan padu kepada anda.

Jadi anda berdua harus berfikir semula situasi ini dan jangan tunggu terlalu lama. Jangan bunuh orang Rusia lagi. Tolonglah, jangan. Dan jangan bunuh orang Ureign (Ukraine) lagi. Anda berdua, tolonglah, sama ada betul atau salah – membunuh tak pernah betul. Perdamaian satu-satu penyelesaiannya. Tolong fikirkan rakyat anda. Buat saja perjanjian damai pantas.

Orang Ukraine (Ureign) dapat mengekalkan kedaulatan mereka. Rusia, anda dapat kembali kepada kedudukan asal – status negara kuat, mendapat sanjungan dan kepercayaan daripada seluruh dunia semula. Buatlah saja begitu. Ini paling baik untuk anda berdua. Anda berdua perlu menjaga diri. Rusia, jagalah diri. Ukraine (Ureign), jagalah diri. Jika negara lain ingin menyertai anda, maka mereka akan buat begitu. Mana-mana negara lain yang nak mengalu-alukan anda ke dalam kumpulan mereka, organisasi mereka atau kesatuan mereka, maka mungkin anda memikirkannya. Sekarang berdamai dulu dan menjaga diri baik-baik. Orang Rusia dan orang Ukraine (Ureign), tolonglah, tolong fikirkannya. Tolong fikirkannya semula.

Berdoa kepada Tuhan agar beri kejelasan kepada anda dlm ini. Saya berdoa untuk anda. Tolonglah, Tuhan, bantu Rusia, bantu Ukraine (Ureign). Kerana mereka memang hanya boleh bergantung pada Engkau sekarang. Nampaknya mereka tak dapat terlalu banyak bergantung kpd orang lain. Tolonglah mereka, Tuhan yang dikasihi. Engkau pengasih. Mereka hanyalah manusia, Tuhan yang dikasihi. Mereka diheret oleh karma, karma dunia besar ke dalam ketakpastian, kematian dan pengasingan. Tolonglah mereka, Tuhan yang dikasihi. Tolonglah, kami memohon kpd Engkau. Semoga Engkau dikasihi selamanya, Tuhan yang dikasihi. Amin.

Buatlah keamanan dunia menjadi nyata. Saling berkongsi segala kekayaan yang Tuhan kurniakan kepada kita. Saling membantu pada waktu susah. Saling menyayangi seperti ahli keluarga sendiri. Itu akan menyenangkan Syurga. Itu akan menjadi Kehendak Tuhan. Tolonglah, kita ada segalanya yang kita perlukan. Ini planet yang ajaib. Kita ada begitu banyak ciptaan yang baik, bermanfaat dan menakjubkan. Sekarang kita jalani kehidupan sebagai orang biasa pun tetap lebih baik daripada raja pada zaman dahulu. Kita ada kereta. Kita ada pesawat. Kita ada segala jenis kemudahan yang buat kehidupan kita menjadi begitu menakjubkan, begitu selesa, jauh lebih baik daripada raja zaman dahulu pun. Mereka perlu duduk di atas kereta kuda atau orang-kuda. Ini tak begitu selesa bagi badan dalam jangka masa panjang dan ambil masa yang sangat panjang untuk pergi dari tempat ke tempat. Hari ini, kita tak perlu menahan semua itu. Kita ada segalanya untuk manfaat dan keselesaan kita.

Jadi tolonglah, jaga keamanan planet ini. Berikan peluang kepada planet ini untuk bernafas, pulih semula juga. Berikan peluang kepada sungai untuk mengalir dengan banyak semula. Berikan peluang kepada lautan untuk hasilkan oksigen kepada kita. Berikan peluang yang sama ini kepada hutan untuk bernafas juga, ada kedamaian untuk menghasilkan oksigen semula. Berikan peluang kepada semua makhluk untuk hidup aman damai dan mengembangkan potensi mereka. Berikan peluang kepada kita untuk hidup aman damai – untuk berfikir, mencipta, membaiki, membangun, maju setiap hari menjadi semakin baik.

Kita tak mendapat apa pun dalam perang. Kita kehilangan segalanya dalam perang. Kita akan dapat segalanya dlm keamanan. Itu saja yang kita mahukan, sebenarnya. Tolonglah, jangan memperhebat lagi pemusnahan dan keganasan. Ini bukan apa yang hati kita benar-benar mahukan. Memulakan peperangan ialah kesilapan terbesar. Jadi tolong hentikannya demi diri sendiri, demi anak kita, demi Tuhan. Atas nama Tuhan, tolong berdamai sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana cuba Terima kasih terlebih dahulu. Semoga Tuhan berikan segala berkat yg mungkin kpd kita utk makrifatkan kita – membuat keputusan yang terbaik ini, iaitu berdamai dan hentikan peperangan, bukan sahaja di Ukraine (Ureign) tetapi juga di merata tempat di planet kita kerana perdamaian ialah satu-satunya penyelesaian. Kasih sayang satu-satunya penyelesaian.

Tolonglah. Saya berdoa kepada Tuhan berkali-kali setiap hari pada bila-bila boleh. Saya sangat sibuk juga seperti anda tetapi saya ambil berat tentang anda. Saya ambil berat tentang dunia ini. Saya rasa sakit apabila sesiapa rasa sakit – sama ada manusia, orang-haiwan atau pokok. Saya pasti pada waktu tertentu dalam hidup anda, apabila anda benar-benar berdiam, anda akan berasa begitu juga dan benar-benar berharap dunia ini seperti syurga di mana kita semua ada segalanya yang kita perlukan.

Kita akan ada semuanya dengan banyak jika kita berhenti berperang sesama kita dan bertumpu pada membuat kehidupan menjadi baik, melimpah-limpah bagi kita semua, selesa bagi kita semua. Tetapi kita dapat buat begitu hanya dalam keamanan. Jika kita sentiasa terlalu sibuk dengan peperangan, kita tak dapat. Kita tak dapat buat banyak. Segalanya akan dimusnahkan. Benda yang telah kita bekerja keras bagi membina untuk kita nikmati – tiada apa pun akan tertinggal, dan karma akan menjadi semakin dahsyat. Ia akan sentiasa menjadi semakin teruk dan takkan ada hidupan yang tertinggal.

Tolonglah, anda semua sangat matang dalam intelek, kecerdasan dan akal. Tolong fikir semula. Tolong pertimbangkan keamanan. Tiada peperangan lagi, tolonglah. Kita tak perlukan peperangan. Kita perlukan keamanan. Kita perlukan kasih sayang untuk buat hidup kita bahagia dan selesa. Kemudian kita boleh mendapat lebih banyak makrifat jika kita nak cari Tuhan.

Makrifat, pembebasan, tak bermakna anda tak boleh kembali ke planet ini sebagai manusia. Anda boleh. Meskipun anda tidak pergi ke Syurga selepas meninggal, anda masih boleh kembali ke planet ini dan menjadi manusia sekali lagi tetapi dengan segala kemudahan, segala kegembiraan, segala kecerdikan untuk nikmati kehidupan yang lebih baik daripada sekarang. Tetapi jika anda cukup bernasib baik untuk bertemu dengan Pembimbing bermakrifat, Sahabat bermakrifat untuk menunjukkan jalan ke Syurga, maka anda dapat pergi ke Syurga. Semasa hidup ini, ketika masih hidup pun, apabila ada masa, anda boleh duduk dan nikmati hubungan dengan Syurga, nikmati Berkat dan Kasih Sayang daripada Tuhan yang sangat jelas pada masa itu. Anda mati sementara hidup dan kembali semula dengan lebih banyak kebijaksanaan, kecerdasan, keupayaan segala jenis bakat.

Jika anda pergi ke Syurga, jangan takut anda tak boleh kembali ke planet ini. Anda boleh! Anda akan menjadi lebih bebas untuk datang dan pergi kerana anda akan menjadi mulia, menjadi suci, menjadi bijak, menjadi baik, dikelilingi oleh perlindungan. Anda akan dihubungkan dengan seluruh Kuasa Tuhan alam semesta. Tetapi jika anda hanyalah orang biasa, anda takkan ada keistimewaan itu untuk pergi ke Syurga dan kembali ke Bumi dgn sesuka hati. Hanya orang bermakrifat ada lebih banyak kuasa, telah mengembangkan kuasa Tuhan sendiri di dalam diri mereka. Mereka boleh ada pilihan utk pergi ke tempat yg mereka nak pergi. Namun begitu, jika anda hanya menjadi orang baik di Bumi – tak bunuh sesiapa pun, tak bunuh mana-mana orang-haiwan, melindungi alam sekitar, mengamalkan diet vegan – maka anda masih boleh kembali ke Bumi selepas berehat seketika di syurga yang lebih rendah, mungkin di syurga astral utk seketika – mungkin seratus tahun, beberapa ratus tahun atau seribu tahun – kemudian anda masih boleh kembali ke Bumi sebagai manusia. Atau anda boleh lahir semula sebagai manusia jika anda jalani kehidupan yang mulia, kehidupan yang standard, mulia, tak semestinya suci atau murni. Kemudian anda boleh kembali untuk satu lagi hayat sebagai manusia, menikmati segala keselesaan terbaik, segala keistimewaan. Anda tak perlu sakit. Anda tak perlu bekerja terlalu keras. Anda akan ada segala-galanya yang anda perlukan sebagai manusia. Jadi perdamaian dan kasih sayang akan mendatangkan segalanya yang kita mahukan dalam hidup ini atau malah di Syurga.

Tolonglah, saya tak tahu apa lagi yang nak beritahu anda. Saya harap saya boleh lebih fasih. Saya harap saya boleh biar anda nampak Tuhan seperti kononnya anak murid saya dapat lihat Tuhan tetapi pilihlah kehidupan anda sendiri, tak apa. Anda tak perlu menjadi anak murid saya. Pilihlah jalan mulia untuk jalani kehidupan anda kerana hanya itu akan diterima oleh hati nurani anda, oleh Bumi, oleh Syurga, oleh Tuhan. Anda mahu menjadi orang yang baik, mulia, menakjubkan di Bumi, sama ada anda mahukan Syurga atau tidak. Tetapi itu orang yang harus anda jadi, orang yang anda nak jadi. Anda tak nak menjadi pembunuh perang, penghasut perang, menyebabkan penderitaan dan kedukaan kepada orang lain termasuk orang anda sendiri. Anda nak menjadi orang mulia, lelaki budiman, wanita budiman. Itu apa yang anda mahukan. Berbangga dengan diri sendiri, gembira dengan sifat dan personaliti anda sendiri serta cara anda menjalani kehidupan. Saya pasti anda semua mahu menjadi macam itu.

Jadi tolonglah, hentikan peperangan. Itu saja yang perlu anda buat. Memaafkan musuh, itu cara paling pantas untuk berdamai. Jika tidak, tiada ketenangan dalam hidup anda, dalam hati anda, dan tiada banyak yang boleh anda buat kecuali setiap hari sibuk memikirkan cara membunuh manusia lain yang juga kelihatan seperti anda, makan seperti anda, tidur seperti anda, ketawa seperti anda, menangis seperti anda, ingin berkeluarga seperti anda, ingin menjalani kehidupan yang selesa, tenang seperti anda. Jadi berikanlah itu. Berikan keamanan kepada warga dunia kerana mereka sama seperti anda. Kita semua ialah anak Tuhan. Tolong pertimbangkan semula. Kembali kepada sifat Syurga dalam diri anda. Hentikan peperangan. Berdamai. Saling membantu untuk bina semula negara anda. Bantu rakyat hidup bahagia dan selamat dan tiada rasa takut sesama orang. Tolonglah. Tuhan, bantulah kami. Tolonglah. Tuhan, berkatilah kami. Tolonglah. Tuhan, lindungilah kami. Tolonglah. Tuhan, naikkanlah kami kepada kesedaran yang lebih tinggi untuk melaksanakan Kehendak-Mu, menjadi anak yang baik di Bumi dan Syurga. Amin. Saya kasihi anda semua.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-05-12
450 Tontonan
2024-05-11
139 Tontonan
2024-05-11
1098 Tontonan
2024-05-10
360 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android